Hasil Pertanian Emas, Perak, Dan Mata Wang

5 – 9 10 – 14 15 – 19 20 – 24 25 – 35 36 – 45 46 – 60 61 – 75 76 – 90 91 – 120 Tambahan 40 Tambahan 50 1 ekor kambing atau biri-biri 2 ekor kambing atau biri-biri 3 ekor kambing atau biri-biri 4 ekor kambing atau biri-biri 1 ekor unta betina 1 ekor unta betina 1 ekor unta betina 1 ekor unta betina 2 ekor unta betina 2 ekor unta betina 1 ekor unta betina 1 ekor unta betina 1 tahun + 1 tahun + 1 tahun + 1 tahun + 1 tahun + 2 tahun + 3 tahun + 4 tahun + 2 tahun + 3 tahun + 2 tahun + 3 tahun +

2. Hasil Pertanian

►Hasil pertanian yang diwajibkan zakat ialah: Bijirin dan buah-buahan seperti: Padi - Gandum - Barli - Jagung - Kurma - Anggur ►Syarat-syarat khas zakat pertanian ialah: • Cukup nisab iaitu sebanyak 5 ausuk bersamaan 1000 kg. Bagi padi, nisabnya 363 gantang bersamaan 1300 kg. • Bijirin dan buah-buahan yang diusahakan oleh manusia bukannya tumbuh sendiri. • Bijirin dan buah-buahan yang menjadi makanan asasi sesebuah Negara. • Tahan disimpan lama. ►Zakat pertanian wajib dikeluarkan setelah bijirin tersebut selesai dituai atau dipetik tidak disyaratkan haul genap setahun Kadar zakat pertanian adalah seperti berikut: • Tanaman yang pengairannya menggunakan tenaga dan perbelanjaan kadar zakatnya 5 atau 120. • Tanaman yang pengairannya tidak menggunakan tenaga yang banyak dan tidak menggunakan perbelanjaan yang tinggi kadar zakatnya 10 atau 110. GALERI ILMU Ketahuilah bahawa tanaman pertanian yang diusahakan secara komersial tidak lagi dikira sebagai zakat pertaniaa, sebaliknya diasaskan kepada zakat perniagaan iaitu hasil ditolak perbelanjaan. Keuntungan yang diperolehi dikenakan zakat pada kadar 2.5 . Subsidi dikenakan zakat pendapatan.

3. Emas, Perak, Dan Mata Wang

►Emas dan perak dalam sebarang bentuk wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat- syaratnya. ►Syarat-syarat khas wajib zakat emas dan perak ialah: • Cukup nisab. Nisab emas ialah 20 miskal atau 85 gram. Nisab perak ialah 200 dirham atau 594 gram. • Tidak dijadikan perhiasan wanita, tetapi jika dijadikan perhiasan dan melebihi uruf kebiasaan setempat wajib dikeluarkan zakat. ►Emas dan perak wajib dikeluarkan zakat apabila genap nisab dengan kadar 2.5 atau 140. ►Cara mengeluarkan zakat wang adalah apabila mata wang itu cukup nisab. Nisabnya ialah 20 miskal atau 85 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5. GALERI ILMU Contoh pengiraan zakat emas dalam ringgit adalah seperti berikut: 20 miskal = 85 gram RM 42.52 = 1 gram Harga emas pada 5102003 Nisab: 85 gram x 42.52 = RM 3614.20 Kadar wajib zakat: RM 3614.20 x 2.5 = RM 90.35 4. Perniagaan ►Zakat perniagaan wajib kepada semua peniaga Islam. Perniagaan ialah semua barang yang halal dibeli dengan niat diperniagakan seperti perniagaan runcit, kenderaan, perabot, dan hartanah. ►Syarat-syarat khas wajib zakat perniagaan ialah: Niat menjalankan perniagaan. Harta yang diperolehi dengan niat diperniagakan ialah harta perniagaan yang wajib zakat. • Cukup nisab pada tarikh akhir haul sama ada untung atau rugi iaitu 20 miskal atau 85 gram dinilai mengikut harga emas semasa. Kadar zakatnya ialah 2.5 . 44 ►Cara pengiraan mengeluarkan zakat perniagaan adalah seperti contoh berikut: A. Nilai harta perniagaan di tangan Stok barang siap yang diperniagakan RM 20,000 Hutang pelanggan yang boleh didapati kembali RM 3,000 Wang tunai di bank RM 18,000 Wang tunai di tangan RM 7, 800 JUMLAH HARTA PERNIAGAAN RM 49,400 B. Nilai hutang perniagaan yang dibenarkan Hutang kepada pembekal RM 900 Hutang-hutang lain Kos kendalian sahaja RM 3000 JUMLAH HUTANG PERNIAGAAN RM 3, 900 C. Harta perniagaan bersih A – B RM 45, 500 + ambilan tunai untuk kegunaan sendiri RM 8, 000 D. Harta perniagaan yang dikenakan zakat RM 53,500 E. Jumlah zakat 2.5 jika D melebihi nisab RM 1337.50

5. Harta Rikaz Dan Galian