Harta Rikaz Dan Galian FAKIR • MISKIN • AMIL • MUALLAF •

►Cara pengiraan mengeluarkan zakat perniagaan adalah seperti contoh berikut: A. Nilai harta perniagaan di tangan Stok barang siap yang diperniagakan RM 20,000 Hutang pelanggan yang boleh didapati kembali RM 3,000 Wang tunai di bank RM 18,000 Wang tunai di tangan RM 7, 800 JUMLAH HARTA PERNIAGAAN RM 49,400 B. Nilai hutang perniagaan yang dibenarkan Hutang kepada pembekal RM 900 Hutang-hutang lain Kos kendalian sahaja RM 3000 JUMLAH HUTANG PERNIAGAAN RM 3, 900 C. Harta perniagaan bersih A – B RM 45, 500 + ambilan tunai untuk kegunaan sendiri RM 8, 000 D. Harta perniagaan yang dikenakan zakat RM 53,500 E. Jumlah zakat 2.5 jika D melebihi nisab RM 1337.50

5. Harta Rikaz Dan Galian

►Rikaz ialah harta yang dijumpai tertanam di dalam tanah. Jika seseorang menjumpainya, wajib dikeluarkan zakat serta merta sebanya 20 atau 15 apabila cukup nisab. ►Emas dan perak yang dilombong, zakatnya wajib dikeluarkan ketika itu juga sebanyak 2.5 apabila cukup nisab. HIKMAH MENGELUARKAN ZAKAT HARTA 1. Dapat beribadat kepada Allah dengan harta kekayaan. 2. Membuktikan kesyukuran terhadap nikmat anugerah Allah. 3. Menyucikan diri daripada sifat bakhil, hasad dengki, dan terlalu sayang kepada harta. 4. Membentuk sifat pemurah, prihatin dan suka menghulurkan pertolongan. 5. Membersihkan harta dan mengurangkan jurang perbezaan kekayaan dalam masyarakat. 6. Mengurangkan berlakunya jenayah dalam masyarakat seperti mencuri. 7. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara orang kaya dengan orang miskin. 8. Dapat melaksanakan usaha-usaha kebajikan seperti dalam bidang pendidikan dan kesihatan. 9. Menyumbang ke arah pembangunan ekonomi umat Islam. 10. Dapat mempergiatkan aktiviti-aktiviti dakwah Islam. ASNAF YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

1. FAKIR •

Orang yang tidak mempunyai harta dan pendapatan. Orang yang mempunyai harta dan pendapatan tetapi tidak dapat memenuhi separuh keperluannya yang wajib menurut keadaan yang munasabah walaupun mempunyai rumah kediaman juga dikira fakir. Contohnya seseorang yang memerlukan RM 10 sehari tetapi hanya memperoleh sekitar RM 1 hingga RM 4 sahaja.

2. MISKIN •

Orang yang mempunyai harta dan pendapatan yang mencukupi sekadar separuh daripada keperluannya yang wajib menurut keadaan yang munasabah walaupun mempunyai rumah kediaman.Contohnya seseorang yang memerlukan RM 10 sehari, tetapi meperoleh sekitarRM 5 hingga RM8 sahaja.

3. AMIL •

Orang yang diberi kuasa untuk mengumpul dan mengagihkan zakat.

4. MUALLAF •

Orang yang dilembutkan hatinya atau orang yang diharapkan kecenderungan hatinya kepada Islam atau yang telah memeluk agama Islam tetapi masih lemah imannya.

5. HAMBA •