Tiga Belas Hari dan Selepasnya

XII. Tiga Belas Hari dan Selepasnya

Tiga belas hari pada bulan Oktober mengubah keadaan di Kuba, termasuk arah Revolusi Kuba. 112 Pada separuh kedua tahun 1962, Kesatuan Soviet menghantar senjata dan askar ke Kuba – perjanjian terakhir yang ditandatangani oleh Khrushchev, iaitu ketua Soviet, dan Che pada bulan September. Dari 40 peluru berpandu yang dihantar ke pulau itu, setengah dilengkapi dengan bahan nuklear. Terdapatnya juga 42,000 askar Rusia pada pulau itu. 113

Benda paling aneh adalah bahawa perkhidmatan perisiki AS seolah-olah tidak menyedari kehadiran tersebut – sekurang-kurangnya sehingga 16hb Oktober, apabila Kennedy ditunjukkan gambar-gambar yang diambil oleh kapal udara U-2, yang menunjukkan tapak- tapak peluru berpandu yang sedang dibina. Beberapa daripada penasihat presiden Kennedy, di mana sikap anti-Kuba mereka dikenali ramai, menasihatkan serangan serta-merta. Kennedy memiliki sekatan tentera laut, lalu menghalang kapal-kapal laut Soviet daripada memasuki perairan Kuba. Kapal-kapal Rusia yang membawa senjata terus berlayar ke Kuba. Mereka bakal memasuki sekatan itu pada pagi 24hb Oktober – kecuali jika mereka berpatah balik.

Semua orang yang melalui hari-hari itu meningati ketegangan dan ketakutan sambil tarikh itu mendekati. Selama satu dekad, seluruh dunia telah hidup di bahawa ancaman perang nuklear di antara AS dan Kesatuan Soviet. Fakta bahawa dunia Barat memiliki kemampuan nuklear yang jauh lebih besar daripada Rusia tidak bermakna apa-apa. Kedua-duanya memiliki senjata nuklear yang mencukupi untuk menghapuskan seluruh dunia. Masa semakin berlalu, menuju malam akhirat sambil kapal-kapal laut Rusia menghampiri Kuba. 114 Pada tengahari 24hb Oktober, pihak Rusia berpatah balik – dan masa berhenti.

Hanya beberapa hari sebelum itu, Khrushchev dan kerajaan Kuba telah menafikan dengan tegas bahawa peluru-peluru berpandu itu wujud. Kemudian, dalam masa satu malam, ketua Rusia itu mengubah pendiriannya, mengakui kewujudan peluru-peluru berpandu tersebut, dan merundingkan perjanjian dengan kerajaan AS. Peluru-peluru berpandu Rusia akan ditarik balik jika AS menutup pangkalan-pangkalannya di Turki dan jika Washingtion berjanji bahawa mereka tidak akan menyerang Kuba. Kennedy mengetepikan bahagian pertama daripada perjanjian ini, tetapi kedua-dua pihak mendakwa kemenangan diplomatik.

Dimanakah pihak Kuba dalam semua ini? Ia kelihatan seolah-olah Rusia dan Amerika Syarikat memainkan seluruh senario ini tanpa mengakui kehadiran kerajaan Kuba. Adakah Kuba hanya buah catur dalam permainan antarabanga yang lebih besar?

Che Guevara sangat pasti apabila dia berjumpa dengan Khrushchev pada bulan September bahawa pihak Soviet jujur dalam perjanjian mereka untuk mempertahankan Kuba, walaupun dia agak risau dengan keengganan mereka untuk mengumumkan perjanjian tersebut. Namun, ‘Che tidak membayangkang bahawa Khrushchev mungkin menarik balik peluru- peluru berpandu tersebut jika berlakunya konfrontrasi dengan Washington,’ 115 dan begitu juga dengan Castro. Sebaliknya, kedua-dua mereka percaya bahawa pihak Rusia akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahakan Kuba kerana keyakinan politik. Ini sebenarnya bersifat naif. Khrushchev sememangnya ingin menghalang serangan AS ke atas Kuba. Pada masa yang sama, dia tidak mungkin merisikokan perang nuklear global untuk menghalang serangan seperti itu. Ia mungkinlah permainan yang merbahaya bagi pihaknya, atau cara untuk menguji persediaan ketenteraan dan pertahanan Rusia. Tetapi dia sememangnya menyedari bahawa kemampuan nuklear AS jauh melebihi kemampuan Rusia.

Dakwaan Kuba bahawa peluru-peluru berpandu tersebut dipaksa pada Kuba oleh Rusia dapat dipersoalkan. Che dan Castro telah merundingkan perjanjian senjata dengan Rusia buat beberapa lama, dan kedua-dua mereka telah membuat rujukan kepada peluru-peluru Dakwaan Kuba bahawa peluru-peluru berpandu tersebut dipaksa pada Kuba oleh Rusia dapat dipersoalkan. Che dan Castro telah merundingkan perjanjian senjata dengan Rusia buat beberapa lama, dan kedua-dua mereka telah membuat rujukan kepada peluru-peluru

Maka, bagi mereka, perjanjian oleh Rusia untuk menarik balik peluru-peluru berpandu itu merupakan penganiayaan besar. Perjanjian Kennedy untuk membatalkan serangan ke atas Kuba kelihatan tidak penting di sisi pengetahuan bahawa apabila ketika genting muncul, Kuba masih terpulau dan tersendiri. Sambil dia tidak berkata apa-apa secara awam, Castro sangatlah marah dengan apa yang dia melihat sebagai kelemahan Rusia. Tetapi dia juga merupakan seorang pragmatis, dan menyedari bahawa Kuba masih memerlukan sokongan ekonomi dan diplomatik Rusia.

Di Kuba, kesan krisis tersebut, walaupun seringkali di bawah permukaan, sangatlah besar. Pengaruh pihak Komunis Kuba dalam kerajaan Castro sentiasa didasarkan sedikit sebanyak pada hubungan Soviet. Urusan Escalante sememangnya merupakan tanda pertikaian dalaman – tetapi kepimpinan Revolusi Kiba masih memercayai perpaduan Soviet. Lebih penting lagi, Che dan Raúl Castro, terutamanya, setia dari segi ideologi kepada contoh Soviet dan dikelilingi oleh orang yang mengukuhkan kepercayaan itu. Jika dia ingin, Che sudah pasti melihat percanggahan-percanggahan di Eropah Timur – ketidak-samarataan ekonomi (yang dia membincangkan), ketidak-hadiran demokrasi, cita-cita imperialis pihak Soviet, dan kesusahan dan kemelaratan yang dialami oleh berjuta-juta warganegara Soviet dan China, Tetapi dia tidak melihatnya – sehingga bulan Oktober.

Di Kesatuan Soviet, Khruschev dan lain-lain sedang menarik kesimpulan politik tersendiri dari krisis peluru berpandu. Ia dikatakan bahawa ia menunjukkan kemungkinan ‘kehidupan damai’ di antara AS dan pihak Soviet. Namun, hanya beberapa minggu sebelum itu, Khrushchev telah mengesahkan kepada Che kesetiaannya kepada revolusi Amerika Latin. Bagi Che, ini merupakan penipuan besar. Bagaimanakah seorang revolusioner anti-imperialis dapat menerima rundingan damai dengan musuh! Di Moskow, suara-suara tertentu meluahkan keraguan dengan Guevara. Dalam pertikaian di antara Rusia dan Cina, mereka berkata, Che terlalu mendekati pihak China.

Sehingga itu, Che belum meluahkan secara awam apa-apa pertikaian dengan pihak Rusia. Tetapi dia seringkali meluahkan kemarahan dan kekecewaannya dengan barangan Rusia yang tidak berkualiti, dan dengan kelemahan ekonomi mereka. Sememangnya, bagi Che segalanya bergantung kepada kemampuan Kuba untuk memajukan industri dengan pesat. Jika dia berpendapat bahawa Rusia akan membantu mencapai matlamat itu, atau dapat membantu, dia dengan laju terpaksa mengakui kesilapannya. Di Kuba juba, Che mengkritik apa yang dia melihat sebagai sikap tidak peduli pihak Komunis. Pengaruh PSP lama pada Fidel dan pada kerajaan Kuba telah menciptakan sebuah birokrasi besar, dan struktur politik yang lebih rumit dan kadang-kala juga korupse. Ia tidak menghasilkan perubahan- perubahan yang diharapkan oleh Che.

Pada masa yang sama, Che telah mengekalkan hubungan-hubungannya dengan kumpulan- kumpulan gerila di merata rantau tersebut. Sepanjang tahun 1962, dia telah bekerjasama dengan sebuah kumpulan dari Argentina yang diketuai oleh Jorge Masetti, yang sedang bersedia untuk memulakan operasi gerila di tanahairnya, serta dengan kumpulan-kumpulan lain di Bolivia, Peru dan Amerika Tengah. Che menyedari bahawa Kuba yang terpulau tidak dapat hidup dan, bertentangan dengan Castro, merasai bahawa hubungan dengan pihak Rusia kini mewakili kompromi yang tidak dapat diterima.

Revolusi mesti disebarkan. Siri negara-negara Amerika Latin dengan kerajaan anti-imperialis atau sosialis mungkin memberikan alam sekitar di mana Kuba dapat hidup dan maraih akses kepada bahan-bahan mentah dan minyak yang ia memerlukan, tanpa bergantung pada Rusia atau AS. Dan di Kuba, sesuatu budaya berbeza – sebuah masyarakat yang diyakinkan bahawa nilai-nilai moral seperti perpaduan dan pengorbanan diri adalah jauh lebih bermakna daripada gaji bonus atau akses kepada barangan pengguna – dapat menjamin Revolusi mesti disebarkan. Siri negara-negara Amerika Latin dengan kerajaan anti-imperialis atau sosialis mungkin memberikan alam sekitar di mana Kuba dapat hidup dan maraih akses kepada bahan-bahan mentah dan minyak yang ia memerlukan, tanpa bergantung pada Rusia atau AS. Dan di Kuba, sesuatu budaya berbeza – sebuah masyarakat yang diyakinkan bahawa nilai-nilai moral seperti perpaduan dan pengorbanan diri adalah jauh lebih bermakna daripada gaji bonus atau akses kepada barangan pengguna – dapat menjamin

Ia tidak lagi dapat dinafikan bahawa jalan Che dan Fidel kini mula mengikuti arah yang berbeza. Matlamat Fidel adalah untuk mengukuhkan kehidupan ekonomi Kuba dan keselamatan politiknya sendiri, dan demi itu dia bersedia untuk berkompromi. Misi Che adalah untuk menyebarkan revolusi sosialis. Masa untuk meninggalkan Kuba semakin menghampiri. 116

Dua tahun akan berlalu sebelum dia meninggalkan Kuba, tetapi minda Che semakin mempertimbangkan revolusi di luar Kuba. Pada masa yang sama, kebanyakan ucapan dan tulisannya pada awal tahun 1963 mengakui keadaan lemah ekonomi Kuba. Harapan-harapan ekonominya tidak membawa hasil. Sememangnya, beberapa pihak dalam kerajaan Kuba memperdebatkan bahawa polisi berpusat Che dan dedikasinya kepada kemajuan perindustrian sebenarnya bertanggungjawab, sekurang-kurangnya sedikit, bagi krisis itu. Menjelang masa itu, kekurangan barang-barang ganti menjadi sangat tenat, dan barangan Eropah Timur tidak dapat digunakan. Penyesuaian diri menggerakkan kereta dan bas dan menghidupkan jentera. Dalam bulatan-bulatan kerajaan, Che menjadi kurang popular. Namun, di kalangan penduduk, bintangnya masih terang seperti dahulu.

Terdapatnya juga tanda-tanda bahawa ketegangan sosial membawa kesan-kesan psikologi. Berat badannya semakin meningkat, dan walaupun dia berkata bahawa ini disebabkan oleh ubat kortison yang dia menggunakan untuk penyakit asma, realitinya adalah bahawa kehidupan tidak aktif telah membawa kesan. Rambutnya yang liar kini dipotong pendek dan kemas – walaupun dia masih enggan memakai seragam hijau zaitun dengan cara betul, dengan bajunya yang kemas. Che telah menjadi seorang menteri kerajaan yang mengalami beberapa jam sehari dalam mesyuarat dan majlis-majlis lain. Pada bulan-bulan awal tahun 1963, dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bersama anak perempuannya, Celia. Sambil rumahtangga mereka nertumbuh (Che kini mempunyai empat anak), Aleida tidak mempunyai masa lama untuk diluangkan bersama suaminya. Dia meluangkan lebih banyak masa di kementeriannya apabila keadaan di sekitar menjadi lebih tenat, dan apabila krisis dan masalah-masalah berlaku dengan lebih kerap. Rungutan menentangnya kini juga menjadi lebih jelas, dan perasaannya mencerminkan ketegangan. Che, meskipun gayanya yang agak sabar, sentiasa merupakan seorang yang tegas – walaupun dia paling tegas dengan dirinya sendiri. Kini, dia kadang-kala menjadi marah apabila kecewa dengan orang di sekelilingnya.

Bagi Che, isu usaha sukarela kini menjadi sangat penting. Perdebatannya adalah bahawa ahli-ahli revolusioner tidak berusaha demi kebaikan materialis, tetapi kerana keyakinan. Usaha demi kebaikan umum tidak patut menjadi pengorbanan, tetapi adalah perluahan kesetiaan dan keyakinan sosialis – itulah inti ‘insan baru.’ Seperti yang dia berkata kepada seorang rakan sekerja, ‘Saya tidak mementingkan perubahan ekonomi kecuali jika ia diiringi oleh kemoralan sosialis.’ 117 Maka, usaha sukarela merupakan perluahan tahap teringgi pemahaman politik. Itulah mengapa ia dijangka dari setiap ahli revolusioner, dan mengapa Che membuang dirinya ke dalam usaha sukarela pada bulan-bulan awal tahun itu.

Terdapatnya atmofesra kekecewaan dalam diri Che pada masa ini. Perubahan-perubahan yang dia mengharapkan belum berlaku. Sokongan persaudaraan Kesatuan Soviet runtuh selepas cabaran pertama. Kawalan berpusat yang dia mendirikan tidak beroperasi seperti yang dijangka. Karangan yang ditulis pada bulan Februari 1963, ‘Menentang Birokrasi,’ 118 dari beberapa segi mengkritik dirinya sendiri serta mendedahkan kelemahan dan keburukan kerajaan Kuba. Desakan pada usaha sukarela sebagai penyelesaian mencerminkan unsur ini dalam pemikiran Che dari mula-mulanya, keyakinan bahawa hasrat dan ketekunan ahli-ahli revolusioner dapat mengatasi segala batasan, malah batasan objektif. Tetapi idealisme ini kini dikritik secara terbuka oleh pihak Komunis lama di sekeliling Castro.

Pada bulan Mei, Che membuat ucapan semasa sambutan ulangtahun majalah Hoy yang mencontohi pengenalannya kepada buku lupuk dan dogmatik mengenai parti Marxsis- Leninis – iaitu sebuah antologi petikan dari ahli-ahli teori Soviet dan ucapan-ucapan Fidel:

Salah seorang penulis biografinya, Massari, menyesali pujian Che ‘bagi buku kecil yang buruk dan lemah dari segi teori ini.’ Ia adalah perkara aneh bahawa Che, yang sangat kritikal terhadap jalan ekonomi yang diambil oleh pihak Soviet, seolah-olah tidak mempunyai pemahaman mengenai malapetaka sosial, kezaliman dan penindasan dalam masyarakat Soviet. Realitinya adalah bahawa dia tidak memiliki alat-alat teori yang mungkin membolehkannya menjauhkan diri daripadanya. Dia terkunci dalam Marxsisme primitif. 119

Ini mungkin kelihatan seperti pentafsiran yang tegas, tetapi ia disahkan oleh perdebatan- perdebatan yang mengikuti. Jurnal Nuestra Industria (Industri Kami) mula diterbitkan pada bulan Jun, dengan tujuan jelas untuk memulakan perdebatan mengenai masa depan ekonomi Kuba. Di sini Che memperkembangkan idea-ideanya mengenai ekonomi berdasarkan perangsang moral (iaitu politik) dan bukannya perangsang materialis, meneruskan tema penciptaan ‘insan baru.’ Pihak pro-Soviet dalam dan di sekeliling kerajaan memasuki perdebatan ini dengan ganas, tetapi Che tidak menyerah diri.

Pada masa yang sama, dia terlibat dalam perdebatan lain dengan pihak Komunis di Amerika Latin. Dengan segala kekuasaan Revolusi Kuba di belakangnya, Guevara mendesak bahawa perjuangan revolusioner mestilah menjadi perjuangan bersenjata yang didasarkan pada kaum petani – dengan sokongan materialis dan politik ditawarkan kepada mana-mana kumpulan yang bersedia untuk melancarkan perang gerila pada dasar itu, walauapapun asal-usul politik mereka. Maka, misalnya, dia menyokong kumpulan-kumpulan Trotskyis di Venezuela di antara yang lain – lalu membara kemarahan sekutu-sekutu Komunis Kuba.

Dalam kata akhir kepada Perang Gerila, diterbitkan pada bulan September, Che mengulangi idea-idea yang diutarakan dalam karya tersebut:

Untuk menjadi parti barisan hadapan adalah sama dengan mengetuai kelas pekerja dalam rampasan kuasa, untuk mengenali cara memimpinnya menuju rampasan kuasa itu, malah memimpinnya melalui jalan pendek. 120

Sambil dia menggunakan istilah ‘kelas pekerja,’ Che mendesak berkali-kali dalam karangannya bahawa tentera gerila mesti bertapak di kawasan desa, dan mencari ahli di kalangan kaum petani, kerana ia adalah mereka yang telah mengalami pengeksploitasian yang paling dasyhat. Tetapi kesusahan tidak melahirkan ahli-ahli revolusioner secara automatik. Sebaliknya, tanpa pertubuhan kolektif dan keyakinan yang berasal dari pengalaman perjuangan, dan tanpa kuasa untuk menyerang hati kapitalis – iaitu jentera- jentera pengeluaran – kesusahan dapat menghasilkan kehampaan dan perasaan mandul.

Sebenarnya, rencana ini adalah serangan berkabus terhadap parti-parti Komunis di Amerika Latin, yang telah gagal memimpin revolusi. Che sangatlah tepat untuk mengarahkan tuduhan terhadap mereka. Namun, dalam menolak peranan khusus mereka, dia juga mengetepikan tradisi pertubuhan revolusioner massa dan menggantikannya dengan tindakan-tindakan tekun oleh kumpulan-kumpulan ahli revolusioner kecil yang dapat, dalam kata-katanya, ‘membangkitkan kemarahan musuh.’ Pengalaman bakal menunjukkan bahawa kemarahan ini akan diarahkan terhadap kaum pekerja dan bukannya terhadap ahli- ahli gerila. Dan penguasaan sesuatu teori gerila, di mana kaum pekerja disingkirkan kepada peranan pasif, meninggalkan mereka dalam keadaan tidak bersedia dari segi pengaturan dan politik bagi serangan-serangan tersebut.

Masa terbitan rencana itu sangatlah penting. Sambil perdebatan ekonomi berkembang dengan mendalam, Fidel sedang bergerak menuju kedudukan yang Che mempertahankan. Meskipun sambutannya yang ghairah semasa lawatan ke Moskow pada bulan Mac, Fidel Masa terbitan rencana itu sangatlah penting. Sambil perdebatan ekonomi berkembang dengan mendalam, Fidel sedang bergerak menuju kedudukan yang Che mempertahankan. Meskipun sambutannya yang ghairah semasa lawatan ke Moskow pada bulan Mac, Fidel

Memetik secara langsung dari Deklarasi Havana Kedua oleh Fidel pada bulan Januari 1962, Che mengulangi bahawa fasa revolusi seterusnya akan berlaku di Amerika Latin:

Seperti yang dikatakan oleh Fidel, cordillera Andes akan menjadi Sierra Maesta Amerika Latin... Ini bermakna bahawa ia akan menjadi perang berpanjangan; ia akan memiliki pelbagai medan pertempuran dan ia akan membawa darah dan pelbagai pengorbanan bagi jangka masa yang panjang. 121

Che mungkin mempertimbangkan unit gerila yang sudah bersiap-sedia untuk melancarkan medan pertempuran yang pertama – di Salta, Argentina. Ia akan memberikan, pada tahun seterusnya, pelajaran-pelajaran tragik mengenai batasan strategi ini.

Pada bulan yang sama, Che kembali ke Moskow sebagai ketua rombongan kerajaan Kuba bagi sambutan ulangtahun Revolusi Rusia dan untuk mengikuti pembukaan sebuah ‘Wisma Persahabatan Soviet-Kuba’ di Moskow. Sambutannya sangatlah berbeza daripada sambutannya tiga tahun sebelumnya – sikap Che terhadap Kesatuan Soviet juga telah berubah. Parti-parti Komunis Amerika Latin yang bakal berjumpa semasa kongres serantau di Havana telah merungut dengan pahit lepada Moskow mengenai kedudukan-kedudukan politik Che dan Fidel yang baru. Selepas krisis peluru berpandu, polisi parti-parti Komunis di merata dunia mengikuti garisan ‘kehidupan damai’ Moskow. Dari segi bersejarah, parti-parti ini sentiasa mengikuti arahan politik yang dibentangkan oleh Kesatuan Soviet. 122 Mesej yang disampaikan kepada Che semasa lawatannya ini tidak dapat dipertikaikan. Polisi perang gerila merupakan cabaran terhadap strategi perubahan beransur-ansur.

Selepas kembali ke Kuba, Che membuat ucapan pada 20hb November di mana dia menjelaskan bahawa dia tidak kagum dengan perbincangan-perbincangannya di Moskow. Ia adalah penting bahawa dia menyampaikan ucapan ini di Santiago, berjauhan dari kongres Parti Komunis yang sedang berlaku pada masa yang sama di Havana.

Walaupun hanya beberapa orang menyedarinya, ketidak-hadiran Che di mesyuarat Havana merupakan tanda pertama bahawa sesuatu yang asas telah berubah. Bagi sesiapa yang ingin memperhatikannya, Che sudah berada dalam proses menjauhkan dirinya dari rutin biasa dan bakal melesap dari kalangan mereka. 123

Menurut Anderson, Che memberitahu Fidel bahawa dia ingin meninggalkan kerajaan Kuba lebih kurang pada masa yang sama.