Hubungan Antara Semua Kondisi Ely
Hubungan Antara Semua Kondisi Ely
Analisis Korelasi Pearson telah dijalankan untuk melihat sama ada terdapat hubungan antara kesemua kondisi Ely. Secara keseluruhan, didapati wujud hubungan yang signifikan antara kebanyakan kondisi Ely. Walau bagaimanapun nilai korelasi yang dihasilkan adalah berbeza antara satu kondisi dengan yang lain.
Analisis yang dilakukan menunjukkan kondisi “sumber yang diperlukan boleh didapati ” mempunyai hubungan yang signifikan dengan semua kondisi. Ini bermakna, aspek sumber merupakan satu pembolehubah yang penting dan berkait dengan tujuh kondisi yang lain. Ini selaras dengan apa yang dijelaskan oleh Hajar Mohd Nor (2004) bahawa kewujudan sumber merupakan kondisi penting yang wajib wujud dalam persekitaran sekolah. Menurut beliau, tahap kemahiran guru yang tinggi sekalipun tidak akan dapat menjamin penggunaan komputer dengan berkesan sekiranya guru kekurangan sumber yang boleh digunakan dalam pengajarannya. Kewujudan sumber yang mencukupi juga akan dapat meningkatkan komitmen daripada pihak guru untuk terus menggunakannya dalam pengajaran (Bauder, 1993).
Kondisi yang mempunyai hubungan dengan jumlah kondisi kedua terbanyak adalah “adanya kepemimpinan”. Kondisi ini menunjukkan
hubungan yang signifikan dengan enam kondisi Ely kecuali dengan kondisi ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa”. Ini bermakna, aspek pengetahuan, sumber, masa, ganjaran, penglibatan dan komitmen akan meningkat selaras dengan peningkatan dari segi kepemimpinan pengetua. Hubungan positif yang signifikan dengan nilai korelasi yang tinggi dilihat dalam hubungan antara aspek kepemimpinan dengan komitmen daripada mereka yang terlibat (r = .55). Manakala dua lagi hubungan yang mencapai nilai korelasi positif yang sederhana adalah hubungan antara kondisi kepemimpinan dengan ko ndisi “sumber yang diperlukan boleh didapati” (r = .35) dan “penglibatan adalah diharap dan digalakkan” (r =
.35). Ini menggambarkan bahawa kepemimpinan yang baik akan menghasilkan penglibatan yang lebih tinggi dalam kalangan guru serta meningkatkan komitmen daripada pihak yang terlibat dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kepemimpinan yang baik juga akan menjamin sumber yang lebih banyak wujud di sekolah untuk kegunaan guru.
Kepentingan aspek kepemimpinan ini ditekankan oleh Ely (1999) yang menyatakan bahawa tanpa kepemimpinan yang jelas dan berfokus, pelaksanaan inovasi komputer dalam pendidikan tidak akan dapat dijayakan dengan sepenuhnya. Perkara ini disokong olah kajian Hajar Mohd Nor (2004) yang mendapati guru-guru di sekolah yang mendapat sokongan daripada pengetua memperlihatkan tahap pengintegrasian TMK yang lebih baik berbanding guru-guru di sekolah yang kurang mendapat sokongan daripada pengetua. Menurut beliau, kepemimpinan merupakan aspek penting untuk memangkin guru-guru agar lebih komited dengan pengintegrasian TMk dalam pengajaran mereka.
Bauder (1993) turut menyatakan pentingnya peranan pengetua sebagai ejen perubahan yang memberi pengaruh terhadap pelaksanaan sesuatu polisi berkaitan penggunaan inovasi di sekolah. Komitmen pentadbir memberi kesan terhadap keberkesanan sesuatu pelaksanaan inovasi dalam pendidikan. Pentadbir atau pengetua yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada guru di sekolah agar meningkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran serta memberi peluang kepada Bauder (1993) turut menyatakan pentingnya peranan pengetua sebagai ejen perubahan yang memberi pengaruh terhadap pelaksanaan sesuatu polisi berkaitan penggunaan inovasi di sekolah. Komitmen pentadbir memberi kesan terhadap keberkesanan sesuatu pelaksanaan inovasi dalam pendidikan. Pentadbir atau pengetua yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada guru di sekolah agar meningkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran serta memberi peluang kepada
Kondisi ”adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran” pula menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan lima kondisi lain iaitu
“ketidakpuasan dengan keadaan semasa”, “sumber yang diperlukan bleh didapati”, “penglibatan adalah diharap dan digalakkan”, “komitmen daripada mereka yang terlibat” dan “adanya kepemimpinan”. Hajar Mohd Nor (2004) telah mengklasifikasikan aspek ilmu pengetahuan sebagai kondisi wajib, bersama-sama dengan kondisi sumber. Menurut Hajar, kedua kondisi ini adalah penting sebagai asas yang membawa kepada kejayaan pelaksanaan inovasi. Tanpa kedua kondisi ini, pelaksanaan tidak akan dapat dijalankan. Walau bagaimanapun, Hajar tidak menolak kepentingan kondisi-kondisi lain meskipun beliau mengklasifasikan kondisi selain ilmu dan sumber sebagai kondisi sampingan. Ini kerana menurut beliau setiap kondisi adalah berkait dengan satu yang lain.
Kondisi “masa yang diperlukan ada” dan “adanya ganjaran dan insentif untuk peserta” menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan empat atau tiga kondisi sahaja. Menurut Hajar Mohd Nor (2004) meskipun kebanyakan kondisi Ely adalah wujud dalam persekitaran sekolah terbabit dalam membantu guru mengintegrasikan TMK dalam pengajaran, tetapi kondisi masa dan ganjaran didapati tidak wujud sebagai kondisi yang Kondisi “masa yang diperlukan ada” dan “adanya ganjaran dan insentif untuk peserta” menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan empat atau tiga kondisi sahaja. Menurut Hajar Mohd Nor (2004) meskipun kebanyakan kondisi Ely adalah wujud dalam persekitaran sekolah terbabit dalam membantu guru mengintegrasikan TMK dalam pengajaran, tetapi kondisi masa dan ganjaran didapati tidak wujud sebagai kondisi yang
Kajian ini juga mendapati kondisi “ketidakpuasan dengan keadaan semasa” menunjukkan hubungan yang signifikan hanya dengan dua kondisi lain iaitu “adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran” dan “sumber yang diperlukan bole h didapati”. Kedua-duanya menghasilkan hubungan yang negatif. Ini menggambarkan, semakin kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran seseorang guru, bermakna semakin tinggi tahap ketidakpuasan hati guru tersebut. Di samping itu, dapatan ini juga menggambarkan bahawa semakin rendah tahap kewujudan sumber yang boleh digunakan dalam pengajaran, maka semakin tinggi rasa ketidakpuasan hati guru. Ini selaras dengan apa yang dikatakan oleh Ting Kai Chu (1998) bahawa guru-guru yang kurang kemahiran tentang penggunaan komputer akan berasa tidak puas hati dengan pengajaran mereka. Oleh itu, untuk memastikan mereka dapat beralih kepada penggunaan komputer dengan lebih yakin, aspek latihan perlu diberikan kepada golongan ini.
Dapat diperhatikan juga daripada kelapan-lapan kondisi Ely, kondisi “ketidakpuasan dengan keadaan semasa” merupakan kondisi yang mempunyai hubungan signifikan yang paling sedikit dengan kondisi lain, sedangkan wujudnya rasa tidak berpuas hati dengan keadaan semasa merupakan pencetus awal kepada perubahan oleh guru (Bauder, 1993). Guru atau pensyarah yang berasa selesa dengan cara pengajaran mereka sekarang tidak akan melakukan sebarang perubahan ke arah penggunaan komputer dalam pengajaran walaupun mereka sedar akan kepentingan dan faedah yang boleh didapati daripada penggunaan inovasi ini (Haryono, 1990). Kurangnya rasa ingin berubah mungkin menjadi penyumbang kepada penggunaan komputer yang masih kurang dalam kalangan responden.
Daripada hasil ujian korelasi yang dibentangkan, dapat disimpulkan bahawa daripada persepsi responden kajian ini, wujud hubungan yang signifikan antara kebanyakan kondisi Ely. Salinghubungan ini menggambarkan bahawa pentingnya kondisi tersebut wujud dalam satu pakej yang lengkap dalam mana-mana persekitaran. Sebagai mana yang dikatakan oleh Ely (1990b), kekurangan satu atau lebih kondisi ini akan menjejaskan tahap pelaksanaan inovasi serta tidak akan menjamin kesinambungan pelaksanaannya.