Perarakan Pendek Ke Havana
VIII. Perarakan Pendek Ke Havana
Pada bulan September, Guevara mendirikan kem tetap di El Hombrito. Ia memiliki bilik persenjataan yang kecil, bengkel membuat cerut dan pemancar radio yang mula berkumandang pada bulan Februari 1958. Che menggambatkan tapak di bawah kawalan gerila sebagai ‘zon bebas’ dan melukis gambar kehidupan utopia di sana. Rekrut-rekrut muda di bawah Che secara umumnya diraih dari kawasan sekeliling, dan sangat baru kepada idea-idea Marxsis yang Che merumuskan bagi mereka semasa seminar-seminar tertentu. Sememangnya, Che dan Fidel seolah-olah mencadangkan bahawa idea-idea ini tidak wujud dalam budaya politik Kuba, tetapi ini sebenarnya menyingkirkan pengaruh
Komunis dan sosialis revolusioner lain dengan perlibatan lama dalam bidang politik Kuba. 65
Menjelang akhir tahun 1957, pihak gerila dan kerajaan Kuba telah mencapai tahap tidak tentu. Dia medan pertempuran baru telah didirikan, walaupun realitinya adalah kurang menarik daripada retorik. Medan-medan tersebut terdiri daripada kumpulan-kumpulan gerila kecil yang didirikan untuk memulakan akumulasi kuasa-kuasa. Secara umumnya, angkatan tentera telah menjauhkan diri daripada kawasan pergunungan.
Pentafsiran Guevara bagi tahun 1957 66 sangatlah positif (sebagaimana dengan pentafsiran Fidel):
Menjelang akhir tahun pertama dalam perjuangan, sesuatu kebangkitan umum di seluruh
negara semakin menonjol di kaki langit. 67
Dia, saya berpendapat, menokok-tambah untuk memberi kesan besar. Tidak dapat dinafikan bahawa tentera gerila tersebut meninggalkan tanda – dan telah memenangi simpati majoriti rakyat Kuba. Kezaliman Batista dan penindasan terhadap sesiapa yang mungkin menyokong Gerakan tersebut hanya memenanginya lebih ramai musuh – dan keengganan Washington untuk mencampur tangan. Rekrut-rekrut baru semakin menyertai pihak gerila di kawasan pergunungan. Dalam tangan sebelah, gerakan bandar telah mengalami kekalahan mendalam lagi besar, bermula dengan pemubunuhan Frank País dan kegagalan kebangkitan Camaguey.
Perdebatan-perdebatan di antara Che dan Daniel 68 juga mencerminkan perdebatab dalaman yang telah bangkit dalam usaha untuk memahami jurang di antara dua pengalaman tersebut. Dalam pandangan Che, gerakan di kawasan bandar telah gagal, dan ini memunasabahkan strategi yang dia dan Fidel mengajukan, yang memberikan fokus kepada perjuangan bersenjata. Apabila dia menggambarkan kehidupan di ‘zon-zon bebas,’ dia berusaha untuk menunjukkan bagaimana orang di sana telah berubah – dan perubahan dalam pandangan Che bermula dengan perlibatan dalam perjuangan bersenjata. Maka, dia dapat berkata, misalnya:
Saya pernah memberitahu seorang pemimpin PSP, yang kemudiannya mengulangi kata-kata saya sebagai penyifatan tepat mengenai zaman tersebut: ‘Anda dapat membina kader-kader yang dapat mengalami penyeksaan paling zalim dengan sunyi di penjara, tetapi anda tidak
dapat membina kader yang dapat menyerbu sarang senapang automatik.’ 69
Pada setiap waktu, tekanan Che adalah pada kesetiaan dan keyakinan ahli-ahli revolusioner. Tidak terdapatnya kajian mengenai kuasa-kusa sosial, tidak terdapatnya perbincangan mengenai cara membina sebuah gerakan besar atau mengenai hubungan di antara tentera pemberontak dan gerakan yang lebih luas. Akhirnya, kawasan pergunungan merupakan lokasi ketenteraan. Politik – iaitu dataran – sentiasa tertakluk kepada kawasan pergunungan.
Bagi pihak sosialis revolusioner, sesuatu proses revolusioner adalah proses di mana orang terlibat secara langsung dalam pembentukan takdir mereka, dan ia adalah pengalaman menjadi seorang ejen aktif yang akan membentukkan masyarakat baru – sosialis- yang akan bangkit. Sosialisme bukanlah berkaitan dengan perubahan pemimpin, tetapi sebaliknya Bagi pihak sosialis revolusioner, sesuatu proses revolusioner adalah proses di mana orang terlibat secara langsung dalam pembentukan takdir mereka, dan ia adalah pengalaman menjadi seorang ejen aktif yang akan membentukkan masyarakat baru – sosialis- yang akan bangkit. Sosialisme bukanlah berkaitan dengan perubahan pemimpin, tetapi sebaliknya
Pada awal tahun 1958, Che dan Fidel masih bergelut dalam perjuangan politik sengit berkenaan cara perang revolusioner patut diperjuangkan. Apa yang mungkin menakjubkan – kerana keraguan Fidel – adalah bahawa hubungan dengan Parti Komunis Kuba semakin membunga dan terdapat hubungan rapat di antara bandar dan pergunungan. Beberapa ahli Komunis penting menyertai tentera pemberontak, dan hubungan di antara pertubuhan- pertubuhan mereka menjadi semakin erat. Ini mencerminkan kemerosotan hubungan di antara pihak Komunis dan Gerakan 26hb Julai di kawasan bandar. Ia adalah jelas bahawa sokongan baru PSP bagi pihak gerila lebih berkaitan dengan keinginan untuk membesarkan jurang di antara dua bahagian Gerakan tersebut.
Pada bulan Mac 1958, gereja Katolik membiayai inisiatif kedamaian – dan makhamah kelihatan seperti bersedia untuk menghukum samseng Batista. Diktator itu membalas dengan menundakan pilihanraya yang patut diadakan pada bulan Jun dan melancarkan ombak penindasan baru. Gerakan tersebut membalas dengan tuntutan demi ‘perang menyeluruh’ menentang rejim tersebut – bermula dengan permogokan umum pada 9hb April. Ia merupakan kegagalan besar. Kesatuan-kesatuan pekerja tidak bergerak dan PSP, diketepikan oleh kepimpinan Gerakan di bandar, tidak menyokong usaha tersebut.
Selepas kegagalan tersebut, Gerakan 26hb Julau membuat perubahan politik penting. Pada 3hb Mei, direktorat kebangsaan berjumpa di Sierra Maestra. Melaporkan selepas itu, Che berkata:
Mesyuarat itu membincangkan dan memberi pendapat mengenai dua konsep yang telah bercanggah dengan satu sama lain sepanjang tahap terdahulu dalam perang. Konsep gerila bakal muncul sebagai pemenang dari mesyuarat itu. Kedudukan dan kekuasaan Fidel
dikukuhkan. 70
Ia bukan sahaja kekuasaan yang kini dipusatkan dalam tangan Fidel, dengan sokongan tanpa persoalan Che. Struktur gerakan tresebut juga kini dibentukkan oleh perjuangan ketenteraan.
Bagi pihaknya, Che telah tiba pada kesimpulan-kesimpulan yang dia kemudiannya memperkembangkan dalam Perang Gerila. Pertama sekali, bahawa seesuatu tentera popular dapat memenangi perjuangan ketenteraan menentang tentera biasa. Kedua, bahawa dalam keadaan-keadaan khusus Amerika Latin, ia adalah kaum petani miskin yang merupakan kelas paling revolusioner – dan bukannya pekerja yang teratur dalam industri atau pertanian. Ketiga, bahawa keadaan-keadaan bagi revolusi tidak perlu wujud sebelum perjuangan
bermula – foko revolusioner dapat menciptakan keadaan-keadaan tersebut. 71
Idea-idea Che bakal membawa kesan yang dia tidak dapat membayangkan. Ia bakal membentukkan perjuangan masa depat bagi sebuah generasi revolusioner muda di Amerika Latin dalam cara yang membawa pengaruh buruk dan berjangka masa panjang.
Dari satu segi, Che sedang bereaksi menentang sesuatu gradualisme pesimistik yang dia melihat dalam ahli-ahli sosialis lain – konsep bahawa ‘keadaan-keadaan objektif’ perlu wujud sebelum perubahan dalam dicapai, seolah-olah ahli revolusioner tidak mempunyai pernaan dalam usaha membangkitkan keadaan-keadaan tersebut. Namun, dalam mengenalpasti petani miskin sebagai kumpulan sosial utama dalam revolusi, Che sedang menolak idea utama Marxsisme – bahawa ia hanyalah kuasa kelas pekerja teratur yang dapat membawa revolusi sosial. Beberapa negara di Amerika Latin masih dikuasai oleh pengeluaran pertanian berskala kecil – dan perdebatan bahawa kaum petani merupakan kelas revolusioner masih mempunyai pengaruh dalam keadaan-keadaan itu. Tetapi seperti negaranya sendiri,
Argentina, atau Meksiko – dia mana Che telah meluangkan masa – Kuba terkandung dalam ekkonomi antarabangsa sebagai pengeluar gula dan sudah mengalami pertumbuhan kawasan bandar.
Konsep revolusi Che hanya mengakui peranan mereka yang mendukung senjata dan berjuang. Hanya merekalah yang menjadi pelakon revolusioner. Bagaimana pula dengan pekerja bandar, pelajar, penduduk di bandar-bandar kecil? Tugas mereka hanyalah untuk membekalkan dan menyokong tentera pemberontak. Dan jika itulah cara revolusi akan dibina, ia juga adalah cara bagaimana masyarakat yang bangkit dari revolusi akan dibina. Ahli-ahli revolusioner akan berkuasa dan majoriti akan menawarkan sokongan kepada mereka yang berjuang bagi pihak rakyat. Dalam struktur ketenteraan, tidak terdapatnya demokrasi mahupun pendedahan – kedua-duanya dapat membawa malapetaka dalam konteks ketenteraan. Tetapi dalam sesuatu masyarakat, ketidak-hadirannya dapat membawa kesusahan.
Walaupun Fidel dan Che tidak mengetahuinya pada masa itu, menjelang bulan Mei, rejim Batista semakin kehilangan sokongan dari tuan-tuannya di Washington dan semakin
mereput dari dalam. 72 Sememangnya, kerajaan AS tidak mengalami kesusahan hati kolektif. Kerajaan-kerajaan diktator yang lain di bawah naungan AS masih berkuasa di Nikaragua, Guatemala, Peru dan sebagainya. Ini masih merupakan zaman Perang Dingin di mana setiap gerakan kebebasan, kemerdekaan kebangsaan atau keadilan sosial ditafsir oleh Jabatan Dalam Negara AS sebagai bukti pengaruh Komunis.
Tetapi penguasaan AS di rantau tersebut tidak dipersoalkan, hanya kemampuan rejim Batista yang tidak popular untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan AS daripada tentangan luas dan popular. Dan tentangan tersebut semakin bertumbuh.
Selepas kegagalan permogokan April, Batista menghantar lebih ramai askar untuk menyerang pihak gerila. Menjelang akhir bulan Mei 1958, 10,000 askar kerajaan telah mengelilingi pihak pemberontak. Meskipun keengganan awam AS untuk menghantar senjata kepada rejim Batista, peluru berpandu AS digunakan dalam serangan udara pada kampung dan pengkalan di kaki bukit.
Sepanjang masa ini, Che berada di kem latihan Minas del Frío, menyediakan rekrut-rekrut baru yang kemudiannya menjadi dasar bagi medan pertempuran kedua di kawasan timur. Ia merupakan tugas penting, tetapi mengecewakan bagi Che. Dia berharap untuk mengambil bahagian dalam pertempuran dengan tentera, bersama sahabatnya Camilo Cienfuegos. Tetapi sambil Fidel tidak bergerak dari pusat arahan, Che secara umumnya menjadi timbalan ketua, mengurus rangkaian radio dan komunikasi yang sangat penting. Sambil ia mungkin kelihatan seperti ini merupakan tugas-tugas sekunder semasa konfrontasi, kesan pemberontak tersebut berganda dan menyebar melalui komunikasi ini dengan dunia di luar kawasan pergunungan. Ia membantu mereka impresi pertubuhan yang lebih besar dan berkuasa daripada yang sebenarnya wujud.
Apakah realiti kuasa-kuasa pemberontakan pada masa ini? Fidel mempunyai lebih kurang 280 askar bersamanya dengan lebih kurang 50 keping peluru setiap satu. Medan kedua Raúl, di Sierra de Cristal, mungkin melibatkan 200 pejuang. Kedua-dua kumpulan ini diserang dan dikelilingi oleh tentera darat Batista dan serangan udara:
Kumpulan tersebut bukanlah besar pada mulanya. Seluruh pusat pemberontak itu... sebenarnya hanyalah sesuatu kawasan kecil, beberapa batu persegi. Jarak dari komandansia Fidel sehingga kampung Las Mercedes di medan pertempuran utara adalah 12 kilometer, dan sekolah rekrut di Minas del Frío terletak di antara kedua-duanya. Ke selatan, kurang daripada
lapan kilometer dari ibupejabat pemberontak, merupakan kawasan perairan. 73
Dalam serangan itu, percanggahan baru sedang timbul, terutamanya di kalangan rekrut- rekrut baru di bawah Che. Beberapa daripada mereka melarikan diri, dan perasaan tidak puas hati meningkatkan dan mewarnai serangan bom ke atas pihak pemberontak itu pada awal bulan Jun. Jika mereka belum bersurai, ia jelasnya disebabkan sebahagian besar kerana kualiti peribadi Che sebagai seorang pemimpin. Dalam satu tangan, dia bertenaga dan berani sehingga agak cuai. Dia jujur dengan pengikutnya, dan jelasnya bersedia melakukan apa yang dia mengarahkan orang lain melakukan. Dalam tangan sebelah, dia tidak menaruh simpati dengan sesiapa yang dia percaya telah menganiayai atau mengancam matlamat mereka. Beberapa pembunuhan berlaku, dan hukuman sangatlah tegas. Seorang pelajar yang menjadi takut dan mencuba melarikan diri dihukum sepuluh hari tanpa makanan. Ketakutan, usaha melarikan diri, kesusahan itu bukanlah susah untuk difahami dalam sebuah pasukan sukarelawan yang sentiasa diserang. Namun, bagi mereka yang mengikutnya, Che Guevara seolah-olah berani mati.
Menjelang akhir bulan Jun, angkatan tentera semakin mendekati pusat arahan Fidel di La Plata. Kolum-kolum luar Gerakan 26hb Julai ditarik balik, kecuali kolum Raúl di Sierra Cristal. Jumlah mereka yang melarikan diri semakin meningkat dan serangan itu masih berterusan. Tetapi serangan oleh tentera Batista kini memasuki bulan ketiga. Dua pertiga daripada tentera kerajaan askar wajib. Beberapa telah berpindah kepada pihak pemberontak. Mereka yang kekal sudah menjadi letih, ramai pula tercedera dan kawasan yang mereka menduduki dirasai sebagai musuh sebagaimana dengan pemberontak berseragam hijau zaitun yang saling menembak mereka dan bersuara melalui pembesar suara. Keinginan berputus asa merupakan sekutu paling besar bagi pihak pemberontak.
Apabila kolum Raúl menculik 46 warga Amerika, Fidel tidak gembira. Masa lebih kurang selama seminggu yang diperlukan untuk merundingkan kebebasan mereka merupakan masa berehat bagi pejuang-pejuang Raúl. Tetapi ia melemahkan usaha cermat Fidel untuk memenangi sokongan awam AS. Pada awal bulan itu, misalnya, Fidel telah menandatangani perjanjian di Caracas dengan sebuah kumpulan pembangkang Kuba yang lain, tetapi yang tidak meliputi pihak Komunis Kuba. Sebenarnya, terdapatnya beberapa ahli Komunis di kawasan pergunungan itu yang berbincang dengan Fidel pada masa itu, tetapi dia enggan menyebarkan berita ini. Che mendapati ini sangat mengelirukan – Fidel tidak berkongsi rancangannya dengan Che.
Pada akhir bulan Julai, arus mula berubah. Pihak pemberontak menculik beberapa askar Batista dan menyerang beberapa kompeni askar. Menjelang 7hb Ogos, angkatan tentera itu semakin bergerak – atau bersandung – keluar dari kawasan pergunungan. Sambil serangan udara baru bermula sekali lagi beberapa hari selepas itu, tentera pemberontak telah berjaya menyelamatkan diri.
Ia kini menjadi penting untuk menggunakan peluang baru ini dan meluaskan medan pertempuran dengan membuka medan baru di timur. Tugas ini jatuh kepada Che – dan ini bakal menyegarkan kedudukannya sebagai legenda di kalangan pihak pemberontak. Pemilihan Che bagi tugas ini oleh Fidel merupakan tanda kehormatan dan kepercayaan dalam warga Argentina itu. Namun, sambil dua lelaki itu bersetuju sepenuhnya mengenai strategi ketenteraan, dan dalam kewaspadaan mereka akan beberapa ahli gerakan mereka di kawasan bandar, terdapat perbezaan pendapat di antara mereka yang bakal muncul apabila mereka berkuasa.
Ini berpusat pada sikap masing-masing terhadap Amerika Syarikat dan pihak Komunis Kuba. Perjanjian Caracas menjadikannya sangat jelas bahawa Fidel melihat jurang yang semakin membesar di antara kerajaan AS dan Batista sebagai faktor penting dalam keadaan itu – dan dia menghalang apa-apa usaha yang mungkin membolehkan pihak konservatif di AS untuk menggambarkan Gerakan 26hb Julai sebagai gerakan Komunis. Maka penyingkiran PSP dari Perjanjian Caracas, dan usaha laju Fidel untuk memulangkan tebusan yang diculik oleh Raúl. Terdapatnya perdebatan tanpa akhir sejak itu jika Fidel sebenarnya Ini berpusat pada sikap masing-masing terhadap Amerika Syarikat dan pihak Komunis Kuba. Perjanjian Caracas menjadikannya sangat jelas bahawa Fidel melihat jurang yang semakin membesar di antara kerajaan AS dan Batista sebagai faktor penting dalam keadaan itu – dan dia menghalang apa-apa usaha yang mungkin membolehkan pihak konservatif di AS untuk menggambarkan Gerakan 26hb Julai sebagai gerakan Komunis. Maka penyingkiran PSP dari Perjanjian Caracas, dan usaha laju Fidel untuk memulangkan tebusan yang diculik oleh Raúl. Terdapatnya perdebatan tanpa akhir sejak itu jika Fidel sebenarnya
Che, dalam tangan sebelah, sambil sangatlah kritikal terhadap pihak Komunis dari pelbagai segi, menggambarkan dirinya sebagai seorang Komunis. Dia menyokong Kesatuan Soviet dan melihat masa depan Kuba dalam hubungan dengan blok negara-negara Eropah Timur. Namun, sambil revolusi itu berkembang, Che menjadi semakin kritikal terhadap contoh Soviet sambil Fidel menjadi pemimpin dan lambang Komunisme Kuba.
Namun, pada masa ini, simpati Che bagi pihak Komunis, berserta dengan kualiti-kualiti peribadinya, merupakan kunci kepada tugas yang Fidel memberikan kepadanya. Ia bukan sahaja penting untuk membuka medan pertempuran baru, Che juga diberikan tugas menyatukan beberapa kumpulan yang memperjuangkan perang gerila tersendiri di kawasan Escambray.
Keputusan ini menandakan perubahan dalam taktik ketenteraan. Castro mendakwa bahawa peperangan tersebut kini bergerak dari fasa gerila yang terdiri daripada unit-unit laju yang mendedahkan kelemahan musuh, ke peperangan kedudukan dengan beberapa medan di mana tentera pemerintahan diktator akan diserang. Fidel kini menjadikan laungan Danton, seorang ahli revolusioner Perancis – ‘Keberanian, keberanian dan keberanian lagi’ – sebagai laungannya sendiri. Oleh kerana tahap senjata dan pengikutnya, ia merupakan rancangan yang agak bercita-cita. Tetapi unsur utama bukanlah bersifat ketenteraan tetapi politik – kekalahan serangan Batista pada Sierra Maestra, pertumbuhan keresahan di kalangan tuan- tuan politik di Washington, dan rasa tidak puas hati popular dengan korupse dan rejim yang ganas. Di kawasan Oriente, malah kehidupan medan pertempuran kedua di bawah Raúl dapat dilihat sebagai sesuatu kejayaan.
Fidel kini mengumumkan ‘serangan’ ke atas seluruh pulau tersebut – dan ia merupakan Che yang akan melakukannya.
Pada 30hb Ogos 1958, Che bertolak menuju pertengahan pulau tersebut. Komradnya, Camilo Cienfuegos, sudah bertolaj menuju kawasam barat jauh, iaitu Pinar del Rio, dengan 82 anggota untuk membuka medan baru. Che mengikuti dengan 142 anggota dalam kolum-nya. Dia meramalkan bahawa empat hari akan mencukupi untuk tiba di pergunungan Escambray di daerah Las Villas, di kawasan pertengahan. Tetapi malapetaka melanda dari mula- mulanya lagi. Bekalan petrol dan dua daripada lori mereka dimusnahkan dalam pertempuran dengan tentera Kuba. Dua lori lagi dimusnahkan semasa ribut yang menenggelamkan lori tersebut. Empat hari itu menjadi perjalanan susah selamsa 42 hari melalui lumpur dan hujan. Semasa ‘perarakan panjang’ itu, legenda Che Guevara dilahirkan tanpa dapat dinafikan lagi.
Kemungkinan besar sesiapa yang tidak memiliki kekuatan peribadi, keyakinan dan kehormatan bagi pengikut-pengikutnya seperti yang dimiliki Che tidak akan menghabisi perarakan panjang ini. Mereka yang mengikuti Che bulan pejuang lama tetapi rekrut muda yang baru, pelajar dan petani, dengan pengalaman minimum. Jika dia membawa mereka melalui 300 kilometer paya dan pergunungan, ia adalah bukti kepimpinan dan contohnya. Tetapi Che juga bersifat degil – dia tidak memaafkan kelemahan (ini sudah menjadi jelas bagi rekrut-rekrut di sekolah latihan gerila di Minas) dan dia tidak bersimpati apabila sesiapa yang dia memimpin membuat kesilapan:
Dia tidak dapat menerima kesilapan dalam pengikut-pengikutnya: dia menjadi marah, mencela dan menghukum mereka... Kebaikan hati (dan kemurahan hati) Che sentiasa membawanya meminta maaf selepas beberapa jam atau hari. Dan dia tidak pernah meminta dari pengikut-pengikutnya apa-apa yang dia tidak akan mengenakan pada dirinya sendiri.
Tetapi kualiti-kualiti abstrak ini mengganggui orang di dunia benar: orang lain tidak
berkongsi perasaan bertakdir, intelek atau keberanian dirinya. 74
Namun, terdapat juga mereka yang menghormati kualiti-kualiti itu – dan bergantung kepadanya untuk mengatasi keadaan-keadaan susah. Ia menjadikan Che seorang pemimpin ketenteraan yang baik. Dan ia jelasnya adalah cabaran-cabaran ini, tuntutan-tuntutan melampau ini yang membawa perasaan kejayaan paling besar baginya. Ia adalah menarik, misalnya, bahawa diari Che tidak menyebut penyakit asma pada masa ini – walaupun keadaannya mungkin menimbulkan penyakit tersebut. Ia seolah-olah letusan adrenalin, keghairahan ketika-ketika ini mencukupi untuk menghindari penyakit asma.
Musuh dikenalpasti dengan jelas, keadaannya adalah jelas, komrad-komrad sangatlah berdedikasi; dia berdamai dengan dirinya sendiri dan telah menjumpai bahawa rawatan
paling baik bagi penyakit asma adalah... wangi serbuk letupan. 75
Bagi Che, ini merupakan peluang pertama untuk meraih kepimpinan secara langsung dan bebas, dengan sokongan Castro sepenuhnya. Kesediannya mengorbankan diri dan keberaniannya bukan sahaja menjamin bahawa dia akan memenuhi tugas penting ini – dia juga dapat memenangi sokongan kumpulan-kumpulan lain di kawasan itu. Castro mungkin menokok-tambah apabila menggambarkan tugas itu sebagai serangan. Realitinya adalah bahawa kejayaan paling besar yang dia dapat meramalkan adalah ketibaan di pertengahan pulau tersebut, melepasi pengelilingan daerah Oriente, dan pengasasan kehadiran di kawasan di sekitar ibu negara, iaitu Havana.
Ini dicapai oleh Guevara, dan perjalanan itu menjadi lebih dramatik akibat beberapa pengumumnan oleh komander tentera tempatan, Leftenan Kolonel Suárez Suquet, bahawa Guevara berjaya ditahan dengan dokumen-dokumen yang membuktikan hubungannya dengan pihak Komunis.
Perjalanan ngeri itu berakhir pada 16hb Oktober 1958. Che kini menghadapi dua tugas penting. Yang pertama adalah untuk mendirikan perpaduan di antara kumpulan-kumpulan yang bertelingkah di bukit-bukau Escambray. Yang kedua adalah untuk mengatur dan menggalakkan pemulauan pilihanraya kebangsaan yang dipanggil oleh Batista bagi 3hb November. Pilihanraya itu dipaksa pada diktator tersebut oleh AS, dengan harapan bahawa alternatif borjuasi kepada Batista dapat dijumpai dan dapat memberikan perubahan terhad yang mungkin memuaskan penduduk Kuba yang semakin tidak puas hati. Jika Gerakan 26hb Julai ingin mengekalkan penguasaan politiknya ke atas tentangan terhadap pemerintahan Batista, ia sangatlah penting agar sifat terhad dan palsu pilihanraya tersebut didedahkan.
Dalam tugas pertama di atas, Che membuktikan dirinya sebagai seseorang yang mahir dan bebas dari segi politik. Di kalangan kumpulan-kumpulan di Escambray terdapatnya dua unit bertelingkah yang telah muncul dari sayap bandar Gerakan, yang telah berusaha untuk membunuh Batista dua tahun sebelum itu. Tambahan pula, Parti Komunis Kuba memiliki kumpulan tersendiri di kawasan itu. Pihak Komunis merupakan pihak pertama yang berhubung dengan Che, melalui Ovidio Díaz Rodríguez yang berusia 26 tahun dan yang memimpin pertubuhan Pemuda Sosialis Las Villas. Reputasi Guevara sangatlah terkenal, dan Ovidio meluahkan keghairahannya apabila berjumpa dengan seseorang yang sudah menjadi lagenda.
Dia mendapati bahawa Che sangatlah terbuka dan bersimpati, sebagaimana dengan seseorang kader PSP lain yang dihantar untuk bekerja dengan Che dalam tugas-tugas propaganda dan komunikasi. Che bersimpati dengan Komunisme secara umumnya, tetapi bukannya dengan Parti Komunis Kuba secara khususnya. Dia telah menyerap keraguan Fidel dengan PSP, sesuatu keraguan yang dikongsi oleh kebanyakan ahli Gerakan 26hb Julai, dan terutamanya oleh seorang jurutera muda yang berasal dari Poland, Enrique Oltuski, yang Dia mendapati bahawa Che sangatlah terbuka dan bersimpati, sebagaimana dengan seseorang kader PSP lain yang dihantar untuk bekerja dengan Che dalam tugas-tugas propaganda dan komunikasi. Che bersimpati dengan Komunisme secara umumnya, tetapi bukannya dengan Parti Komunis Kuba secara khususnya. Dia telah menyerap keraguan Fidel dengan PSP, sesuatu keraguan yang dikongsi oleh kebanyakan ahli Gerakan 26hb Julai, dan terutamanya oleh seorang jurutera muda yang berasal dari Poland, Enrique Oltuski, yang
Sambil mencari cara untuk menyatukan kumpulan-kumpulan yang bermusuh ini, Che menydari bahawa tugas yang lebih penting adalah untuk memulakan aktiviti ketenteraan sebagai persediaan bagi pilihanraya November. Namun, tindakan pertamanya sebagai komander kawasan tersebut adalah untuk mengamalkan undang-undang reformasi pertanian, berikutan undang-undang revolusioner yang sudah diumumkan oleh Castro di Sierra Maesta. Pada tahap ini, ia secara asasnya merupakan kegiatan propaganda, oleh kerana kawasan tanah terhad di bawah kawalan tentera pemberontak. Namun, terdapatnya perselisihan mengenai tahap yang undang-undang ini patut diamalkan. Bagi Castro, reformasi tersebut patut dihadkan kepada pengagihan tanah yang dimiliki oleh Batista dan tanah lain yang tidak digunakan. Che pula berpendapat bahawa reformasi tersebut patut bermakna rampasan ladang-ladang besar, pengendalaan pembayaran sewa dan pengagihan tanah tanpa gantirugi. PSP bersetuju dengannya.
Hubungan dengan pihak Komunis masih tegang dan susah. Sememangnya, PSP mengutuk strategi perjuangan bersenjata Gerakan 26hb Julai sebagai strategi ‘pengembaraan.’ Namun, Fidel jelasnya tertarik dengan pembinaan hubungan dengan pihak Komunis. Adiknya Raúl sangatlah rapat dengan pihak Komunis dan, di Escambray, Che sedang bekerjasama dengan mereka. Namun, orang yang paling rapat dengan Fidel sangat meragui gerak-geri ini dan meyakinnya untuk menyingkirkan wakil PSP, Carlos Rafael Rodríguez, dari kem mereka. Che tidak bersetuju, dan apabila serangan pada Guinía di Las Villas sedang diatur, PSO bersetuju untuk melibatkan diri sambil Directorio menolak rancangan tersebut. Masih terdapatnya kecemburuan dan persaingan di antara unit-unit tempatan.
Guevara enggan menerima keadaan ini. Dia melancarkan diri tindakan berskala kecil sambil kumpulan-kumpulan lain berdiam diri. Dia muncul dengan wawasan sebuah gerakan kebangsaan teratur dan, satu demi satu, dia tiba pada persetujuan dengan kumpulan- kumpulan berlainan sambil mendesak bahawa dia akan mengekalkan kepimpinan umum. Pada awal bulan Disember, Perjanjian Pedrero menandakan perjanjian dengan Directorio.
Jumlah pengundi yang rendah pada pilihanraya 3hb November mengukuhkan keyakinan pihak pemberontak, dan siri kejayaan kecil tetapi penting membara semangat mereka. Hubungan jalanraya dan pengangkutan dipotong, musuh diculik dan senjata dirampas. Pengaturan di kawasan Che dan di antara kolum-kolum Che dan Camilo di kawasan utara di daerah tersebut menemui kejayaan. Dan pada masa ini juga, Guevara menjumpai kekasih baru. Seorang aktivis berusia 22 tahun yang telah mencari perlindungan di El Pedrero, Aleida March bakal menjadi temannya dan melahirkan empat anak mereka.
Dari sudut pandangan Batista, pilihanraya November merupakan permulaan tahap terakhir baginya. Hanya 30 peratus daripada penduduk mengundi, dan di beberapa kawasan, kurang daripada 10 peratus membuang undi. Kehadiran Che di pergunungan Escambray sememangnya merupakan faktor penting dalam penolakan pemerintahan diktator Batista. Tetapi sejarah perjuangan yang mewakili Che sebagai pelakon tunggal dalam peristiwa- peristiwa ini tidaklah tepat. Realiti-nya adalah bahawa, meskipun kegagalan permogokan April, kumpulan-kumpulan Gerakan 26hb Julai di kawasan pergunungan telah mengekalkan rangkaian sokongan mereka di beberapa bandar dan kawasan desa di pusat pulau tersebut. Para pekerja di sebuah kilang tembakau kecil, misalnya, menjual kuota tembakau mereka
dan menghantar wang kepada pihak gerila. 76 Unit-unit Directorio Revolucionario, bagi siapa Che menaruh simpati, juga memiliki kehadiran dan kehormatan yang berakar dalam tindakan-tindakan lalu mereka.
Castro risau bahawa hubungan-hubungan ini terlalu rapat. Dia sentiasa melihat Directorio sebagai persaingan politik paling sengit, dan maka patut diragui dan dimusuhi. Pada masa Castro risau bahawa hubungan-hubungan ini terlalu rapat. Dia sentiasa melihat Directorio sebagai persaingan politik paling sengit, dan maka patut diragui dan dimusuhi. Pada masa
Namun, faktor utama dalam perubahan yang berubah ini adalah faktor objektif. Kegagalan pilihanraya, kejayaan tindakan-tindakan berskala kecil tetapi terkenal di kawasan itu, kezaliman Batista dan alienasi penduduk yang menghasilkannya, telah mempercepatkan penumbangan rejim tersebut – terutamanya apabila lebih ramai daripada askar kerajaan enggan berjuang. Ini menjadi jelas sambil pertempuran itu berlanjutan pada bulan Disember dan membawa pihak gerila semakin hampir ke bandar keempat Kuba – ibu negeri daerah Las Villas, Santa Clara.
Pada 27hb Disember, Che menghampiri bandar itu. Dia dan Fidel menyedari bahawa penumbangan Batista akan ditentukan di sana – diktator itu juga menyedarinya. Che kini mengetuai lebih kurang 340 pejuang. Askar Batista berjumlah sekurang-kurang 4,000 orang, dan sebuah keretapi yang dipenuhi dengan senjata sedang menuju ke bandar itu untuk melengkapi kubu di sana. Santa Clara merupakan persimpangan keretapi dan pengangkutan penting di pusat pulau itu – ia merupakan, dari satu segi, gerbang ke Havana (walaupun bandar pelabuhan Matanzas terletal di antara Santa Clara dan Havana).
Pertempuran selama tiga hari di sana sangatlah pahit dan ngeri. Tetapi pada ketika penting, keretapi tersebut dihantikan di luar bandar itu. Pihak gerila berjaya merosakkan landasan keretapi, dan 22 gerabak keretapi dimusnahkan apabila melintasi landasan rosak itu. Dalam masa yang singkat, askar pada keretapi itu menyerah diri. Ia merupakan hari terakhir pada tahun 1958.
Di Havana, rancangan dan kontra-rancangan diajukan untuk menghalang pihak gerila itu. Tetapi penganiayaan, korupse dan pembelotan adalah tabiat yang susah untuk dilepaskan. Batista mengemaskan barangnya dan mengatur rancangannya. Pada lewat malam, dia meminta diri dari jamuan Tahun Baru dan menaiki kapal terbang ke Republik Dominika – di mana seorang lagi diktator, Rafael Trujillo, menanti kedatangannya.