La Sierra y el Llano: Gunung dan Dataran
VII. La Sierra y el Llano: Gunung dan Dataran
Kumpulan itu terus bergerak, dikejar oleh angkatan tentera. Pada tahap ini, kerisauan utama Che merupakan aktiviti penasihat, atau chivatos, yang memberikan angkatan tentera maklumat mengenai gerak-geri kumpulan gerila tersebut. Aktiviti mereka memaksa pihak gerila tersebut terus bergerak dan sentiasa menghadapkan mereka dengan kebahayaan, dan Che sangat membencikan mereka. Semasa konfrontasi dengan tentera Batista beberapa hari selepas itu, Che membunuh buat kali pertama. Mendengar bahawa seorang yang melarikan diri dari kumpulan mereka telah diseksa dan dibunuh oleh angkatan tentera, Che mengulas
bahawa ia ‘sedih tetapi memberi pelajaran.’ 53 Apabila Eutimio Guerra, yang menganiayi kumpulan itu, ditangkap, ia merupakan Che yang membunuhnya dengan tembakan pistol. Tulisannya mengenai pembunuhan tersebut dipenuhi dengan sesuatu keghairan moral, tetapi dia tidak meluahkan kesakitan hati mahupun rasa kesal. Segalanya menunjukkan bahawa Che sedang mengalami perubahan-perubahan psikologi penting:
Ernesto Che Guevara kini sedang berperang, mencuba mereka sesuatu revolusi, hasil daripada
lompatan kepercayaan. 54
Pemuda yang cuai kini menjadi lebih gigih, lebih berani dan berdisiplin, yakin bahawa sebuah pasukan perjuangan perlu menyemai disiplin dalaman tegas. Walaupun dia mengamalkan peraturan tegas pada dirinya sendiri, ketegasan dan tumpuan pada regimentasi dalaman ini dapat ditafsir dalam dua cara. Antara ia merupakan bukti kelemahan pasukan ini yang bergantung, akhirnya, pada petani-petani terpulau dengan tradisi politik lemah, atau ia merupakan tanda tekanan Che pada kualiti-kualiti ketenteraan dan bukannya keyakinan politik dalam tentera gerila. Anderson menggambarkannya sebagai sesuatu ‘Calvinisme,’ sesuatu wawasan dunia hitam-putih yang tidak dapat menerima perubahan pendapat atau kekaburan, tidak dapat menerima seseorang yang duduk di atas pagar.
Walaupun Che sudah menduduki tempat penting dalam arena ketenteraan, dia belum menjadi sebahagian daripada kepimpinan politik Gerakan 26hb Julai. Diari dan tulisannya dari fasa perjuangan ini bertalun dengan semangat moral dan tekanan pada keberanian dan pengorbanan. Bertentangan dengan itu, dia tidak merujuk kepada gerakan lebih luas pada pulau tersebut mahupun kepada persoalan-persoalan strategik yang ia perlu menghadapi. Dia tidak mempunyai hubungan bebas dengan unsur-unsur pembangkang yang lain kecuali melalui Fidel dan Raúl, dan dia tidak menunjukkan pengetahuan mendalam mengenai hubungan dan ketegangan rumit dalam gerakan tersebut.
Realitinya adalah bahawa dalam wawasan Che mengenai perang revolusioner – sesuatu peperangan yang diutarakan oleh golongan revolusioner bagi pihak rakyat – keadaan gerakan pekerja atau tentangan di kawasan bandar bukanlah isu penting. Dalam pandangan Che, hati perjuangan berada dalam perjuangan gerila di kawasan pergunungan – la sierra. Apabila sejarah perjuangan-perjuangan pra-revolusioner ditulis selepas tahun 1959, kepentingan pergunungan dianggap sebagai isu utama. Namun, pada minggu-minggu awal 1957, apabila pihak gerila masih merupakan kumpulan yang terurai, dikejar dan diburu oleh angkatan tentera, sesuatu pertempuran politik dalam gerakan tersebut sudah bermula di bawah permukaan.
Pada satu tahap, perdebatan tersebut menyoal siapakah yang patut memimpin gerakan itu – pihak gerila di bawah Fidel, atau gerakan bandar, atau Directorio, atau pihak Komunis. Lebih penting lagi, ia menyoal siapakah yang patut menerajui perang gerila – sememangnya, siapakah pihak gerila, di samping sebuah kumpulan kecil yang tiba dari kapal Granma? Adakah tentera gerila sebuah militia kelas pekerja, terdiri daripada pekerja yang bersenjata dan teratur? Adakah ia merupakan kuasa yang menarik bersama pekerja-pekerja pertanian (dan di Kuba, ini bermakna, secara umumnya, pemotong tebu) dan petani kecil untuk Pada satu tahap, perdebatan tersebut menyoal siapakah yang patut memimpin gerakan itu – pihak gerila di bawah Fidel, atau gerakan bandar, atau Directorio, atau pihak Komunis. Lebih penting lagi, ia menyoal siapakah yang patut menerajui perang gerila – sememangnya, siapakah pihak gerila, di samping sebuah kumpulan kecil yang tiba dari kapal Granma? Adakah tentera gerila sebuah militia kelas pekerja, terdiri daripada pekerja yang bersenjata dan teratur? Adakah ia merupakan kuasa yang menarik bersama pekerja-pekerja pertanian (dan di Kuba, ini bermakna, secara umumnya, pemotong tebu) dan petani kecil untuk
Perang gerila tersebut bakal diperjuangkan di kawasan Sierra Maestra, sesuatu kawasan pergunungan di mana askar Batista dihadkan dalam gerakan mereka dan dalam balasan mereka terhadap tindakan gerila. Para penghuni kawasan tersebut secara umumnya merupakan petani miskin yang terpulau dan yang berjauhan, dari segi fizikal dan sosial, dari pusat-pusat tindakan kolektif di kawasan bandar atau ladang-ladang besar. Mereka sememangnya membencikan rejim Batista, yang bagi mereka mewakili kuasa ahli-ahli politik tempatan dan kerajaan pusat yang tidak menawarkan mereka sokongan padu. Dalam tangan sebelah, apabila ia menjadi jelas, mereka sama sekali tidak diyakinkan secara automatik oleh kumpulan gerila tersebut – dan seringkali menakuti tindakan balas kerajaan jika hubungan mereka dengan pihak pemberontakan didedahkan.
Dari segi lain, perdebatan mengenai fokus perjuangan pada llano – iaitu, kawasan dataran, tetapi juga merujuk kepada kawasan bandar – atau sierra, sebenarnya merupakan perdebatan mengenai pihak yang patut memimpin perjuangan menentang Batista. Sesuatu rancangan demi merampas kuasa sememangnya mengandungi, dalam satu benttuk atau bentuk yang lain, benih-benih sesuatu jenis masyarakat lain yang akan bangkit apabila dan jika kuasa dirampas.
Berita bahawa seorang wartawan Amerika, Herbert Matthews, yang bekerja dengan majalah Life , ingin menemuramah Fidel berlaku pada masa baik – dan Fidel menggunakan peluang tersebut dengan penuh.
Masa temuramah tersebut, pada bulan Februari 1957, berlaku pada masa yang sama dengan perjumpaan pertama di antara direktorat Gerakan 26hb Julai dan Fidel sejak pendaratan Granma.
Realitinya adalah bahawa Fidel mungkin hanya mempunyai 17 pejuang gerila pada masa itu. Sambil kehadiran mereka di kawasan pergunungan merupakan pengetahuan umum, kesan ketenteraan mereka bukanlah besar. Di kawasan bandar, M-26-J memiliki sedikit sokongban, tetapi kegagalan kebangkitan di Santiago hanya tiga bulan sebelum itu mendedahkan betapa kecilnya gerakan tersebut – dan betapa ia bergantung kepada para pelajar. Ia belum berjaya,
pada masa itu, untuk memenangi sokongan di kalangan pertubuhan-pertubuhan pekerja. 55
Pada pagi 17hb Februari, Herbert Matthews dibawa ke kem Fidel. Persediaan rapi dibuat untuk memberikan Matthews impresi yang baik mengenai Gerakan 26hb Julai. Misalnya, semasa temuramah tersebut, seorang pejuang menyampaikan mesej dari sebuah kolum gerila (yang palsu). Fidel juga enggan memberikan gerakan tersebut apa-apa label politik. Apabila wartawan tersebut bertanya jika Fidel merupakan seorang anti-imperialis, Fidel mengelakkan soalan tersebut. Matthews dikagumkan:
Karenah lelaki itu sungguh mempengaruhi. Ia adalah mudah untuk melihat bahawa penyokongnya memuja dirinya dan juha untuk melihat mengapa dia telah menangkap imaginasi pemuda-pemudi Kuba di seluruh pulau tersebut... Rancangannya adalah kabur dan diutarakan dari segi umum, tetapi ia dapat disamakan dengan rancangan baru bagi Kuba,
sesuatu rancangan radikal, demokratik dan maka anti-Komunis. 56
Ia merupakan serangan publisiti yang baik menentang Batista, yang telah mengumumkan kematian Castro dan penghancuran tentera gerila beberapa kali pada hari-hari sebelumnya. Earl T. Smith, duta AS dan sekutu Batista, sememangnya marah dengan laporan-laporan Life. Ia seolah-olah menunjukkan sokongan yang semakin lemah bagi sahabat-sahabat
kepentingan AS di Kuba. 57
Che tidak hadir semasa temuramah Matthews dan tidak sedar bagaimana Fidel ingin menggunakan ketika tersebut. Ini mungkin menghairankan, kerana peranan penting yang Che bakal memainkan dalam revolusi sebelum dan selepas penumbangan Batista. Dan dia sememangnya merupakan doktor ekspedisi tersebut – fungsi yang penting. Dalam tangan sebelah, dia bukanlaj seorang ahli direktorat kebangsaan. Mungkin dia masih membayar bagi apa yang Fidel menganggap sebagai kesilapan penting di Alegría del Pío? Penjelasan yang lebih munasabah mungkin dijumpai dalam persimpangan politik di mana M-26-J kini menjumpai dirinya, sesuatu persimpangan di mana Fidel ingin membuktikan kepimpinannya ke atas revolusi tersebut.
Che merekodkan dalam diari-nya bahawa ia adalah pada masa ini yang dia berjumpa dengan pemimpin-pemimpin utama dalam Gerakan 26hb Julai 58 buat kali pertama – peguam Armando Hart, Frank País, Haydée Santamaría, yang menyertai serangan Moncada dengan abangnya (yang dibunuh semasa serangan tersebut), 59 Vilma Espín, bakal isteri Raúl Castro, dan juga Celia Sánchez. Kesemua mereka berasal dari gerakan pelajar. Dalam diari-nya yang belum diterbitkan, Che meluahkan kerisauan dengan latarbelakang kelas menengah mereka. Dia juga terkejut dengan wawasan politik terhadap kebanyakan daripada mereka. Mereka
bersifat anti-Komunis dan nasionalis – tetapi bukannya sosialis atau revolusioner. 60
Perjumpaan direktorat kebangsaan berterusan sehingga hari seterusnya. Frank País menyokong pembinaan gerakan perjuangan di bandar dan mencadangkan agar Fidel menyusuli temuramah Matthews dengan lawatan perpaduan di luar Kuba. Faustino Pérez menyokong pembukaan medan pertempuran kedua di Escambray. Ia bukanlah mustahil juga bahawa Raúl sedang membina hubungannya dengan pihak Komunis dan mungkin menyokong perkembangan hubungan-hubungan ini sebagai sesuatu yang penting.
Matthews memang tepat mengenai karenah Castro yang karismatik. Menjelang akhir perjumpaan direktorat tersebut, Fidel telah mengajukan wawasan politik peribadi. Pembinaan tentera pemberontak akan diberikan keutamaan, dan laungan akan disuarakan demi penubuhan sesuatu ‘pemberontakan awam’ yang akan berfungsi sebagai sokongan bagi pejuang gerila, dari segi materialis dan dengan tindakan-tindakan sabotaj. Manifesto Fidel mendakwa bahawa tentera pemberontak semakin membesar – ini tidaklah betul. Sebenarnya, hukuman zalim yang dikenakan ke atas sesiapa yang membantu tentera gerila memulaukan tentera tersebut daripada petani tempatan. Namun, imbangan politik dalam pemberontakan tersebut semakin menyebelahi Castro selepas mesyuarat tersebut, dan tidak menyebelahi wakil-wakil bandar seperti Carlos Franqui, iaitu penyunting jurnal Revolución (pihak yang Che menyifatkan sebagai ‘anti-Komunis’). Apabila Franqui menerbitkan sesuatu manifesto pada hujung bulan Februari yang menggambarkan gerakan tersebut sebagai ‘demokratik, nasionalis dan sosialis,’ Castro dengan laju menafikan gambaran tersebut. Franqui juga meluahkan kerisauannya pada masa itu bahawa Fidel semakin menjadi seorang ketua tanpa
cabaran – seorang caudillo dalam bahawa politik Amerika Latin. 61
Peristiwa-peristiwa pada awal bulan Mac mengukuhkan struktur-struktur kepimpinan. Pada 13hb Mac, kegagalan usaha membunuh Batista menghancurkan Directorio, dan kematian pemimpinnya, Echevarría, menyingkirkan cabaran terbesar terhadap sokongan Castro di kalangan pelajar dan pemuda.
Fidel menarik diri ke kawasan Sierra Maestra. Che memulakan perjalanan tersebut dengan Fidel, tetapi menjelang akhir bulan Februari, penyakit asma semakin melumpuhkannya. Keputusan diambil bahawa dia patut menunggu ahli-ahli baru dari kawasan bandar, serta bekalan adrenalin yang baru. Tentera pemberontak tersebut kini mencapai 80 ahli. Jelasnya, temuramah Matthew yang baru sahaja diterbitkan, dan yang mengutarakan kontroversi, bertindak sebagai sarjan keahlian. Begitu juga dengan penumbangan Directorio. Lebih-lebih lagi, Frank País dan Armando Hart, ketua-ketua utama dari gerakan bandar, dipenjarakan selepas kegagalan melepaskan bom di Camaguey.
Apabila kumpulan-kumpulan Che dan Fidel berjumpa sekali lagi, Fidel mengkritik Che kerana gagal menaklukan ahli-ahli bandar yang baru dan pemimpin mereka, Sotús, di bawah arahan Che. Meskipun usaha Raúl untuk meyakinkan abangnya bahawa Che patut diberikan peranan politik yang penting, Fidel mengetepikannya sekali lagi.
Namun, Che tidak membantah. Dalam dunia wira dan keyakinan moral serbe berubah yang didiami olehnya, setiap pengamalan arahan Fidel mengutarakan kehormatan baru dalam diri Che. Bertentangan dengan itu, dia sangatlah kritikal terhadap pejuang-pejuang bandar dari Directorio. Mungkin Anderson adalah tepat untuk mencadangkan bahawa bagi Che, yang sehingga itu merupakan seorang individualis radikal, apa yang penting pada ketika ini adalah kumpulannya, persahabatan sekumpulan pemberontak. Walaupun Che sedang memperkembangkan pandangan politik umum, ia juga jelas bahawa pentafsirannya mengenai peristiwa-peristiwa merupakan pentafsiran moral. Tanda ukurannya adalah kesetiaan, keberanian, ketulusan dan kesediaan teknikal. Dia tidak memiliki kelicikan dan kemampuan menyesuaikan diri yang menandakan kerjaya politik Fidel. Namun, kesan kualiti-kualiti peribadi Che pada orang lain membangkitkan balasan yang sama dari mereka. Walaupun Fidel bersikap angkuh terhadapnya, komrad-komradnya yang lain sangat menyayangi doktor Argentina yang menghisap rokok agar mengelak digigit nyamuk, dan yang janggutnya (kini diwajibkan bagi ahli revolusioner) tidak pernah melepasi tahap nipis.
Namun, ia adalah jelas bahawa Che dan Fidel bersetuju mengenai taktik yang kini patut diikuti oleh tentera gerila tersebut. Dalam buku panduannya bagi ahli gerila – Perjuangan Gerila – Che mengutarakan konsep ‘propaganda bersenjata.’ Tindakan-tindakan tentera pemberontak, di tempat pertama, bukanlah direka untuk mencapai kejayaan ketenteraan serta-merta, tetapi sebaliknya untuk melemahkan dan melumpuhkan semangat kuasa-kuasa kerajaan dengan mendedahkan kelemahan mereka. Sememangnya, sifat lain daripada taktik ini adalah penghormatan dan penyanjungan kejayaan-kejayaan pihak pemberontak – penciptaan mitos kekuatan, dan gerak-geri bijak lagi sesuai.
Jika pihak pemberontak ingin memunasabahkan reputasi mereka, sesuatu tindakan bersenjata kini diperlukan. Pada 28hb Mei, enam pemberontak dibunuh semasa serangan ke atas berek tentera di Uvero. Pada suatu ketika, Che, yang merasakan bahawa serangan itu tidak akan berjaya, berdiri dan berlari sambil menembak senapangnya, lalu bersuara, ‘Kami mesti berjaya.’ Tindakan kurang bijak dan sifat spontan ini memenangi kehormatan dan pengesahan Fidel. Che dibenarkan mengetuai perjalanan pihak yang tercedera, sambil Fidel sekali lagi menarik diri ke kawasan pergunungan. Kumpulan Che bergerak dengan sangat perlahan-lahan, dan penduduk tempatan kurang yakin untuk membantu gerila yang tercedera.
Apabila Fidel dan Che berjumpa sekali lagi pada 17hb Julai, Che terpaksa berhadapan dengan realiti buruk. Sekali lagi, pragmatisme Castro bercanggah dengan idealisme dan keyakinan yang memberikan Che semangat untuk berjuang. Sambil Che bergerak dengan perlahan-lahan, Fidel sedang berbincang dengan dua wakil dari parti Ortodoxo lama, yang dia pernah menyertai. Salah seorang daripada mereka merupakan Raúl Chibas, abang Eduardo yang telah meninggal dunia; yang satu lagi adalah Felipe Pazos, bekas gabenor Bank Nasional Kuba. Sebenarnya, Castro sudah menandatangani dan menerbitkan perjanjian dengan mereka sebelum pilihanraya presiden tahun 1958.
Ia merupakan perjanjian dengan sesuatu kumpulan ahli politik sayap kanan. Che tidak memercayai ‘prima donna gerakan’ itu, dan dengan betul – dia meragui perlibatan mereka dengan Gerakan. Mereka sememangnya menentang Batista, tetapi bagi sebab-sebab oportunistik tersendiri. Mereka tidak dapat dianggap sebagai sekutu politik sesuatu gerakan revolusioner, sekurang-kurangnya tidak selepas ketika itu. Diari Che merekodkan perbincangan-perbincangan panjang dengan Fidel, yang meyakinkannya bahawa dia ingin menghasilkan sesuatu ‘dokumen militan benar’ yang dihalang oleh ‘otak-otak zaman batu’ Ia merupakan perjanjian dengan sesuatu kumpulan ahli politik sayap kanan. Che tidak memercayai ‘prima donna gerakan’ itu, dan dengan betul – dia meragui perlibatan mereka dengan Gerakan. Mereka sememangnya menentang Batista, tetapi bagi sebab-sebab oportunistik tersendiri. Mereka tidak dapat dianggap sebagai sekutu politik sesuatu gerakan revolusioner, sekurang-kurangnya tidak selepas ketika itu. Diari Che merekodkan perbincangan-perbincangan panjang dengan Fidel, yang meyakinkannya bahawa dia ingin menghasilkan sesuatu ‘dokumen militan benar’ yang dihalang oleh ‘otak-otak zaman batu’
Realitinya adalah bahawa Gerakan tersebut di kawasan bandar telah mengalami siri kekalahan. Carlos Franqui dipenjarakan dan, dari rangkaian bandar, hanya Celia masih bebas selepas pemenjaraan País dan Hart. Dalam masa beberapa minggu, pemimpin Gerakan 26hb Julai di kawasan bandar, Frank País, telah meninggal dunia.
Mungkin inilah yang meyakinkan Che untuk menerima apa yang kemudiannya dinamakan Perjanjian Miami dengan Chibas dan Pazos. Dia masih tidak gembira mengenainya. Tetapi sebab-sebabnya bercanggah dari beberapa segi. Sambil dia menentang, dari segi prinsio, apa- apa perjanjian dengan ahli politik korupse atau liberal, dia juga terkejut dengan kesediaan Fidel untuk mengabaikan benda-benda penting dalam rancangan agar menggembirakan mereka. Syarat reformasi pertanian, misalnya, kini digubah untuk meliputi hak gantirugi bagi tuan-tuan tanah – konsesi jelas kepada sekutu-sekutu Fidel yang baru. Che cukup mengenali karenah para petani untuk memahami bahawa ini tidak dapat memenangi sokongan mereka.
Dalam tangan sebelah, dia menyamakan politik bandar (llano) dengan reformisme dan politik gerila di pergunungan (sierra) dengan revolusi. Che berucap mengenai bandar seperti sesuatu kawasan yang tidak dapat dibezakan. Sebenarnya, penafian perjuangan bandar olehnya mengetepikan kesatuan-kesatuan pekerja dan juga para pekerja. Namun, sierra bukanlah sama dengan desa Kuba, di mana sebuah kelas petani dan pekerja pertanian mungkin dilihat sebagai dasar alternatif bagi gerakan revolusioner. Bahagian-bahagian masyarakat Kuba ini juga menetap di kawasan ‘dataran’ (llano). Che (dan Fidel) memaksudkan kawasan Sierra Maesta yang lebih terpencil – sesuai bagi strategi pemburuan ketenteraan, tetapi bukannya kawasan di mana penduduknya yang tersurai dan terpulau dapat membina sebuah gerakan sosial. Strategi yang Che dan Fidel memiliki bersama mengutarakan sesuatu perang gerila yang diamalkan oleh kumpulan-kumpulan pejuang geril yang kecil, dan bukannya oleh rakyat yang mereka mendakwa diri mereka menyokong.
Selepas pembunuhan País, Che mula bersurat dengan ‘Daniel’ (René Lamos Latour), yang menafikan dengan marah pandangan lemah Che mengenai pertempuran di kawasan ‘dataran.’ Bagi Che, ia merupakan ahli revolusoner yang membina revolusi dalam nama dan bagi pihak rakyat. Daniel membalas bahawa, walaupun usaha di bandar tidak menawarkan peluang-peluang kewiraan, mereka yang menyokong pihak gerila di kawasan bandar tidak kurang berani. Tetapi dia tidak mencabar pandangan Che dari segi politik.
Terdapatnya sebab-sebab jelas dalam latarbelakang Che untuk menjelaskan penyingkiran kelas pekerja dan petani kecil kepada kedudukan menyokong gerila. Sememangnya, ia merupakan salah satu titik persetujuan di antara Fidel dan dirinya apabila mereka berjumpa di Meksiko. Permusuhan Fidel terhadap tradisi politik sosialis yang berakar dalam kuasa pekerja adalah jelas dan didokumentasi dengan baik (Che menggambarkannya sebagai ‘anti- Komunisme’).
Maka dalam satu tangan, Che meletakkan dirinya bersama dengan Raúl Castro (pemimpin yang paling rapat dari Gerakan 26hb Julai dengan Parti Komunis) dalam kritikannya terhadap Perjanjian Miami. Dalam tangan sebelah, alternatifnya merupakan idealisme revolusioner dan ketulusan moral, dan bukannya usaha dengan kuasa-kuasa sosial lebih luas yang dapat membina revolusi. Dia masih menghormati dan menyanjung Fidel kerana sebab itu.
Pada 21hb Julai, Che akhirnya dijadikan ‘komadante’ – walaupun kenaikan pangkat tersebut dicemar oleh fakta bahawa Raúl dijatuhkan pangkat menjadi leftenan bagi sebab-sebab yang kurang jelas, tetapi yang mungkin disebabkan oleh percanggahannya dengan Perjanjian Miami. Mungkin Fidel sedang mengatur semula buah-buah catur pada papan permainan.
Kini terdapatnya petanda bahawa Washington sedang bergerak menentang sekutu lama mereka, Batista – di mana kerajaannya yang zalim dan korupse jelas menjadi semakin memalukan, terutama sekali apabila alternatif politik mendapat wajah awam. Duta AS yang baru, Earl Smith, yang pernah menyokong Batista, kini membuat rujukan awam kepada penyeksaan oleh polis semasa kunjungannya ke seluruh pulau tersebut. Dan CIA membuka hubungan dengan pihak pembangkang. Pegawai-pegawai reformis dalam angkatan tentera laut, misalnya, sedang merancangkan rampasan kuasa di pelabuhan Cienfeugos, untuk berlaku seiras dengan tindakan-tindakan serupa oleh pihak pembangkan dalam angkatan tentera darat dan udara. CIA menjanjikan bantuan jika itu berlaku.
Lebih-lebih lagi, apa yang mengejutkan Che adalah bahawa Gerakan 26hb Julai juga berhubung dengan CIA. Frank País, sebelum kematiannya, telah berbincang dengan Fidel mengenai kemungkinan berjumpa dengan ejen-ejen CIA, dan wang sudah diterima oleh Gerakan tersebut dari agensi-agensi kerajaan AS. País juga mencadangkan struktur baru bagi Gerakan tersebut, yang akan memberikan setiap kawasan aktiviti perwakilan yang sama dalam kepimpinan. Namun, Fidel menganggap dirinya sebagai pemimpin tunggal dalam tentangan terhadap Batista – tentangan yang jelasnya sedang bertumbuh pada beberapa medan.
Serangan Cienfuegos berlaku pada 5hb September 1957. Tetapi kebangkitan seiras yang dijangka di Havana dan Santiago tidak berlaku dan Batista memusatkan kuasanya untuk menghancurkan pemberontakan tersebut. Penindasannya sangatlah kejam. Lebih kurang 300
ahli konspirasi dibunuh, dan ramai daripada mereka diseksa terlebih dahulu. 63 Balasan Batista sangatlah kejam sehingga beberapa daripada mereka di Washington melihatkan sebagai seseorang yang melemahkan kedudukan mereka. Kesan penindasan Cienfuegos dan kematian Frank País mengesahkan Fidel sebagai pemimpin pemberontakan tersebut.
Apakah pendirian Che pada ketika ini? Perdebatan dengan ‘Daniel’ memberikan jawapan jelas. Che bukan sahaja merupakan seorang gerila dan pengatur ketenteraan yang setia – dia juga merupakan seorang pemimpin politik Gerakan 26hb Julai, di mana pandangan dan kepercayaannya bertumbuh sieras dengan Fidel. Tetapi dia resah dengan perjanjian dan gerak-geri Castro dengan ahli-ahli politik sayap kanan, CIA dan Mafia Miami – dan dia
meluahkan keresahannya dalam diari-dairinya. 64 Dia sudah meluahkan kegementarannya dengan pihak ‘anti-Komunis’ dalam M-26-J. Namun, pihak ini berasal dari latarbelakang yang sama, dari segi politik, seperti Fidel dan berkongsi permusuhan yang sama terhadap Parti Komunis Kuba yang korupse dan tercemar. Menjelang masa ini, Che menganggap dirinya sebagai seorang Marxsis, dan memberikan pendidikan Marxsisme asas kepada rekrut-rekrut baru yang dia melatih. Ini sememangnya merapatkannya dengan Raúl Castro, yang, di antara kesemya pemimpin Gerakan, paling rapat dengan pihak Komunis. Namun, Che juga mengkritik sesuatu Komunisme yang telah menganiayai prinsip-prinsip paling asas – dan ketegangan ini akan menjadi lebih jelas sambil, pada tahun 1960-an, percanggahan dan penganiayaan Komunisme ‘rasmi’ di Eropah Timur didedahkan.
Dalam bidang politik serta kesetiaan revolusioner, Che sangatlah gagah. Tetapi baginya, alat perubahan revolusioner merupakan tentera pemberontak, dan caranya adalah melalui perang gerila. Maka, buku panduan Che bagi pejuang-pejuang pergunungan, iaitu Perang Gerila , bukan hanya sesuatu dokumen logistik atau ketenteraan – ia juga merupakan dokumen politik. Ia memperdebatkan bahawa perang revolusioner dapat dimenangi atau dikalahkan mengikuti tahap persediaan teknikal, kepandaian ketenteraan, dan paling sekali, disiplin dalam sel revolusioner atau foko. Ini menjelaskan fakta mengejutkan bahawa Che sangatlah tegas dengan pengikut-pengikutnya dan dengan sesiapa yang mengancam tujuan mereka, dengan sengaja atau tidak. Dia membunuh pemberi maklumat dan sesiapa yang melarikan diri, tetapi juga bersifay murah hati dengan tentera musuh. Ini merupakan balasan yang hanya dapat bangkit dari kos kehormatan ketenteraan.
Che memandang ke arah gerakan pekerja, pelajar dan pemberontak untuk menyokong dan membekalkan pihak gerila. Dia kini menggambarkan dirinya sebagai seorang Marxsis. Tetapi bagi Marx, revolusi merupakan ketika apabila kelas pekerja mencapai pembebasannya sendiri melalui tindakan kolektif. Ini tidak dapat dilihat dalam pandangan Che – atau dalam tulisan-tulisan politiknya – sebagaimana ia tidak dapat dilihat dalam ucapan atau manifesto politik Castro.