Hubungan Antara Kewujudan Kondisi Ely Dengan Kekerapan Penggunaan Komputer
Hubungan Antara Kewujudan Kondisi Ely Dengan Kekerapan Penggunaan Komputer
Antara objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah hubungan antara kewujudan kondisi Ely dengan kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Ely (1990a) menegaskan akan pentingnya kewujudan kondisi Ely dalam sesuatu persekitaran di mana inovasi teknologi dilaksanakan. Menurut Ely, kekurangan satu atau lebih kondisi tersebut akan menjejaskan tahap pelaksanaan inovasi itu. Sebaliknya, kewujudan semua kondisi Ely akan lebih menjamin pelaksanaan yang berterusan dalam kalangan guru.
Hasil ujian korelasi Pearson yang dijalankan menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan enam kondisi Ely yang berikut : (a) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran” (r = .24), (b) ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati” (r = .18), (c) ”Masa Yang Diperlukan Ada”, (r = .11) (d) ”Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan” (r = .17), (e) ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat”, (r = .29) d an (f) ”Wujudnya Kepemimpinan”, (r = .20). Ini bermakna, apabila kemahiran, sumber, masa, penglibatan, komitmen dan kepemimpinan meningkat atau lebih baik, kekerapan penggunaan komputer juga turut meningkat. Dua lagi kondisi yang berikut tidak menunjukkan hubungan Hasil ujian korelasi Pearson yang dijalankan menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan enam kondisi Ely yang berikut : (a) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran” (r = .24), (b) ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati” (r = .18), (c) ”Masa Yang Diperlukan Ada”, (r = .11) (d) ”Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan” (r = .17), (e) ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat”, (r = .29) d an (f) ”Wujudnya Kepemimpinan”, (r = .20). Ini bermakna, apabila kemahiran, sumber, masa, penglibatan, komitmen dan kepemimpinan meningkat atau lebih baik, kekerapan penggunaan komputer juga turut meningkat. Dua lagi kondisi yang berikut tidak menunjukkan hubungan
Bauder (1993) dalam kajiannya di Amerika Syarikat telah mengkaji hubungan antara kekerapan penggunaan komputer dengan kewujudan kondisi Ely. Dapatan kajian beliau menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dengan kewujudan enam kondisi Ely. Kondisi tersebut ada lah “adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran”, “sumber yang diperlukan boleh didapati”, “masa yang diperlukan ada”, “penglibatan adalah diharap dan digalakkan”, “komitmen daripada mereka yang terlibat” dan “wujudnya kepemimpinan”. Dapatan Bauder menunjukkan hubungan yang signifikan dengan enam kondisi yang sama sebagaimana dihasilkan dalam kajian ini. Persamaan dapatan ini adalah sesuatu yang menarik memandangkan wujud perbezaan dari segi lokasi kajian dijalankan. Beliau seterusnya menegaskan kepentingan kewujudan kondisi Ely di sekolah sebagai pemangkin kepada guru untuk menggunakan komputer dalam pengajaran. Pendapat beliau ini disokong oleh dapatan kajiannya sendiri. Beliau mendapati, antara sebab guru-guru tidak menggunakan komputer dalam pengajaran mereka adalah kerana faktor kekurangan perkakasan dan perisian (56%), kurang kemahiran dan pengetahuan (38%), kurang masa untuk menggunakan komputer (35%). Dapatan ini telah menyokong kepentingan kondisi Ely dalam membantu penggunaan komputer dalam pengajaran.
Walau bagaimanapun, dua kondisi didapati tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kekerapan penggunaan komputer iaitu
”ketidakpuasan dengan keadaan semasa” dan ”adanya ganjaran dan insentif untuk peserta”. Ini bermakna, peningkatan dari segi kekerapan
penggunaan komputer bukanlah berkait dengan aspek ketidakpuasan dengan keadaan semasa atau ganjaran. Hal ini disebut oleh Hajar (2004) yang menyatakan guru-guru yang menggunakan inovasi teknologi di sekolah bukanlah didorong oleh aspek ganjaran atau insentif, sebaliknya mereka menggunakan kemudahan tersebut kerana mudah diakses di dalam bilik darjah. Ini menunjukkan kewujudan kondisi sumber adalah lebih penting berbanding aspek ganjaran untuk membantu guru menggunakan inovasi teknologi dengan lebih kerap.
Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa dapatan kajian ini mengukuhkan lagi kepentingan kondisi Ely atau sebahagian besar daripadanya dalam membantu penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru sekolah.