SYARAT YANG MEMPERMUDAHKAN PENGGUNAAN KO (4)

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian ini dijalankan untuk melihat kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah serta kewujudan kondisi Ely dalam persekitaran yang dikaji. Kajian ini juga turut mengkaji beberapa pembolehubah seperti bidang pengajaran, jenis sekolah, lokasi dan kehadiran ke kursus berkaitan yang mempengaruhi kekerapan penggunaan komputer serta persepsi terhadap kewujudan kondisi Ely. Di samping itu, hubungan antara kesemua kondisi Ely turut dikaji.

Data yang diperolehi diproses menggunakan perisian statistik untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Segala dapatan kajian yang berhubung dengan persoalan dan hipotesis kajian telah dilaporkan dengan terperinci dalam Bab IV. Bab ini membentangkan perbincangan, rumusan, kesimpulan dan cadangan untuk kajian lanjutan. Perbincangan kajian menyentuh aspek persamaan dan percanggahan dapatan kajian ini berbanding kajian-kajian lain yang telah dijalankan. Implikasi serta sumbangan kajian kepada bidang teori dan pendidikan turut dibincangkan. Bab ini diakhiri dengan cadangan berkaitan langkah-langkah yang boleh diambil ke arah meningkatkan kemajuan di bidang pendidikan.

Rumusan

Berikut dikemukakan rumusan dapatan kajian berdasarkan persoalan dan hipotesis kajian:

Maklumat Latar Belakang Responden

Kajian ini melibatkan seramai 429 responden yang terdiri daripada guru- guru dari 16 buah sekolah berlainan jenis iaitu Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama, dan Sekolah Menengah Teknik. Responden merupakan guru-guru yang mengajar mata pelajaran dari empat bidang iaitu Kemanusiaan, Bahasa, Sains dan Teknikal Majoriti responden terdiri daripada guru perempuan yang berumur antara 28 hingga 56 tahun serta mempunyai pengalaman mengajar antara satu hingga 30 tahun. Majoriti responden adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda. Sebanyak 44.1% daripada responden pernah mengikuti Kursus Pra-Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran manakala sebanyak 58.2% pernah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan.

Persoalan kajian 1: Apakah kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah?

Dapatan kajian menunjukkan secara puratanya guru menggunakan komputer sebagai ’alat’ sebanyak 88 kali setahun, komputer sebagai ’guru’ sebanyak 8 kali manakala bagi penggunaan komputer sebagai ’pelajar’,

tidak sampai sekali setahun.

Persoalan kajian 2: Sejauh manakah tahap kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah?

Daripada respon yang diterima, didapati kondisi yang mencatatkan skor keseluruhan tertinggi adalah ”komitmen daripada mereka yang terlibat” (M = 18.59 atau M = 3.72 bagi skala 1 hingga 5). Ini diikuti oleh kondisi ”wujudnya kepemimpinan” (M = 18.48 atau M = 3.68), ”adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran” (M = 17.78 atau M = 3.58), ”adanya ganjaran dan insentif untuk peserta” (15.70 atau M = 3.16) dan ”sumber yang diperlukan boleh didapati” (M = 15.66 atau M = 3.12), ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa” (M = 14.94 atau M = 2.92), ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan” (M = 14.69 atau M= 2.89) dan ”masa yang diperlukan ada” (M = 13.62 atau M = 2.61).

Secara umumnya, persepsi reponden terhadap kewujudan kondisi Ely tidak begitu positif di mana min bagi kelapan-lapan kondisi tidak mencapai 20 (atau 4 bagi skala 1 hingga 5). Walau bagaimanapun, tiga kondisi yang agak cenderung dipersetujui responden sebagai wujud adalah ”komitmen daripada mereka yang terlibat”, ”wujudnya kepemimpinan” dan ”adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran”. Manakala kondisi ”adanya ganjaran dan insentif untuk peserta”, ”sumber yang diperlukan boleh didapati”, ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa”, ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan” dan ”masa yang diperlukan ada” memperolehi min di sekitar antara 12.50 hingga 17.50 (atau 2.5 hingga 3.5) yang memperlihatkan responden kurang pasti dengan kewujudannya. Secara Secara umumnya, persepsi reponden terhadap kewujudan kondisi Ely tidak begitu positif di mana min bagi kelapan-lapan kondisi tidak mencapai 20 (atau 4 bagi skala 1 hingga 5). Walau bagaimanapun, tiga kondisi yang agak cenderung dipersetujui responden sebagai wujud adalah ”komitmen daripada mereka yang terlibat”, ”wujudnya kepemimpinan” dan ”adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran”. Manakala kondisi ”adanya ganjaran dan insentif untuk peserta”, ”sumber yang diperlukan boleh didapati”, ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa”, ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan” dan ”masa yang diperlukan ada” memperolehi min di sekitar antara 12.50 hingga 17.50 (atau 2.5 hingga 3.5) yang memperlihatkan responden kurang pasti dengan kewujudannya. Secara

Persoalan kajian 3: Adakah terdapat kondisi lain selain daripada kondisi Ely yang telah membantu guru-guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran?

Melalui item terakhir dalam soal selidik, responden telah diminta untuk mengemukakan kondisi lain yang mereka dapati telah membantu mereka menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Seramai 28 responden menyatakan kewujudan kemudahan dan sumber adalah kondisi yang mendorong penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, responden turut menyatakan aspek ketidakpuasan dengan keadaan semasa, ilmu pengetahuan dan kemahiran, masa yang mencukupi, sokongan daripada pentadbir dan insentif untuk guru sebagai kondisi yang membantu mereka menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Satu kondisi yang didapati berlainan daripada lapan kondisi yang dikemukakan oleh Ely adalah aspek ciri atau atribut komputer. Respon ini dikemukakan oleh seramai 20 orang responden.

Hipotesis Penyelidikan 1 : Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan

pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan bidang pengajaran.

penggunaan komputer

dalam

Untuk menguji hipotesis penyelidikan pertama, analisis ANOVA telah dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru-guru yang berlainan bidang pengajaran. Hasil analisis menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer antara guru berlainan bidang pengajaran bagi aplikasi komputer sebagai ’alat’, F (3,418) = 3.54, p < .017, dan komputer sebagai ’guru’, F (3,425) = 25.30, p <. 017. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan signifikan bagi aplikasi komputer sebagai ’pelajar’, F (3,425) = 1.59, p > .017.

Hipotesis Penyelidikan 2: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan

pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan jenis sekolah.

penggunaan komputer

dalam

Untuk menguji hipotesis penyelidikan kedua, analisis ANOVA telah dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru-guru dari jenis sekolah yang berlainan. Hasil analisis menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dalam tahap kekerapan penggunaan komputer antara guru dari sekolah berlainan jenis, F (3,425) = 11.13, p < .05. Perbandingan post-hoc menggunakan ujian Tukey HSD menunjukkan skor min bagi guru-guru dari Sekolah Menengah Berasrama Penuh (M = 6.84) berbeza secara signifikan dengan skor min guru-guru Sekolah Menengah Harian (M = 3.00), berbeza Untuk menguji hipotesis penyelidikan kedua, analisis ANOVA telah dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru-guru dari jenis sekolah yang berlainan. Hasil analisis menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dalam tahap kekerapan penggunaan komputer antara guru dari sekolah berlainan jenis, F (3,425) = 11.13, p < .05. Perbandingan post-hoc menggunakan ujian Tukey HSD menunjukkan skor min bagi guru-guru dari Sekolah Menengah Berasrama Penuh (M = 6.84) berbeza secara signifikan dengan skor min guru-guru Sekolah Menengah Harian (M = 3.00), berbeza

Hipotesis Penyelidikan 3: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan lokasi sekolah.

penggunaan komputer

dalam

Untuk menguji hipotesis penyelidikan ketiga, ujian-t tidak bersandar telah dijalankan. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam tahap kekerapan penggunaan keseluruhan aplikasi komputer antara guru- guru di sekolah bandar dengan guru-guru di sekolah luar bandar, t (427) = -2.20, p < .05.

Hipotesis Penyelidikan 4: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan

pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan kehadiran ke Kursus Pra-Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

penggunaan komputer

dalam

Untuk menguji hipotesis penyelidikan keempat, ujian-t telah dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru-guru yang pernah menghadiri Kursus Pra-Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan guru-guru yang tidak pernah mengikutinya. Hasil ujian yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min kekerapan penggunaan komputer bagi guru-guru yang pernah mengikuti Kursus Pra-Perkhidmatan (M =

4.68) dengan guru-guru yang tidak pernah mengikuti kursus tersebut (M = 4.26).

Hipotesis Penyelidikan 5 : Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan

pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan kehadiran ke Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

penggunaan komputer

dalam

Untuk menguji hipotesis penyelidikan kelima, ujian-t telah dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru-guru yang pernah menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan guru-guru yang tidak pernah mengikutinya. Hasil ujian yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru-guru yang pernah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (M = 5.12) dengan guru-guru yang tidak pernah mengikuti kursus tersebut (M = 3.02).

Hipotesis Penyelidikan 6 :Terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dengan jumlah kehadiran ke Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ujian korelasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan antara tahap kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kekerapan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan yang berkaitan. Hasil ujian korelasi Pearson mendapati wujud hubungan yang signifikan antara kedua pemboleh ubah ini (r = .18, p <.01). Ini bermakna semakin kerap seseorang guru itu menghadiri kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan, kekerapan penggunaan akan turut meningkat. Walau bagaimanapun, nilai korelasi yang diperolehi adalah lemah.

Hipotesis Penyelidikan 7: Terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dengan pengalaman mengajar.

Analisis korelasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan antara kekerapan penggunaan komputer dengan pengalaman mengajar. Hasil analisis menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kedua pembolehubah terbabit. Ini bermakna, pengalaman mengajar tidaklah semestinya menjadikan guru lebih kerap menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.

Hipotesis Penyelidikan 8 : Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan bidang pengajaran.

Ujian ANOVA yang dijalankan untuk melihat perbezaan dalam tahap kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru-guru berlainan bidang pengajaran menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dalam persepsi responden terhadap kewujudan satu sahaja kondisi iaitu ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati” antara guru yang berlainan bidang pengajaran,

F (3,424) = 4.06, p < .006.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam persepsi responden terhadap kewujudan kondisi berikut: (a) ”Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa”, F (3,423) = 1.72, p > .006, (b) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran, F (3,424) = .61, p > .006, (c) ”Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk peserta”, F (3,424) = 2.07, p > .006, (d) ”Adanya Masa”, F (3,424) + 3.47, p > .006, (e) ”Penglibatan Adalah

Diharap Dan Digalakkan”, F (3,422) = 1.70, p > .006, (f) ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat”, F (3,422) = .42, p > .006 dan (g) ”Wujudnya Kepemimipinan”, F (3,424) = 1.19, p > .006.

Hipotesis Penyelidikan 9 : Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan jenis sekolah.

Analisis ANOVA telah dijalankan untuk melihat perbezaan persepsi responden terhadap kewujudan kondisi Ely antara guru-guru dari sekolah berlainan jenis. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi responden terhadap kewujudan dua kondisi berikut: (a) ”penglibatan diharap dan digalakkan”, F(3,422) = 4.85, p < .006 dan (b) ”komitmen daripada mereka yang terlibat”, F(3,422) = 6.20, p < .006.

Enam kondisi lain yang tidak menunjukkan perbezaan persepsi responden yang signifikan adalah : (a) ”Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa” , F(3,423) = 1.02, p > .006, (b) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran,

F (3,424) = 1.63, p > .006, (c) ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati”, F (3,424) = 4.15, p > .006, (d) ””Masa Yang Diperlukan Ada”, F (4,424) = .72, p > .006, (e) ”Ganjaran dan Insentif Untuk Peserta”, F (3,424) = 3.36, p > .006 d an (f) ”Wujudnya Kepemimpinan”, F (3,424) = 2.26, p > .006.

Hipotesis Penyelidikan 10 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kewujudan kondisi Ely dengan pengalaman mengajar.

Ujian korelasi Pearson telah dijalankan untuk melihat hubungan antara kewujudan kondisi Ely dengan pengalaman mengajar. Hasil analisis menunjukkan wujud hubungan negatif yang signifikan (r = -.18) antara pengalaman dengan hanya satu kondisi Ely iaitu ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa”. Ini bermakna semakin banyak pengalaman mengajar seseorang guru, semakin tinggi tahap kepuasan terhadap cara pengajaran mereka. Oleh itu, guru-guru yang lebih berpengalaman kurang merasakan keperluan untuk mengubah cara pengajaran mereka sekarang. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan kondisi ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan”, r = .12, p < .01.

Hipotesis Penyelidikan 11 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kewujudan kondisi Ely dengan kekerapan penggunaan komputer.

Ujian korelasi Pearson telah dijalankan untuk melihat hubungan antara kewujudan kondisi Ely dengan kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil analisis menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dengan

beberapa kondisi berikut: (a) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran” (r = .24) , (b) ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati” (r = .18), (c) ”Masa Yang Diperlukan Ada” (r = .11), ”Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan” (r = .17), (d) ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat” (r = .29) , dan (e) ”Wujudnya Kepemimpinan” (r = .20).

Manakala dua lagi kondisi tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kekerapan penggunaan komputer ialah : (a) ”Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa” (r = -.05), dan (b) ”Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta” (r = .01). Ini bermakna kekerapan penggunaan komputer bukanlah dikaitkan dengan wujudnya keinginan untuk melakukan perubahan dalam pengajaran atau wujudnya ganjaran yang disediakan bagi guru-guru, sebaliknya lebih berhubungkait dengan faktor-faktor lain seperti kemahiran, kemudahan sumber, masa yang cukup, komitmen daripada semua pihak serta sokongan daripada pentadbir.

Hipotesis Penyelidikan 12 : Terdapat hubungan yang signifikan antara semua kondisi Ely.

Analisis Korelasi Pearson telah dijalankan untuk melihat sama ada terdapat hubungan antara kesemua kondisi Ely. Dapatan menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara kebanyakan kondisi Ely tetapi nilai r yang dihasilkan adalah berbeza. Berdasarkan penentuan nilai r oleh Cohen (1988), hubungan positif sederhana yang signifikan dilihat wujud antara kondisi ”Adanya Kepemimpinan” dengan ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati” (r = .35), dan antara kondisi ”Adanya Kepemimpinan” dengan ”Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan” (r = .35), Manakala bagi hubungan antara kondisi ”Adanya Kepemimpinan” dengan ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat” (r = .55), menunjukkan hubungan positif yang kuat dan signifikan.

Kekerapan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kajian ini diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu (a) komputer sebagai ’alat’, (b) komputer sebagai ’guru’ dan (c) komputer sebagai ’pelajar’ sebagaimana yang disarankan oleh Newby et al. (2000).

Penggunaan komputer sebagai ’alat’ merangkumi beberapa tujuan antaranya adalah untuk menyediakan rancangan pengajaran, nota edaran,

soalan peperiksaan, mengira markah pelajar, mendapatkan bahan dari internet dan berhubung melalui mel elektronik. Penggunaan komputer sebagai ’guru’ pula mencakupi penggunaan komputer untuk tujuan latih tubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Sementara penggunaan komputer sebagai ’pelajar’ pula melibatkan penggunaan komputer untuk membina laman web dan menghasilkan bahan pengajaran multimedia.

Hasil kajian ini menunjukkan majoriti responden (94.9%) menggunakan komputer untuk menyediakan soalan peperiksaan. Secara purata, kekerapan guru-guru menggunakan komputer untuk menyediakan soalan peperiksaan adalah sebanyak lima kali setahun (M = 4.66, S.P = 6.54). Jumlah pengguna yang ramai ini merupakan satu jangkaan kerana penggunaan komputer untuk tujuan penyediaan soalan peperiksaan sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab setiap guru mata pelajaran atau guru kelas. Sama ada guru tersebut berminat atau tidak,

tanggungjawab untuk menyediakan soalan peperiksaan, mengira dan memasukkan markah pelajar ke dalam aplikasi komputer perlu diselesaikan. Sejumlah 65.3% daripada responden menggunakan komputer untuk mengira markah pelajar dan purata kekerapan penggunaan untuk tujuan ini adalah sebanyak tiga kali setahun (M =2.65, S.P = 3.59). Ini menunjukkan walaupun majoriti guru menggunakan komputer untuk menyediakan soalan peperiksaan, namun jumlah guru yang menggunakan komputer untuk tujuan pengiraan markah pelajar tidak seramai jumlah yang menggunakan komputer untuk penyediaan soalan peperiksaan.

Dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 67.8% daripada responden menggunakan komputer untuk menyediakan rancangan pengajaran. Aplikasi ini mencatatkan min kekerapan tertinggi (M = 27.75, S.P = 54.67) Ini bermakna, secara purata guru-guru menggunakan komputer untuk menyediakan rancangan pengajaran sebanyak 28 kali setahun. Namun demikian, nilai sisihan piawai yang besar (S.P = 54.67) memperlihatkan jurang perbezaan yang besar antara responden. Ini mungkin boleh dijelaskan di mana terdapat beberapa sekolah kajian yang mewajibkan semua guru menyediakan rancangan pengajaran menggunakan komputer, manakala sesetengah sekolah lain memberi pilihan kepada guru sama ada untuk menaip menggunakan komputer atau menulisnya terus di dalam buku Rekod Penyediaan Mengajar.

Sebanyak 76.5% responden pernah mencari bahan dari laman-laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan topik atau mata pelajaran yang diajar, manakala sebanyak 49.9% mendapatkan rancangan pengajaran melalui internet. Secara purata, didapati kekerapan penggunaan komputer untuk pencarian bahan di laman web adalah sebanyak lapan kali setahun (M = 7.69, S.P = 13.79) manakala penggunaan komputer untuk pencarian rancangan pengajaran adalah sebanyak tiga kali setahun (M = 2.67, S.P = 5.63). Meskipun kekerapan yang dicatatkan masih rendah, namun ini menunjukkan bahawa guru-guru juga cenderung untuk menggunakan kemudahan internet dalam membantu pengajaran. Hal ini mungkin disebabkan kemudahan akses internet yang tersedia di sekolah-sekolah kajian. Ini dapat dilihat menerusi respon yang diterima untuk soalan berbentuk terbuka, di mana seramai 23 orang responden menyatakan aspek kemudahan untuk mengakses internet dan bilik komputer sebagai kondisi yang menggalakkan penggunaan komputer guru-guru (Jadual 26). Hal ini juga mungkin disebabkan pendedahan yang diperolehi semasa mengikuti kursus-kursus berkaitan yang menekankan penggunaan TMK untuk meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Walau bagaimanapun, didapati penggunaan internet dalam kalangan responden lebih cenderung kepada aspek pencarian bahan sahaja. Ini dapat dilihat di mana hanya 22.1% daripada responden berhubung melalui mel elektronik dengan rakan-rakan guru untuk berkongsi pendapat tentang topik yang diajar dan hanya 9.8% sahaja berhubung melalui mel elektronik dengan pelajar. Secara purata, penggunaan komputer untuk berhubung

melalui mel elektronik dengan rakan guru adalah sebanyak dua kali setahun, (M = 1.75, S.P = 5.39) dan kurang dari sekali setahun untuk berhubung dengan pelajar (M = .41, S.P = 1.96). Hakikatnya, guru-guru lebih gemar menggunakan telefon untuk berhubung dengan rakan sejawat mereka sekiranya timbul sebarang masalah untuk dibincangkan. Hal ini sedemikian kerana penggunaan telefon bukan sahaja membolehkan mereka mendapat makluman balas dengan segera, malah dapat mengurangkan salah faham daripada penerima kerana komunikasi dua hala yang serentak membantu memperjelaskan maksud yang hendak disampaikan (Woo Tai Kuan, 2003). Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan mel elektronik belum menjadi satu kelaziman atau budaya dalam kalangan guru di sekolah.

Penggunaan komputer sebagai ’guru’ boleh dikatakan sebagai aplikasi yang masih rendah dari segi bilangan pengguna dan kekerapan penggunaannya dalam setahun. Dapatan menunjukkan sebanyak 38.5% daripada responden pernah menggunakan perisian Latihtubi, 31.2% menggunakan perisian Simulasi, 27.3% menggunakan perisian Tutorial, 24.2% menggunakan perisian Permainan dan 23.5% menggunakan perisian Penyelesaian Masalah. Secara purata, min kekerapan penggunaan sebanyak dua kali setahun adalah untuk aplikasi perisian Simulasi (M = 2.10, S.P = 6.34), Tutorial (M = 1.69, S.P = 6.34), dan Latih Tubi (M = 2.34, S.P = 6.74). Manakala min kekerapan penggunaan bagi perisian Permainan (M = 1.43, S.P = 4.45) dan Penyelesaian Masalah (M =

1.16, S.P = 2.83) hanya sekali dalam setahun.

Penggunaan komputer sebagai ’pelajar’ merupakan aplikasi yang terendah dari segi bilangan pengguna dan kekerapan penggunaannya dalam setahun. Dapatan menunjukkan sebanyak 5.1% daripada responden pernah menggunakan komputer untuk membina laman web berkaitan topik atau mata pelajaran yang diajar (M = .14, S.P = 1.09), manakala hanya 3.7% responden menghasilkan bahan multimedia untuk pengajaran (M = .18, S.P = .89). Rendahnya bilangan pengguna bagi aplikasi ini mungkin dipengaruhi oleh aspek kemahiran guru itu sendiri. Ini kerana tidak ramai guru mendapat pendedahan yang khusus tentang pembinaan laman web atau pembinaan bahan-bahan menggunakan perisian multimedia. Hal ini disebut dalam laporan Jawatankuasa Penyelidikan Unit Kursus Dalam Perkhidmatan (2003) yang menyatakan guru-guru masih kurang kemahiran dari sudut pembinaan bahan pengajaran multimedia serta pembinaan laman web. Seramai 44.4% daripada guru yang pernah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan mengesyorkan agar aspek pengurusan pelayan dan memuatnaik laman web dimasukkan dalam isi kandungan kursus yang akan datang. Ini kerana masih ramai guru yang belum benar-benar berkemahiran dalam aspek tersebut. 11.2% responden pula meminta agar pengajaran bahasa pengaturcaraan seperti C++, perisian animasi, perisian Flash dan perisian Multimedia diberikan kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa guru-guru masih kurang mahir dengan aspek penggunaan komputer sebagai ’pelajar’. Kekurangan kemahiran ini sekaligus mempengaruhi penggunaan komputer untuk aplikasi tersebut.

Di samping kekurangan kemahiran, aspek masa turut menjadi kekangan sehingga menghalang penggunaan komputer sebagai ’pelajar’. Ini dapat dilihat dalam respon terhadap kondisi Ely berkaitan masa di mana majoriti responden (66.5%) tidak bersetuju yang mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer. Penghasilan bahan menggunakan perisian multimedia memakan masa yang lebih panjang berbanding bahan pengajaran jenis lain. Ini menyebabkan guru-guru lebih selesa menggunakan bahan perisian yang sedia ada atau cenderung untuk memilih bahan pengajaran yang lain seperti bahan cetak atau tranparensi.

Secara keseluruhan dapatan kajian ini menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan responden lebih banyak tertumpu kepada penggunaan komputer sebagai ’alat’, diikuti komputer sebagai ’guru’ manakala penggunaan terendah adalah bagi aspek komputer sebagai ’pelajar’.

Dapatan kajian selaras dengan dapatan kajian Rosnah (2003) yang merumuskan bahawa lebih ramai guru menggunakan komputer sebagai

’alat’ berbanding komputer sebagai ’guru’ atau ’pelajar’. Bagi kategori penggunaan komputer sebagai ’alat’, beliau mendapati 70.2% daripada responden pernah menggunakan komputer untuk membina soalan peperiksaan, 55.3% pernah menggunakan komputer untuk menghasilkan graf atau gambarajah, 37.2% lagi pernah berhubung melalui mel elektronik

dengan rakan guru. Bagi kategori penggunaan komputer sebagai ’guru’ dengan rakan guru. Bagi kategori penggunaan komputer sebagai ’guru’

Nor Aziah (1999) dalam kajiannya juga mendapati penggunaan komputer sebagai ’alat’ adalah aplikasi yang paling kerap digunakan oleh guru. Kajian beliau menunjukkan 88.9% daripada guru yang dikaji pernah menggunakan komputer untuk tujuan pemprosesan perkataan, 44.4% untuk menyimpan maklumat pelajar dan markah, 35.6% sebagai alat bantu mengajar. Bagi penggunaan komputer sebagai ’guru’, sebanyak 13.3% daripada guru pernah menggunakan perisian permainan. Bagi kategori komputer sebagai ’pelajar’ pula, hanya 8.9% guru pernah menggunakan komputer untuk tujuan pengaturcaraan.

Kewujudan Kondisi Ely Yang Membantu Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Hasil kajian ini menunjukkan tahap kewujudan bagi setiap kondisi Ely yang berbeza antara satu sama lain.

Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat

Kondisi ”komitmen daripada mereka yang terlibat” menunjukkan min persepsi responden yang tertinggi terhadap kewujudannya (M = 18.59, S.P= 2.64) atau (M = S.P = 2.64) bagi skala 1 hingga 5. Dapatan menunjukkan majoriti responden (91.1%) bersetuju dengan kenyataan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan komitmen dan Kondisi ”komitmen daripada mereka yang terlibat” menunjukkan min persepsi responden yang tertinggi terhadap kewujudannya (M = 18.59, S.P= 2.64) atau (M = S.P = 2.64) bagi skala 1 hingga 5. Dapatan menunjukkan majoriti responden (91.1%) bersetuju dengan kenyataan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan komitmen dan

Haryono (1990) dalam kajiannya terhadap kewujudan kondisi yang membantu pelaksanaan inovasi pengajaran di enam buah universiti di Indonesia juga mendapati kondisi berkaitan ”komitmen daripada mereka yang terlibat” adalah antara yang tertinggi kewujudannya. Beliau menyifatkan aspek komitmen sebagai prasyarat yang mesti wujud untuk menjayakan pelaksanaan inovasi. Beliau juga menegaskan bahawa komitmen yang paling penting adalah daripada pihak pentadbir. Hal yang sama disebut oleh Spitzer (1987) yang berpendapat komitmen daripada pihak pentadbir merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu pelaksanaan inovasi. Komitmen yang kukuh daripada pentadbir institusi adalah penting kerana tanpa komitmen daripada pihak pentadbir, tidak akan ada individu yang akan mencuba atau menggunakan sesuatu inovasi (Stein, 1997).

Jika ini dijadikan sandaran, keadaan yang wujud di sekolah menengah kini masih belum mencukupi untuk memastikan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya kerana sekolah masih kekurangan komitmen daripada pihak pentadbir sebagaimana yang dilaporkan oleh responden.

Ely (1990b) pula berpendapat komitmen haruslah diberikan oleh semua pihak yang terbabit dengan pelaksanaan dan bukan daripada pentadbir semata-mata. Ely menyatakan bahawa golongan pelaksana (guru) memerlukan sokongan dan komitmen daripada pihak yang terbabit dari semua peringkat pentadbiran. Perkara ini adalah benar kerana komitmen daripada satu pihak sahaja tidak akan dapat menjamin kesinambungan pelaksanaan inovasi. Oleh itu, pihak guru juga perlu memainkan peranan yang aktif dalam penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bersesuaian dengan apa yang ditegaskan oleh Fullan (1991) yang melihat pentingnya komitmen daripada pihak guru.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa situasi di sekolah masih memerlukan komitmen yang lebih daripada semua pihak, sama ada pihak kementerian, pentadbir sekolah, mahupun guru sendiri sebagai pelaksana.

Wujudnya Kepemimpinan

Min persepsi responden kedua tertinggi adalah bagi kondisi ”wujudnya kepemimpinan” (M= 18.48, S.P = 3.33) atau (M = 3.68, S.P = .61).

Penelitian ke atas min bagi setiap item untuk kondisi ini mengambarkan responden menyatakan pihak pentadbir sekolah sentiasa memastikan latihan yang sesuai diberikan kepada guru berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 3.52), dan sentiasa memastikan kemudahan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan Penelitian ke atas min bagi setiap item untuk kondisi ini mengambarkan responden menyatakan pihak pentadbir sekolah sentiasa memastikan latihan yang sesuai diberikan kepada guru berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 3.52), dan sentiasa memastikan kemudahan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan

mereka bersedia membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 3.76). Responden juga cenderung mempersetujui bahawa guru-guru di sekolah mereka mendapat sokongan daripada pihak pentadbir untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. (M = 3.83). Walau bagaimanapun, respon bagi penyataan bahawa pengetua sekolah memberi galakan yang diperlukan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran hanya mencatat min sebanyak 2.26 dan ini menggambarkan responden lebih cenderung untuk tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Respon terhadap item ini juga agak bercanggah dengan empat item yang lain, yang mencatat min yang lebih tinggi.

Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa secara umumnya, pengetua di sekolah telah melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan untuk memangkin penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mereka seperti memastikan kewujudan sumber serta mengambil berat tentang masalah yang dihadapi guru berkaitan penggunaan komputer. Walau bagaimanapun, tahap kewujudannya masih kurang memberangsangkan di mana min adalah di sekitar 2.26 hingga 3.83. Ini kerana sokongan daripada pentadbir merupakan satu aspek penting dalam menjayakan pelaksanaan sesuatu inovasi. Sokongan daripada pentadbir khususnya pengetua amat diperlukan dalam pelaksanaan usaha-usaha ke arah meningkatkan penggunaan teknologi komputer dalam kalangan guru

(Stein, 1997). Pengetua juga bertanggungjawab untuk memikirkan cara yang sistematik dan berkesan untuk membantu para guru menggunakan alat teknologi yang baru (November, 2000).

Hasil dapatan kajian Hajar (2004) menunjukkan kondisi ini wujud di sekolah-sekolah bestari. Guru-guru di sekolah bestari berpendapat bahawa sikap pengetua yang mengambil berat terhadap aspek pengintegrasian TMK telah mendorong mereka untuk melaksanakannya dalam pengajaran. Menurut Hajar, pengetua yang mampu menyediakan sumber yang cukup untuk digunakan oleh guru serta memberikan sokongan padu kepada guru- guru telah membantu guru-guru untuk melaksanakan pengintegrasian TMK dalam pengajaran. Haryono (1990) pula mendapati kewujudan kondisi ini di universiti kajiannya adalah rendah. Ini mungkin kerana dalam konteks pengajaran di universiti, para pensyarah lebih bebas dan mempunyai kuasa tersendiri untuk memilih corak pengajaran mereka dan tidak banyak dipengaruhi oleh tuntutan daripada pihak pentadbir. Oleh itu, ciri kepemimpinan tidak begitu memainkan peranan ke atas penggunaan inovasi dalam kalangan pensyarah.

Secara kesimpulannya, didapati telah ada usaha daripada pentadbir atau pengetua sekolah untuk memajukan penggunaan komputer dalam pengajaran di sekolah mereka. Namun, penggunaan yang maksimum oleh guru masih bergantung kepada kewujudan kondisi-kondisi lain seperti aspek masa, kemahiran dan sebagainya.

Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran

Kondisi ”adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran” merupakan kondisi yang mencapai min persepsi ketiga tertinggi iaitu sebanyak 17.78 (S.P =

3.43) atau (M = 3.58, S.P = .69). Penelitian ke atas min bagi setiap item untuk kondisi ini menunjukkan bahawa responden mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer dalam pengajaran (M = 3.47), mempunyai pengetahuan tentang peranan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 4.03) serta boleh menyediakan bahan pengaaran menggunakan komputer (M = 3.89). Walau bagaimanapun, bagi aspek pengetahuan untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, menunjukkan responden masih kekurangan pengetahuan dari aspek tersebut (M = 2.51) serta kekurangan kemahiran untuk merancang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (M = 2.82).

Hajar (2004) telah mengklasifikasikan kondisi berkaitan pengetahuan dan kemahiran sebagai kondisi utama yang perlu wujud dalam persekitaran. Menurut beliau, tanpa kemahiran yang mencukupi, pelaksanaan sesuatu inovasi tidak akan dapat dilaksanakan oleh guru, walaupun sumber yang disediakan adalah mencukupi dan begitulah sebaliknya. Ini terjadi kerana menurut beliau kedua-dua kondisi ini adalah berkait rapat antara satu sama lain.

Dapatan ini menggambarkan bahawa guru-guru sudah mempunyai kemahiran yang asas tentang penggunaan komputer, akan tetapi masih Dapatan ini menggambarkan bahawa guru-guru sudah mempunyai kemahiran yang asas tentang penggunaan komputer, akan tetapi masih

masih kurang pengetahuan tentang ”bagaimana” dan ”bila” hendak menggunakan komputer dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan kemahiran dalam aspek ini mungkin menjadi faktor kenapa guru-guru masih kurang keyakinan untuk menggunakan komputer dalam pengaaran mereka. Tan Juan Ngoh (1999) juga menyatakan kurangnya pengetahuan guru tentang cara mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menyumbang kepada rendahnya tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya, penggunaan komputer dalam kalangan guru lebih tertumpu kepada penggunaan komputer untuk penyediaan rancangan pengajaran dan penyediaan kertas soalan sahaja.

Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta

Kondisi ”Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta” mencatatkan min persepsi responden sebanyak 15.79 (S.P = 1.84) atau (M = 3.16, S.P =

.62) bagi skala 1 hingga 5. Min yang diperolehi menunjukkan lebih banyak respon yang menghampiri ”Tidak Pasti” (skor 15.00 atau 3.00 bagi skala 1 hingga 5).

Dapat diperhatikan bahawa responden mempunyai tanggapan yang hampir tidak pasti terhadap aspek insentif kewangan terhadap guru daripada

Kementerian Pelajaran Malaysia (M = 2.98). Ini berdasarkan min yang menghampiri nilai 3.0. Responden juga boleh dikatakan hampir tidak pasti terhadap aspek insentif daripada pihak sekolah kepada guru-guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (M = 3.20). Begitu juga dengan pengiktirafan rasmi daripada pihak sekolah terhadap guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan responden hampir bersetuju bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberi peluang kepada guru-guru untuk mempelajari penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 3.78).

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rogers (2003), ganjaran atau insentif bukan sahaja datang dalam bentuk ekstrinsik seperti ganjaran kewangan atau material, tetapi juga dalam bentuk instrinsik seperti pengiktirafan, rasa berpuas hati dengan pengajaran serta peluang untuk menambah ilmu pengetahuan. Kepentingan ganjaran ekstrinsik dan intrinsik ini turut diakui oleh Ely (1990b). Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa kewujudan kondisi berkaitan ganjaran dan insentif kepada mereka yang terlibat dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah masih tidak mencukupi. Sama ada ganjaran dalam bentuk esktrinsik, mahupun intrinsik, guru-guru masih tidak pasti dengan kewujudannya kecuali bagi ganjaran dalam bentuk peluang yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada guru untuk mempelajari tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan aspek ganjaran dan insentif ini akan Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rogers (2003), ganjaran atau insentif bukan sahaja datang dalam bentuk ekstrinsik seperti ganjaran kewangan atau material, tetapi juga dalam bentuk instrinsik seperti pengiktirafan, rasa berpuas hati dengan pengajaran serta peluang untuk menambah ilmu pengetahuan. Kepentingan ganjaran ekstrinsik dan intrinsik ini turut diakui oleh Ely (1990b). Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa kewujudan kondisi berkaitan ganjaran dan insentif kepada mereka yang terlibat dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah masih tidak mencukupi. Sama ada ganjaran dalam bentuk esktrinsik, mahupun intrinsik, guru-guru masih tidak pasti dengan kewujudannya kecuali bagi ganjaran dalam bentuk peluang yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada guru untuk mempelajari tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan aspek ganjaran dan insentif ini akan

Walaupun kewujudan kondisi ”adanya ganjaran dan insentif untuk peserta” dikatakan penting, Hajar (2004) dalam kajiannya berkaitan kondisi yang membantu penggunaan TMK di beberapa buah sekolah bestari di negara ini mendapati kondisi ini bukanlah merupakan faktor yang telah membantu penggunaan TMK dalam kalangan guru sekolah terbabit. Menurut Hajar, meskipun kondisi berkaitan ganjaran dan insentif dikesan sebagai tidak wujud di sekolah kajian, pelaksanaan TMK masih dapat dijalankan oleh guru. Menurut beliau, guru-guru menyatakan bahawa sama ada ganjaran diberikan atau tidak, ianya bukanlah satu keperluan kerana mereka menganggap pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari adalah sebagai sebahagian daripada alat pengajaran. Guru yang terlibat dengan kajian beliau juga mengatakan sekiranya mereka mendapati pelajar menyatakan pengajaran mereka menarik dan berkesan, itu sudah memadai sebagai motivasi kepada mereka untuk terus melaksanakan pengintegrasian TMK dalam pengajaran. Dalam hal ini, dapat diperhatikan bahawa Hajar mungkin mendifinisikan ganjaran hanya dalam bentuk esktrinsik atau kewangan, sedangkan kepuasan dan motivasi yang diperolehi apabila pelajar mengatakan pengajaran mereka menarik dan berkesan itu juga merupakan sebahagian daripada ganjaran iaitu dalam bentuk instrinsik. Secara kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa kewujudan ganjaran dan insentif kepada guru-guru masih kurang dan perlu dipertingkatkan.

Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati

Min bagi kondisi ”sumber yang diperlukan boleh didapati” adalah sebanyak

15.66 (S.P = 3.52) atau 3,12 (S.P = .73) bagi skala 1 hingga 5. Secara keseluruhan, didapati kebanyakan respon lebih cenderung kepada ”Tidak Pasti” memandangkan min yang diperolehi bagi setiap item bagi kondisi ini adalah lebih menghampiri 15.00 atau 3.00.

Dapatan menunjukkan responden seakan tidak pasti dengan kenyataan bahawa mereka dapat mengakses kemudahan komputer di sekolah tanpa sebarang masalah (M = 3.22). Responden juga didapati tidak pasti sama ada sekolah mereka mempunyai peralatan komputer yang mencukupi untuk digunakan dalam pangajaran atau tidak (M = 3.15). Begitu juga dengan kewujudan perisian (M = 3.34), serta peruntukan untuk menyokong penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mereka (M = 3.22).

Ely (1999) menegaskan pentingnya kewujudan sumber yang untuk memastikan pelaksanaan inovasi dapat dijalankan dengan jaya. Hajar (2004) juga berpendapat bahawa aspek sumber merupakan kondisi utama yang wajib ada di sekolah bagi menjamin pelaksanaan inovasi. Beliau menyatakan, tanpa sumber yang mencukupi, pelaksanaan tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna, walaupun kondisi-kondisi lain wujud dalam sesuatu persekitaran. Beliau mendapati, guru-guru di sekolah yang berhadapan dengan masalah kekurangan sumber tidak dapat Ely (1999) menegaskan pentingnya kewujudan sumber yang untuk memastikan pelaksanaan inovasi dapat dijalankan dengan jaya. Hajar (2004) juga berpendapat bahawa aspek sumber merupakan kondisi utama yang wajib ada di sekolah bagi menjamin pelaksanaan inovasi. Beliau menyatakan, tanpa sumber yang mencukupi, pelaksanaan tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna, walaupun kondisi-kondisi lain wujud dalam sesuatu persekitaran. Beliau mendapati, guru-guru di sekolah yang berhadapan dengan masalah kekurangan sumber tidak dapat

Secara kesimpulannya dapatan ini menunjukkan bahawa aspek sumber masih kurang jelas kewujudannya dalam persekitaran sekolah menengah. Sumber yang tidak mencukupi serta kesukaran untuk mengakses sumber akan memberi kesan terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar (Ellsworth, 2000). Ini kerana kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi sahaja tidak memadai untuk menjamin penggunaan komputer dalam kalangan guru, sebaliknya kemudahan untuk menggunakan sumber haruslah disediakan di sekolah-sekolah. Ini dapat dilihat melalui kajian- kajian lepas yang menyatakan aspek kekurangan sumber sebagai faktor kepada tahap penggunaan komputer yang rendah dalam kalangan guru seperti kajian Abdul Malek Kasim (2002), Mohammed Tajuddin Sidek (2000), Norin Mustaffa (2004) dan Zuraidan Saidon (1998).

Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa Kondisi ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa” memperolehi skor min sebanyak 14.94 (S.P = 3.14) atau 2.92 (S.P = .74). Hasil penelitian ke atas skor min bagi setiap item untuk kondisi ini menunjukkan bahawa responden tidak pasti sama ada mereka berasa perlu mengubah cara pengajaran atau tidak (M = 2.90) di mana min bagi kedua-dua item ini adalah menghampiri 3.00. Responden juga didapati tidak pasti sama ada mereka berpuas hati dengan pengajaran mereka atau sebaliknya (M = 3.38). Namun demikian, responden lebih bersetuju bahawa pelajar-pelajar Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa Kondisi ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa” memperolehi skor min sebanyak 14.94 (S.P = 3.14) atau 2.92 (S.P = .74). Hasil penelitian ke atas skor min bagi setiap item untuk kondisi ini menunjukkan bahawa responden tidak pasti sama ada mereka berasa perlu mengubah cara pengajaran atau tidak (M = 2.90) di mana min bagi kedua-dua item ini adalah menghampiri 3.00. Responden juga didapati tidak pasti sama ada mereka berpuas hati dengan pengajaran mereka atau sebaliknya (M = 3.38). Namun demikian, responden lebih bersetuju bahawa pelajar-pelajar

Hajar (2004) dalam kajiannya menamakan kondisi berkaitan ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa” sebagai ”keinginan untuk berubah”. Dapatan yang diperolehi menunjukkan kondisi ini tidak wujud di kesemua sekolah yang dikaji. Menurut Hajar, guru-guru di sekolah yang wujudnya kondisi ini didapati telah melaksanakan pengintegrasian TMK dalam pengajaran mereka. Sebaliknya, di sekolah yang kekurangan kondisi terbabit menyaksikan guru-gurunya tidak melaksanakan pengintegrasian inovasi tersebut. Walau bagaimanapun, beliau turut menyatakan bahawa guru-guru yang mengintegrasikan TMK dalam pengajaran mereka menjelaskan bahawa mereka berbuat demikian bukanlah kerana timbulnya keinginan untuk mengubah cara pengajaran kepada penggunaan TMK, akan tetapi lebih didorong oleh faktor kewujudan sumber itu di dalam bilik darjah serta kesedaran bahawa sememangnya mereka perlu menggunakannya sebagai sebahagian daripada aktiviti pengajaran.

Haryono (1990) berpendapat bahawa guru-guru atau pensyarah hanya akan beralih kepada corak pengajaran yang lain jika sekiranya mereka mendapati pelajar kurang berminat dengan pengajaran mereka, atau mereka sendiri berasa tidak berpuas hati dengan corak pengajaran sekarang. Sebaliknya, jika tidak wujud keadaan yang dinyatakan, guru- Haryono (1990) berpendapat bahawa guru-guru atau pensyarah hanya akan beralih kepada corak pengajaran yang lain jika sekiranya mereka mendapati pelajar kurang berminat dengan pengajaran mereka, atau mereka sendiri berasa tidak berpuas hati dengan corak pengajaran sekarang. Sebaliknya, jika tidak wujud keadaan yang dinyatakan, guru-

Walaupun responden merasakan perlu untuk mengubah cara pengajaran mereka kepada penggunaan komputer, namun secara keseluruhan didapati kewujudan kondisi ini masih rendah. Hal ini mungkin disebabkan belum cukup faktor atau dorongan dalam diri guru untuk benar-benar melakukan perubahan dalam corak pengajaran mereka dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Haryono (1990), antara faktor yang mendorong ke arah timbulnya rasa tidak berpuas hati adalah pencapaian pelajar yang rendah, kekurangan pengetahuan guru tentang inovasi, atau pelajar tidak berminat dengan pengajaran semasa. Dalam kajian ini, disebabkan responden berasakan para pelajar berminat dengan corak pengajaran mereka sekarang, maka perasaan untuk mengubah pengajaran tidak begitu mendesak, meskipun ada keinginan untuk beralih kepada penggunaan komputer. Ini ditambah pula dengan ketidakpastian mereka sama ada hendak mengubah cara pengajaran sedia ada atau mengekalkannya.