4.  Terangkan peranan Saidatina Fatimah Az-Zahra  membantu  perjuangan
Rasulullah dalam peperangan Uhud dan Khandak. 4m
5.  Huraikan tiga faedah mencontohi peribadi Saidatina Fatimah sebagai
seorang anak yang soleh. 6m
UNIT 2: SAIDATINA AISYAH
ILMUAN WANITA TERUNGGUL
BIODATA SAIDATINA AISYAH  r.a
• Nama Penuh:  Aisyah binti Abu Bakar
As-Siddik. •
Gelaran    :  Al-Humaira’ Putih kemerah-merahan
•
Nama Bapa: Abu Bakar bin Abu Quhafah bin ‘Amir.
• Nama Ibu :  Ruman binti Umair bin
‘Amir. •
Tarikh Lahir:  8 tahun sebelum hijrah, iaitu pada tahun 614 masihi.
• Tempat Lahir: Mekah al-Mukarramah.
• Nama Suami:  Muhammad bin
Abdullah Rasulullah •
Tarikh Perkahwinan: Bulan Syawal, tahun ke-10 kenabian.
• Tarikh Wafat:  17 Ramadhan tahun 58
hijrah. •
Umur Ketika Wafat:  67 tahun. •
Tempat Wafat:  Madinah al- Munawwarah.
• Tempat Dimakamkan:  Al-Baqi’ di
Madinah.
SIFAT-SIFAT MULIA SAIDATINA AISYAH 1.  Bersungguh-sungguh menuntut ilmu.
• Sejak   dari   kanak-kanak   lagi   beliau
menunjukkan   minat   yang   mendalam terhadap ilmu pengetahuan.
2.  Sabar, cekal dan tabah.
• Tidak   pernah   mengeluh   walaupun
menempuh   pelbagai   dugaan   dan cabaran.
•
Amat   cekal   dan   tabah   dalam menghadapi   fitnah   yang   dilemparkan
kepadanya   dalam   peristiwa   Hadith   al- Ifki  ﻚفلا ثيدح .
3.  Dermawan.
• Beliau   sanggup   menjual   barang
kepunyaannya   semata-mata   membantu orang lain.
4.  Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami. 5.  Tegas dan berani menegakkan kebenaran.
KAMUS ﻚببفلا ثيدببح  Hadis   al-ifki:     iaitu   peristiwa
Abdullah bin Ubai memfitnah Saidatina Aisyah berkhalwat   dengan   Safwan   bin   Muattal   As-
Sulami.  Surah an-Nur ayat 11-20 membersihkan nama   Saidatina   Aisyah   daripada   tuduhan
tersebut.
FAKTOR KEUNGGULAN JATI DIRI AISYAH
1. Keimanan dan akidah yang kukuh. 2. Mendampingi Rasulullah setelah
menjadi isteri baginda. 3. Ilmu pengetahuan yang tinggi dan
mendalam. 4. Mempunyai semangat jihad yang
tinggi. 5.  Memelihara maruah diri.
SUMBANGAN SAIDATINA AISYAH 1. Dalam bidang tafsir al-Quran
• Memperkaya bidang tafsir al-Quran.
• Sering dijadikan tempat rujukan bagi
para sahabat.
2. Dalam bidang hadis.
• Banyak meriwayatkan hadis daripada
Rasulullah.  Beliau telah meriwayatkan tidak kurang daripada 1210 hadis.
• Menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada orang ramai.
3. Dalam bidang kewanitaan.
• Memberi fatwa tentang agama
terutamanya yang berkaitan dengan kewanitaan.
• Seorang pejuang Islam yang bersama-
sama Rasulullah dalam beberapa peperangan menentang musuh.
49
GALERI ILMU Urwah pernah berkata:”Saya tidak pernah
berjumpa seorang yang lebih alim tentang ilmu fekah dan puisi Arab selain daripada Saidatina
Aisyah”.
TAMADUN Perkembangan   tamadun   Islam   dapat   dihasilkan
dengan   baik   sekiranya   wanita   kini   mencontohi kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Saidatina
Aisyah   sepanjang  hayat   beliau.    Wanita   bukan sahaja   dapat   memainkan   peranan   sebagai   ibu,
tetapi mereka juga sewajarnya dapat memberikan sumbangan dalam pembangunan Negara dengan
menceburkan   diri   dalam   bidang-bidang   yang sesuai seperti pendidikan dan perubatan.
IKTIBAR Murid hendaklah mencontohi Saidatina Aisyah
dalam perkara-perkara berikut: 1.  Keperibadian dan sifat-sifat mulia
Saidatina Aisyah. 2.  Mengasihi keluarga dan kawan-kawan
dengan menjaga maruah diri.
PENILAIAN 1.  Tuliskan dengan ringkas riwayat hidup
Saidatina Aisyah.   4m 2.   Nyatakan maksud gelaran Al-Humaira’ bagi
Saidatina  Aisyah.   2m 3.   Jelaskan tiga sumbangan Saidatina Aisyah
kepada Islam.   6m 4.  Bagaimanakah anda dapat mencontohi
Saidatina Aisyah dalam memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
4m 5.  Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh
wanita masa kini untuk membangunkan negara.                                              4m
UNIT 3: SAIDINA KHALID BIN AL-WALID
PMR 2007
BIODATA SAIDINA KHALID BIN AL- WALID
Nama Penuh :  Khalid bin al-Walid bin Al- Mughirah.
Keturunan    :  Bani Makhzum. Tarikh Lahir :  592 Masihi.
Nama Bapa  :  Al- Walid bin Al-Mughirah bin Abdullah   bin Umar bin Makhzum.
Nama Ibu     :  Lubabah binti Al-Haris. Tempat Lahir:  Mekah Al-Mukarramah.
PMR 2007
Tarikh Memeluk Islam: Bulan Safar tahun 8 Hijrah.
Kerjaya                        :  Panglima tentera. Tarikh Wafat               :  Tahun 21 Hijrah.
Umur Ketika Wafat     :  60 tahun. Tempat Dimakamkan  :  Hims Syria
Gelaran     :  Saifullah Pedang Allah
PMR 2007
SIFAT-SIFAT MULIA KHALID AL-WALID
PMR 2007
Sebelum  memeluk  Islam,  Khalid  telah  menjadi tunggak kepada tentera-tentera musyrikin dalam
menentang umat Islam seperti dalam peperangan Uhud.    Namun,  setelah  memeluk  Islam,  beliau
telah   mempamerkan   sifat-sifat   terpuji   yang dikenang sepanjang zaman.  Antaranya:
1. Berwawasan