Nabi Adam a.s: Nabi dan manusia pertama di bumi. Dicipta daripada tanah. Asal keturunan Nabi Nuh a.s: Keturunan ke-10 daripada Nabi Adam. Diutuskan ke Negeri Armenia. Baginda Nabi Hud a.s: Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada k

RASUL SEBAGAI PEMIMPIN • Dalam Rumah Tangga 1. Suami yang bertanggungjawab. 2. Bapa yang pengasih. 3. Anak yang mengenang jasa ibu bapa. 4. Menjadi contoh terbaik dalam pendidikan anak-anak. • Dalam Masyarakat 1. Memimpin dan menyatukan kabilah- kabilah yang bertelagah. 2. Menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan menjaga hak- hak mereka. 3. Bersama-sama para sahabat membina Masjid Nabawi. • Dalam Sesebuah Negara 1. Memimpin negara Madinah dengan adil dan saksama. 2. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. 3. Mewujudkan kestabilan politik. Ketaatan Kepada Rasul 1. Setiap orang beriman wajib mentaati segala perintah rasul kerana ketaatan kepada rasul adalah ketaatan kepada Allah, sebaliknya orang yang mengingkari perintah rasul bererti mengingkari perintah Allah. 2. Umat Islam hendaklah merujuk semua perkara dalam urusan kehidupan mereka kepada al-Quran dan as-sunnah. Kita juga hendaklah mencintai Rasulullah melebihi segala-galanya. 3. Umat Islam juga hendaklah menghayati sirah Rasulullah dan rasul-rasul sebelum junjungan dengan menjadikannya sebagai contoh teladan yang terbaik dalam semua aspek kehidupan. Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan wang ringgit kepada kita, tetapi junjungan meninggalkan dua panduan hidup iaitu al-Quran dan as-sunnah. UNIT 2: RASUL-RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI

1. Nabi Adam a.s: Nabi dan manusia pertama di bumi. Dicipta daripada tanah. Asal keturunan

semua manusia. Isterinya Hawa dicipta daripada tulang rusuk baginda. Pada mulanya mereka berdua tinggal di syurga, kemudian Allah menurunkan mereka ke dunia. 2. Nabi Idris a.s: Diutuskan Allah kepada penduduk negeri Babil Iraq. Menerima 30 suhuf untuk disampaikan kepada umatnya iaitu keturunan Qabil yang derhaka kepada Allah. Baginda ialah manusia pertama pandai menulis, membaca, mengetahui ilmu falak, dan mahir jahit menjahit.

3. Nabi Nuh a.s: Keturunan ke-10 daripada Nabi Adam. Diutuskan ke Negeri Armenia. Baginda

berdakwah siang dan malam, tetapi kebanyakan umat baginda ingkar termasuklah seorang isteri dan anak lelaki baginda. Allah telah membinasakan mereka dengan banjir besar. Hanya orang beriman yang menaiki bahtera Nabi Nuh sahaja yang selamat. Gelaran baginda: Najiyullah.

4. Nabi Hud a.s: Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum Ad yang tinggal di utara

Hadramaut di Yaman. Kaum ini terkenal dengan tubuh badan yang besar, tenaga yang sangat kuat, kaya raya serta mahir membina benteng kukuh. Kaum Ad adalah penyembah berhala dan mempersendakan ajakan menyembah Allah. Allah membinasakan mereka dengan angin kencang yang sangat sejuk sehingga meresap ke tulang sum-sum selama 8 hari 7 malam terus menerus.

5. Nabi Soleh a.s: Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke-6. Kaumnya Tsamud, yang

mendiami tempat yang terletak di antara Hijaz Arab Saudi dan Syam Syria di sebelah tenggara negeri Madyan di Jordan. Mereka kufur kepada Allah dengan menyembah berhala dan bersikap takbur. Allah memusnahkan mereka dengan pekikan suara yang sangat kuat dari langit dan gempa bumi yang amat dahsyat.

6. Nabi Ibrahim a.s: Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di negeri Mosul Iraq semasa