ialah   seorang   yang   bijak   berfikir.   Gelarannya Khalilullah.
7.   Nabi   Lut   a.s:  Anak   saudara   Nabi   Ibrahim. Allah   mengutuskan   baginda   kepada   penduduk
negeri   Sadum   yang   kini   dikenali   sebagai   Laut Mati, Jordan. Penduduknya amat derhaka kepada
Allah dan sangat buruk budi pekertinya. Mereka merompak,   menganiayai,   dan   mengamalkan
liwat   homoseksual.
Akhirnya   Allah menterbalikkan  negeri mereka dan menurunkan
hujan batu yang membinasakan mereka.
8.   Nabi   Ismail   a.s:  Putera   Nabi   Ibrahim   dan Hajar.   Nabi   Ismail   dan   ibunya   adalah   orang
terawal   mendiami   Mekah.   Allah   telah menganugerahkannya keturunan terdiri daripada
kabilah-kabilah Arab. Daripada keturunan inilah lahirnya Nabi kita Muhammad. Nabi Ismail telah
membantu   ayahnya   Nabi   Ibrahim   membina Kaabah.  Gelaran baginda ialah ‘ Zabihullah’.
9.   Nabi   Ishak   a.s:  Baginda   ialah   putera   Nabi Ibrahim   dan   isterinya   Sarah.   Baginda   adik
sebapa Nabi Ismail. Daripada keturunan baginda lahirnya   para   nabi   dalam   kalangan   Bani   Israil.
Baginda dimakamkan di Hebron, Palestin.
10. Nabi Ya’kub a.s: Baginda ialah putera Nabi Ishak. Baginda juga dikenali dengan nama Israil
yang   bermaksud   hamba   Allah.   Allah mengutuskannya   kepada   penduduk   negeri
Kan’an Palestin. Baginda dikurniakan 12 orang anak   lelaki,   antaranya   ialah   Nabi   Yusuf.
Daripada mereka lahirnya keturunan Bani Israil. Baginda   dimakamkan   di   Hebron   bersebelahan
makam bapanya Nabi Ishak.
11. Nabi Yusuf a.s:  Baginda ialah putera Nabi Ya’kub   yang   amat   disayangi   ayahandanya
kerana   berakhlak   mulia.   Nabi   Yusuf   seorang yang   amat   sabar   menghadapi   dugaan   hidup.
Bersikap   pemaaf,   penyayang,   dan   sangat menghormati   kedua-dua   ibu   bapanya.
Keistimewaan   baginda   ialah   sangat   kacak, pandai mentadbir mimpi, dan bijaksana sehingga
baginda  dilantik  sebagai  menteri  yang  menjaga perbendaharaan di Mesir.
12. Nabi Ayub a.s: Keturunan Nabi Ishak. Allah mengurniakan   baginda   harta   yang   banyak   dan
anak   yang   ramai.   Sangat   bertakwa   dan   suka membantu   fakir   miskin   dan   anak   yatim.   Allah
menguji   baginda   dengan   kemusnahan   harta, kematian   anak   dan   mengidap   penyakit   yang
berat   bertahun-tahun.   Baginda   menempuh musibah   dengan   sabar   dan   iman   yang   teguh.
Akhirnya   Allah   menyembuhkan   penyakit baginda   dan   mengembalikan   nikmat   kehidupan
seperti sebelumnya.
13.   Nabi   Zulkifli   a.s:  Putera   Nabi   Ayub. Seorang nabi dan raja yang telah diutuskan Allah
kepada penduduk Damsyik dan sekitarnya. Asal nama   baginda   ialah   Bassyar   dan   dinamakan
Zulkifli   ertinya   yang   berkesanggupan   kerana banyak  berpuasa  pada siang  hari  dan beribadat
pada waktu malam. Seorang yang amat penyabar dan bijak mengatur waktu ketika menjadi raja.
14.     Nabi   Syuib   a.s:  Berketurunan   Nabi   Lut. Diutuskan   ke   negeri   Madyan   di   Jordan.
Kaumnya   telah   menyimpang   daripada   ajaran- ajaran nabi terdahulu dengan mengamalkan sikap
mengurangkan   timbangan   dan   sukatan   dalam urusan  jual  beli.  Nabi  Syuib  melarang  mereka,
tetapi   tidak   dihiraukan.   Akhirnya   Allah membinasakan mereka dengan gempa bumi dan
petir yang sangat dahsyat.
15.  Nabi Musa a.s:  Baginda berketurunan Nabi Ya’kub,   putera   Imran   dan   bersaudara   dengan
Nabi Harun. Baginda dilahirkan di Mesir semasa pemerintahan Firaun yang zalim dan mendakwa
dirinya   tuhan.   Firaun   telah   memerintahkan tenteranya   membunuh   semua   bayi   lelaki
daripada   keturunan   Bani   Israil.   Walau bagaimanapun   Nabi   Musa   terselamat   daripada
tindakan  itu.  Baginda  telah  dipelihara  di istana oleh Asiah, isteri Firaun. Setelah menjadi rasul,
Nabi   Musa   telah   diperintahkan   Allah   untuk mendakwah   Firaun   tetapi   Firaun   menentang
dakwah   baginda,   akibatnya   Firaun   dan tenteranya telah mati lemas tenggelam di dalam
Laut Merah. Gelaran baginda ialah ‘Kalimullah’ kerana   dapat   bercakap   dengan   Allah   di   Bukit
Tursina. Baginda diberikan kitab Taurat.
16. Nabi Harun a.s: Baginda ialah saudara Nabi Musa.  Baginda  sangat  fasih  berbicara.  Menjadi