Hubungan Antara Kekerapan Penggunaan Komputer Dengan Kekerapan Menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Hubungan Antara Kekerapan Penggunaan Komputer Dengan Kekerapan Menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Hasil ujian korelasi Pearson telah dijalankan untuk melihat hubungan antara kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kekerapan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan antara kedua pembolehubah ini, r = .18, p < .01. Ini bermakna, semakin kerap seseorang guru itu mengikuti kursus berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, maka semakin meningkat pula kekerapan penggunaan komputer guru-guru.

Dengan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan, guru dapat menambah pengetahuan dan kemahirannya dalam berkaitan penggunaan komputer. Ini kerana komputer adalah satu bidang yang sentiasa berubah dari masa ke semasa (Marcinkiewicz, 1994). Oleh itu, semakin kerap seseorang guru menghadiri kursus berkaitan, maka akan bertambah pengetahuan dan kemahirannya tentang komputer (Suraini Samakom, 2000). Hajar Mohd Nor (2004) menyebut bahawa selain aspek sumber yang mencukupi, guru- guru juga perlu mempunyai kemahiran yang cukup untuk membolehkan mereka menggunakan inovasi dengan berkesan.

Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Muriatun Mohd Said (1998) yang menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara kedua pembolehubah tersebut. Walau bagaimanapun, kajian beliau lebih memfokuskan hubungan antara penggunaan komputer dengan kehadiran ke kursus berkaitan (sama ada pernah hadir ke kursus berkaitan atau tidak pernah hadir) dan bukannya kekerapan menghadiri kursus berkaitan. Menurut beliau, kehadiran ke kursus berkaitan dapat meningkatkan penggunaan komputer dalam kalangan guru kerana hasil daripada latihan yang diterima, kemahiran dan keyakinan guru untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka akan meningkat. Apabila kemahiran meningkat, maka semangat dan motivasi guru turut bertambah. Ini bermakna, kehadiran ke kursus berkaitan dapat meningkatkan kekerapan penggunaan komputer guru-guru.

Walau bagaimanapun, dapatan ini bertentangan dengan dapatan kajian Rosnah Alias (2003) serta Mohammad Tajuddin Sidek (2000) yang tidak menunjukkan hubungan yang signifikan antara kedua pembolehubah terbabit. Kedua-dua penyelidik tersebut juga hanya melihat hubungan antara kekerapan penggunaan komputer guru-guru dengan kehadiran ke kursus berkaitan (sama ada pernah hadir ke kursus berkaitan atau tidak pernah hadir) dan bukannya jumlah kekerapan kehadiran. Menurut Mohammad Tajuddin, kehadiran ke kursus berkaitan tidak mempengaruhi tahap penggunaan komputer. Ini kerana guru-guru yang menghadiri kursus terbabit hanya berminat dan bersemangat menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pada peringkat awal setelah pulang Walau bagaimanapun, dapatan ini bertentangan dengan dapatan kajian Rosnah Alias (2003) serta Mohammad Tajuddin Sidek (2000) yang tidak menunjukkan hubungan yang signifikan antara kedua pembolehubah terbabit. Kedua-dua penyelidik tersebut juga hanya melihat hubungan antara kekerapan penggunaan komputer guru-guru dengan kehadiran ke kursus berkaitan (sama ada pernah hadir ke kursus berkaitan atau tidak pernah hadir) dan bukannya jumlah kekerapan kehadiran. Menurut Mohammad Tajuddin, kehadiran ke kursus berkaitan tidak mempengaruhi tahap penggunaan komputer. Ini kerana guru-guru yang menghadiri kursus terbabit hanya berminat dan bersemangat menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pada peringkat awal setelah pulang

Wujudnya perbezaan dapatan antara kajian ini dengan kajian Mohammad Tajuddin mungkin disebabkan sampel kajian yang berbeza. Kajian Mohammad Tajuddin (2000) hanya melibatkan guru-guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah di negeri Perak. Begitu juga dengan kajian Rosnah Alias (2003) yang hanya melibatkan guru-guru Sejarah di sebuah sekolah di Kluang, Johor. Manakala kajian ini melibatkan guru-guru pelbagai bidang pengajaran dari pelbagai jenis sekolah. Oleh itu, perkara yang disebutkan oleh Mohammad Tajuddin seperti guru hanya berminat menggunakan komputer pada peringkat awal pulang dari kursus serta kekurangan sumber dan sokongan daripada pentadbir adalah mungkin benar bagi sekolah kajiannya sahaja.

Menurut Noraini Attan (2000), penggunaan komputer oleh guru akan menjadi lebih kerap jika guru itu mempunyai kemahiran yang cukup. Untuk mendapatkan kemahiran yang cukup, seseorang guru harus menyertai latihan atau kursus berkaitan. Ini kerana pendedahan, latihan dan kursus serta amali tentang penggunaan komputer dapat mempengaruhi tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (Ting, 1998). Menurut beliau, pendedahan serta amali tentang penggunaan teknologi komputer semasa kursus akan dapat membekalkan kemahiran yang lebih Menurut Noraini Attan (2000), penggunaan komputer oleh guru akan menjadi lebih kerap jika guru itu mempunyai kemahiran yang cukup. Untuk mendapatkan kemahiran yang cukup, seseorang guru harus menyertai latihan atau kursus berkaitan. Ini kerana pendedahan, latihan dan kursus serta amali tentang penggunaan komputer dapat mempengaruhi tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (Ting, 1998). Menurut beliau, pendedahan serta amali tentang penggunaan teknologi komputer semasa kursus akan dapat membekalkan kemahiran yang lebih