memiliki   sifat-sifat   mulia,   bertakwa,   kuat beribadat,   dan   gigih   berjuang   menyebarkan
agama Islam. Oleh itu, kita hendaklah berusaha mencontohi   mereka   dengan   mengamalkan
akhlak  mulia seperti  sabar,  sanggup  berkorban, gigih berjuang, dan bertawakal kepada Allah.
RASUL-RASUL ULUL AZMI
Maksud Rasul Ulul Azmi
PMR 2007
•
Mereka yang cekal hati, kuat keazaman dan   amat   sabar   menempuh   pelbagai
rintangan   serta   kesusahan   dalam menegakkan agama Allah.
Contoh Kecekalan Hati Dan Kesabaran Rasul- Rasul Ulul Azmi
PMR 2007
1.  Nabi Ibrahim
• Baginda   diuji   oleh   Allah   dengan
perintah menyembelih
putera kesayangannya Nabi Ismail.
• Baginda   tabah   menghadapi   tentangan
kaumnya   sehingga   diuji   dengan dicampak ke dalam api.
2.  Nabi Nuh
• Baginda   sabar   menyeru   kaumnya   agar
beriman selama 950 tahun. •
Hanya   beberapa   orang   sahaja   yang beriman dan selebihnya menolak seruan
baginda.
3.  Nabi Musa
• Baginda telah bertemu Firaun dan para
pembesarnya   dengan   hati   yang   cekal dan tabah.
• Baginda   menyeru   mereka   beriman
walaupun menyedari
risiko kemungkinan dibunuh.
4.  Nabi Isa
• Baginda   tabah   menghadapi   tentangan
dan ancaman bunuh daripada kaumnya. •
Baginda   juga   telah   dikhianati   oleh sahabat   karibnya   iaitu   Yahuza   Al-
Askharyuti.
5.  Nabi Muhammad s.a.w.
•
Baginda   sabar   menghadapi   tentangan kaumnya   yang   mengancam   untuk
membunuhnya. •
Junjungan   juga   tabah   menghadapi pelbagai   ujian   ketika   berhijrah   ke
Madinah.
Ciri-Ciri Rasul Ulul Azmi
1. Memiliki sifat yang cekal dan tabah. 2. Paling banyak menanggung ujian dalam
perjuangan. 3. Sabar  dan  mempunyai   keazaman   yang
kuat ketika berdepan dengan musuh. 4. Mempunyai   sifat   kecekalan   dalam
perjuangan menegakkan agama Allah.
Penghayatan
1. Tekun,   cekal,   dan   memiliki   keazaman yang   kuat   dalam   melakukan   sesuatu
pekerjaan. 2. Sabar   dan   tabah   apabila   menghadapi
ujian dalam kehidupan. 3. Sanggup   berkorban   dan   sentiasa
memberi   bantuan   kepada   rakan-rakan dan guru-guru.
TAMADUN Sesungguhnya   para   rasul   merupakan
kumpulan   manusia   yang   terpilih   dan   amat istimewa.     Mereka   merupakan   pemimpin
perubahan   yang   gigih   berjuang   membetulkan akidah   demi   menyelamatkan   umat   daripada
kesesatan.     Mereka   juga   telah   mimimpin umatnya   mencapai   kemajuan   dan   kemakmuran
hidup dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Oleh   itu,   kita   hendaklah   berusaha
membudayakan   ciri-ciri   kecemerlangan   seperti sanggup   berkorban   dan   bersusah   payah   demi
memajukan negara yang bertamadun.
PENILAIAN
1. Ceritakan   sejarah   ringkas   nabi-nabi berikut:
i.   Nabi Idris a.s. ii.  Nabi Sulaiman a.s.
iii. Nabi Ya’kub a.s.          6m 2. Senaraikan nabi-nabi yang bergelar ulul
azmi.  5m
3.
Mengapakah mereka
digelar sedemikian?    2m
4. Terangkan   tiga   contoh   kesabaran   dan kecekalan   hati   yang   ditunjukkan   oleh
rasul-rasul ulul azmi.    6m 5. Nabi   Muhammad   s.a.w.   telah
melakukan   perubahan   besar   terhadap tamadun dan peradaban manusia.
Kemukakan   contoh   perubahan   yang telah dilakukan oleh baginda.  2m
15
UNIT 3:  SIFAT-SIFAT RASUL
Sifat Wajib Bagi Rasul
PMR 2007
Ada 4; 1. Sidqun maksudnya benar -
قدص
Para rasul mempunyai sifat benar dalam segala perkataan  dan  perbuatan  kerana  mereka sendiri
diutuskan untuk menyampaikan kebenaran.
2.  Amanah maksudnya jujur  -