Membaca surah al-Fatihah selepas Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

8. Siram seluruh tubuh. Gunakan air yang telah dicampurkan dengan daun bidara, kapur barus, dan sabun. 9. Berniat ketika memandikannya. ىلاعت ل تيملا اذهل بجاولا ﻞسغلا تون Niatnya: Sahaja aku mandi wajib ke atas mayat ini kerana Allah Taala. . 10. Jenazah hendaklah diwudukkan dengan sempurna. HIKMAT MEMANDIKAN JENAZAH 1. Menunjukkan Islam mementingkan kebersihan. 2. Menghormati manusia sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah. 3. Membolehkan jenazah disolatkan. Solat jenazah tidak sah jika jenazah disolatkan sebelum dimandikan. 4. Mengadap Allah dalam keadaan bersih dan suci. MENGKAFANKAN JENAZAH CARA-CARA MENGKAFANKAN JENAZAH 1. Kain kafan dihampar sehelai demi sehelai. 2. Setiap lapisan kain ditabur wangian seperti kapur barus kecuali yang meninggal dunia dalam keadaan ihram. 3. Kedua-dua tangan jenazah diletakkan di antara dada dan pusat seperti qiam dalam solat. 4. Kafankan jenazah dengan berhati-hati dan lemah lembut dengan menutup seluruh tubuhnya. HIKMAH MENGKAFANKAN JENAZAH 1. Memelihara kemuliaan jenazah. 2. Menutup aib jenazah. 3. Memberi keinsafan bahawa manusia itu sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa. SOLAT JENAZAH MAKSUD SOLAT JENAZAH • Solat yang dilakukan oleh orang yang hidup kepada orang yang mati. TUJUAN SOLAT JENAZAH 1. Memohon keampunan untuk jenazah. 2. Memohon keredaan dan rahmat Allah untuk jenazah. SYARAT SAH SOLAT JENAZAH 1. Jenazah telah dimandikan. 2. Jenazah telah dikafankan. 3. Mengadap kiblat. 4. Jenazah berada di hadapan orang yang solat kecuali solat ghaib RUKUN SOLAT JENAZAH 1. Niat 2. Berdiri bagi yang mampu. 3. Empat kali takbir. 4. Membaca surah al-Fatihah selepas takbir pertama. 5. Berselawat ke atas nabi selepas takbir yang kedua. 6. Mendoakan mayat selepas takbir yang ketiga. 7. Memberi salam selepas takbir yang keempat. KAIFIAT CARA SOLAT JENAZAH 1. Niat semasa takbir pertama. Lafaz niat jenazah lelaki: تاريبﻜت ﻊبرﺃ تيملا اذﻫ ىلعيلﺼﺃ ىلاعت هلل امومﺄم امامﺇ ةيافﻜلا ﺾرف Lafaz niat jenazah perempuan: تاريبﻜت ﻊبرﺃ ةتيملا ﻩذﻫ ىلعيلﺼﺃ ىلاعت هلل امومﺄمامامﺇ ةيافﻜلا ﺾرف Maksudnya: Sahaja aku menunaikan solat ke atas mayat ini 4 takbir fardu kifayah menjadi imam makmum kerana Allah Taala.

2. Membaca surah al-Fatihah selepas

takbir pertama. 3. Takbir kedua dan membaca selawat ke atas nabi. Contoh selawat ialah: امﻜ دمحم ﻞﺁ ىلعو دمحم ىلع ﻞﺼ ﻡهللا مي اربﺇ ﻞﺁ ىلعو مي اربﺇ ىلع تيلﺼ ﮪ ﮪ 41 امﻜ دمحم ﻞﺁ ىلعو دمحم ىلع ﻚرابو ميﻫاربﺇ ﻞﺁ ىلعو ميﻫاربﺇ ىلع تﻜراب .ديجم ديمح ﻙنﺇ, نيملاعلا يف 4. Takbir yang ketiga dan berdoa untuk si mati. Contoh doa ialah: ,هنع ﻑعاو هفاعو همحراو هلرفﻏا مهللا ﺀاملاب هلسﻏاو ,هلﺨدم ﻊسوو هلزن ﻡرﻜﺃو دربلاو ﺞلﺛلاو  ىﻘني امﻜ اياﻁﺨلا نم هﻘنو ﺱندلا نم ﺾيبﻷا بوﺜلا  اراد هل ﻞدبﺃو اجوزو هلﻫﺃ م اريﺨ لﻫﺃو ﻩراد نم اريﺨ هجوز نم اريﺨ  ربﻘلا ةنتف هﻘو ةنجلا هلﺨﺃو رانلا باذعو  5. Takbir yang keempat. Bacaan selepas takbir yang keempat ialah: ﻩدعب انتفتلو ﻩرجﺃ انمرحت ل م للا ﮭ هلو انلرفﻏاو

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

HIKMAH SOLAT JENAZAH • Memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada simati. • Menimbulkan keinsafan bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. • Memohon rahmat Allah untuk si mati. • Mengeratkan silaturrahim dengan keluarga si mati. MENGEBUMIKAN JENAZAH TUJUAN MENGEBUMIKAN JENAZAH • Menjaga keselamatan jenazah. • Menjaga maruah dan kehormatan jenazah. KAIFIAT CARA MENGEBUMIKAN JENAZAH 1. Menggali kubur dengan kedalaman yang sesuai supaya tidak berbau dan tidak boleh dikorek oleh binatang buas. 2. Jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad. 3. Jenazah diletakkan dalam mengiring di atas rusuk kanan mengadap ke arah kiblat. 4. Meninggikan tanah kubur sekadar sejengkal. HIKMAH MENGEBUMIKAN JENAZAH 1. Agar tidak dimakan oleh binatang buas. 2. Supaya tidak berbau. 3. Memuliakan jenazah. PENILAIAN 1. Nyatakan hukum menguruskan jenazah. 2m 2. Terangkan cara mengafankan jenazah. 4m 3. Jelaskan tiga hikmah memandikan jenazah. 6m 4. Jelaskan kedudukan imam ketika hendak menyembahyangkan jenazah. 4m 5. Terangkan syarat-syarat sah solah jenazah. 4m 6. Nyatakan rukun-rukun solat jenazah. 6m 7. Senaraikan dua hikmah solat jenazah. 4m 8. Jelaskan kaifiat mengkebumikan jenazah. 4m 9. Terangkan hikmah jenazah dikebumikan. 4m 10. Nyatakan tindakan anda sekiranya jiran anda meninggal dunia. 4m IBADAT 6: ZAKAT HARTA 42 KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT HARTA • Kewajipan menunaikan zakat harta merupakan satu peraturan yang menjamin keadilan sosial dalam Islam. • Islam mewajibkan setiap umatnya yang memiliki harta dan cukup syarat- syaratnya supaya mengeluarkan zakat. • Orang Islam yang sengaja tidak mengeluarkan zakat adalah berdosa besar. • Orang Islam yang menolak hukum kefarduan mengeluarkan zakat harta dihukum murtad. GALERI ILMU Tahukah anda bahawa pada zaman Saidina abu Bakar As-Siddik terdapat segolongan umat Islam yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Beliau telah bertindak tegas dengan memerangi mereka. Tujuan beliau adalah untuk mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenar di samping memelihara kepentingan umat. Ini membuktikan bahawa mengeluarkan zakat adalah tanggungjawab yang amat penting. SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA BENDA

1. Islam: Harta yang dimiliki oleh orang