Hubungan Antara Kewujudan Kondisi Ely Dengan Pengalaman Mengajar
Hubungan Antara Kewujudan Kondisi Ely Dengan Pengalaman Mengajar
Hasil ujian Korelasi Pearson yang dijalankan menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan kondisi ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa”, r = -.18, p < .01. Dapatan juga menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan kondisi ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan”, r = .12, p < .01.
Bagi kondisi ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa”, nilai korelasi r yang negatif menunjukkan guru-guru yang lebih berpengalaman lebih berpuas hati dengan cara pengajaran mereka dan yakin bahawa cara pengajaran mereka dapat menarik minat pelajar. Oleh itu, tiada sebarang keperluan dirasakan untuk mengubah cara pengajaran atau beralih kepada penggunaan inovasi baru seperti komputer. Hajar Mohd Nor (2004) Bagi kondisi ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa”, nilai korelasi r yang negatif menunjukkan guru-guru yang lebih berpengalaman lebih berpuas hati dengan cara pengajaran mereka dan yakin bahawa cara pengajaran mereka dapat menarik minat pelajar. Oleh itu, tiada sebarang keperluan dirasakan untuk mengubah cara pengajaran atau beralih kepada penggunaan inovasi baru seperti komputer. Hajar Mohd Nor (2004)
Kurangnya rasa ingin berubah dalam kalangan guru yang berpengalaman juga mungkin disebabkan ciri-ciri individu guru itu sendiri. Ini dijelaskan oleh Rogers (2003) yang mengatakan bahawa tahap penerimaan seseorang terhadap inovasi baru adalah berbeza antara satu dengan lain. Ada yang begitu mudah untuk melakukan perubahan seperti golongan dalam kumpulan ’pengguna awal’ dan ’majoriti awal’, dan ada pula yang lambat menerima perubahan sebagaimana mereka dalam kumpulan ’majoriti lewat’ yang hanya akan menggunakan inovasi setelah sebahagian besar anggota dalam komunitinya menggunakan inovasi tersebut secara meluas. Malah ada juga yang lebih bersikap prejudis terhadap perkara yang baru seperti mereka dalam kumpulan ’ketinggalan’. Seperti yang ditegaskan oleh Rogers, guru-guru yang terlibat adalah tergolong dalam golongan ’majoriti lewat’ yang akan mengambil masa lebih panjang untuk menerima perubahan.
Kondisi ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan” menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan pengalaman mengajar guru. Ini bermakna semakin lama seseorang guru itu bertugas di sekolah, semakin banyak peluang yang didapati untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan berkaitan penggunaan teknologi di sekolah mereka. Sebagaimana yang dinyatakan dalam literatur, selain terlibat dalam proses membuat keputusan berkaitan penggunaan komputer, aktiviti perbincangan dengan rakan guru serta pengetua tentang isu-isu berkaitan penggunaan komputer juga merupakan sebahagian dari aspek penglibatan yang dimaksudkan. Golongan ini mungkin tergolong dalam kalangan mereka yang melaporkan mereka membincangkan isu pelaksanaan penggunaan komputer dengan pengetua sekolah mereka, atau dengan rakan guru di sekolah, atau golongan mereka yang terlibat dalam proses membuat keputusan tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Enam lagi kondisi yang tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pengalaman mengajar adalah : (a)”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan
Kemahiran”, (b) ” Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati” ”, (c) ” Masa Yang Diperlukan Ada”, (d) ” Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta”, (e) ” Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat”, dan (f) ”Wujudnya Kepemimpinan”. Dapatan ini menggambarkan bahawa persepsi guru terhadap kewujudan enam kondisi tersebut adalah sama, tidak kira mereka guru yang baru atau yang sudah berpengalaman. Ini bermakna Kemahiran”, (b) ” Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati” ”, (c) ” Masa Yang Diperlukan Ada”, (d) ” Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta”, (e) ” Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat”, dan (f) ”Wujudnya Kepemimpinan”. Dapatan ini menggambarkan bahawa persepsi guru terhadap kewujudan enam kondisi tersebut adalah sama, tidak kira mereka guru yang baru atau yang sudah berpengalaman. Ini bermakna