Dimensi Kuba
V. Dimensi Kuba
Kebanyakan daripada mereka yang dibuang negara dari Guatemala sudah berpindah ke Meksiko. Semasa Perang Saudara Spanyol, kerajaan Meksiko telah mengalu-alukan pelarian Republikan Spanyol. Walaupun ia dikuasai oleh sebuah presidensi korupse dan zalim (yang dilantik), Meksiko berjaya mengekalkan reputasi sebagai tempat perlindungan bagi pelarian politik – dan bukan sahaja dari Guatemala. Di kalangan mereka yang berjaya mencari perlindungan di Meksiko merupakan beberapa warga Kuba.
Ini berlaku pada hujung bulan September 1954, dan Che sedang bergerak menuju Bandar Meksiko. Dia hanya mempunyai seorang sahabat di sana – seorang penyair tua yang bekerja dalam industri filem. Tetapi satu-satunya pengalaman Che dengan industri filem merupakan perjumpaan dengan seorang pelarian dari Spanyol yang memberikannya sebuah kamera agar dia dapat mengambil gambar keluarga-keluarga dan kekasih yang berjalan-jalan di Taman Chapultepec. Kepada ini, dia menambah pekerjaan di sebuah klinik dan perjumpaan kebetulan yang membawa kerja di sebuah agensi berita.
Che hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila Hilda tiba di Bandar Meksiko, Che masih belum berjaya mencari tempat tinggal tetap, dan mereka berjumpa beberapa kali seminggu di hotel atau tempat makan. Che ingin berkahwin dengan Hilda yang hamil, dan mereka bakal kahwin kemudian, tetapi Hilda lebih berwaspada. Dia mungkin sedar bahawa lelaki tampan ini, yang menggemari hubungan-hubungan singkat, akan menjadi seorang teman yang susah. Tetapi dari segi politik, dia masih menjadi titik rujukan bagi Che, walaupun di Bandar Meksiko, Che membuat persahabatan baru atau memperbaharui persahabatan lama. Salah seorang sahabat lama, Ñico López, berbincang dengannya mengenai tentangan bersenjata di Kuba. Ia bakal menjadi perbincangan penting.
Che kini bergerak dalam bulatan-bulatan politik, dan surat-surat kepada keluarganya meluahkan perasaan marah dengan kuasa imperialis di utara, sesuatu perasaan yang dilahirkan oleh apa yang dilihat di Guatemala. Namun, dia secara asasnya masih merupakan seorang pengembara, seorang insan dengan pelbagai rancangan penjelajahan dan tentangan terhadap apa-apa disiplin kolektif. Dalam surat kepada ibunya, dia menulis:
Pihak Komunis [Guatemala] patut diberikan kehormatan dan lambat-laun saya akan menyertai parti tersebut; paling sekali, apa yang tidak membenarkan saya menyertai mereka pada masa ini adalah fakta bahawa saya masih mempunyai keinginan besar untuk
mengunjungi Eropah dan saya tidak sanggup ditakluki oleh disiplin besi. 30
Menjelang bulan November 1954, sekurang-kurangnya dari sudut pandangannya sendiri, Che telah melintasi garisan penting. Dia belum lagi menjadi seorang revolusioner sepenuh masa, dan dia belum memiliki kesedaran jelas mengenai apa yang diperlukan dari seorang revolusioner. Dia jarang sekali berbincang mengenai strategi dan taktik. Namun, kesetiaan peribadinya sudah mencapai tahap tinggi, dan dia semakin mengajukan wawasan mengenai cara kehidupannya mungkin dibentangkan.
Pada awal tahun 1955, Che mempunyai beberapa pekerjaan, dan semakin bergaul dengan pelarian dari Kuba. Beberapa penulis mencadangkan bahawa mereka kurang menyemai mimpi kosong dan perbincangan nostalgia berbanding dengan pelarian Amerika Latin yang lain. Ini adalah pentafsiran yang kurang baik, kerana ramai daripada mereka akhirnya berjuang dan meninggal dunia demi keadilan di Amerika Latin. Tetapi ia jelasnya benar bahawa pihak Kuba itu lebih teratur dan terlibat secara langsung dengan keadaan di tanahair mereka. Dan walaupun mata Che masih terpaku pada Eropah, pihak Kuba itu kini meyakinkan dia bahawa Kuba patut diberikan kepentingan dalam rancangan masa depannya.
Pada 26hb Julai 1953, sebuah kumpulan bersenjata telah menyerang berek Moncada di Kuba. Serangan itu menemui kegagalan, dan beberapa ahli yang terlibat dibunuh. Yang lain, terutamanya pemimpin kumpulan tersebut, Fidel Castro, ditahan. Setahun sebelum itu, lelaki yang menguasai politik Kuba sejak tahun 1930-an – Fulgencio Batista – telah merampas kuasa dan membatalkan pilihanraya. Bagi Castro, ia merupakan petanda bahawa perubahan demokratik tidak mungkin berlaku di Kuba. Batista disokong oleh AS, yang menganggapnya sebagai hubungan penting dalam rantai rejim-rejim anti-Komunis yang ia mendirikan atau mendorong di Amerika Latin. Apa yang Presiden Roosevelt berkata mengenai Somoza, pemerintah Nikaragua, juga dapat dikatakan mengenai Batista: ‘Dia memang anak anjing, tetapi sekurang-kurangnya dia anak anjing kami.’
Kuba merupakan koloni Spanyol terakhir di benua Amerika. Ia mencapai kemerdekaan pada tahun 1898 selepas peperangan selama tiga tahun. Tetapi kemerdekaan benar tidak berlangsung buat masa yang lama. Peperangan ini masih dirujuk kepada di AS sebagai Perang Spanyol-Amerika. Kehadiran askar AS di pulau itu, dan peranan mereka dalam kekalahan Spanyol, membentukkan kemerdekaan Kuba dalam cara yang tidak dapat dibayangkan oleh José Martí, iaitu pemimpin perjuangan Kuba menentang kolonialisme yang dibunuh pada tahun 1895, pada permulaan perang kemerdekaan kedua.
Menggunakan alat yang bakal menjadi kebiasaan bagi AS dalam hubungannya dengan dunia, Washington mencampur tangan secara langsung dalam urusan Kuba dengan alasan bahawa ia sedang mempertahankan ‘kepentingan warganegara AS.’ Letupan pada kapal laut USS Maine sewaktu ia berada di pelabuhan Havana memberikan alasan bagi Pemindaan Platt 1901 – fasal yang diselitkan dalam perlembagaan Kuba yang membenarkan AS untuk bertindak pada tanah Kuba apabila kepentingannya diancam. Tambahan pula, Teluk Guantanamo disewa selama 99 tahun sebagai pangkalan laut Tentera Laut AS. Washington memilih ketua bank nasional, perkhidmatan kastam dan polis. Ia merupakan langkah awal dalam usaha memasukkan Kuba ke dalam sfera ekonomi AS – sebagai pembekal gula yang menjadi penting sebagai salah satu komponen makanan bagi penduduk bandar, dan sebagai pasaran bagi barangan AS.
Kuba bergerak licin dari sebuah negara kolonialisasi menuju negara neo-kolonialisasi. Dalam tiga tahun pertama selepas kemerdekaan, lebih 13,000 ahli spekulasi tanah dan pelabur tiba
dari AS dan membeli lebih kurang 60 peratus daripada tanah. 31
Kapital AS mengukuhkan penguasaannya ke atas ekonomi Kuba. Harga gula sangatlah tinggi dalam tiga tahun sehingga 1920. Semakin banyak kawasan diberikan kepada penanaman gula, dan semakin banyak pelaburan disumbangkan kepada industri tersebut. Kemudian, harganya runtuh dam kebanyakan pengeluar tempatan yang besar menjadi muflis. Tanah mereka dijual kepada firma-firma AS, sehingga mereka ini memiliki sebahagian besar daripada ladang gula Kuba dan mengimport kebanyakan daripada gulanya
menjelang tahun 1921. 32
Kemerosotan ekonomi AS pada tahun 1929 dan Kemelesatan Besar yang mengikutinya menampar Kuba dengan kuat. Sambil taraf kehidup merosot dan pengangguran meningkat akibat pembatalan eksport gula, perasaan tidak puas hati menentang rejim Machado yang korupse semakin bertumbuh. Pada tahun 1933, perasaan itu meletup dalam siri pemberontakan, permogokan dan demonstrasi yang menumbangkan Machado. Dalam ribut pemberontakan dan perjuangan ini, soviet-soviet pekerja ditubuhkan seketika di bawah kepimpinan Komunis. Para pelajar, dipimpin oleh ahli-ahli Directorio Revolucionario, atau Direktorat Revolusioner, memainkan peranan utama – sehingga pemimpin pegawai-pegawai tentera, anak seorang pemotong tebu, Fulgencio Batista, mengarah para pelajar untuk menamakan presiden negara yang baru. Pilihan mereka, seorang profesor universiti bernama Grau San Martín, memperkenalkan hari bekerja lapan jam, membatalkan Pemindaan Platt dan mengumumkan rancangan untuk menasionalisasikan industri elektrik.
Tetapi republik baru ini hanya wujud selama beberapa bulan, seperti yang dijangka oleh Batista. Kerajaan baru itu ditumbangkan oleh pemberontakan pegawai-pegawai tentera – sesuatu pemberontakan sarjan di bawah Batista – yang menerima sokongan tersirat dari kerajaan AS.
Ia hanyalah tahun 1940 sebelum Batista sendiri menjadi presiden, walaupun dia sudah memerintah sejak tahun 1934 dari sebalik takhta presiden. Apabila dia merampas kuasa, ia berlaku dengan sokongan Parti Komunis Kuba, atau PSP. Ini mungkin kelihatan seperti perkahwinan aneh, terutamanya kerana pengaruh Parti Komunis telah bertumbuh pada zaman pergolakan sosial dan pemberontakan pada tahun 1933 yang diakhiri secara pra- matang oleh pemberontakan sarjan tersebut. Pemberontakan itu meluahkan tuntutan agar penguasaan ekonomi dan kerajaan Kuba oleh AS diakhiri, tetapi ia enggan memberi tekanan bagi revolusi sosial yang sudah diletak pada agenda oleh pemberontakan 1933. Ia hanyalah kebebasan kemerdekaan yang sarjan-sarjan tersebut menuntut pada ketika-ketika radikal mereka, bukannya penubuhan kuasa pekerja.
Namun, menjelang tahun 1940, keadaan tersebut telah berubah dari beberapa segi penting. Parti-parti Komunis di seluruh dunia memulakan polisi kerjasama dengan pihak liberal, radikal, dan malah pihak konservatif dalam apa yang dikenali sebagai barisan-barisan popular. Strategi ini bukanlah hasil daripada keadaan-keadaan tertentu di sesebuah negara, tetapi dihasilkan oleh keinginan Kesatuan Soviet membina sebuah persekutuan antarabangsa menentang Nazisme dan meninggalkan pemulauannya apabila berhadapan dengan perluasan Jerman. Ini bermakna mereka terpaksa mencari isu sependapat dengan pelbagai kuasa sosial yang sebenarnya bermusuh dengan wawasan sosialisme dan komunisme – tetapi yang mungkin bersetuju dengan dasar anti-fasis. Stalin, ketua Kesatuan Soviet, dan sekutu-sekutu Komunis di seluruh dunia bersedia membayar kos barisan popular ini jika ia mengurangkan pemulauan dan kelemahan Rusia. Tetapi kos politiknya sangatlah tinggi dan kesan-kesannya sangatlah luas dan berpanjangan, kerana ia memerlukan pengabaian perjuangan untuk menggantikan kapitalisme dengan sistem sosialis yang lebih demokratik. Di Spanyol, misalnya, kesannya adalah bahawa Parti Komunis menentang perkembangan balasan revolusioner terhadap kebangkitan fasis pada tahun 1936 dan sebaliknya memberi sokongan kepada persekutuan parti-parti tengah dan sayap kanan, di mana satu-satunya ciri
bersama mereka merupakan ketakutan terhadap revolusi pekerja. 33
Perkahwinan aneh di antara Batista dan PSP merupakan hasil desakan politik ini. Pihak Komunis Kuba dipengaruhi (kerana sebab-sebab jelas) oleh Parti Komunis AS, di mana
pemimpinnya, Earl Browder, merupakan seorang penyokong polisi barisan popular. 34 Pada hujung tahun 1930-an, AS, di bawah pemerintahan Franklin Roosevelt, sedang pulih dari zaman Kemelesetan melalui siri projek kerajaan, seperti pembinaan Empangan Lembah Tennessee. Perjanjian Baru Roosevelt bertutur dalam bahasa perlibatan sosial dan pembinaan (atau pembinaan semula) negara. Ia seolah-olah menjadi sebuah barisan popular, dan Browder, dalam keghairahan untuk menumbuhkan sebuah persekutuan, mencadangkan pembubaran Parti Komunis. Polisi kerjasama melampau ini akhirnya dikenali sebagai Browderisme. Pihak Komunis Kuba pula berusaha untuk menunjukkan tanda-tanda kedamaian dan berusaha mencari persekutuan dengan kuasa-kuasa sayap kanan.
Hadiah mereka merupakan perlibatan dua menteri Komunis dalam kabinet Batista – Juan Marinello, pemimpin parti, dan Carlos Rafael Rodríguez, seorang ahli Komunis berusia 30 tahun yang bakal memainkan peranan penting dalam politik Kuba setengah abad selepas itu. Dari satu segi, perlibatan mereka dalam kerajaan membawa parti tersebut sesuatu perkongsian kuasa. Pihak Komunis sangatlah penting bagi pertumbuhan kesatuan-kesatuan pekerja militan pada tahun 1930-an – kini mereka melontar pengaruh itu di belakang kerajaan persekutuan. Terdapat beberapa kebaikan: kementerian tenaga pekerja bersetuju dengan beberapa konsesi kepada kesatuan-kesatuan pekerja besar sebagai ganti bagi sokongan mereka. Tetapi pihak Komunis dalam kerajaan memenuhi peranan yang sangat berbeza daripada mereka yang memimpin perjuangan-perjuangan kelas pekerja hanya Hadiah mereka merupakan perlibatan dua menteri Komunis dalam kabinet Batista – Juan Marinello, pemimpin parti, dan Carlos Rafael Rodríguez, seorang ahli Komunis berusia 30 tahun yang bakal memainkan peranan penting dalam politik Kuba setengah abad selepas itu. Dari satu segi, perlibatan mereka dalam kerajaan membawa parti tersebut sesuatu perkongsian kuasa. Pihak Komunis sangatlah penting bagi pertumbuhan kesatuan-kesatuan pekerja militan pada tahun 1930-an – kini mereka melontar pengaruh itu di belakang kerajaan persekutuan. Terdapat beberapa kebaikan: kementerian tenaga pekerja bersetuju dengan beberapa konsesi kepada kesatuan-kesatuan pekerja besar sebagai ganti bagi sokongan mereka. Tetapi pihak Komunis dalam kerajaan memenuhi peranan yang sangat berbeza daripada mereka yang memimpin perjuangan-perjuangan kelas pekerja hanya
Batista diikuti ke dalam istana presiden oleh Gra San Martín (pada tahun 1944) dan kemudiannya oleh Prío Socarrás (pada tahun 1948) yang korupse. Pihak Komunis juga menyokong kerajaan Grau. Namun, pada tahun 1947, sekutu mereka itu mula menyerang. Maklumlah, Perang Dunia Kedua sudah berakhir dan di dunia paska-peperangan, AS dan Kesatuan Soviet menjadi empayar-empayar bermusuh yang terkunci dalam Perang Dingin. Persekutuan semasa peperangan digantikan oleh iklim konflik dan konfrontasi – dan persekutuan-persekutuan di Amerika Latin menjadi mangsa awal bagi perang baru ini.
Pada tahun 1945, Fidel Castro Ruz memasuki fakulti perundangan di Universiti Havana. Dia berusia 19 tahun, anak keluarga tuan tanah kaya yang berasal dari Spanyol, dari timur pulau Kuba. Seperti ramai pelajar nasionalis dari kelas menengah, dia meragui pihak Komunis di dalam dan luar universiti. Di Kuba, seperti di tempat-tempat lain, mereka telah bekerjasama dengan kerajaan yang korupse dan zalim sebagai ganti bagi sokongan demi Kesatuan Soviet. Komunisme sudah menjadi konsep lemah dan korupse apabila generasi Castro menjumpainya. Namun, dia dan golongan mutakhir sangatlah bermusuh terhadap rejim Batista dan terhadap kepentingan-kepentingan imperialis yang masih menguasai ekonomi Kuba.
Jika Komunisme tidak lagi mewakili politik tentangan anti-imperialis, alternatif-nya merupakan sejenis nasionalisme radikal yang ditawarkan oleh Directorio Revolicionario (Direktorat Revolusioner Pelajar) yang, dari beberapa segi, mengekalkan dan mewakili wawasan revolusioner dari tahun 1933. Ia mengajukan tindakan secara langsung dan konfrontasi bersenjata dengan kerajaan. Oleh kerana itu, ia berusaha secara sulit.
Pada tahun 1948, Castro terlibat dalam pengembaraan aneh yang menjadi petanda bagi aktiviti masa depannya. Dengan sekumpulan pelajar yang kecil, dia mengatur latihan ketenteraan di sebuah teluk terpulau di Karibean. Tujuannya adalah untuk bersedia demi serangan bersenjata terhadap Republik Dominika, yang pada masa itu ditindas oleh
pemerintahan diktator Trujillo selama 30 tahun. 35 Serangan itu tidak berlaku – projek tersebut berubah menjadi siri kesilapan dan kesalah-fahaman, dan akhirnya tidak membawa kesan.
Di Havana semula, Fidel terlibat dengan parti Ortodoxo yang diketuai oleh Eduardo Chibas, seorang tokoh radio terkenal dan calon bagi pilihanraya Kongres tahun 1952. Pada akhir tahun 1951, Chibas membunuh diri semasa rancangan radio, semasa bantahan yang jelasnya tidak mengikuti rancangan. Tidak lama selepas itu, Batista melancarkan rampasan kuasa dan menghapuskan proses pilihanraya, seperti yang dijangka oleh orang ramai. Tindakan awalnya selepas merampas kuasa menjadi petanda bagi masa depan: dia mengharamkan parti-parti politik, memenuhi kerajaan dengan kroni-kroni dan melancarkan kempen penindasan. Bagi Castro, ini hanya membuktikan apa yang sudah dipercayainya – bahawa proses demokratik tidak dapat membawa perubahan, dan hanya tindakan kumpulan- kumpulan kecil lagi yakin dapat merampas kuasa dari rejim-rejim diktator.
Serangan Moncada merupakan tindakan pertama bagi strategi baru ini. Dihadapkan dengan makhamah kerana serangan tersebut, Castro enggan meminta maaf. Ucapan panjangnya dari makhamah (walaupun agak pendek mengikut tarafnya selepas itu) mengumumkan bahawa ‘sejarah akan memaafkannya.’ Ia digunakan sebagai sesuatu manifesto bagi kumpulan yang dia bakal menubuhkan dua tahun selepas itu, apabila dia dilepaskan di bawah pengampunan kerajaan. Untuk mengingati serangan Moncada, kumpulan tersebut dinamakan Gerakan 26hb Julai (M-26-J). Matlamatnya merupakan penumbangan bersenjata rejim Batista dan pembinaan sebuah negara merdeka:
Kami diajar bahawa anda tidak patut merungut demi kebebasan; ia dimenangi dengan kapak dalam tangan. José Martí berkata, ‘Insan yang memathui undang-undang tidak adil dan membenarkan sesiapa untuk memijak tanahairnya bukanlah insan berhomat.’
Saya tidak menakuti penjara, sebagaimana saya tidak menakuti kezaliman seorang pemerintah yang merampas nyawa 70 komrad saya di Moncada.
Kutuklah saya. Ia bukanlah penting. Sejarah akan memaafkan saya. 36
Dengan kata-kata ini dari makhamah, Castro meletakkan dirinya di pusat kehidupan politik Kuba – dan mengubah kekalahan menjadi sesuatu jenis kejayaan moral. Bahagian lain daripada ucapannya hanyalah kenyataan seorang nasionalis radikal. Ia menuntut kemerdekaan ekonomi dan politik tulin dari pengaruh luar, dan mengutuk Batista. Namun, secara paradoks, dalam pelbagai cara ia merupakan kenyataan semula matlamat-matlamat dan tujuan pemberontakan yang Batista telah memimpin pada tahun 1934.
Pihak Komunis Kuba tidak tertarik. Castro merupakan seorang pemimpin pelajar yang terikat dengan idea konfrontasi bersenjata dengan kerajaan, dia mengutuk tradisi Komunis dan tidak mempunyai pengalaman mahupun hubungan dengan perjuangan kelas pekerja. Mereka tidak memercayainya, dan dia sendiri sangat bermusuh dengan sebuah parti yang dikotori oleh perlibatan panjang dengan seorang diktator. Hasil daripada itu, Castro enggan mendekati idea-idea sosialisme dan meragui idea bahawa pekerja mungkin berada di pusat apa-apa proses perubahan sosial.
Directorio masih wujud. Pada tahun 1957, ahli-ahlinya mencuba membunuh Batista di Istana Kebangsaan. Tetapi semua ahli kumpulan itu dibunuh, termasuk pemimpin berwibawa mereka, José Antonio Echavarria, lalu meninggalkan Castro tanpa pesaing bagi kepimpinan gerakan bersenjata.
Dua tahun selepas pemenjaraannya, Castro dilepaskan di bawah pengampunan kerajaan. Apa yang ironik adalah bahawa, sambil Fidel dan adiknya Raúl dilepaskan berserta dengan ahli-ahli kumpulan mereka yang lain, tidak terdapatnya pengampunan bagi ahli-ahli Komunis. Mungkin penasihat-penasihat AS di sebalik Batista tidak melihat Castro sebagai ancaman. Walau apa pun, Castro kekal di Kuba selama beberapa minggu sambil Raúl berpindah ke Meksiko untuk bersedia demi ketibaan abangnya.
D universiti, Raúl telah membaca karya-karya Marxsis klasik dan berhubung dengan pihak Komunis. Sejak itu, di menjadi hubungan di antara Parti Komunis dan kepimpinan Gerakan 26hb Julai, jambatan di antara dua kumpulan yang meragui satu sama lain. Dia melarikan diri ke Kuba selepas dia dikutuk oleh kerajaan Batista sebagai orang yang bertanggungjawab bagi siri letupan di Havana. Di Meksiko, Che Guevara terlibat dengan kumpulan yang menjemput Raúl:
Raúl berucap mengenai kepercayaan pada abangnya dan pendapat peribadinya, mengulangi pandangan Ernesto, bahawa di Kuba dan seluruh kawasan itu, kuasa dapat diraih bukannya melalui pilihanraya, tetapi hanya melalui peperangan. Dengan sokongan popular, seseorang dapat merampas kuasa dan kemudian mengubah masyarakat dari kapitalisme menuju
sosialisme. 37
Perbincangan ini agak menarik. Kerana Raúl, meskipin latarbelakangnya dalam bacaan Marxsisme, jelasnya tidak berkongsi kebanyakan idea-idea Marxsisme yang asas – diajukan oleh Lenin dan Marx – bahawa revolusi mestilah menjadi ‘tindakan kelas pekerja sendiri.’ Sosialisme melibatkan pemahaman kuasa yang sangat berbeza. Apabila Marx menggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat revolusioner, dia mengajukan sejenis demokrasi yang sangat berbeza, di mana majoriti dalam masyarakat, golongan yang menghasilkan kekayaan, akan menjadi pentadbirnya.
Bagi Raúl dan Fidel, perubahan hanya dapat dicapai melalui tindakan bersenjata oleh sebuah minoriti. Mereka, dan bukannya kelas pekerja, akan menjadi subjek dalam proses perubahan ini. Cara pemahaman ini mengenai maksud menjadi seorang revolusioner mencerminkan latarbelakang kelas menengah kumpulan tersebut – tetapi lebih-lebih lagi, ia mendedahkan jurang politik di antara mereka dan para pekerja. Projek mereka meramalkan sebuah kerajaan bebas yang dapat meluluskan perubahan dalam masyarakat dari atas.
Dalam proses ini, alat utama bukanlah pertubuhan-pertubuhan rakyat atau kuasa pekerja, tetapi senjata yang dipegang oleh pihak revolusioner. Kuasa-kuasa politik kurang penting daripada kuasa senjata.
Che dipengaruhi oleh perdebatan ini kerana ia seiras denan kesimpulan yang dia menyemai dari pengalamannya di Guatemala. Ia merupakan kepercayaan ini yang membawa Che dan Raúl bersama. Dua minggu selepas itu, pada 7hb atau 8hb Julai, Che berjumpa dengan Fidel. Dia kembali ke rumah dalam keadaan ghairah. ‘Ñico memang betul,’ dia memberitahu Hilda. ‘Fidel Castro akan mencipta revolusi.’ Dua tahun selepas itu, dia menjelaskan kepada seorang wartawan Argentina:
Saya melihat Fidel sebagai seseorang yang luarbiasa. Dia memilik kepercayaan nekad bahawa, selepas dia memulakan perjalanan ke Kuba, dia akan tiba di sana, dan apabila dia tiba di sana dia akan berjuang, dan dia akan menang. Saya berkongsi keyakinan dia. Anda perlu bertindak, berjuang, melakukan apa yang anda berkata anda akan melakukan. Anda perlu
berhenti menangis dan berjuang. 38
Beberapa hari selepas itu, Hilda merekodkan, Che mengambil keputusan untuk menyertai serangan bersenjata Castro ke atas Kuba.
Fidel mendakwa bahawa Che lebih mementingkan ideologi, lebih jelas dalam kepercayaan politiknya, daripada dirinya sendiri. Pihak lain juga bersetuju. Realitinya, saya percaya, mungkin berbeza. Che sendiri menamakan Karl Marx, dengan menyindir, sebagai ‘Wali Charlie.’ Dia sememangnya membaca karya-karya Marx, walaupun kita tidak diberitahu mengenai tulisan-tulisab Marx yang menarik perhatian Che. Tetapi dia juga menulis rencana mengenai fungsi doktor di Amerika Latin pada masa itu, serta memperkembangkan bebrapa idea dalam bidang rawatan alergi.
Pada bulan Ogos, Che berkahwin dengan Hilda Gadea di Tepozotlán, sebuah pekan kecil berhampiran dengan Bandar Meksiko yang terkenal kerana tapak-tapak pra-Hispanik. Raúl Castro turut hadir, walaupun dia tidak dapat bertindak sebagai saksi rasmi – kehadirannya di Meksiko masih dirahsiakan. Dalam surat-surat kepada keluarganya yang mengumumkan perkahwinan tersebut, Che masih menulis mengenai perjalanan yang dia ingin mengikuti – ke Eropah, ke Afrika. Hilda sudah hamil dengan anak perempuan mereka, Beatriz.
Jelasnya, inilah ketika apabila El Che muncul dari kehidupan Ernesto Guevara. Ia adalah persimpangan yang aneh. Sambil Che sendiri mengumumkan dengan yakin bahawa ‘Wali
Charlie [Marx] kini merupakan aksis [kehidupan saya],’ 39 masih tidak terdapatnya bukti dari kajian-kajian pada masa dalam kehidupannya ini bahawa dia menunjukkan kesetiaan kepada pendidikan politik atau bahawa dia sedang mempertimbangkan isu-isu penting dalam sejarah sosialis. Dia masih merupakan seseorang yang rumit dan kadang-kala mengelirukan.
Kita sudah melihat bahawa Che berperikemanusiaan dan murah hati dalam pertimbangannya mengenai kaum miskin, kurang bernasib baik dan menderita. Kita sudah melihat bahawa dia penuh dengan tenaga dan keyakinan, bersifat ghairah dan dinamik, dan bahawa semangatnya mempunyai kesan dan menjangkiti orang yang dijumpainya. Namun, anda dapat merasai sesuatu kekecewaan dalam dirinya, sesuatu perasaan bahawa pihak musuh (imperialisme) dikenali dan tugasnya adalah jelas, walaupun diluahkan dalam cara Kita sudah melihat bahawa Che berperikemanusiaan dan murah hati dalam pertimbangannya mengenai kaum miskin, kurang bernasib baik dan menderita. Kita sudah melihat bahawa dia penuh dengan tenaga dan keyakinan, bersifat ghairah dan dinamik, dan bahawa semangatnya mempunyai kesan dan menjangkiti orang yang dijumpainya. Namun, anda dapat merasai sesuatu kekecewaan dalam dirinya, sesuatu perasaan bahawa pihak musuh (imperialisme) dikenali dan tugasnya adalah jelas, walaupun diluahkan dalam cara
Ia bukanlah Argentina tetapi pengalamannya di Guatemala yang menjadi pengaruh penting bagi Che. Dia menarik kesimpulan bahawa tindakan merupakan kunci kepada segala- galanya. Seperti yang Fidel berkata selepas itu:
Pada hari-hari di Meksiko itu, kami tidak membincangkan teori revolusioner. Apa yang kami membincangkan hanyalah perjuangan menentang Batista, rancangan untuk bertolak ke Kuba, memulakan perang gerila... Ia merupakan semangat perjuangan Che, sebagai insan yang
bertindak, yang membawanya untuk menyertai saya dalam perjuangan. 40
Inilah yang menarik Fidel dan Che kepada satu sama lain – sesuatu keberanian cuai, keinginan bertindak, dan kepercayaan kukuh bahawa kejayaan atau kekalahan sesuatu revolusi bergantung secara eksklusif kepada keyakinan dan latihan sebuah kumpulan revolusioner yang kecil.
Mereka berdua merupakan hasil zaman mereka. Tradisi sosialis revolusioner yang berkaitan dengan parti-parti Komunis sudah lama diperkecil-kecilkan melalui hubungan mereka dengan rejim-rejim di Eropah Timur yang zalim. Di Amerika Latin, kesediaan pihak Komunis untuk berkompromi dengan parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan sayap kanan
mengosongkan segala makna Marxsisme. Ia hanyalah beberapa tahun selepas itu 41 apabila topeng mula dilepaskan oleh Stalinisme dan apabila parti-parti Komunis yang mempertahankan Stalinisme mula melepaskan genggaman mereka pada permilikan tradisi sosialis. Sementara itu, sebuah generasi revolusioner baru memandang ke arah lain demi politik mereka.