82 Lelaki dan Sebuah Kapal Laut
VI. 82 Lelaki dan Sebuah Kapal Laut
Sekurang-kurangnya buat seketika, kehidupan dua lelaki tersebut dihubungkan dengan rapat. Mereka memiliki pelbagai persamaan, namun mereka juga sangat berbeza.
Walau dengan betapa abstrak, kesetiaan Che adalah kepada perubahan sosial. Malah pada masa itu, apabila pendidikan politiknya masih berada pada tahap awal, Che mengajukan sebuah jenis masyarakat yang berbeza. Dari satu segi, idea-ideanya mengenai perihal ini mungkin lebih jelas dilauhkan dalam perbincangannya mengenai peranan doktor – sebagai hamba kaum paling miskin dalam masyarakat – dan sifat anti-imperialisme yang umum. Bertentangan dengan Fidel, dia kadang-kala menggambarkan dirinya sebagai seorang komunis, walaupun dia kurang jelas mengenai maknanya.
Castro jelasnya merupakan seorang ahli politik yang mengidamkan kuasa. Fidel tidak sabar dengan perdebatan politik dan meragui sosialisme yang dia kemudiannya mewakili bagi ramai orang. Dia juga yakin akan kedudukannya dalam sejarah – ucapannya dari makhamah tidak meninggalkan raung bagi keraguan mengenai itu.
Dari segi politik juga, Fidel dan Che sangat berbeza. Fidel merupakan seorang nasionalis dengan rancangan politik yang dihadkan kepada lima tuntutan berkenaan dengan reformasi tanah, pengakhiran korupse dan pendirian semula perlembagaan tahun 1940. Sokongan bagi polisi-polisi ini bukan sahaja berasal dari pekerja dan petani, tetapi juga dari beberapa pedagang yang membantu Castro secara kewangan. Ia merupakan sokongan ini yang membolehkannya membeli sebuah kapal laut bernama Granma, dan membiayai kem-kem latihan gerila berdekatan dengan Chalco di Meksiko. Guevara, dalam tangan sebelah, menggambarkan dirinya sebagai seorang revolusioner dan seorang komunis. Namun, tidak terdapatnya pertikaian mengenai pusat kuasa dalam Gerakan 26hb Julai. Castro merupakan pemimpinnya yang tidak bertanding.
Ramai penulis telah menjelaskan atau merasionalisasikan hubungan di antara mereka ini:
Kedua-dua mereka merupakan anak dari keluarga besar dan sangat manja; cuai mengenai wajah mereka; menggemari hubungan seksual, tetapi bagi siapa hubungan peribadi ditakluki oleh matlamat peribadi. Kedua-dua mereka dipenuhi oleh makismo Latin; mereka percaya akan kelemahan kaum perempuan, mengutuk golongan homoseksual dan mengagumi lelaki berani
yang bertindak. 42
Castro dengan laju menyedari kualiti-kualiti Che – semangatnya, kesetiaannya dan keghairahannya. Menjelang akhir tahun 1955, ia menjadi jelas bahawa Castro ingin memberikan Che sesuatu peranan besar dalam persediaan bagi Revolusi Kuba, tetapi ia akan dihadkan kepada latihan dan tugas-tugas praktikal. Dari segi politik, Fidel dan Che masih sangat berjauhan. Namun, Che tidak mencabar atau berdebat dengan Fidel. Mungkin ia merupakan karisma Fidel yang menyebabkan ini. Fidel sememangnya merupakan seseorang yang berkuasa dan berwibawa. Che menakluki dirinya kepada Fidel. Dia menghormati lelaki yang bersemangat dan yakin akan takdirnya itu. Dan sememangnya, Che terlibat dalam serangan asing. Dia tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Kuba, dan menerima penjelasan dan pentafsiran Fidel. Dia jelasnya juga kagum dengan kumpulan yang dipimpin oleh Fidel. Raúl Castro sudah membawa kesan besar pada diri Che, dan seorang pemimpin gerakan tersebut di kawasan bandar, Frank País, juga menarik perhatian Che. (Walaupun ia tidak jelas jika mereka berjumpa semasa lawatan País ke Meksiko, mereka telah berjumpa pada tahun 1957, tidak lama sebelum kematian País).
País bakal menjadi tokoh penting dalam Gerakan 26hb Julai, sebagai pengatur gerakan di bandar. Dia berusaha untuk meyakinkan Fidel agar tidak melancarkan serangan, kerana pertubuhan bandar belum cukup berpengaruh. Walaupun seorang pemimpin yang baik, País
– seorang cikgy muda – merupakan seorang ahli baru dalam kumpulan tersebut. Akhirnya, Castro meyakinkannya mengenai kepentingan serangan itu.
José Antonio Echevarria, seorang lagi pemimpin Directorio, merupakan seorang tokoh penting sehingga kematiannya semasa usaha membunuh Batista pada tahun 1957. Namun, Castro sangat meragui keganasan bandar yang digunakan oleh kumpulan tersebut – dan malah mengutuk pembunuhan salah seorang pengatur perkhidmatan keselamatan Batista. Berhadapan dengan fakta bahawa Fidel sedang merancangkan perang gerila, ini mungkin kelihatan aneh. Dalam tangan sebelah, Echevarria merupakan seorang pesaing politik
baginya, dan Castro enggan berkongsi kepimpinan kuasa bersenjatanya. 43
Beberapa ahli sejarah 44 telah menambah kepada senarai pengunjung ke koloni Kuba di Meksiko beberapa nama tokoh-tokoh dari Parti Komunis. Tujuan mereka adalah untuk menunjukkan bahawa mereka terlibat dalam rancangan Castro. Realitinya adalah bahawa mereka mengunjungi Castro untuk memaksanya menggugurkan rancangan tersebut dan menerima kepimpinan mereka. Kata-kata kritikal mereka mengenai Castro selepas itu mencadangkan bahawa dia menafikan permintaan mereka – seperti yang dapat diramalkan dari seseorang yang angkuh, bercita-cita dan bersifat anti-Komunis.
Pada hujung tahun 1955, kumpulan kecil itu memulakan latihan fizikal. Pada mulanya, ini melibatkan perjalanan panjang melalui jalan besar 17 batu – Insurgentes – yang melalui Bandar Meksiko. Kemudian, kumpulan itu mencuba mendaki gunung berapi Popocatépetl di luar bandar tersebut. Oleh kerana debu yang menyelimuti gunung tersebut, ia merupakan pendakian susah dan penyakit asma Che menghalangnya daripada mencapai puncaknya. Tetapi dia terus berusaha. Terdapatnya fotograf yang menunjukkan kumpulan tersebut berperahu pada sebuah tasik di taman Chapultepec. Pada bulan Februari, mereka memulakan latihan sasaran di sebuah pusat menembak luar bandar. Pada 26hb Februari, anak perempuan Che, Hilda Beatriz, dilahirkan.
Pada ketika itu, Alberto Bayo menyertai kumpulan tersebut. Dia pernah menjadi seorang kolonel dalam tentera Republikan semasa Perang Saudara Spanyol, dan merupakan seorang hubungan kekeluargaan Fidel. Dia bersetuju untuk membantu kumpulan tersebut dalam latihan mereka, dan menyewa sebuah ladang kecil berdekatan dengan Chalco demi tujuan
tersebut. 45 Aktiviti-aktiviti mereka berterusan selama sebulan. Pada pertengahan bulan Jun, polis Meksiko menahan Castro dan beberapa ahli lain, dan kem Chalco dibubarkan. Tidak lama selepas itu, Che juga ditahan.
Ia adalah susah untuk membayangkan bagaimana kumpulan aneh di Chalco itu dapat menjadi, dalam masa kurang daripada enam bulan, sebuah angkatan tentera revolusioner – atau sekurang-kurangnya nukleus bagi tentera seperti itu. Namun, ia adalah pada minggu- minggu itu, semasa latihan yang agak amatur, yang Ernesto Guevara menjadi El Che, seorang doktor ekspedisi. Malah cara bertuturnya mula berubah sambil dia menggunakan
pelat Kuba dan karenah Karibean. 46 Dia mula membawa tulisan-tulisan Marxsis dengan lebih sistematik, walaupun dia masih menulis syair-syair kewiraan yang penuh dengan rujukan kepada pengorbanan dan keberanian. Namun, dalam konteks kumpulan ini, dia semakin bangkit sebagai seorang ahli politik. Taibo merekodkan perbincangan di kem tersebut, yang mendedahkan betapa luasnya idea-idea dan sikap yang terdapat di kalangan mereka yang berada di bawah payung Gerakan 26hb Julai:
Ia agak mudah, dia berkaya. Kami perlu memberikan tamparan pertama. Itulah cara Batista merampas kuasa dalam sehari, kini kami perlu melakukannya untuk menyingkirkan Batista. Apa yang penting adalah rampasan kuasa. Saya berkata bahawa kami perlu membuat gerakan mengikut dasar prinsip, bahawa benda penting adalah untuk menyedari apa yang kami akan
melakukan dengan kuasa. 47
Lelaki yang Che berbincang dengan itu akhirnya meninggalkan kumpulan tersebut – tetapi dia merupakan seorang pengikut Castro semasa serangan Moncada, dan maka bukannya berucap demi dirinya sahaja.
Apabila Che menjumpai dirinya dalam penjara dengan pihak Kuba itu, ia kelihatan logikal bahawa dia patut berada di sana – walaupun dia juga memberitahu Fidel agar tidak merisaukan diri dengannya, bahawa dia tidak mahu usaha melepaskannya dari penjara untuk mengancam rancangan mereka. Tetapi Fidel berjaya melepaskannya – dan Che berasa kagum dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh tindakan tersebut. Pada bulan Julai, dia menulis kepada ibubapanya untuk berkata:
Masa depan saya kini terikat dengan revolusi Kuba. Saya akan berjaya dengannya, atau
meninggal dunia dalam usaha itu. 48
Masa depan mereka sudah ditentukan. Latihan, walaupun singkat dan terhad, sudah berakhir. Pada bulan September, Fidel membeli sebuah kapal laut usang, Granma, dari seorang penghijrah Amerika bagi $40,000. Wang itu diberikan oleh sumber yang kurang baik
– Prío Socarrás, presiden korupse dan zalim yang ditumbangkan oleh Batista. 49 Tetapi adakah Che sedar mengenai ini? Kemungkinan besar tidak. Pada masa itu, dia merupakan seorang pelarian, seorang pendatang tanpa izin, kerana gagal meninggalkan Meksiko dalam masa sepuluh hari selepas meninggalkan penjara. Berpindah-randah di antara tempat perlindungan, dia agak terkejut apabila Fidel memanggilnya dan ahli-ahli lain di merata negara untuk berkumpul pada 22hb November di sebuah rumah di Tuxpan, di Teluk Meksiko.
Pada malam 24hb November, 82 orang berkumpul pada Granma. Kesemua sukarelawan tidak dapat menyertai serangan itu. Kapal laut tersebut terlalu kecil dan usang, dan cuaca malam itu kurang baik. Ia hujan dengan lebat, dan angin kuat menimpa kawasan perairan dan terus meniup selama tiga hari semasa perjalanan 80 batu mereka. Mereka bertolak pada 1.30 pagi seterusnya dengan sunyi – anda hanya dapat mendengar salakan anjing, Faustino Pérez, mengingati.
Tiga hari itu menjadi tujuh. Kapal kecil tersebut dan pasukannya ditiup mengikuti jalan yang salah oleh angin kuat. Kemudian, pada pagi 2hb Disember 1956, mereka dapat melihat darat. Ia merupakan sesuatu tempat bernama Belic. Mereka berada dua kilometer dari pantai yang diharapkan oleh mereka. Dan ketibaan mereka sudah dijangka.
Seperti yang dijanjikan, Frank País telah mengatur kebangkitan di bandar Santiago pada 30hb November, diatur untuk berlaku pada masa yang sama dengan ketibaan Granma.
Sekumpulan 27 lelaki bersenjata, buat kali pertama memakai lambang-lambang Gerakan 27hb Julai, bertandang ke jalanraya pada waktu subuh. Pada petang itu, mereka menarik diri, selepas sembilan daripada anggota mereka dibunuh. Penindasan kejam mengikuti. Lebih- lebih lagi, kuasa-kuasa Batista sudah diberikan amaran. Polis perairan dikuatkuasakan dan angkatan tentera bersedia di kawasan pantai.
Perjalanan Granma menemui kegagalan besar. Kapal tersebut terlalu kecil dan tidak selamat bagi sebuah kumpulan seramai 82 orang. Kebanyakan mereka mengalami kesakitan laut dan tidak terdapatnya ubat yang Che dapat mengagihkan. Dia sendiri mengalami kesakitan – dia tertinggal ubat penyakit asma semasa persediaan menaiki kapal tersebut dan penyakit itu melumpuhkannya.
Celia Sánchez menunggu dengan senjata dan ahli-ahli lain di tempat yang dijanjikan. Selepas dua hari, dia menganggap bahawa rancangan itu dibatalkan, lalu meninggalkan kawasan tersebut. Apabila ekspedisi tersebut tiba, mereka mendapati bahawa kawasan Belic sebenarnya merupakan kawasan paya bakau. Mereka berpisah menjadi dua kumpulan, dan Celia Sánchez menunggu dengan senjata dan ahli-ahli lain di tempat yang dijanjikan. Selepas dua hari, dia menganggap bahawa rancangan itu dibatalkan, lalu meninggalkan kawasan tersebut. Apabila ekspedisi tersebut tiba, mereka mendapati bahawa kawasan Belic sebenarnya merupakan kawasan paya bakau. Mereka berpisah menjadi dua kumpulan, dan
Mereka semya letih apabila mereka tiba di sebuah kebun tebu di Alegría del Pío. Pembantu mereka, seorang petani tempatan, melarikan diri sambil pihak gerila itu berehat di tepi kebun. Pada pukul 4.30 petang, angkatan tentera menyerang dengan sokongan tentera udara. Che menggambarkan keadaan tenat mereka pada masa itu:
Semasa pertempuran bersenjata di Alegría del Pío, seorang komrad menjatuhkan kotak peluru di kaki saya- ia terlalu lambat bagi peluru, saya berkata... Buat kali pertama, saya menghadapi dilema memilih di antara dedikasi saya kepada bidang perubatan dan tugas saya sebagai seorang askar revolusioner. Di kaki saya terdapat sebuah kotak perubatan dan sebuah kotak peluru. Kedua-duanya terlalu berat untuk diangkat. Saya memilih untuk mengangkat peluru... Kemudian saya merasai pukulan hebat pada dada saya. Saya pasti saya sudah meninggal dunia.
Dalam diari-nya, Che berkata, ‘Saya kehilangan harapan selama beberapa minit.’ Ketika itu tidak diterbitkan dalam Ingatan:
Almeida mendesak saya untuk bergerak. Kapal-kapal ringan berterbang di udara. Adegan itu sungguh menjijikkan – seorang gerilero mencuba bersembunyi di sebalik dahan tebu, seorang lagi mendesak kami berdiam diri berhadapan dengan keriuhan...
Apabila kami tiba di sesuatu hutan kecil, kami berjalan kaki sehingga waktu malam, kemudian tidur bersama. Kami diserang nyamuk, diseksa oleh kedahagaan dan dikejami oleh kelaparan.
Ini merupakan baptisme api Tentera Pemberontak – pada 5hb Disember 1956. 50
Beberapa hari seterusnya seolah-olah mimpi ngeri. Mereka yang masih hidup berkeliaran di kawasan desa sambil dikejar angkatan tentera. Kumpulan Che seramai lima orang terus bergerak – mereka hanya mempunyai sedikit air atau makanan. Mereka berasa, dia berkata, ‘seperti tikus dalam perangkap.’ Pada 13hb Disember, seorang petani bersimpati menjemput mereka dan mereka memendamkan kelaparan buat kali pertama dalam masa lebih seminggu – tetapi mereka terlalu memendamkan kelaparan. Setiap satu dalam kumpulan mereka (kini terdapatnya lapan orang) dijangkiti penyakit.
Sedikit demi sedikit, mereka mendapat tahu apa yang telah berlaku, walaupun maklumat susah diperolehi. Beberapa ahli dari kumpulan Granma dibunuh semasa pertempuran awal atau selepas penahanan mereka. Beberapa berjaya melarikan diri, termasuk Fidel.
Daripada 82 orang yang menaiki Granma, hanya 19 masih hidup. Lapan orang lagi bakal menyertai mereka kemudian. Dalam adegan menarik, buku paling terkenal mengenai kempen gerila tersebut dan permulaannya yang kurang baik adalah Dua Belas Orang oleh
Carlos Franqui. 51 Mengapa dua belas? Ia adalah mustahil untuk mengetepikan unsur-unsur keagamaan, serta mitos yang dikaitkan dengan ahli-ahli revolusioner itu. Buku itu diterbitkan selepas kejayaan revolusi Kuba (1960). Ia memberitahu kita bagaimana Castro menginginkan dirinya dilihat di Kuba baru, sebagaimana dengan peristiwa-peristiwa semasa perang gerila tersebut.
Pada 21hb Disember, kumpulan Che bersatu semula dengan Fidel. Tetapi ia bukanlah perjumpaan gembira. Fidel sangat marah kerana kumpulan Che kehilangan semua senjata mereka. Ia merupakan reaksi kurang sopan, dan Che dihampakan olehnya, terutama sekali selepas Castro mengambil pistolnya dan menggantikannya dengan senapang usang – pemaluan yang dimaksudkan. Namun, kehormatan Che yang disakiti tidak merosakkan kesetiaannya terhadap Fidel. Ia merupakan contoh makismo degil Fidel. Tetapi ia mungkin juga merupakan cara menyembunyikan kegagalan rancangan serangan pertama.
Ketibaan Granma merupakan kegagalan besar, dan pemberontakan Santiago, walaupun berani, merupakan tindakan terpulau dan minoriti. Gerakan 26hb Julai memiliki penyokong dan penaruh simpati di seluruh pulau Kuba, tetapi mereka tidak mempunyai hubungan dengan kesatuan-kesatuan pekerja atau pertubuhan-pertubuhan lain di luar bulatan mereka. Namun, Fidel mungkin mengharapkan sesuatu kebangkitan umum oleh rakyat. Kini, sisa- sisa kumpulannya mula mendirikan semula hubungan dengan Celia Sánchez dan penyokong-penyokong lain. Namun, ia jelas bahawa strategi bagi perang gerila berlanjutan perlu diutarakan.
Mana-mana kumpulan gerila (atau foko, seperti yang dihuraikan oleh Che) dapat hidup tanpa sokongan gerakan bandar. Hubungan di antara gunung (sierra) dan dataran (llano) berada di hati perdebatan-perdebatan politik yang mengikuti pada tahun-tahun seterusnya – paling sekali, dalam perdebatan mengenai bahagian yang perlu memimpin gerakan tersebut.
Namun, buat masa itu, kumpulan tersebut berjaya melalui Tahun Baru 1957. Fidel ingin meninggalkan tanda – dan menunjukkan dengan cara besar bahawa mereka berjaya menyemalatkan nyawa selepas ketibaan Granma. Pada 17hb Januari, peluangnya muncul.
Chicho Osorio merupakan seorang tuan politik tempatan yang terkenal. Menjumpai diri mereka pada ladangnya, pihak gerila itu menyerang pengawal-pengawal Osorio dan membunuh Osorio yang dibenci itu. Ia bukanlah operasi yang berlaku dengan sempurna. Pin pada dua bom tangan gagal dipelaskan, dan bahan letupan lain tidak berjaya diletupkan. Namun demikian, pihak gerila itu masih hidup dan membuat kenyataan pertama. Dari segi
retrospek, manual-manual Che memberikan impresi keputusan taktik yang sempurna. 52 Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu pasukan yang dilatih atau diatur dengan baik. Pada tahap ini, peristiwa-peristiwa sedang berlaku dengan tidak terkawal, dan kebanyakan kejayaan mereka disebabkan oleh nasib baik.