Kepada Keluarga Kepada Masyarakat Kepada Negara Kepada Keluarga dan masyarakat

bertanggungjawab, tabah, kuat berusaha, inovatif, dan bijak mengurus masa berdasarkan konsep tauhid. Sebagai murid, anda amat berpotensi untuk mencapai kejayaan yang diidamkan, seterusnya anda akan membina kehidupan yang harmoni di dunia dan di akhirat pula anda tergolong manusia yang mendapat keredhaan dan rahmat Allah. Oleh itu kita hendaklah membudayakan ciri-ciri kecemerlangan seperti bersikap sanggup berkorban dan bersusah payah demi memajukan negara yang bertamadun. PENILAIAN 1. Nyatakan empat sifat wajib bagi rasul. 4m 2. Nyatakan perbezaan antara sifat harus bagi rasul dengan manusia biasa. 2m 3. Jelaskan empat kepentingan bersifat dengan sifat-sifat wajib bagi rasul. 8m 4. Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda dapat mencontohi sifat-sifat terpuji para rasul? 4m UNIT 4: KESAN BERIMAN KEPADA RASUL Sebab Perlu Mencontohi Para Rasul 1. Para rasul adalah manusia pilihan Allah. 2. Mereka membawa perkara-perkara kebenaran. 3. Mereka menjadi model dan contoh terbaik. 4. Mereka menjelaskan yang hak dan batil. 5. Bukti keyakinan kita kepada Allah. 6. Dapat melaksanakan syariat Allah. Kesan Beriman Kepada Rasul A. Kepada Individu 1. Mendapat hidayah untuk kembali ke jalan Allah. 2. Meningkatkan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah. 3. Mengetahui perkara ghaib yang di luar jangkauan pemikiran. 4. Mencintai rasul melebihi kecintaan kepada diri sendiri. 5. Memiliki akhlak mulia yang boleh dicontohi oleh orang lain. 6. Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

B. Kepada Keluarga

1. Membina keluarga bahagia yang menjamin keharmonian rumah tangga. 2. Mengambil berat pendidikan fardu ain dan fardu kifayah. 3. Melahirkan anggota keluarga yang kuat beribadat seperti menunaikan solat berjemaah. 4. Memelihara setiap anggota keluarga daripada dosa dan azab siksa neraka. 5. Ibu bapa membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan tidak mengabaikan mereka. 6. Melahirkan anak-anak yang soleh, taat kepada ibu bapa dan tidak menderhakai mereka.

C. Kepada Masyarakat

1. Patuh dan taat kepada Allah, rasul dan para pemimpin. 2. Mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam. 3. Menggalakkan aktiviti keilmuan dalam kalangan anggota masyarakat. 4. Mengamalkan budaya bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebajikan. 5. Melaksanakan tanggungjawab dakwah. 6. Berusaha membanteras masalah gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

D. Kepada Negara

1. Dipimpin oleh para pemimpin yang cekap, bersih, amanah, adil dan bertanggungjawab. 2. Menegakkan hukum dan perundangan Islam. 3. Memastikan sistem ekonomi bebas daripada sumber- sumber haram seperti riba dan judi. 4. Membina kestabilan politik untuk memajukan dan membangunkan negara. 5. Membina tamadun Islam yang berasaskan wahyu. 6. Berjihad mempertahankan maruah Islam dan membela umat Islam yang ditindas. Akibat Menolak Sunnah Rasul Maksud Sunnah Rasul: Sunnah Rasul ialah segala perkataan, perbuatan, dan pengakuan rasul yang berkaitan dengan agama Islam. 17 Menolak sunnah rasul adalah satu kesalahan besar dalam agama. Allah telah menyediakan neraka kepada orang yang menolak sunnah. Antara akibat menolak sunnnah rasul : A. Kepada Individu 1. Hidup dalam kesesatan. 2. Jauh daripada hidayah dan rahmat Allah. 3. Mendapat balasan siksa api neraka.

B. Kepada Keluarga dan masyarakat

1. Kehidupan keluarga dan masyarakat porak peranda. 2. Berlaku perpecahan dan perbalahan. 3. Kemungkaran berleluasa.

C. Kepada Negara