Kewujudan Kondisi Selain Daripada Kondisi Ely

Kewujudan Kondisi Selain Daripada Kondisi Ely

Selain daripada lapan kondisi yang disarankan oleh Ely (1990a, 1999), kajian turut cuba mendapatkan respon daripada guru-guru yang terlibat tentang aspek atau kondisi lain yang mendorong atau menggalakkan mereka menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan menunjukkan kondisi yang paling kerap dinyatakan adalah ”kemudahan untuk menggunakan sumber”. Ini menyokong lagi apa yang dinyatakan oleh Ely (1990a) bahawa untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu inovasi, pihak berwajib haruslah memastikan sumber-sumber yang diperlukan disediakan untuk kegunaan guru-guru. Hajar Mohd Nor (2004) menyatakan kewujudan sumber yang diperlukan di sekolah sahaja tidak cukup untuk menjamin penggunaan yang tekal dalam kalangan guru jika sekiranya kemudahan tersebut sukar untuk diakses. Beliau menyatakan bahawa sesuatu sumber itu perlulah mudah untuk Dapatan menunjukkan kondisi yang paling kerap dinyatakan adalah ”kemudahan untuk menggunakan sumber”. Ini menyokong lagi apa yang dinyatakan oleh Ely (1990a) bahawa untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu inovasi, pihak berwajib haruslah memastikan sumber-sumber yang diperlukan disediakan untuk kegunaan guru-guru. Hajar Mohd Nor (2004) menyatakan kewujudan sumber yang diperlukan di sekolah sahaja tidak cukup untuk menjamin penggunaan yang tekal dalam kalangan guru jika sekiranya kemudahan tersebut sukar untuk diakses. Beliau menyatakan bahawa sesuatu sumber itu perlulah mudah untuk

Kondisi yang seterusnya adalah berkaitan pengetahuan dan kemahiran. Ely (1990a, 1999) menyatakan pengetahuan dan kemahiran berkaitan penggunaan sesuatu teknologi yang diperkenalkan haruslah diberi kepada golongan pengguna kerana tanpa aspek ini, teknologi tersebut tidak akan dapat digunakan dengan sebaiknya. Hajar Mohd Nor (2004) turut menyenaraikan aspek pengetahuan guru tentang penggunaan teknologi sebagai kondisi wajib yang perlu ada untuk menjamin kejayaan pelaksanaan sesuatu inovasi. Menurut beliau, jika kondisi ini tidak wujud, maka pelaksanaannya tidak akan berlaku. Kondisi lain yang turut dikemukakan adalah aspek masa, kepemimpinan dan insentif atau ganjaran. Ketiga-tiga kondisi ini mempunyai persamaan dengan apa yang dikemukakan oleh Ely (1990a, 1999).

Dapatan kajian menunjukkan satu kondisi lain yang berbeza daripada lapan kondisi Ely yang dikemukakan oleh responden. Kondisi tersebut adalah berkaitan dengan ciri atau atribut komputer ciri interaktiviti, mudah disimpan, menarik minat pelajar serta mampu menjadikan pengajaran lebih berkesan. Hal ini disebut oleh Rogers (1994) sebagai ciri-ciri inovasi (innovation characteristics). Beliau menyatakan antara elemen yang mempengaruhi tahap penggunaan sesuatu inovasi adalah ciri-ciri inovasi itu sendiri. Inovasi yang mempunyai kelebihan, senang untuk digunakan, berkesan akan lebih mudah untuk diterima berbanding inovasi yang tidak Dapatan kajian menunjukkan satu kondisi lain yang berbeza daripada lapan kondisi Ely yang dikemukakan oleh responden. Kondisi tersebut adalah berkaitan dengan ciri atau atribut komputer ciri interaktiviti, mudah disimpan, menarik minat pelajar serta mampu menjadikan pengajaran lebih berkesan. Hal ini disebut oleh Rogers (1994) sebagai ciri-ciri inovasi (innovation characteristics). Beliau menyatakan antara elemen yang mempengaruhi tahap penggunaan sesuatu inovasi adalah ciri-ciri inovasi itu sendiri. Inovasi yang mempunyai kelebihan, senang untuk digunakan, berkesan akan lebih mudah untuk diterima berbanding inovasi yang tidak

(complexity), boleh dicuba (trialibity) dan boleh dipantau (observability). Dapatan ini mengesahkan bahawa di samping faktor-faktor atau kondisi persekitaran, ciri kelebihan yang ada pada komputer turut memainkan peranan membantu dan menggalakkan guru menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.

Dapatan ini mengukuhkan lagi kepentingan akan wujudnya kondisi yang dapat membantu atau menggalakkan guru menggunakan komputer dalam persekitaran sekolah. Enam daripada lapan kondisi Ely telah disebut sebagai aspek yang telah membantu guru menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Walau bagaimanapun, kewujudan kondisi berkaitan ciri atau atribut komputer sebagai mana yang dikemukakan oleh responden kajian turut memberi gambaran bahawa di samping lapan kondisi Ely, terdapat kondisi lain yang dianggap telah membantu mereka menggunakan kompuer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan aspek atribut inovasi sememangnya tidak dinafikan kepentingannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Rogers (2003). Kewujudan kondisi ini juga tidaklah bermakna kekurangan dari gagasan kondisi yang dikemukakan Ely. Ini kerana Ely lebih memfokuskan aspek berkaitan persekitaran, manakala Rogers menekankan aspek ciri inovasi itu sendiri. Dapatan in juga mengukuhkan lagi kepentingan kondisi Ely serta kebenaran Teori Difusi oleh Rogers (2003).