Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat

Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan

Kondisi ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan” memperolehi min sebanyak 14.69 (S.P = 3.39) atau 2.89 (S.P = .43). Didapati responden tidak begitu pasti dengan kewujudan kesemua item bagi kondisi ini (berdasarkan min yang diperolehi menghampiri 3.00). Walau bagaimanapun, responden didapati lebih bersetuju yang mereka membincangkan isu-isu penggunaan komputer dalam pengajaran dengan rakan-rakan guru (M = 3.52) di mana min menghampiri 4.00.

Dapatan ini menggambarkan tahap penglibatan guru-guru dalam proses membuat keputusan berhubung penggunaan komputer di sekolah mereka masih berada di tahap yang rendah. Kurangnya penglibatan guru dalam proses tersebut boleh menyebabkan pelaksanaannya menjadi sukar serta peluang untuk inovasi itu dilaksanakan dengan jayanya adalah rendah (Fullan, 1991).

Guru-guru jarang diberi peluang untuk terlibat sama dalam perbincangan atau proses membuat keputusan berhubung penggunaan komputer. Ini kerana, sebarang keputusan adalah dibuat oleh pihak kementerian yang lebih berautoriti dalam menentukan sebarang perubahan polisi atau dasar. Guru- guru lebih bersifat ”menerima dan melaksanakan arahan”. Ely (1999) menegaskan pentingnya guru-guru diberi peluang untuk melibatkan diri dengan proses membuat keputusan agar pelaksanaannya lebih berkesan.

Kondisi penglibatan bukan sahaja tertumpu kepada proses membuat keputusan, tetapi juga merangkumi aktiviti perbincangan dan pertukaran pendapat antara guru dengan rakan sejawat atau dengan pengetua sekolah (Ely, 1999). Dapatan ini menunjukkan bahawa masih tidak ramai guru yang diberi peluang untuk melibatkan diri dalam perbincangan tentang isu-isu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan pengetua sekolah mereka. Namun, didapati lebih ramai yang berbuat demikian dengan rakan-rakan guru di sekolah (65.5% menyatakan mereka berbincang dengan rakan guru tentang pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran).

Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Haryono (1990) yang mendapati lebih ramai pensyarah yang membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan inovasi dengan rakan sejawat, berbanding dengan pentadbir. Menurut beliau, hal ini terjadi demikian kerana para pensyarah berasa lebih selesa untuk berbincang dengan golongan yang sama dari segi kedudukan kerana kurangnya jurang perbezaan antara mereka.

Secara kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa guru-guru masih kurang diberikan peluang untuk terlibat sama dalam proses membuat keputusan berkitan penggunaan komputer di sekolah-sekolah di negara ini. Mereka juga kurang berbincang tentang isu berkaitan dengan pihak pentadbir sekolah. Hal ini menurut Haryono (1990) menyebabkan pentadbir tidak dapat mengesan masalah yang timbul dan ini menyukarkan proses penambahbaikan atau penyelesaian diambil.

Kekurangan penglibatan daripada pihak guru yang bertindak sebagai pelaksana inovasi perlu diberi perhatian yang sewajarnya sebagaimana yang ditekankan oleh Ely (1990b), penglibatan guru atau pelaksana akan menghasilkan sokongan, kesediaan dan tahap penggunaan komputer yang lebih tinggi dalam kalangan guru. Menurut Ely lagi, penggunaan inovasi yang dilaksanakan berdasarkan arahan atau perintah tanpa penglibatan mereka dalam proses membuat keputusan menyebabkan inovasi tersebut lebih cenderung untuk diabaikan.

Masa Yang Diperlukan Ada

Kondisi ” masa yang diperlukan ada” mencatatkan min persepsi sebanyak (M = 13.62, S.P = 3.65) atau (M = 2.61, S.P = .75). Penelitian ke atas min setiap item menggambarkan responden lebih cenderung mempersetujui bahawa mereka mempunyai masa untuk mempelajari teknik baru dalam penggunaan komputer (M = 3.58), mempunyai masa untuk merancang penggunaan komputer dalam pengajaran (M = 3.58) serta mempunyai masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer (M = 3.64). Walau bagaimanapun, responden kurang pasti terhadap penyataan yang mereka mempunyai masa untuk mendapatkan bantuan daripada guru yang lebih berpengalaman berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 2.83). Responden juga didapati kurang pasti dengan penyataan yang mereka mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan pengajaran menggunakan komputer (M = 2.82). Ini berdasarkan min yang menghampiri 3.0. Namun secara keseluruhan, persepsi responden terhadap kewujudan kondisi masa adalah agak Kondisi ” masa yang diperlukan ada” mencatatkan min persepsi sebanyak (M = 13.62, S.P = 3.65) atau (M = 2.61, S.P = .75). Penelitian ke atas min setiap item menggambarkan responden lebih cenderung mempersetujui bahawa mereka mempunyai masa untuk mempelajari teknik baru dalam penggunaan komputer (M = 3.58), mempunyai masa untuk merancang penggunaan komputer dalam pengajaran (M = 3.58) serta mempunyai masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer (M = 3.64). Walau bagaimanapun, responden kurang pasti terhadap penyataan yang mereka mempunyai masa untuk mendapatkan bantuan daripada guru yang lebih berpengalaman berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 2.83). Responden juga didapati kurang pasti dengan penyataan yang mereka mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan pengajaran menggunakan komputer (M = 2.82). Ini berdasarkan min yang menghampiri 3.0. Namun secara keseluruhan, persepsi responden terhadap kewujudan kondisi masa adalah agak

Rendahnya tahap kewujudan kondisi masa ini boleh mempengaruhi kekerapan penggunaan komputer dalam kalangan guru. Ely (1990a) menekankan bahawa pengguna (guru) haruslah mempunyai masa yang mencukupi untuk mempelajari, mengadaptasi, mengintegrasi dan seterusnya membuat refleksi terhadap apa yang mereka laksanakan. Menurut beliau, kekurangan masa untuk mempelajari, mengadaptasi, dan melaksanakan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menyebabkan

teknologi tersebut. Ini menggambarkan betapa perlunya seseorang guru itu mempunyai masa yang cukup bukan sahaja untuk mempelajari, merancang atau membuat persediaan untuk pengajarannya, tetapi guru juga haruslah mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakannya dalam pengajaran. Tiada gunanya perancangan yang teliti, sekiranya setiap apa yang dirancang akhirnya tidak dapat dilaksanakan dalam pengajaran sebenar.

kurangnya