TILAWAH AL-QURAN
AYAT KEFAHAMAN HAFAZAN
PEL. 1:
MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT
ALLAH
.
Latar Belakang Ayat Allah mencipta nabi Adam daripada tanah dan
Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam, kemudian Allah memasukkan kedua-duanya ke
dalam syurga. Di dalam syurga Allah melarang Nabi Adam dan isterinya Hawa mendekati
sepohon pokok. Iblis mengambil peluang ini untuk memperdaya Nabi Adam dan Hawa
memakan buah daripada pokok tersebut dengan memberi alasan bahawa sesiapa yang
memakannya akan bertukar menjadi malaikat dan dapat tinggal selama-lamanya di dalam
syurga. Akhirnya Nabi Adam dan Hawa terpedaya dengan tipu helah iblis. Sebaik sahaja
mereka memakan buah daripada pokok tersebut, pakaian mereka terungkai daripada badan. Allah
menghukum Nabi Adam dan Hawa keluar dari syurga dan turun ke dunia. Nabi Adam menyesal
atas perbuatan tersebut lalu memohon ampun kepada Allah dengan lafaz seperti yang
disebutkan di dalam ayat 23 surah al-a’raf.
Jenis dan contoh-contoh kezaliman 1. Zalim terhadap Allah: seperti tidak solat,
tidak berpuasa pada bulan Ramadan. 2. Zalim terhadap diri sendiri: seperti
menghisap dadah dan membunuh diri. 3. Zalim terhadap sesama manusia: seperti
membuli kawan, mencaci dan merosakkan harta benda awam.
4. Zalim terhadap alam sekitar: seperti membuang sampah di merata-rata tempat.
Maksud menzalimi diri sendiri Orang yang melakukan dosa terhadap Allah
seperti mencuri, minum arak, meninggalkan solat, tidak berpuasa pada bulan Ramadan atau
merosakkan harta benda awam dianggap menzalimi diri sendiri kerana melanggar hukum
syarak dan mendedahkan diri mereka kepada kemurkaan dan azab Allah.
Maksud keampunan Allah Penghapusan dosa oleh Allah kepada hambaNya
yang berdosa dan memohon taubat kepadaNya.
Langkah-langkah untuk mendapat keampunan Allah
1. Mengaku kesalahan. 2. Menyesal atas kesalahan yang dilakukan.
3. Menempelak diri. 4. Bertaubat.
5. Tidak berputus asa.
Maksud rahmat Allah Kasihan belas yang dilimpahkan oleh Allah
kepada orang yang dikehendakiNya.
Cara-cara untuk mendapat rahmat Allah
1. Berlaku adil terhadap orang lain. 2. Bertaubat dengan ikhlas dan berazam
tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan.
3. Melaksanakan ibadat dengan ikhlas dan sempurna.
4.
Berkasih sayang bersama anggota keluarga dan masyarakat.
5.
Membelanjakan harta pada jalan Allah ketika senang atau susah.
Pengajaran Ayat
1. Mengaku kesalahan dan menyesali dosa yang dilakukan ialah sifat terpuji.
2.
Orang yang beriman wajib mencontohi taubat yang dilakukan oleh Nabi Adam
a.s. 3. Orang yang beriman hendaklah
berwaspada dengan godaan syaitan. 4. Keampunan suatu rahmat Allah kepada
hambanya.
PENILAIAN
1.
Nyatakan pengertian menzalimi diri sendiri. 2m
2.
Jelaskan maksud keampunan dan rahmat Allah. 4m
3.
Terangkan empat langkah untuk mendapat keampunan Allah. 4m
4. Huraikan cara-cara untuk mendapatkan rahmat Allah.
1
5.
Orang yang tidak mendapat rahmat dan keampunan Allah ialah orang yang rugi.
Huraikan tiga ciri kehidupan orang yang tidak mendapat rahmat Allah
dan keampunan Allah. 6m
PEL. 2: MEYAKINI HARI KEBANGKITAN
Bukti Allah berkuasa membangkitkan manusia selepas mati
1. Semua hidupan memerlukan udara untuk hidup terutamanya manusia. Pencipta udara atau