Nabi Yahya a.s.: Baginda ialah putera Nabi Zakaria. Allah mengurniakan kepada baginda Nabi Isa a.s. : Baginda ialah putera Maryam binti Imran. Dengan kekuasaan Allah, malaikat Nabi Muhammmad s.a.w.: Junjungan ialah Muhammmad bin Abdullah bi

memenuhi keperluan hidupnya. Baginda juga kuat beribadat seperti berpuasa berselang hari sepanjang tahun. Baginda ialah seorang raja yang adil lagi bijaksana dan telah membina Kota Baitul Maqdis bersama-sama puteranya Nabi Sulaiman dan wafat di situ. 18. Nabi Sulaiman a.s. : Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Allah telah mengurniakan banyak keistimewaan kepada baginda seperti memahami bahasa binatang dan boleh memerintah jin dan angin. Baginda telah berjaya mengislamkan Ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.

19. Nabi Ilyas a.s.: Berketurunan Nabi Harun. Allah mengutuskannya kepada bani Israil yang

ketika itu menyembah berhala bernama Ba’lun. Baginda menyeru mereka menyembah Allah, tetapi mereka bukan sahaja menolak dakwahnya, malah berusaha untuk membunuh Nabi Ilyas. Akhirnya Allah menurunkan bala kepada kaumnya dengan kemarau selama 3 tahun.

20. Nabi Ilyasa’ a.s.: Baginda anak angkat Nabi Ilyas dan diutuskan kepada bani Israil. Baginda

berjaya menyeru umatnya kembali menyembah Allah. Kaumnya hidup dalam keadaan aman dan damai, tetapi setelah Nabi Ilyas wafat, mereka kembali kufur. Allah menimpakan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati. 21. Nabi Yunus a.s.: Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwah, Nabi Yunus meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Ketika dalam perjalanan, kapal ini menghadapi masalah ombak besar dan ribut taufan yang boleh menenggelamkannya. Setelah dilakukan undian sebanyak 3 kali, baginda telah terpilih untuk dibuang ke laut bagi mengatasi masalah itu. Setelah dicampakkan ke laut, baginda telah ditelan oleh ikan nun paus. Ketika berada di dalam perut ikan, baginda sentiasa bertasbih dan beristighfar sehinggalah Allah mengeluarkannya daripada perut ikan itu. Kemudian baginda pulang menemui kaumnya yang telah beriman kerana insaf dan takut akan azab Allah. 22. Nabi Zakaria a.s.: Berketurunan Nabi Sulaiman yang diutuskan kepada bani Israil di Palestin. Baginda sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat. Walaupun usianya menjangkau 100 tahun dan isterinya pula mandul, baginda tidak berputus asa. Akhirnya Allah mengurniakan anak lelaki yang dinamakan Yahya ertinya ‘Hidup’. Di samping itu baginda juga telah membesarkan Maryam, bonda Nabi Isa.

23. Nabi Yahya a.s.: Baginda ialah putera Nabi Zakaria. Allah mengurniakan kepada baginda

ilmu yang luas sejak kecil lagi dan memeliharanya daripada maksiat. Baginda seorang nabi yang bertakwa, berbudi bahasa, rajin berbakti terhadap ibu bapa, dan tidak sombong. Nabi Yahya dan ayahnya telah mati syahid demi mempertahankan hukum Allah. Baginda berdua dibunuh oleh raja yang zalim kerana menghalang raja tersebut mengahwini anak tirinya sendiri.

24. Nabi Isa a.s. : Baginda ialah putera Maryam binti Imran. Dengan kekuasaan Allah, malaikat

Jibril telah meniupkan roh suci ke dalam rahim Maryam. Maka lahirlah Nabi Isa tanpa bapa. Antara keistimewaan baginda ialah boleh bercakap ketika masih bayi. Baginda diutuskan kepada bani Israil dan diberikan kitab Injil. Hanya segelintir sahaja daripada kaumnya yang beriman dan dikenali dengan gelaran ‘Al- Hawariyyun’ , sedangkan ramai lagi yang menentang seruan baginda. Mereka berusaha menangkap dan membunuh baginda. Tetapi Allah telah menyelamatkan baginda dengan diangkat ke langit dan akan diturunkan kembali ke bumi untuk menegakkan kebenaran Islam ketika hampir kiamat.

25. Nabi Muhammmad s.a.w.: Junjungan ialah Muhammmad bin Abdullah bin Abdul Muttalib

daripada keturunan Nabi Ismail. Baginda dilahirkan di Kota Mekah. Ketika remaja lagi nabi kita Muhammad terkenal sebagai seorang yang jujur sehingga digelar ‘Al-Amin’. Ketika berusia 40 tahun Allah telah melantik junjungan sebagai rasul kepada seluruh alam dan diwahyukan kitab al-Quran. Junjungan merupakan penghulu sekalian rasul sayyidul mursalin dan nabi terakhir khatamul anbiya’. Ketika berdakwah, junjungan telah menanggung pelbagai ujian dan cubaan daripada kaum musyrikin Quraisy. Junjungan berjaya melakukan perubahan besar yang menakjubkan dalam sejarah bangsa Arab dan umat manusia seluruhnya. Junjungan wafat di Kota Madinah al-Munawwarah. Demikianlah secara ringkas kisah kehidupan rasul-rasul yang wajib diketahui. Semua rasul 14 memiliki sifat-sifat mulia, bertakwa, kuat beribadat, dan gigih berjuang menyebarkan agama Islam. Oleh itu, kita hendaklah berusaha mencontohi mereka dengan mengamalkan akhlak mulia seperti sabar, sanggup berkorban, gigih berjuang, dan bertawakal kepada Allah. RASUL-RASUL ULUL AZMI Maksud Rasul Ulul Azmi PMR 2007 • Mereka yang cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar menempuh pelbagai rintangan serta kesusahan dalam menegakkan agama Allah. Contoh Kecekalan Hati Dan Kesabaran Rasul- Rasul Ulul Azmi PMR 2007

1. Nabi Ibrahim