Che Guevara dan Revolusi Kuba

Che Guevara dan Revolusi Kuba

Oleh Mike Gonzalez

Diterbitkan pada tahun 2004 oleh Penerbit Bookmarks.

Diterjemah oleh Muhammad Salleh (Jun 2004). Penerjemahan buku ini adalah sebahagian daripada projek penerjemahan Suara Sosialis, sebuah kumpulan sosialis yang berhubung

dengan Peralihan Sosialis Antarabangsa (International Socialist Tendency). Lihat http://arts.anu.edu.au/suara

Mengenai Pengarang

Mike Gonzalez adalah seorang pensyarah dalam Kajian Hispanik di Universiti Glasgow. Dia sudah banyak menulis mengenai kesusasteraan dan budaya Amerika Latin, dan mengenai politik Amerika Latin mutakhir – terutamanya mengenai Kuba, Nikaragua dan Chile. Dia menduduki badan penyunting jurnal International Socialism dan adalah seorang ahli Dasar Socialist Worker dalam Parti Sosialis Scotland. Dia juga pernah mengikuti pelbagai rancangan radio dan terlibat dalam beberapa projek pentas.

I. Wajah Seorang Pejuang

Para pekerja tidak bertanah di Brazil membawa dua imej apabila mereka menduduki tanah kosong. Yang satu adalah pemimpin masyarakat desa di Canudos, yang berjuang menentang kerajaan pada tahun 1890-an. Yang kedua adalah Che Guevara. Di Carakas, di Buenos Aires, di Bolivia dan di El Salvador, pemuda-pemudi yang bertempur dengan polis semasa pemberontakan menentang kapital global menyelimuti muka mereka dengan kain yang membawa imej Che. Di Eropah, penunjuk rasa memakai kemeja-T dengan muka Guevara tercetak pada dada mereka.

Ernesto ‘Che’ Guevara meninggal dunia pada usia muda. Doktor dari Argentina ini, yang meninggalkan tanahair dan kerjayanya untuk menyertai Revolusi Kuba, dibunuh di sebuah kampung pergunungan di Bolivia sewaktu dia tercedera. Tarikh bulan itu adalah Oktober 1967, dan Ernesto Guevara belum berusia 40 tahun.

Di Kuba, di mana Che merupakan seorang pemimpin revolusi tahun 1959 yang berwibawa dan berkuasa, wajahnya yang disinari oleh lampu neon menghiasi beberapa tingkat bangunan di Dataran Revolusi, di Havana. Dan pada poster dan papan tanda, imej Che berdiam diri di sisi laungan untuk menyokong kerajaan Kuba. Sambil anda menjelajahi bandar-bandar Kuba, ia adalah wajah Che yang memenuhi tempat-tempat awam, dan bukannya wajah lelaki yang telah menguasai kehidupan politik Kuba sejak revolusi tersebut – Fidel Castro.

Kini lahirnya sebuah generasi baru yang mengenali dengan serta-merta mata dan janggut nipis Guevara, yang memakai kemeja-T tersebut dan membeli pelbagai barangan pengguna yang membawa imej terkenal itu. Namun, dalam kebanyakan kes, mereka tidak memahami dengan baik dan tidak mempunyai memori mengenai Revolusi Kuba. Sebenarnya, butir-butir mengenai kehidupan Guevara tidak dikenali ramai. Namun, ia seolah-olah wujudnya sesuatu perjanjian sulit bahawa wajahnya mempunyai kuasa simbolik dan makna yang difahami dan dikenali oleh semua orang.

Kumpulan-kumpulan muzik yang mengunjungi pelancong di Havana menggemari satu lagu – lagu Carlos Puebla bagi Che yang bertajuk ‘Hasta Siempre’ (‘Sehingga Akhir’):

Aquí se queda la clara, la entrañable transparencia, De tu querida presencia, comadante Che Guevara (Anda meninggalkan wajah jelas, memikat hati Kehadiran suci, komadante Che Guevara )

Lagu ini agak sesuai. Ini, dan beratus-ratus lagi lagu dan syair yang mengingati Guevara, seolah-olah berkongsi bahasa kebangkitan semula, bahasa seorang pejuang syahid yang akan hidup semula. Fotograf yang paling terkenal – badan tidak berbaju, wajah muram, mata hitam dan janggut nipis – diambil tidak lama sebelum kematiannya. Dicetak semula beribu- ribu kali sejak itu, ia setiap kali menjadi lebih mirip dengan gambar Nabi Isa.

Perubahan menarik itu menunjukkan dengan jelas satu aspek Guevara – manusia menjadi lagenda, dan imej-nya diubah menjadi sesuatu perasaan, sesuatu semangat. Ia adalah semangat revolusi itu, sesuatu kesetiaan dan keghairahan perjuangan, yang sebuah generasi baru telah mengambil dari gambar-gambar seorang revolusioner yang telah meninggal dunia. Dari satu segi, kehidupan Che, pengalaman bersejarahnya, tindakan-tindakannya, telah melesap ke latarbelakang – walaupun pada satu tahap, kebanyakan orang memahami hubungan Che dengan Kuba.

Pada zaman ahli-ahli politik korupse, apabila hanya segelintir orang memercayai pemimpin- pemimpin dan wakil-wakil mereka – atau sememangnya memercayai proses pilihanraya yang dapat memberi kuasa kepada George Bush tanpa majoriti – kejujuran dan dedikasi Pada zaman ahli-ahli politik korupse, apabila hanya segelintir orang memercayai pemimpin- pemimpin dan wakil-wakil mereka – atau sememangnya memercayai proses pilihanraya yang dapat memberi kuasa kepada George Bush tanpa majoriti – kejujuran dan dedikasi

Pada tahun 1989, Tembok Berlin ditumbangkan dan mendedahkan realiti ngeri negara0negara Eropah Timur yang telah menggambarkan diri, sekurang-kurangnya sehingga titik tersebut, sebagai negara ‘sosialis.’ Beratus-ratus ribu orang progresif pada masa lalu telah menyamakan negara-negara ini dengan kemajuan menuju sosialisme. Sememangnya, negara-negara ini mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai pemilik-pemilik kapital swasta, bahawa kerajaan mentadbir dalam nama seluruh masyarakat, bahawa rakyat mereka bebas dan menikmati taraf kehidupan tinggi dan pengagihan kekayaan yang adil. Bertentangan dengan itu, beberapa pihak sosialis mendesak bahawa negara-negara ini hanyalah karikatur sosialisme, dengan sebuah kelas pemerintah yang mempertahankan kepentingannya sebelum kepentingan majoriti. Ini bukanlah negara-negara sosialis dengan beberapa kelemahan, mereka berkata, tetapi negara-negara yang diatur mengikut

kepentingan, keperluan dan matlamat sebuah minoriti yang menguasa kerajaan. 1

Namun, apabila Tembok Berlin ditumbangkan, apa yang didedahkan kepada mata awam, dari beberapa segi, jauh lebih ngeri daripada apa yang dimimpikan. Birokrasi-birokrasi kecil telah menyerang rakyat, menjadi kaya dengan mengeksploitasi rakyat, dan merampas kuasa rakyat untuk menentukan kehidupan mereka. Bagaimanakah ini dapat disamakan dengan wawasan perubahan yang berakar dalam idea kebebasan dan kuasa kolektif? Apakah persamaan anak-anak yatim Rumania, kerajaan polis Stasi di Jerman Timur atau penderitaan rakyat Chechnya dan kaum-kaum minoriti lain dengan wawasan sosialis itu?

Masalahnya adalah bahawa segala tindakan ini dilakukan oleh golongan yang menamakan diri mereka sebagai sosialis, dan kadang-kala juga sebagai revolusioner.

Dari kabus kekeliruan dan kehampaan ini, imej Che Guevara muncul semula di seluruh dunia, dijumpai oleh sebuah generasi baru. Pemberontak Zapatista di Meksiko selatan memakai kain dengan wajah Che apabila mereka melancarkan pemberontakan mereka

menentang kapital global pada tahun 1994. 2 Pemberontak bandar di Caracas pada tahun 1989 mendukung panji-panji dengan imej-nya, sebagaimana dengan pemuda-pemudi Itali yang berdemonstrasi menentang Berlusconi lima tahun selepas itu.

Wajah simbolik ini memiliki kuasa tulin, sesuatu perasaan marah dan keyakinan yang dimiliki oleh mereka yang mendukung imej tersebut sebagaimana dengan asal-usulnya. Ia mewakili pemberontakan menentang imperialisme yang telah menanggalkan topengnya sekali lagi di Iraq dan Palestin, untuk mendedahkan wajah ngeri di bawah. Ia juga mewakili keinginan revolusioner bagi sebuah dunia tanpa ketidak-adilan, kemiskinan, atau ketidak- samarataan.

Pada masa yang sama, ia mewakili sesuatu ketidak-hadiran, sesuatu tanda soalan-soalan yang belum dijawab dan percanggahan-percanggahan yang belum diselesaikan. Bagaimanakah dunia baru ini akan dibentukkan – ‘dunia lebih baik’ ini di mana kemungkinannya, dan kepentingannya, telah menjadi tema forum-forum sosial yang telah menggambarkan penentangan terhadap kapital global?

Dalam usaha mencari jawapan bagi persoalan-persoalan penting lagi bersejarah, gerakan anti-kapitalis baru hanya menghadapi dengan waspada pengalaman-pengalaman masa lalu yang dikotori oleh korupse dan hipokrasi. Tradisi revolusioner benar, yang sentiasa mendesak bahawa sosialisme dan kebebasan tidak dapat dibahagikan, bahawa kuasa pekerja hanya dapat diluahkan oleh para pekerja sendiri dan bukannya oleh golongan lain bagi pihak pekerja, telah disembunyikan di bawah sisa-sisa itu.

Simbolisme Che – beret, bintang dan kain merah – adalah, jika anda mendengar dengan baik, laungan sesuatu projek lain untuk mengubah masyarakat. Projek itu sudah mempunyai sifatnya tersendiri – ia adalah pemurah hati, jujur, sanggup mengorbankan diri dan romantik. Dan ia adalah muda. Selain itu, terdapat pelbagai soalan yang belum dijawab, sambil gerakan kita mencari jalan ke hadapan.

Dalam perdebatan terbuka lagi penting ini mengenai masa depan yang kita menginginkan, Che Guevara dapat memberikan beberapa jawapan politik – selepas kita melintasi simbol tersebut dan mengkaji kehidupan dan sejarah politik sebenarnya.

II. Menjumpai Che Semula

Ernesto Guevara dilahirkan pada 14hb Mei 1928 di Argentina. Sebelum dia berusia dua tahun, tanahairnya memasuki zaman pemerintahan ketenteraan selepas diperintah sebagai sebuah republik liberal selama 15 tahun oleh Presiden Hipólito Yrigoyen. Pemerintahannya telah membawa perubahan mendalam bagi masyarakat Argentina, sesuatu perubahan yang bermula pada tahun 1880-an. Pada masa itu, Argentina menjadi ekonomi pengeksport daging yang membekalkan Eropah dan menerima barangan sebagai ganti. Tetapi barangan bukanlah satu-satu benda yang melintasi Lautan Atlantik. Manusia juga mengikuti – petani-petani miskin dan penganggur dari Itali utara, Spanyol dan Jerman, yang tertarik dengan perjalanan murah dan janji kemakmuran yang Argentina menawarkan kepada pendatang baru.

Bandar pelabuhan Buenos Aires menjadi kaya dengan perdagangan asing, tetapi pendatang baru tidak dialu-alukan ke bandar yang semakin besar itu, dengan jalan-jalan besar yang dibina mengikuti contoh Paris. Mereka dihimpunkan berdekatan dengan pelaburan, di rumah-rumah kayu berwarna-warni di kawasan miskin La Boca. Di sana, mereka bertutur dalam bahasa hibrid yang dikenali sebagai lunfardo, menggaulkan Bahasa Itali dan Spanyol, dan menari mengikut lagu tango – muzik tarian yang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan muzik miskin di dunia lelaki kelas pekerja tanpa perempuan ini.

Sambil Buenos Aires berubah dan berkembang, kilang-kilang penyembelihan dan pembungkusan daging menjadi hati gerakan kelas pekerja. Idea-idea anarkis dan sosialis membunga di kalangan pekerja-pekerja baru – dan ia bukanlah secara kebetulan bahawa kebanyakan pemimpin mereka merupakan pendatang baru dari Eropah. Menjelang tahun 1916, sifat militan pekerja berlaku seiras dengan perasaan tidak puas hati di kalangan kelas menengah dan kelas menengah bawahan di bandar yang masih terkecuali dari kehidupan politik, kerana masyarakat Argentina masih dikuasai oleh kelas-kelas tuan tanah lama yang menetap di rumah-rumah besar di daerah Belgrano.

Pada tahun itu, apabila hak mengundi penuh diperkenalkan bagi kaum lelaki, ia merupakan Parti Radikal di bawah Yrigoyen yang menjadi kerajaan. Ia memperkenalkan kebajikan sosial dan tindakan-tindakan lain, tetapi di luar kerajaan, kuasa-kuasa lain semakin berkumpul. Gerakan Reformasi Universiti pada tahun 1918, yang bermula di bandar Córdoba, menyebar ke seluruh benua, menuntut pendidikan tinggi yang demokratik dan perubahan dalam apa yang diajar. Pendidikan baru patut mencerminkan realiti benua Amerika Latin yang mencari arah baru, yang ingin membina negara-negara bebas, dan menulis semula sejarahnya. Setahun selepas itu, kelas pekerja menduduki pusat pentas bersejarah dalam gerakan permogokan besar tahun 1919.

Apabila Che dilahirkan, harapan radikal tahun-tahun awal itu semakin terlepas, dan Yrigoyen seringkali menyerang sokongan kelas pekerja dalam usaha untuk mendiamkan kaum kaya. Menjelang tahun 1930, kepentingan-kepentingan lama menyerang balas. Tujuan sebenar rampasan kuasa oleh tentera pada tahun itu didedahkan dengan laju, apabila pada tahun 1933 rejim baru menandatangani perjanjian perdagangan dengan Britain – Perjanjian Roca-Runciman – yang memulihkan kuasa-kuasa ekonomi lama. Bagi kelas pekerja, ini merupakan kekalahan jelas.

Ibubapa Guevara berasal dari kelas menengah tempatan. Guevara sendiri mengakui bahawa keluarganya berasal dari sebuah oligarki penternakan lembu dengan hubungan jauh dengan Ireland dalam satu tangan dan elit kolonial Spanyol dalam tangan sebelah. Bapa Ernesto, seorang pedagang yang kurang berjaya, memindah keluarganya dari kawasan Misiones berdekatan dengan sempadan Paraguay ke Buenos Aires dan akhirnya ke Rosario, sambil mengikuti projek-projek berlainan. Kehampaan mungkin menyelimuti atmosfera di rumah keluarga itu, sambil setiap projek menemui kegagalan.

Pada usia muda, Ernesto muda dijangkiti penyakit asma. Bandar Buenos Aires tidak sesuai dengan anak muda ini, dan keluarganya berpindah pertama sekali ke bandar Córdoba dan dari sana ke Altagracia, di daerah di mana bandar itu merupakan ibu negeri.

Penyakit asna menghantui dan membentukkan kehidupan awal Guevara. Kehadirannya di sekolah berubah dari hari ke sehari, dan dia dididik oleh ibunya, seorang perempuan yakin yang gemar mengambil risiko. Betapa jauhnya penyakit asma mempengaruhi sifat Guevara dipertikaikan – walaupun seorang penulis biografi (Castañeda) mendesak bahawa ia sangatlah penting. Apa yang jelas dari kenyataan kawan-kawan dan ahli-ahli keluarganya adalah bahawa Guevara sangatlah degul dan kadang-kala juga cuai, sentiasa ingin bermain ragbi walaupun permainannya diganggui oleh penyakitnya:

Sifat-sifat yang kemudiannya mencapai dimensi lagenda dalam kedewasaan Guevara sudah dapat dijumpai dalam budak lelaki itu. Keberanian fizikal, kebiasaan memimpin orang lain, kedegilan, semangat bersaing dan disiplin diri – semuanya dapat dijumpai dalam ‘Guevarita’

muda dari Altagracia. 3

Tidak terdapatnya bukti mendalam yang mencadangkan bahawa Ernesto muda tertarik dengan bidang politik pada tahap ini dalam kehidupannya. Dia sendiri berkata:

Saya tidak mementingkan persoalan sosial semasa muda dan saya tidak pernah mengambil

bahagian dalam perjuangan pelajar atau aktiviti politik di Argentina. 4

Dia seolah-olah lebih tertarik dengan cerita-cerita pengembaraan Jules Verne dan lain-lain – dan dengan kegemaran biasa seorang pemuda kelas menengah yang membesar dengan keinginan membuktikan kebolehan fizikal dan kemampuan bersaing dengan rakan- rakannya. Ragbi, yang dia menggemari, bukanlah hanya sesuatu sukan baginya: ia merupakan arena di mana pemuda Argentina dari golongan elit berlatih untuk perjalanan mereka menuju kelelakian.

Sambil keluarganya tidaklah aktif dalam bidang politik, mereka jelasnya sedar akan peristiwa-peristiwa di dunia. Ibunya membina sebuah rumahtangga Bohemia yang seringkali memberi perlindungan kepada penulis dan seniman, serta pengunjung lain seperti keluarga pelarian Republik Spanyol yang tiba di rumah mereka pada hujung tahun 1937. Bapanya terlibat secara langsung dalam pengumpulan bantuan dan sokongan bagi Republik Spanyol yang diserang. Walaupun kesetiaan politik mereka diberikan kepada parti Liberal, ibu bapa Guevara bersifat anti-fasis dan berpendapat, seperti beratus-ratus ribu orang lain di merata dunia, bahawa kejayaan bagi fasisme di Spanyol akan membawa malapetaka bagi demokrasi.

Tetapi sambil Ernesto (baru berusia sepuluh tahun) jelasnya sedar akan sebab-sebab bagi ketibaan keluarga dari Spanyol itu, tidak terdapatnya bukti bahawa dia merupakan seorang bakal revolusioner. Mungkin lebih penting lagi daripada persoalan politik ini adalah perihal kelas sosial yang diduduki oleh keluarganya.

Walaupun perniagaan bapanya mengalami kemakmuran sementara diikuti oleh kegagalan, keluarga Ernesto merupakan sebuah keluarga kelas menengah dengan beberapa hubungan dengan kewibawaan di Spanyol dan Ireland. Di ibu negara, saudara-maranya berada dalam keadaan selesa, walaupun rumahtangganya sendiri kurang terjamin dan kadang-kala mengalami keadaan susah. Namun demikian, Che tidak pernah mengalami keadaan miskin. Ia bukanlah pengalaman kesusahan yang bakal menjadikannya seorang revolusioner.

Namun, dalam beberapa aspek penting, dunia-nya itu telah membentuk sifat Che dari segi politik dan juga psikologi. Tanpa mengira jika dia sedar akan bidang politik – dan buktinya adalah bahawa dia tidak berminat – peristiwa-peristiwa di luar dirinya membentukkan Che muda. Sebagai seorang warganegara Argentina, Perang Dunia Kedua bukanlah pengalaman Namun, dalam beberapa aspek penting, dunia-nya itu telah membentuk sifat Che dari segi politik dan juga psikologi. Tanpa mengira jika dia sedar akan bidang politik – dan buktinya adalah bahawa dia tidak berminat – peristiwa-peristiwa di luar dirinya membentukkan Che muda. Sebagai seorang warganegara Argentina, Perang Dunia Kedua bukanlah pengalaman

Bapa Ernesto, yang masih aktif dalam kumpulan-kumpulan anti-fasis, diyakinkan bahawa Argentina merupakan tapak bagi aktiviti pro-Nazi di kalangan mereka dari masyarakat

Jerman. 5 Terdapatnya juga simpati bagi Kuasa Aksis di kalangan beberapa bahagian angkatan tentera Argentina, terutama sekali mereka yang telah mengunjungi Itali Mussolini pada tahun 1930-an, seperti Juan Domingo Perón. Dalam riwayat hidupnya, bapa Guevara

menggambarkan beberapa aktiviti sulit menentang sel-sel Nazi di daerah Córdoba. 6 Dia mendakwa bahawa anaknya memiliki kesedaran anti-fasis yang membunga – tetapi sahabat- sahabat Ernesto hanya mengakui bahawa Hitler dan Mussolini kadang-kala muncul dalam permainan mereka.

Kerajaan ketenteraan yang berkuasa di Argentina semasa Perang Dunia Kedua mungkin lebih merisaukan takdir pasaran-pasaran Eropah bagi daging dan gandum. Britain, pelanggan Argentina yang paling penting dari segi bersejarah, kini tertakluk kepada aktiviti perkapalan Jerman di Atlantik Selatan; seluruh Eropah pula tidak dapat dimasuki kerana sekatan ekonomi, dan Amerika Syarikat tidak menghiraukan usaha Argentina untuk mencari pasaran baru. Kerajaan ketenteraan di bawah Castilllo yang berkuasa pada tahun 1940

menunjukkan simpati bagi Aksis Hitler-Mussolini. 7 Tetapi terdapatnya juga sebab-sebab ideologi yang menjelaskan mengapa sebuah kerajaan nasionalis enggan menyokong kuasa imperialis lama, iaitu Britain. Keselamatan kepentingan-kepentingan dalam negara menyingkirkan segala pertimbangan lain. Sememangnya, peperangan, bagi sebuah negara di mana eksport utamanya – daging dan gandum – diperlukan oleh angkatan tentera yang bertempur, merupakan peluang komersil.

Pada tahun 1943, sambil bapa Ernesto meneruskan perjalanannya yang tidak tentu sebagai seorang pedagang, keluarganya berpindah ke bandar Córdoba. Sementara itu, di ibu negara, iaitu Buenos Aires, adegan politik semakin berubah. Castillo telah menamakan sebagai penggantinya seorang yang dikenali kerana hubungannya dengan kapital Britain. Terdapatnya kerisauan bahawa dia akan menyokong Britain dan memasuki Perang Dunia Kedua, sesuatu kerisauan yang dipegang, misalnya, oleh sebuah kumpulan pegawai tentera nasionalis – GOU – di mana permusuhan mereka terhadap kuasa imperialis lama bersaing dengan kehormatan mereka bagi Itali Mussolini. Sejurus selepas keluarga Guevara berpindah ke Córdoba, Castillo ditumbangkan oleh rampasan kuasa ketenteraan yang diketuai oleh kumpulan tentera yang dipengaruhi oleh GOU.

Darurat diisytiharkan, segala aktiviti politik ditunda dan pemberontakan pelajar dihancurkan. Walaupun dia secara kebetulan terlibat dalam satu pertempuran dengan polis, Ernesto secara umumnya tidak mementingkan (walaupun ini tidak bermakna dia tidak dipengaruhi) oleh perubahan-perubahan ini. Namun demikian, sahabat karibnya, Alberto Granado, ditaham semasa demonstrasi tersebut dan dipenjara.

Oleh kerana sejarah Che kemudiannya, ia bukanlah menakjubkan bahawa perjumpaan tanda-tanda kesedaran politik Che yang awal telah menjadi industri kecil. Namun, buktinya menunjukkan seorang pemuda yang dibentukkan oleh latarbelakang kelasnya. Cerita terkenal mengenai usahanya untuk menyelamatkan seorang peminta sedekah dari kanak- kanak yang membaling batu menunjukkan nilai pemurah hati. Reaksi peminta sedekah tersebut – menyerang dan menghulur kata-kata masam terhadap pemuda yang membantunya – mungkin menunjukkan bagaimana Che membawa tanda-tanda kelasnya. Ini tidak melemahkan perkembangan politik Che. Sebaliknya, ia menggariskan betapa pentingnya lompatan kesedaran yang dia akhirnya membuat untuk menjadi seorang revolusioner.

Beberapa bulan sebelum akhir Perang Dunia Kedua, pada awal tahun 1945, kerajaan Argentina menyokong kuasa-kuasa Persekutuan – mungkin kerana mereka dapat melihat Beberapa bulan sebelum akhir Perang Dunia Kedua, pada awal tahun 1945, kerajaan Argentina menyokong kuasa-kuasa Persekutuan – mungkin kerana mereka dapat melihat

Berjuta-juta perkataan telah ditulis dalam usaha menghuraikan dan mengenalpasti politik Juan Domingo Perón. Jika kebanyakan usaha untuk mengkaji Perónisme tidak membawa kesimpulan tetap, ia adalah kerana politik Juan Perón bersifat tidak tetap dan bercanggah,

sebagaimana dengan sifat wakilnya yang paling terkenal – isterinya Evita. 8 Perón merupakan seorang populis kelas, mendakwa dirinya sebagai wakil beberepa sektor sosial dan meluahkan tuntutan setiap satu dalam cara oportunistik. Apa yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa demonstrasi-demonstrasi yang menuntut pembebasannya dari penjara dan yang kemudiannya mengalu-alukan dia di dataran utama di ibu negara, Plaza de Mayo, terdiri secara umumnya daripada kelas pekerja (Che mungkin hadir secara kebetulan semasa demonstrasi Oktober yang besar). Tetapi ia bukan sahaja terdiri daripada kelas pekerja. Dasar sokongan Perón merupakan lapisan pekerja baru, pendatang baru dari desa atau pekan- pekan kecil, yang telah berhijrah ke ibu negara untuk mencari pekerjaan dalam industri- industri besar. Mereka secara umumnya tidak menyertai kesatuan pekerja, meskipun kekuatan tradisional gerakan kesatuan pekerja Argentina.

Evita berasal dari dunia yang sama seperti mereka, berucap dengan pelat mereka, dan dapat mendakwa bahawa dia memahami keperluan mereka. Perón membenarkannya berucap bagi pihaknya – dan dengan itu menjamin kesetiaan kumpulan ini, yang dinamakan ‘mereka yang tidak berbaju – atau descamisados. Mereka merupakan dasar sokongan Perón. Sebagai menteri tenaga pekerja, Perón telah memperkenalkan beberapa tindakan kebajikan yang membantu mereka. Dan ia adalah benar bahawa Perón menikmati sokongan dari sektor-sektor lain – kumpulan-kumpulan perdagangan yang menentang pengaruh Britain dan beberapa nasionalis sayap kanan, di antara yang lain. Menentangnya semasa pilihanraya presiden pada tahun 1946 merupakan sebuah persekutuan yang sama besar dan sama keliru, iaitu Kesatuan Demokratik, yang menikmati sokongan dari bahagian-bahagian perdagangan yang lain serta sokongan sosialis dan Komunis.

Dari sudut pandangan Parti Komunis Argentina, Perón telah menggunakan jawatannya sebagai menteri tenaga pekerja untuk membina pertubuhan-pertubuhan baru yang dapat mencabar kesatuan-kesatuan pekerja, di mana kebanyakannya dipimpin oleh pihak Komunis. Serupa dengan itu, kesetiaan pihak Komunis kepada Kesatuan Soviet dan kepentingan-kepentingannya membawa mereka untuk melihat sokongan Perón bagi Aksis Jerman-Itali semasa Perang Dunia Kedua sebagai persoalan paling penting. Maka mereka

mengutuk Perón sebagai seorang penyokong Nazi. 9 Namun, walaupun usaha-usaha Perón mungkin menggalakkan pandangan seperti itu, bagi beratus-ratus ribu pekerja, dia telah mempertahankan kepentingan pekerja dan beberapa kali telah mencampur tangan dalam masalah perindustrian untuk menyokong pekerja menentang pihak majikan. Ia tidak dapat dinafikan bahawa dia melakukan ini untuk sebab-sebab pragmatik, mengikat kesatuan- kesatuan pekerja kepada kerajaan dan mengubahnya menjadi alat-alat politik bagi kegunaannya sendiri. Apabila dia menyerang kesatuan-kesatuan pekerja lama pada hujung tahun 1940-an, pengaruh itu menjadi alat utama – dan kekal sebagai alat penting malah selepas penumbangannya sepuluh tahun selepas itu.

Namun, bagi ibubapa Guevara, Perón merupakan seorang yang zalim. Simpati dan hubungan politik ibunya – apa yang wujud – berada dengan Parti Komunis. Bapanya pula terlibat dengan Acción Argentina, sebuah pertubuhan anti-fasis besar. Bagi pihak Komunis, hasil permusuhan mereka terhadap Perón adalah bahawa dalam masa yang singkat, mereka kehilangan sebahagian besar daripada dasar sokongan mereka di kalangan pekerja – maklumlah, mereka berpihak dengan imperialisme, dengan kerajaan Amerika Syarikat yang menyerang Perón, dan dengan kelas tuan tanah dan majikan menentang lelaki yang mendakwa dirinya berucap untuk semua rakyat Argentina, dan terutama sekali bagi golongan miskin.

Ernesto memulakan pendidikan sekolah menengah di Córdoba, dan menaruh minat dalam sukan, seks dan pengambilan risiko, sebagai balasan kepada kelemahan badannya. Dia dan sahabat karibnya, Alberto Granado, berkongsi minat dalam bidang sains, bertukar petikan dari ahli-ahli falsafah terulung, dan bersetuju bahawa kerjaya dalam kejuruteraan merupakan sesuatu yang baik. Pada tahun 1948, ibubapa Guevara berpindah ke Buenos Aires, walaupun menjelang masa itu, perkahwinan mereka sudah mengalami kesusahan. Ernesto terus menetap di Córdoba, walaupun dia berkejar ke ibu negara apabila dia mendengar bahawa neneknya, yang dia menyayangi, hampir meninggal dunia. Kebanyakan penulis biografi Che bersetuju bahawa keputusannya untuk menjadi seorang doktor merupakan balasan peribadi terhadap kesedihannya akibat kematian neneknya. Kurang diketahui, tetapi mungkin juga penting bagi keputusannya, adalah rawatan ibunya selepas dia didapati menghidapi penyakit barah. Ernesto sangat menyayangi ibunya, Celia, yang sentiasa hadir dalam rumahtangga dan kehidupan keluarganya.

Che berusia 19 tahun dan mungkin diarah mengikuti perkhidtaman ketenteraan, tetapi penyakit asma membolehkannya mengelakkan pekhidmatan tersebut. Dia kini juga menjadi seorang pelajar perubatan, walaupun rekod dari masa itu mencadangkan seorang pemuda yang lebih mementingkan pengembaraan seksual, dan di mana pembacaan luas meliputi bidang falsafah, politik, sejarah, psikoanalisis dan kesusasteraan Amerika Latin mencadangkan keghairahan umum. Maka, percintaan serius yang pertama tidak melemahkan hasratnya untuk menjelajahi seluruh Argentina dan kemudiannya Amerika Latin dengan motorsikal. Ia merupakan tahun-tahun bergelora dalam kehidupan politik Argentina. Dan namun, sambil Guevara jelasnya menanam pendapat dan bersedia untuk berucap mengenai isu-isu yang menarik perhatiannya, tidak terdapatnya tanda-tanda kesedaran politik mendalam. Menurut kakaknya, Ana María:

Dia tidak mengambil pihak berkenaan dengan Perón. Dia seolah-olah enggan mengotori tangannya... Sekurang-kurangnya dengan saya, dia tidak pernah berbincang politik. 10

Hubungan peribadinya, melalui keluarga serta sahabatnya di universiti, membawanya lebih rapat dengan parti Radikal dan Komunis yang bersifat anti-Perónis. Melainkan hubungan seksual dengan pekerja perempuan, tidak terdapatnya bukti mendalam untuk mencadangkan bahawa Ernesto mempunyai hubungan dengan kaum pekerja, dari siapa dia mungkin mendapat pandangan lain mengenai cara Peronisme mungkin difahami oleh sektor-sektor lain dalam masyarakat.

Maka, sambil Che Guevara bersedia untuk pengembaraan awalnya, imej seorang pengembara ghairah yang lebih mementingkan risiko dan benda yang tidak dijangka mungkin adalah lebih tepat. Selepas kematiannya, sambil imej-nya bertumbuh dari segi kepentingan, penulis-penulis biografi dan riwayat hidup berkejaj untuk mencari, dalam kehidupan seorang warganegara Argentina dari kelas menengah, bijih-benih pemahaman revolusioner. Sememangnya terdapat cadangan seorang insan yang memahami tragedi peribadi, yang menyayangi dan disayangi, yang menggemari kehidupanna dan dipenuhi dengan tenaga dan keyakinan pemuda. Apabila, dua tahun selepas dia memulakan kursus perubatan, dia dan Alberto mengunjungi sebuah pusat rawatan penyakit kusta, reaksi Che sangatlah berperikemanusiaan.

Tetapi Che muda bukanlah seorang Marxsis, dan bukannya seorang revolusioner. Realiti masyarakat yang tidak adil belum mempengaruhi kesedarannya secara langsung atau dengan serta-merta. Itu bakal berlaku kemudian. Idea bahawa perubahan bukanlah mustahil, bahawa sebuah dunia berbeza dapat bangkit dari aktiviti kumpulan-kumpulan dalam masyarakat, belum dijumpai oleh dirinya dengan yakin. Peristiwa-peristiwa bakal mengubah ini, tetapi sambil kesedaran politiknya berbunga, pemahaman dan balasannya bakal dipengaruhi, biarpun dia menyedarinya atau tidak, oleh pengalaman-pengalamannya yang awal.

Perónisme telah menggerakkan kaum pekerja, tetapi demi menyokong seorang pemerintah yang hanya menunjukkan kesetiaan kosong dan seketika kepada kepentingan rakyat. Walau apa pun, orang yang berbincang politik dengan Ernesto kemungkinan besar tidak mempertahankan Perón – mereka berkongsi keraguan Ernesto. Dalam tangan sebelah, mereka di sekelilingnya yang mendakwa diri mereka sebagai pengawal tradisi revolusioner – pihak Komunis dan sosialis – merupakan golongan lemah di Argentina pada masa itu. Mereka enggan bertukar pendapat, korupse dan mempergunakan orang, serta tidak berprinsip dalam kesediaan mereka untuk membentukkan persekutuan dengan pihak yang bermusuh dengan kelas pekerja.

Apabila Che mula menyemai hubungan dengan tradisi revolusioner, jauh selepas ini, pemahamannya mengenai tradisi tersebut menyingkirkan kelas pekerja sebagai ejen perubahan sosial.

III. Perjalanan di Lebuhraya, Menjelajahi Kaki Langit

Pada bulan Januari dan Februari 1950, semasa cuti musim panas yang panjang, setelah mengikuti penghijrahan perkauman besar ke Mar del Plata, Ernesto memulakan perjalanan seorang diri yang memerlukan stamina, keberanian dan keyakinan lebih tinggi daripada apa yang dibayangkan olehnya; satu perjalanan berkitar sepanjang 4,000 kilometer melintasi dua

belas daerah di Argentina utara. Ia bakal meninggalkan kesan pada dirinya. 11

Bapa Che sudah lama tertarik kepada kawasan tropika Paraguay, di mana keluarganya pernah menetap seketika pada waktu apabila Che masih muda. Tetapi juga terdapatnya sebuah Argentina yang lebih besar, ke utara dan selatan, yang para penghuni bandar hanya dapat membayangkan. Che memilih untuk menjelajah ke utara. Ini bukanlah Argentina bersifat bandar, Eropah dan berkulit putih yang Ernesto telah mengenali sehingga itu, tetapi kawasan pergunungan miskin lagi terpulau di mana para penduduknya lebih rapat dengan tradisi peribumi dan sejarah Pergunungan Andes Tinggi berbanding dengan benua Eropah dari mana berasalnya sebahagian besar daripada penduduk Buenos Aires. Kawasan ini, dan terutamanya daerah Salta, bakal mempengaruhi kehidupan Che.

Dalam pelbagai cara, sejarah Argentina moden adalah perjuangan di antara bandar pada pinggir River Plate, yang sentiasa menanam hubungan dengan Eropah, dan kawasan pedalaman – sebuah kawasan yang memiliki pelbagai lanskap – yang mempunyai hubungan semulajadi dengan Amerika Latin. Penyelesaian perjuangan ini pada hujung abad ke-19 memastikan yang masa depan kawasan desa akan diikat kepada perdagangan luar, berpusat di bandar Buenos Aires yang melihat dirinya lebih sebagai sebuah penempatan Eropah daripada sebuah ibu negara Amerika Latin.

Maka Ernesto bertolak pada bulan Januari 1950 dengan apa yang Taibo menamakan semangat raidismo – iaitu usaha mencari Lebuhraya 66 mistika yang menuju ke kaki langit.

Kudanya merupakan sebuah motorsikal lama yang dia membina dengan tangannya sendiri. 12 Selama enam minggu, dia menjelajah, melawati sebuah pusat rawatan kusta dengan sahabatnya Alberto, tetapi kemudiannya bergerak ke utara menuju pergunungan Amerika Latin yang lasak. Perjalanan ini dipenuhi keghairahan:

Saya menyedari bahawa sesuatu yang membesar dalam diri saya buat masa yang lama... telah menjadi matang; ia adalah kebencian terhadap tamadun, imej karut di mana manusia bergerak dengan gila mengikut irama bunyi riuh yang berbunyi bagi saya seperti anti-tesis

keamanan. 13

Ini bukanlah deklarasi seorang revolusioner, tetapi seorang pemuda ghairah yang ingin mengenali dunia. Ernesto Guevara didesak oleh apa yang seorang penyair Argentina dari abad ke-19 menggambarkan sebagai ‘keinginan mencari kaki langit.’ Namun, wawasan romantiknya mengenai alam semulajadi yang suci bakal digantikan oleh realiti kehidupan petani di kawasan yang indah tetapi menyusahkan ini.

Dia kembali ke kolej perubatan selepas enam minggu panjang ini. Dia melulusi peperiksaannya tanpa markah tinggi dan terlibat dalam siri projek membuat wang, termasuk rekaan sesuatu ubat serangga. Ubat serangga itu akhirnya didapati tidak berkesan, dan kesemua skima-nya tidak menemui kejayaan. Pada bulan Oktober, dia jatuh cinta dengan serius tetapi, seperti yang disedari oleh temannya Chichina Ferreyra, ini tidak dapat

menakluki kegemaran Che untuk mengembara. 14 Dia sudah merancangkan penjelajahannya yang seterusnya dengan Alberto.

Ia bermula pada bulan Oktober 1951, apabila dua sahabat itu menaiki motorsikal 500cc yang diberikan nama La Poderosa – ‘Yang Kuat’ – dan menuju ke Chile. Diari-Diari Motorsikal menggambarkan perjalanan mereka selama dua bulan ke ibu negara Chile – dan perjalanan Ia bermula pada bulan Oktober 1951, apabila dua sahabat itu menaiki motorsikal 500cc yang diberikan nama La Poderosa – ‘Yang Kuat’ – dan menuju ke Chile. Diari-Diari Motorsikal menggambarkan perjalanan mereka selama dua bulan ke ibu negara Chile – dan perjalanan

Seorang penulis biografi menggambarkan perjalanan ini sebagai ‘perjumpaan Amerika oleh Che.’ 15 Diari-diari tersebut, sambil ia masih merupakan cerita seorang pemuda yang sedang mengembara – bergembira, bermeria, mengambil risiko, bergerak dari bandar ke bandar – juga merupakan rekod kesedaran yang semakin berkembang. Dari Buenos Aire dan Córdoba sehingga kawasan ini melebihi perjalanan fizikal. Ia juga merupakan perjumpaan dengan Amerika Latin, dengan masa lalu alternatif, dengan pemberontakan rakyat yang dimiliki oleh sejarah alternatif itu.

Terdapat beberapa peristiwa penting semasa perjalanan tersebut. Di Chile utara, misalnya, Che dan Alberto berhadapan dengan lombong-lombong tembaga besar, terkecuali dari lanskap gurun yang luarbiasa lagi indah, berhabuk dan ganas, dengan jentera besar seperti mulut mekanikal yang meludah himbunan pasir. Ini merupakan sumber kekayaan dan matawang asing Chile – namun, apabila Che melihatnya, segala kekayaan ini dimiliki oleh perusahaan multinasional asing, seperti Kennecott dan Anaconda, yang membeli dan menjual tembaga tersebut pada pasaran dan pertukaran asing yang mereka menguasai.

Tulisan Che dalam diari-nya bagi hari-hari ini agak kabur, walaupun dia menyedari bahawa lombong-lombong tersebut merupakan kuburan bagi beribu-ribu pelombong. Seorang pelombong Komunis tua yang dia menjumpai di sana menerima kehormatan Che, tetapi ia juga tidak sesuai untuk berkata bahawa kunjungan itu merupakan sesuatu perjalanan ke

Damascus bagi Che, apabila segalanya menjadi jelas bagi dirinya. 16 Ulasan Che adalah menarik dan berpengetahuan, tetapi ia juga adalah kata-kata seorang penyaksi, seorang yang hanya berkunjung dan mengalami dunia ini buat kali pertama – ingin tahu, tetapi masih tidak terlibat.

Peru, dalam tangan sebelah, membawa kesan emosi yang kuat. Sambil mereka melintasi sempadan dari Bolivia ke Peru, Che mengulas dengan keliru mengenai kaum peribumi yang dia melihat di tepi jalan – ditindas, takut dan terkecuali. Tetapi ia adalah apabila dia tiba di bandar pergunungan Machu Pichu, 17,000 kaki di atas paras laut di Pergunungan Andes Tinggi berdekatan dengan Cuzco, yang dia seolah-olah diatasi oleh perasaannya. Sebuah tapak tentangan Inka terhadap serangan Spanyol, Machu Picchu diabaikan selepas kekalahan kaum Inka dan dilupai sehingga ia dijumpai oleh seorang ahli kajipurba Harvard pada awal abad ke-20. Kuil-kuil besar dan teres besar mencontohi gunung – dindingnya, seperti yang didapati oleh penyerang Spanyol apabila mereka mencuba merobohkannya, dibina untuk berdiri selama-lamanya.

Terdapat satu gambar Che berdiri di bawah gerbang salah satu kuil di sana. Rekabentuk dan kuasa tempat ini mempengaruhi dirinya. Pada ketika itu, realiti empayar-empayar pra- Kolumbia mungkin disedari olehnya – kesedaran mengenai Amerika alternatif itu, yang sudah lama dilupai, didiamkan dan ditindas. Dalam beberapa petikan dari diarinya, terdapat rujukan kepada peranan buruk empayar-empayar asing, iaitu empayar Spanyol dan Amerika Utara, dan mengenai kuasa Indo-Amerika. Sememangnya, dia merupakan seorang warganegara Argentina dari bandar, yang tidak membawa pengetahuan mendalam mengenai dunia itu.

Perjalanan mereka diteruskan ke kawasan Amazon, di mana dia dan Alberto mengunjungi sebuah pusat rawatan kusta dan Che bergelut dengan penyakit asma di sekitar kawasan hutan rimba, sebelum bergerak ke Venezuela, Miami dan kembali ke tanahair. Perjalanan itu membawa pelbagai pelajaran baginya. Ia menunjukkan baginya makna menjadi seorang warga Amerika Latin, dan ia menjadikannya lebih ghairah, ingin tahu, tidak sabar bagi pemahaman. Sikapnya terdapat apa yang dia melihat di pusat rawatan kusta menunjukkan seorang insan yang berperikemanusiaan dan murah hati. Mungkin ini merupakan keadaan- keadaan awal bagi seseorang menyemai sikap revolusioner. Tetapi dengan sendiri, ia tidak Perjalanan mereka diteruskan ke kawasan Amazon, di mana dia dan Alberto mengunjungi sebuah pusat rawatan kusta dan Che bergelut dengan penyakit asma di sekitar kawasan hutan rimba, sebelum bergerak ke Venezuela, Miami dan kembali ke tanahair. Perjalanan itu membawa pelbagai pelajaran baginya. Ia menunjukkan baginya makna menjadi seorang warga Amerika Latin, dan ia menjadikannya lebih ghairah, ingin tahu, tidak sabar bagi pemahaman. Sikapnya terdapat apa yang dia melihat di pusat rawatan kusta menunjukkan seorang insan yang berperikemanusiaan dan murah hati. Mungkin ini merupakan keadaan- keadaan awal bagi seseorang menyemai sikap revolusioner. Tetapi dengan sendiri, ia tidak

Che ingin menjelajah sekali lagi selepas dia kembali ke Argentina, tetapi dia menunduk kepada tekanan keluarga dan bersetuju untuk menduduki peperiksaan perubatannya.

Dia bekerja siang dan malam di Perpustakaan Kebangsaan di Buenos Aires, dalam usaha bersedia untuk 15 kertas yang dia perlu melulusi. Pada bulan April 1953, lebih kurang enam bulan selepas dia kembali dari Miami, Che menelefon ibubapanya untuk memberitahu mereka bahawa dia kini merupakan seorang doktor – dan untuk memberitahu mereka, pada masa yang sama, bahawa dia sedang bersedia untuk penjelajahannya yang seterusnya. Ibunya Celia merungut, ‘Saya tidak akan melihatnya lagi – saya yakin mengenai ini.’ Sebenarnya, dia melihat anaknya sekali lagi, beberapa tahun selepas itu, tetapi keadaannya sudah berubah secara dramatik.

7hb Julai 1953 merupakan hari gelap lagi basah di stesen keretapi Retiro di Buenos Aires. Che dan sahabatnya Carlos Calica Ferrer mendapat kerusi, dan mengucap selamat tinggal kepada Celia. Sambil keretapi mereka bertolak, Che menjerit, ‘Saya akan menjadi seorang pejuang bagi Amerika Latin.’ Ia bersifat ramalan secara kebetulan – tetapi pada tahap ini, satu- satunya rancangan yang Che mempunyai adalah untuk berjumpa semula dengan Alberto dan kembali ke pusat rawatan kusta di Amazon.

Tiga ribu kilometer selepas itu, para pengunjung tersebut tiba di ibu negara Bolivia, La Paz. Ia merupakan masa luar biasa di Bolivia. Hanya setahun selepas itu, revolusi yang dipimpin oleh federasi pekerja Bolivia (COB), dan terutama sekali kesatuan pelombong, telah memberikan kuasa kepada sebuah kerajaan nasionalis baru. Apabila Che tiba di negar itu, perdebatan mengenai perjalanan dan arah revolusi tersebut masih berlangsung. Di hati perdebatan itu merupakan idea merampas kekayaan negara – terutamanya kekayaan lombong-lombong – dan menggunakan keuntungan darinya untuk meningkatkan taraf kehidupan kaum miskin dan pelombong berbahasa Aymara di Pergunungan Andes Tinggi. Sememangnya, dua atau tiga individu kaya yang memiliki sumber-sumber timah di Bolivia telah meraih keuntungan besar – dan melaburkan keuntungan mereka di Eropah dan Amerika Utara. Pedagang timah paling kaya di Bolivia, Simon Patiño, misalnya, memiliki syarikat perkapalan P&O dan menetap di sebuah bilik mewah di Hotel Waldorf Astoria di New York, sambil memiliki rumah-rumah mewah di Paris, Madrid dan tempat-tempat lain. Apabila revolusi itu akhirnya muncul, para pelombong sudah menjadi letih – tetapi Patiño tidak pernah memulangkan wang yang diraih dari pengeksploitasian pekerja Bolivia selama

50 tahun. 17

Bayangkanlah keadaan pelombong-pelombong pada ketinggian 10,000 kaki atas paras laut, di kawasan pergunungan Andes yang indah tetapi lasak. Angin sentiasa sejuk, habuk sentiasa berkitar, dan para pelombong mengalami kemiskinan melampau di kampung- kampung pergunungan. Apa yang dimiliki oleh mereka dimenangi melalui perjuangan – dalam permogokan panjang yang sentiasa membawa kematian dan penindasan selepasnya.

Revolusi tahun 1952 dalam beberapa cara merupakan dendam balas sejarah – atau ia sepatutnya menjadi itu. Tetapi pemimpin-pemimpin gerakan pekerja memasuki siri persekutuan dengan ahli-ahli politik nasionalis yang membawa proses itu berjauhan dari tuntutan dan kepentingan para pekerja Bolivia. Apabila, 15 tahun selepas itu, Che kembali ke Bolivia di bawah keadaan yang sangat berbeza, para pelombong masih berjuang.

Namun, pada tahun 1953, sambil dia menyedari ketegangan di negara itu, Che masih menggambarkan dirinya (dalam surat kepada bapanya) sebagai seorang ‘penyaksi tidak Namun, pada tahun 1953, sambil dia menyedari ketegangan di negara itu, Che masih menggambarkan dirinya (dalam surat kepada bapanya) sebagai seorang ‘penyaksi tidak

kontra-revolusi. 18 Dan dia menjadi marah dengan layanan buruk dan rasis terhadap kaum peribumi yang bersabar di luar Kementerian Urusan Petani.

Dia memerhati, dia tertarik dan ingin tahu, tetapi dia masih berjauhan. Dalam diari dari perjalannya kedua yang baru diterbitkam, Che jarang membincangkan apa yang jelasnya merupakan salah satu peristiwa politik paling penting semasa perjalanannya (revolusi di persimpangan jalan). Sebaliknya, dia seolah-olah ingin meninggalkan Bolivia dan kembali ke bandar-bandar Inca di Peru yang dia pernah menunjungi.

Di dataran Andes, Ernesto dan Carlos berlayar pada Tasik Titicaca dan melintasi sempadan Bolivia-Peru di bandar Puno yang sejuk dan kecil. Pegawai kastam merampas beberapa buku (sebuah penerbitan kerajaan Bolivia dan senaskah Lelaki di Kesatuan Soviet) sebelum membenarkan mereka bertolak ke Cuzco, bandar utama Inka yang menarik perhatian Che semasa perjalannya yang pertama. Dari sana, mereka bertolak ke Lima, iaitu ibu bandar Peru, di mana Che berjumpa sekali lagi dengan Hugo Pesce, seorang doktor Komunis yang, menurut dedikasi yang diberikan kepadanya dalam Perang Gerila, ‘mendorong perubahan besar dalam sikap saya terhadap kehidupan dan masyarakat.’

Perjalanan itu berterusan dan para penjelajah itu mengambil keputusan untuk bertolak ke Guatemala, di Amerika Tengah. Perjalanan itu juga bakal menjadi titik perubahan daam kehidupan Che. Guatemala juga sedang mengalami proses kebangkitan dan perubahan sosial. Ahli-ahli biografi dan para pengulas telah mencadangkan bahawa inilah mengapa Che bertolak ke sana – bahawa dia ingin mencari revolusi. Tetapi tidak terdapatnya bukti untuk menyokong idea tersebut. Ia merupakan, pada tahap itu, hanya fasa baru dalam perjalanannya. Tetapi ia tidak dapat dinafikan bahawa selepas Guatemala, perjalanannya akan mengambil makna baru dan tujuan yang sangat berbeza.

IV. Republik Pisang

Sebelum Guatemala, perjalanan warga Argentina itu memang penting, tetapi hanya dari segi emosi dan budaya. Kini, Ernesto Guevara bakal mengalami perubahan politik benar... Jelasnya, Guevara tiba dengan beban ideologi berat dalam beg-nya, tetapi dia bakal meninggalkan Guatemala dengan peti-peti yang penuh dengan idea, kesukaan, kebenciaan

dan pentafsiran. 19

Seorang ahli biografi lain berkata:

Apabila dia tiba di Guatemala, Ernesto seolah-olah melalui perubahan politik – atau sekurang- kurangnya dia berusaha untuk mengalami sesuatu perubahan politik. 20

Dari satu segi, ini hanyalah spekulasi berdasarkan apa yang bakal berlaku. Apa yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa Guevara meninggalkan Guatemala lapan bulan selepas ketibannya sebagai seorang yang berza.

Sememangnya, dia memiliki pandangan dan sikap politik sebelum dia tiba di Bandar Guatemala pada bulan Disember 1953. Anderson sangat mementingkan nota yang Che

menambah kepada diari-nya sebagai nota tambahan. 21 Ia menggambarkan perbincangan dengan seorang revolusioner tidak bernama yang meramalkan kematian Guevara, walaupun dalam cara yang sangat kabur. Ia merupakan sesuatu nota retorik, agak melodramatik dan penuh dengan impian kewiraan revolusioner dan bahasa pengorbanan dan kematian. Ia bukanlah sesuatu dokumen politik, tetapi ia mencadangkan sesuatu idea kewiraan dan sifat dramatik yang mengalir dalam tulisan-tulisan lain dan pemikiran Che Guevara.

Di Peru, dia berhadapan, di kubu Inka di Machu Picchu, dengan kebesaran Amerika peribumi dan kebinasaan yang dibawa oleh penyerang dari Spanyol, iaitu imperialis pertama. Di Bolivia, dia melihat rasisme dan semangat perjuangan pada wajah para pelombong. Dia meluahkan kebenciannya dengan ahli-ahli politik oportunistik yang mempergunakan rakyat – orang seperti Juan Lechín, pemimpin kongres kesatuan-kesatuan pekerja Bolivia. Mereka mungkin mengingatkannya mengenai Juan Perón yang licin dan oportunistik.

Namun, sebelum ketibaannya di Guatemala, tidak terdapatnya bukti dalam tulisannya atau memori orang lain mengenainya bahawa Che merasai apa-apa kesetiaan perbadi bagi tujuan kebebasan, atau melihat ruang bagi dirinya dalam perjuangan politik. Ini bukanlah untuk meragui kesetiaan revolusioner Che selepas itu, tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa ahli-ahli revolusioner tidak dilahirkan begitu sahaja, mereka tidak berada di atas orang biasa. Orang menjadi revolusioner sambil melihat dunia sebenar, memahami keperluan perubahan dan mengenalpasti kuasa-kuasa yang dapat membawa perubahan itu.

Guatemala pada tahun 1953 masih merupakan negara peribumi – 60 peratus daripada penduduknya mempunyai hubungan dengan moyang dari tamadun Maya yang menguasai Meksiko dan Amerika Tengah beberapa abad sebelum ketibaan pihak Spanyol. Tentangan Maya di Guatemala terhadap kolonialisme tidak berakhir sepenuhnya sehingga pertengahan abad ke-17, dan perjuangan defensif oleh masyarakat Maya terus berlaku menentang serangan dan penindasan oleh tuan-tuan tanah kolonial, iaitu golongan elit berkulit putih yang terus menguasai tanah dan kekayaan negara itu selepas peninggalan Spanyol.

Sebuah ekonomi kopi sepanjang abad ke-19, pertumbuhan pasaran Amerika Syarikat (AS) bagi pisang dan kopi, yang bertumbuh dengan baik dalam tanah subur Guatemala, membawa syarikat-syarikat AS ke negara tersebut. Dalam 40 tahun pertama pada abad ke-20, sejarah Guatemala adalah sejarah satu syarikat Amerika Utara, iaitu United Fruit, dan

pengasas serta pemiliknya, Sam Zemurray. 22

Beberapa pemerintahan diktator ketenteraan telah mengekalkan ikatan Guatemala dengan tuntutan-tuntutan Syarikat United Fruit. Menjelang awal tahun 1940-an, di bawah kepimpinan Jeneral Jorge Ubico, lebih kurang 40 peratus daripada tanah Guatemala berada di bawah syarikat tersebut, yang dikenali di seluruh Amerika Tengah sebagai La Yunai. Kemudian, pada tahun 1944, sebuah kerajaan baru di bawah Rafael Arévalo mengumumkan rancangan reformasi. Maklumlah, Presiden Franklin Roosevelt telah mengumumkan kesetiaan AS kepada ‘empat kebebasan demokratik bersempena dengan akhir Perang Dunia Kedua. Jurang besar di antara kaum kaya dan miskin di Guatemala, dan penguasaan ekonomi-nya oleh sebuah syarikat asing, jelasnya menjadikannya calon baik bagi perubahan demokratik.

Kunci kepada rancangan Arévalo, secara logik, merupakan reformasi tanah – pengagihan semula harta United Fruit di kalangan masyarakat-masyarakat tidak bertanah – bersama dengan rancangan-rancangan sosial yang meliputi hak-hak kesatuan pekerja dan rancangan pendidikan popular. Pilihanraya pada tahun 1951 memberikan kuasa kepada seorang pegawai tentera muda yang pernah berkhidmat di bawah Arévalo – Jacobo Arbenz – untuk menyempurnakan rancangan tersebut. Pada tahun 1952, dia menandatangani perintah reformasi tanah yang menasionalisasikan tanah United Fruit dan tuan-tuan tanah utama.

Ia adalah penting untuk menekan bahawa Arbenz bukanlah seorang revolusioner. Dari satu segi, projeknya merupakan modenisasi ekonomi di bawah kerajaan Guatemala yang mampu mengawal dan menentukan pengagihan sumber-sumbernya. Tetapi proses reformasi sederhana yang dia membenarkan telah melepaskan kuasa-kuasa lain yang tidak mudah dikawal. Pertubuhan-pertubuhan pekerja, terutamanya pekerja desa dan petani, menggenggam peluang untuk memastikan yang perubahan-perubahan tersebut berlaku. Maka, proses tersebut diumumkan dari atas tetapi didesak dari bawah.

Sememangnya, di AS, keadaan tersebut dilihat dengan perasaan terkejut dan marah. Ini merupakan zaman Perang Dingin, iaitu kesan pembahagian dunia di antara dua zon kuasa – blok Soviet, dengan Kesatuan Soviet di hatinya, dan AS, kuasa yang lebih besar dan berkuasa. Mereka dibahagikan oleh apa yang dinamakan oleh Churchill sebagai ‘Tabir Besi’ – garisan pembahagian yang bersifat ketenteraan, politik dan ideologi. Dalam atmosfera ini, segala usaha perubahan sosial disifatkan sebagai Komunisme – pengaruh menjalar Soviet. Dan ini pula memunasabahkan campur tangan ketenteraan oleh AS – seperti yang sudah berlaku di beberepa tempat di dunia.