Secara Duduk Caranya Secara Mengiring Caranya: Secara Menelentang Caranya: Secara Isyarat Kelopak Mata Caranya: Secara Ingat Di Dalam Hati. Caranya:

dan menolong hamba-hamba yang hampir dengan-Nya. Tamadun Beriman kepada qada’ dan qadar memberikan kekuatan kepada seseorang menempuh cabaran hidup. Keimanan ini juga mendorong manusia bekerja kuat kerana qada’ dan qadar yang akan berlaku tidak diketahui. GALERI ILMU Menurut Imam An-Nawawi: Ramai orang beranggapan bahawa qada’ dan qadar bermaksud Allah telah menentukan sesuatu dan memaksa kehendak-Nya ke atas manusia tanpa usaha dan ikhtiar mereka. Sebenarnya tanggapan itu adalah salah. Qada’ dan qadar bermaksud pemberitahuan Allah akan perkara yang berlaku terhadap manusia. Penghayatan 1. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. 2. Berdisiplin dan berdaya saing. 3. Berwawasan dalam merancang kehidupan. PENILAIAN 1. Nyatakan pengertian beriman kepada qada’ dan qadar. 4m 2. Nyatakan jenis-jenis qada’ berserta contoh. 4m 3. Jelaskan pengertian tawakal, ikhtiar, dan af ‘alul ibad. 6m 4. Terangkan tiga peranan tawakal dalam kehidupan. 6m 5. Sesetengah orang berpendapat kemunduran umat Islam berpunca daripada kepercayaan kepada qada’ dan qadar. Berikan hujah anda untuk menolak pernyataan di atas. 2m IBADAT IBADAT 1 : RUKHSAH SOLAT SOLAT KETIKA SAKIT Maksud rukhsah: Kemudahan yang diberikan oleh Islam kepada umatnya untuk melakukan ibadat dalam keadaan tertentu. I. Maksud Solat Ketika Sakit Menunaikan ibadat solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada menunaikannya secara biasa. KAIFIAT CARA SOLAT KETIKA SAKIT Ada 5 cara:

1. Secara Duduk Caranya

• Duduk dalam keadaan iftirasy iaitu seperti duduk antara dua sujud. • Rukuk hendaklah ditundukkan kepala iaitu dahi berada setentang dengan tempat sujud. • Sujud dilakukan seperti biasa.

2. Secara Mengiring Caranya:

• Baring dalam keadaan mengiring di atas rusuk sebelah kanan. • Muka dan dada hendaklah mengadap kiblat. • Rukuk dan sujud hanya dilakukan menerusi isyarat kepala.

3. Secara Menelentang Caranya:

• Berada dalam keadaan berbaring sambil menelentang. • Kaki menghala ke kiblat. • Kedudukan kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat dapat mengadap kiblat. • Rukuk dan sujud hanya dilakukan melalui isyarat kepala.

4. Secara Isyarat Kelopak Mata Caranya:

• Berada dalam keadaan berbaring sambil menelentang. • Kaki menghala ke arah kiblat. • Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata. • Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata.

5. Secara Ingat Di Dalam Hati. Caranya:

• Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati pergerakan mengikut tertib rukun. 34 Laman Nurani Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi bermaksud: “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya beerti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, beerti dia telah meruntuhkan agama.” Hikmah Rukhsah Solat Ketika Sakit 1. Menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang mudah. 2. Supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam sebarang keadaan. 3. Membuktikan bahawa Allah sayangkan hambaNya. Sebab Diwajibkan Solat Walaupun Ketika Sakit 1. Solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam. 2. Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran. 3. Solat sebagai penawar kepada sakit. 4. Mengharapkan pertolongan Allah ketika senang dan susah. 5. Supaya hidup dan mati dalam iman. PERBEZAAN RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT DAN MUSAFIR Cara Solat Rukhsah ketika Sakit Rukhsah Ketika Musafir Keadaan Solat Dilakukan mengikut keupayaan pesakit sama ada secara duduk, berbaring mengiring, menelentang, isyarat mata atau isyarat hati. Boleh dilakukan secara jamak, qasar atau kedua- duanya sekali. Harus juga dilakukan secara sempurna. Tempoh pelaksanaan Sepanjang berada dalam keadaan sakit. Semasa berada dalam musafir. GALERI ILMU Renungkan kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang bermaksud: “Hitunglah diri kamu sebelum diri kamu dihitung dan dihisab, dan timbanglah amalan kamu sebelum amalan kamu ditimbang.” PENILAIAN 1. Nyatakan tiga hikmah disyariatkan rukhsah solat ketika sakit. 6m 2. Jelaskan maksud solat ketika sakit. 2m 3. Terdapat orang yang sengaja meringan- ringankan kefarduan solat. Bincangkan sebab terjadinya perkara ini. 4m IBADAT 2: SOLAT AIDIL FITRI DAN AIDIL ADHA Maksud Solat Aidil Fitri Dan Aidil Adha Solat Aidil Fitri: Iaitu solat sunat 2 rekaat yang dilakukan oleh umat Islam pada pagi 1 Syawal. Solat Aidil Adha: Iaitu solat sunat 2 rekaat yang ditunaikan pada pagi 10 Zulhijjah. Amalan Sebelum Solat Aidil Fitri Dan Aidil Adha 1. Menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti takbir, zikir, solat sunat tahajjud dan membaca al-Quran. 2. Mandi sunat pada pagi hari. 3. Memakai pakaian yang baru dan bersih. 4. Memakai wangi-wangian bagi lelaki. 5. Bermaaf-maafan dengan ibu bapa dan keluarga. 6. Pada hari raya Aidil Fitri bersarapan sebelum solat, manakala pada hari raya Aidil adha bersarapan selepas solat. 7. Pergi awal ke masjid sebaik-baiknya dengan berjalan kaki. 8. Berwajah ceria dan senyum kepada setiap orang Islam yang ditemui 9. Membayar zakat fitrah pada hari raya Aidil Fitri dan banyak bersedekah. Cara Solat Aidil Fitri Dan Aidil Adha 1. Waktu: selepas setengah jam terbit matahari hingga matahari tergelincir. Disunatkan melambatkan solat Aidil Fitri dan menyegerakan solat Aidil Adha. 2. Bilangan rekaat: 2 rekaat. 35 3. Bilangan takbir: 7 kali pada rekaat pertama dan 5 kali pada rekaat kedua tidak termasuk takbiratulihram. 4. Bilangan tasbih: 6 kali pada rekaat pertama dan 4 kali pada rekaat kedua. Kaifiatnya adalah seperti berikut: 1. Takbiratul ihram serta niat. Lafaz niat solat Aidil Fitri: ىلاعت ل اماما امومام نيتعكر رطفلا ديع ةنس يلصا Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Aidil Fitri dua rekaat mengikut imam imam kerana Allah Taala. Lafaz niat solat Aidil Adha: ىلاعت ل اماما امومام نيتعكر ىحﺿلا ديع ةنس يلصا Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rekaat mengikut imam imam kerana Allah Taala.

2. Pada rekaat pertama selepas takbiratul