Kematian dan Kebangkitan Semula

XV. Kematian dan Kebangkitan Semula

Pada masa itu sebagaimana dengan sekarang, wajah Che Guevara merupakan lambang harapan revolusioner. Kematiannya, sambil ia menjadikannya sesuatu wira suci, membawa pelajaran-pelajaran politik yang hanya diterima oleh beberapa orang pada masa itu. Gambar mukanya yang kurus dan badannya yang bogel pada sebuah meja di Bolivia dihantar ke seluruh dunia. Ia merupakan ambang tahun 1968, tahun pemberontakan. 152

Di Kuba, 1968 diberikan nama sebagai penghargaan kepada Che – ‘Tahun Gerila Berwira.’ Wira yang mati itu menjadi mitos hidup. Kepentingan wajah Che digunakan untuk menyamakna Revolusi Kuba dengan gerakan-gerakan tahun 1968, dan untuk mencadangkan bahawa Kuba masih berada di pusat gerakan revolusioner global.

Ia juga adalah pada masa ini yang, mengambil kesempatan ombak simpati terhadap sebuah negara kecil yang terpulau dan menentang keganasan dengan berwira, Castro mengasaskan Kongres Akaliah pada hujung tahun 1967; hanya beberapa wakil menyedari bahawa apa yang mereka menyokong sudah tergelincir ke masa lalu... Dan pada tahun 1968, poster-poster Che di mana dia muncul sebagai nabi yang bergaya mula muncul. 153

Imej Che digunakan untuk menekan ideologi kolektif Revolusi Kuba yang masih memerlukan pengorbanan materialis dari para penduduk negara itu. Kepastian moral retorik Fidel mengiringi keraguan ekonomi sesuatu revolusi yang diserang. Tetapi Che sendiri telah meletakkan dasar bagi gabungan imej-nya dan kerajaan Kuba. Dari beberapa segi, terutamanya dalam tulisan-tulisan terakhirnya, Che telah meluahkan sesuatu pujaan terhadap Castro. Kini Castro menggunakan Che sebagai mitos untuk memunasabahkan dirinya dan untuk melambangkan usaha-usaha terakhir untuk mengekalkan sesuatu kebebasan dari Kesatuan Soviet.

Penuaian gula pada tahun 1969-1970 (Gran Zafra) merupakan usaha terakhir untuk mencapai lompatan ekonomi besar. Seluruh masyarakat dihantar ke ladang-ladang gula dalam nama usaha sukarela dan kesedaran sosialis pengorbanan yang Che telah mengajukan. Ia merupakan penuaian yang besar – tetapi ia sama sekali tidak mencapai sepuluh juta tan yang diperlukan untuk memberikan lebihan yang mungkin membolehkan pelaburan dalam sektor-sektor perindustrian. Menjelang tahun 1970, Castro telah menerima integrasi Kuba dalam sfera pengaruh Rusia. Pada dekad-dekad seterusnya, kehadiran Kuba di Afrika dibentukkan dan ditentukan oleh matlamat-matlamat polisi luar negara Soviet – meskipun retorik perpaduan yang mengiringi gerak-geri askar Kuba. Di pulau itu sendiri, tahap kehidupan yang agak baik digabungan dengan pengabaian apa-apa usaha mencapai kebebasan ekonomi. Janji demokrasi ditangguhkan buat selama-lamanya sambil kuasa dipusatkan dalam tangan sebuah kumpulan kecil di kepala kerajaan, iaitu dalam tangan parti dan angkatan tentera. 154

Sambil tekanan pada keinginan dan semangat revolusioner digantikan oleh pembahagian dalam terhad – di antara para pekerja, dan di antara birokrat dan pekerja, misalnya – utopianisme revolusioner Guevara kelihatan semakin kurang penting, dan memori Che tidak lagi menduduki tempat penting dalam dewan wira revolusi. Namun, ia meraih semula kedudukan penting apabila Kuba mendapati dirinya berhadapan dengan malapetaka selepas penarikan sokongan Eropah Timur pada tahun 1986, dan penumbangan seluruh blok Komunis pada tahun 1989. Castro menyedari bahawa kesusahan ekonomi akan mengikuti, dan bahawa pada masa krisis, rakyat tidak lagi akan menerima korupse, kekayaan segelintir dan kemiskinan ramai. Dan tidak terdapatnya alasan bagi ketidak-hadiran apa-apa demokrasi tulin apabila kemampuan untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan sendiri merupakan satu-satunya senjata yang para pekerja Kuba dapat menggunakan menentang kuasa-kuasa pasaran.

Bagi Castro, isu-nya merupakan keselamatan – keselamatan dirinya dan kerajaan Kuba yang menghadapi sekatan ekonomi AS. Demi tujuan ini, dia memulakan proses yang dia menamakan ‘pembetulan,’ dan sekali lagi mengutarakan hantu komradnya dari hari-hari Sierra Maestra:

Che Guevara melambangkan nilai-nilai yang memimpin ‘proses pembetulan.’ Rencana- rencana suratkhabar serta buku-buku muncul mengenai Che... Dalam ucapan yang menandakan tahun kedua-puluh sejak kematian Guevara, Castro mengulas bahawa negara itu sedang membetulkan segala-galanya yang menafikan idea-idea Che, gaya Che dan semangat Che. Castro berkata bahawa warga Kuba patut membetulkan perkara-perkara – dan terdapatnya pelbagai contoh – yang tidak mengikuti semangat revolusioner, usaha revolusioner, nilai revolusioner, keberkatan revolusioner dan tanggungjawab revolusioner. 155

Petikan-petikan dari Che pada papan-papan tanda besar didirikan di tepi lebuhraya dan dilukis pada tepi bangunan di Havana. Pengorbanan Vhe, wawasannya bagi masa depan yang berbeza dan kejujurannya dieksploitasi untuk menyembunyikan realiti masyarakat yang memasuki pasaran global dalam kedudukan lemah dan yang hanya dapat diimbangkan oleh lebih banyak pengorbanan materialis oleh rakyat. Namun, terdapatnya mereka yang menjadi lebih kaya dengan laju akibat proses ini.

Di sinilah sindiran cerita ini. Lambang perjuangan dan keberanian revolusioner ini digunakan oleh sebuah rejim zalim yang bertanggungjawab bagi kesilapan-kesilapan yang kini dikutuk dalam nama Che. Bagi mereka di Kuba yang telah mengalami realiti 50 tahun yang lalu, laungan-laungan demi pengorbanan ini kelihatan kosong, sambil mereka menunggu dalam barisan bagi lori-lori besar yang digunakan sebagai bas, sambil mereka dilalui di jalan raya oleh kereta Mercedes dan Toyota yang digunakan oleh kaum kaya.

Namun di luar Kuba, wajah Che telah lahir semula atau dijumpai semula oleh generasi baru yang ingin menciptakan sebuah dunia yang lebih baik, lebih berperikemanusiaan, lebih adil dan saksama. Che meluahkan pengutukan mereka terhadap pengeksploitasian dan peperangan. Che adalah janji mereka bagi sebuah dunia lebih baik yang akan datang.

Sememangnya terdapat beberapa pihak yang menjual wajah tersebut sebagai sesuatu gaya – sesuatu imej tanpa sejarah, tanpa kehidupan yang rumit dan bercanggah. Mereka adalah pembuat komoditi yang akan menggunakan setiap perluahan semangat manusia dan menjadikannya sesuatu barang yang dapat dijual. Vhe telah menjadi mangsa mereka juga.

Tetapi berjuta-juta orang yang memakai kemeja-T yang memaparkan wajah Che, atau kain selendang Zapatista, atau beret dengan bintang merah, sedang membuat kenyataan yang lain. Dalam kata-kata gerakan anti-kapitalis, ‘sebuah dunia lain adalah kemungkinan.’ Wajah Che tidak dimiliki oleh mana-mana kerajaan, tetapi dimiliki oleh gerakan yang telah menjumpainya semula. Kesedaran revolusioner yang dia melambangkan bukanlah sesuatu semangat keagamaan – revolusi tidak memerlukan nabi, tetapi memerlukan pejuang, di mana kehidupan mereka, kesilapan dan kesusahan mereka, adalah sebahagian daripada warisan yang mereka meninggalkan.

Revolusi akhirnya diciptakan oleh insan yang mengambil, dari masa lalu, pelajaran-pelajaran – baik atau buruk – yang akan membantu mereka untuk memahami dan meluahkan kuasa kolektif mereka untuk membina dunia sosialis.

Nota

1 Lihat Tony Cliff, State Capitalism in Russia (London: Bookmarks, 1996).

2 Lihat Tom Hayden (penyunting), The Zapatista Reader (New York: Penerbit Thunders Mouth/Buku Nation, 2002).

3 John Lee Anderson, Che Guevara: A Revolutionary Life (London: Penerbit Bentam, 1997), muka surat 21.

4 Paco Ignacio Taibo II, Ernesto Guevara, También Conocido Como El Che (Meksiko: Joaquín Mortiz, 1996), muka surat 27.

5 Dan dia sememangnya tepat – lihat Uki Goñi, The Real Odessa (London, Buku Granta, 2002).

6 Lihat buku bapa Che – Ernesto Guevara Lynch, Mi Hijo el Che (Havana: Arte y Literatura, 1998). Lihat juga Pierre Kalfon, Che: Ernesto Guevara, Une Légende du Siècle (Paris: Éditions du

Seuil, 1997), muka surat 39-41.

7 Lihat Anderson, muka surat 24-25, 30-31.

8 Bagi kajian menarik mengenai Peronism, lihat Daniel James, Resistance and Integration: Peronism and the Argentine Working Class (Cambridge: Penerbit Universiti Cambridge, 1998).

9 Lihat dokumen oleh pemimpin Parti Komunis, Vittorio Codovilla, dalam M. Lowy, Marxism in Latin America (New Jersey: Terbitan Humanities, 1992), muka surat 83-86.

10 Jorge Castañeda, Compañero (London, Bloomsbury, 1997), muka surat 33.

11 Kalfon, muka surat 61.

12 Tulisan Che mengenai perjalanan ini terkandung dalam Che Guevara, The Motorcycle Diaries (London, Fourth Estate, 1996). Lihat juga Alberto Granado, Con el Che Guevara

(Córdoba, 1995).

13 Dipetik dari Anderson, muka surat 62.

14 Lihat F. Diego García dan Oscar Sola, Che: Images of a Revolutionary (London, Terbitan Pluto, 1997), muka surat 30-31.

15 Taibo, muka surat 41 dan seterusnya.

16 Seperti yang dilakukan oleh Jean Cormier dalam Che Guevara (Paris: Gallimard, 1996), dan dicontohi secara umumnya oleh Matilde Sánchez dan tulisannya yang terkandung dalam

Che: Images of a Revolutionary.

17 Mengenai revolusi Bolivia, lihat James Dunkerley, Rebellion in the Veins (London: Verso, 1984). Mengenai kedudukan mineral dalam sejarah Amerika Latin, lihat Eduardo Galeano,

Open Veins of Latin America (London: Biro Amerika Latin, 1997), dan kajian Domitila Barrios

de Chungara mengenai kehidupannya dalam masyarakat-masyarakat perlombongan, Let Me Speak (London, Stage 1, 1978).

18 Che Guevara, Back on the Road (New York: Terbitan Grove, 2002), muka surat 17-18.

19 Castañeda, muka surat 64.

20 Anderson, muka surat 123.

21 ‘As an Afterthought,’ dalam The Motorcycles Diaries, muka surat 150-152.

22 Lihat Stephen Schlesinger dan Stephen Kinzer, Bitter Fruit (New York: Anchor, 1983). Mengenai peranan AS dalam Amerika Tengah secara umumnya, lihat karya Jenny Pearce,

Under the Eagle (London: Biro Amerika Latin), yang sangat baik.

23 Lihat Anderson, muka surat 122-123; dan Michel Lowy, Marxism in Latin America, muka surat 113-124.

24 Castañeda, muka surat 72.

25 Castañeda, muka surat 67.

26 Back on the Road, muka surat 67.

27 Back on the Road, muka surat 67.

28 Back on the Road, muka surat 78-79.

29 Back on the Road, muka surat 79.

30 Dipetik dari Anderson, muka surat 165.

31 Claudia Lightfoot, Havana (London: Biro Amerika Latin, 2002), muka surat 40.

32 Mengenai isu gula, lihat René Dumont, Cuba: Socialism and Development (New York: Terbitan Grove, 1970); Arthur McEwan, Revolution and Economic Development in Cuba

(London, 1981). Lihat juga James O’Connor, Origins of Socialism in Cuba (New York: Penerbit Universiti Cornell, 1970).

33 Filem Ken Loach, Land and Freedom, menggambarkan konflik ini dengan baik. Bagi kajian mutakhir, lihat karya Felix Morrow, Revolution and Counter-Revolution in Spain (New York:

Pathfinder, 1974).

34 Lihat K. S. Karol, Guerrillas in Power (London: Jonathan Cape, 1971), muka surat 81-98.

35 Mario Vargas Llosa baru-baru ini telah memberikan potret baik dan mengerikan mengenai Trujillo dalam buku ceritanya bertajuk The Feast of the Goat (London: Faber & Faber, 2001).

36 Fidel Castro, History Will Absolve Me (London: Jonathan Cape, 1968).

37 Anderson, muka surat 173.

38 Taibo, muka surat 93.

39 Castañeda, muka surat 85.

40 Lihat Lockwood, Castro’s Cuba, Cuba’s Fidel (New York: Macmillan, 1967), muka surat 143- 144.

41 Penghancuran kebangkitan pekerja Hungari pada tahun 1956 dan pemisahan di antara Rusia dan China pada tahun 1962 merupakan titik perubahan penting.

42 Anderson, muka surat 178.

43 Mereka menandatangani perjanjian di Meksiko pada bulan September 1956, menurut Taibo, muka surat 119.

44 Castañeda dan Hugh Thomas dalam The Cuban Revolution (London: Weidenfeld, & Nicolson, 1986) di antara yang lain.

45 Lihat E. Bayo, Mi Aporte a la Revolución Cubana (Havana: Imp Ejército Rebelde, 1960).

46 Taibo, muka surat 107-110.

47 Taibo, muka surat 109.

48 Taibo, muka surat 115.

49 Dalam ini, seperti dengan pelbagai benda lain, Anderson memberikan alasan bagi Fidel: ‘Walau apa pun asal-usul wang itu, Fidel bertindak dengan bebas’ (Anderson, muka surat

204). Kemungkinan ini juga adalah benar apabila, dalam pandangannya, Fidel menerima wang CIA, seperti yang Tad Szule mengesahkan dalam biografinya mengenai Fidel, Fidel: A Critical Portrait (New York: Penerbit Monthly Review, 1986). Ini kelihatan bagi saya seperti kenyataan yang dapat dipersoalkan, dan penjelasan yang kurang baik. Paling buruk, ia mencadangkan bahawa Fidel menerima wang dari sesiapa. Paling baik, ia mempersembahkan Castro sebagai seorang ahli politik oportunistik sepenuhnya.

50 Dari Che Guevara, Reminiscences of the Cuban Revolutionary War (New York: Penerbit Monthly Review, 1998). Diari-diari ini diterbitkan di Havana pada tahun 1963. Tetapi

menurut Anderson (muka surat 213), ia merupakan versi diari Che yang ‘ditapis dengan berhati-hati’ – tanpa ulasan tajam yang dia membuat mengenai beberapa daripada komrad- nya yang kemudian menjadi tokoh penting di Kuba selepas revolusi.

51 Carlos Franqui, The Twelve (New York: Lyle Stuart, 1968). Sebelumnya bertajuk El Libro de los Doce.

52 Che Guevara, Guerrilla Warfare (New York: Penerbit Monthly Review, 1961).

53 Anderson, muka surat 231.

54 Anderson, muka surat 233.

55 Namun, terdapatnya sekumpulan ahli kesatuan pekerja aktif di Guantánamo, di antara mereka beberapa ahli Trotskyis yang bekerjasama dengan M-26-J. Lihat Gary Tennant, ‘The

Hidden Pearl of the Caribbean: Trotskyism in Cuba,’ Revolutionary History, Jilid 7, Nombor 3 (London: Penerbit Porcupine, 2000), terutamanya muka surat 175-183.

56 Dipetik dari Anderson, muka surat 245.

57 Hubungannya menjadikan Smith seorang wakil AS tercemar pada bulan-bulan Batista terakhir, dan maka dia digantikan. Dia menyuarakan pendapatnya mengenai perubahan

polisi AS terhadap Kuba dalam riwayat hidupnya, The Fourth Floor (New York: Random House, 1962). (Tajuk tersebut merujuk kepada tingkat empat Jabatan Dalam Negara, di mana jawatannya dapat dijumpai.)

58 Che Guevara, Episodes of the Cuban Guerrilla War (New York: Pathfinder, 1996), muka surat 129.

59 Kesusahan akan kematian abangnya tidak pernah meninggalkannya – ia mungkin merupakan salah satu sebab mengapa dia membunuh diri lebih 20 tahun selepas itu.

60 Lihat Anderson, muka surat 235.

61 Kalfon, muka surat 197. Franqui menulis sejarah penting mengenai perjuangan gerila tersebut, El Libro de los Doce, tetapi dia kemudiannya menentang pemusatan kuasa dalam

tangan Fidel dan menjadi salah seorang pengkritik Fidel yang paling tajam. Lihat karyanya, Family Portrait With Fidel (New York: Random House, 1985).

62 John Gerassi (penyunting), Veneceremos: Speeches and Writings of Ernesto Che Guevara (London: Weidenfeld dan Nicolson, 1968), muka surat 75.

63 Anderson, muka surat 280-281.

64 Keraguan yang dia meluahkan dan kritikan yang dia menyuarakan tidak muncul dalam versi diari-diairi yang disunting di Havana pada tahun 1963.

65 Bagi perspektif lain bagi zaman ini, lihat Gary Tennant, ‘The Hidden Pearl of the Caribbean: Trotskyism in Cuba.’

66 Rumusan Che bagi tahun ini terkandung dalam Episodes, muka surat 260-276.

67 Episodes, muka surat 267.

68 Lihat Bab 6.

69 Episodes, muka surat 273.

70 Dipetik dari Anderson, muka surat 319. Lihat ‘A Decisive Meeting,’ dalam Episodes, muka surat 316-322.

71 Lihat Kalfon, muka surat 212.

72 Seperti yang Earl T. Smith merungut dalam The Fourth Floor. Smith pada mulanya dihantar untuk mengutuk Batista – tetapi sifat anti-Komunis Smith lebih kuat daripada

tanggungjawab diplomatiknya, dan dia menjadi seorang penyokong nekad diktator tersebut.

73 Anderson, muka surat 324.

74 Castañeda, muka surat 122.

75 Kalfon, muka surat 223.

76 Taibo, muka surat 275.

77 Satu tanda jelas bagi ini adalah fakta bahawa Raúl Castro, yang paling rapat dengan PSP, diketepikan sejak itu.

78 Ini sangatlah berkontroversi. Pierre Kalfon, misalynya, berkata bahawa ‘Castro membantu Che,’ memberikannya masa untuk menyesuaikan diri (muka surat 239).

79 Anderson, muka surat 376.

80 Reinaldo Arenas, di mana riwayat hidupnya Before Night Falls (diterbitkan pada tahun 1992) bakal mewakili salah satu pengutukan paling kuat terhadap penindasan seksual dan

politik di Kuba, menggambarkan keghairahan dan kegembiraan hari-hari awal itu, yang dia politik di Kuba, menggambarkan keghairahan dan kegembiraan hari-hari awal itu, yang dia

81 Camilo Cienfuegos, yang dipilih untuk memimpin perarakan berjaya ke Havana, dibunuh semasa hempasan kapal terbang yang masih belum dijelaskan pada bulan Oktober. Seorang

tokoh popular, dia tidak pernah menjadi penting kepada mitos politik revolusi tersebut – dan dia sememangnya berasal dari latarbelakang politik yang sangat berbeza dari Che atau Fidel. Selepas kematiannya, Camilo terus diakui kerana peranan ketenteraannya – namun dia tidak hadir dalam ikonografi revolusi tersebut.

82 Ia kemudiannya menjadi daerah orang yang dinamakan ‘Janggut Merah,’ iaitu Manuel Piñeiro, salah seorang penindas paling penting dalam masyarakat baru.

83 C. Wright Mills, Listen, Yankee (New York: Ballantine, 1960).

84 Robert Scheer dan Maurice Zeitlin, Cuba: An American Tragedy (New York, 1963).

85 Guerrilla Warfare, muka surat 15. Lihat juga Michel Lowry, ‘Revolutionary Warfare,’ dalam The Marxism of Che Guevara (New York/London: Terbitan Monthly Review, 1973), muka surat

75-112.

86 Karl Marx dan Frederick Engels, The German Ideology (Moscow, 1964), muka surat 86.

87 Satu contoh ke mana perspektif ini menuju terdapat dalam perbincangan Jean Stubb mengenai peranan Fidel Castro dalam revolusi dalam bukunya, Cuba: The Test of Time

(London: Biro Amerika Latin, 1989), di mana dia memperkembangkan pelbagai alasan untuk menunjukkan bahawa populariti Castro adalah kemunasabahan yang mencukupi demi tahun-tahunnya dalam kuasa tanpa pilihanraya.

88 Castañeda, muka surat 147.

89 Bagi contoh lebihan, lihat rencana tahun 1965 Régis Debray, ‘Latin America: The Long March,’ dalam New Left Review, Nombor 33 (Julai-September 1965), muka surat 17-58.

90 Perbincangan ini dapat dijumpai dalam bentuk terperinci dalam René Dumont, Cuba: Socialism and Development (New York: Terbitan Grove, 1970). Saya berterima kasih kepada

Chris Harman kerana menjelaskan isu-isu ini, dan kerana membaca draf buku ini dengan terperinci dan cermat.

91 Dari ucapan yang Guevara membuat pada bulan Januari 1959, ‘Social Projections of the Rebel Army,’ dipetik dari Castañeda, muka surat 152.

92 Castellanos menjelaskan peristiwa ini dalam Hilda Barrio dan Gareth Jenkins, The Che Notebook (London: MG, 2003), muka surat 162-164.

93 Taibo, muka surat 360.

94 Kalfon (muka surat 270) memetik dari surat yang ditulis kepada ibunya semasa misi ini, di mana dia hanya berkata bahawa ‘Saya menyimpan dalam minda saya sesuatu tugas

bersejarah.’

95 Anderson, muka surat 468.

96 Sambil terdapatnya beberapa kajian terperinci mengenai zaman ini dari kedua-dua pihak yang bertelingkah, terdapatnya hanya beberapa kajian yang menusuk pandangan paranoid 96 Sambil terdapatnya beberapa kajian terperinci mengenai zaman ini dari kedua-dua pihak yang bertelingkah, terdapatnya hanya beberapa kajian yang menusuk pandangan paranoid

97 Tajuk ucapan yang dia menyampaikan pada 18hb Jun 1960, dicetak semula dalam Gerassi (penyunting), muka surat 144-167.

98 Perdebatan dan perbincangan di kalangan ahli sosialis mengenai isu ini telah menghasilkan kesusasteraan yang besar. Dalam tradisi sosialis revolusioner, karya Tony Cliff, State

Capitalism in Russia dan karya Nigel Harris, The Mandate of Heaven: Marx and Mao in Modern China (London: Quartet, 1978) adalah titik permulaan penting kepada persoalan-persoalan ini.

99 Castañeda (muka surat 178) memetik ini sebagai sebahagian daripada kumpulan dokumen di mana Che membentangkan sebab-sebab bagi pengasasan kem-kem buruh – sesuatu istilah

yang memiliki warisan ganas, iaitu memori kem-kem buruh Stalin di mana beribu-ribu ahli pembangkang dan mangsa-mangsa lain meninggal dunia pada tahun 1930-an. Seperti yang Castañeda menunjukkan dalam nota kaki, dokumen-dokumen ini masih didiamkan, dan tidak muncul dalam mana-mana koleksi tulisan Che. Anderson, bagi pihaknya, membincangkan Guanacahabibes dalam kajiannya, tetapi hanya sebagai sesuatu perkara kecil (muka surat 567).

100 Riwauyat hidup Reinaldo Arena, Before Night Falls, memberikan satu aspek atmosdera pada masa itu dan penindasan yang mengikuti dari perspektif seorang penulis yang

menjalinkan hubungan sesama seks. Filem Julian Schnabel mengenai buku ini mengandungi beberapa petikan dari PM. Lihat juga Ian Lumsden, Machos, Maricones and Gays (Philadelphia: Terbitan Universiti Temple, 1996).

101 Ia adalah penting untuk mengatakan, walauapapun, bahawa kadar buta huruf di Kuba sebelum 1959 sudah berada di antara yang terendah di rantau itu. Ini tidak menarik dari

kejayaan kempen tersebut.

102 Lihat Kalfon, muka surat 305-206. Wakil rasmi dari Kuba adalah Aníbal Escalante, yang bakal menjumpai dirinya dalam penjara Kuba, dituduh memimpin kumpulan pembangkang

menentang Castro.

103 Kalfon, muka surat 305.

104 Karya K. S. Karol, Guerrillas in Power, memberikan latarbelakang paling lengkap kepada hubungan Kuba dengan blok Komunis. Namun, satu peristiwa semasa perjalanannya bakal

membawa pengaruh yang tidak dijangka pada kehidupan Che. Di Jerman Timur, penerjemahnya merupakan seorang perempuan bernama Tamara Bunke. Setahun kemudian, dia mengunjungi Havana selepas dijemput oleh Armando Hart, walaupun dia mencadangkan bahawa dia memberikan jemputan itu bagi pihak Che. Apa yang jelas adalah bahawa Bunke bakal menjumpainya sekali lagi di Bolivia enam tahun selepas itu.

105 Kalfon, muka surat 307; Anderson, muka surat 495.

106 Bagi butir-butir terperinci, dari segi fiksyen tetapi penuh bermaklumat, lihat James Ellroy, The Cold Six Thousand.

Duta AS ke PBB, Adlai Stevenson, tidak diberitahu mengenai operasi tersebut dan mendakwa bahawa ia merupakan kapal udara Kuba. Ia kemudiannya timbul bahawa ia telah berlepas dari Nikaragua pada pagi itu.

108 Terbitan dan tulisan yang baru mengesahkan kesan kekalahan ini di Amerika Syarikat – dan Kalfon (muka surat 316) memperdebatkan bahawa ia membawa peningkatan campur

tangan AS di Vietnam dan merata-rata lagi.

109 Anderson, muka surat 523.

110 Taibo, muka surat 413.

111 Ia hanyalah selepas itu, apabila Rusia mengetepikan Kuba pada tahun 1986, yang Fidel berucap secara terbuka dan dengan ganas mengenai barangan perindustrian yang Kuba

menerima dari Eropah Timur.

112 Bagi kajian penuh mengenai krisis peluru berpandu Kuba, lihat Laurence Chang dan Peter Kornbluh (penyunting), The Cuban Missile Crisis (New York: Terbitan Baru, 1992); K. S. Karol,

Guerrillas in Power , muka surat 249-281; dan sememangnya filem Oliver Stone, Thirteen Days.

113 Castañeda, muka surat 229.

114 Saya melalui malam sebelumnya dengan tiga sahabat, mendengar rancangan radio Suara Amerika dan berbincang bagaimana kami ingin meluangkan hari terakhir di dunia. Ia

mungkin kelihatan bodoh pada masa ini, tetapi kami merupakan generasi yang dibesarkan di bawah awan ancaman nuklear yang mengancam dan menduduki mimpi kami.

115 Castañeda, muka surat 228.

116 Anderson, muka surat 587.

117 Lihat Kalfon, muka surat 362-375.

118 Dalam Gerassi (penyunting), muka surat 220-226.

119 Taibo, muka surat 468.

120 Dari ‘Guerrilla Warfare: A Method,’ dalam Gerassi (penyunting), muka surat 269.

121 Dalam Gerassi (penyunting), muka surat 275.

122 Sehingga pemiasahan China-Soviet pada tahun 1962, iaitu, apabila Beijing menggantikan Moskow sebagai ibu negara Komunisme sedunia bagi beberapa kumpulan.

123 Anderson, muka surat 616.

124 Castañeda (muka surat 249) menggambarkan perjumpaan di antara Che dan Carlos Franqui pada tahun itu. Franqui, iaitu penulis sejarah penting mengenai perjuangan gerila,

telah menjauhkan diri dari Fidel dan Che, dan bekerja di Paris. Tetapi Franqui merupakan seorang sahabat Ben Bella, dan itu memberikan peluang bagi perjumpaan di antaranya dan Che. Dia mengingati, ‘Che sedang mencari jalan lain. Dia mempertimbangkan keadaan Kuba sebagai keadaan yang susah.’ Sahabat-sajabat dan rakan sekerja Guevara dipetik sebagai sokongan bagi pandangan ini.

125 Namun demikian, seperti yang akan menjadi jelas selepas itu, perjanjian rasmi itu memainkan peranan penting dalam keputusan Che untuk mendirikan angkatan gerila

Bolivia.

126 Ini merupakan usaha ringkas dan skimatik untuk merumuskan perdebatan yang sangat rumit. Terdapatnya kajian yang lebih terperinci dalam Castañeda, muka surat 255-263, dan

Bette Ann Evans, The Moral Versus Material Incentives Controversy in Cuba (Pittsburg: Universiti Pittsburg, 1973).

127 Walaupun orang yang diberikan tanggungjawab bagi kementerian tersebut merupakan seorang rakan sekerjanya yang karib.

Taibo, muka surat 492-493. Namun, ia patut dinotakan bahawa Che bersetuju bahawa kesatuan-kesatuan pekerja patut berfungsi sebagai sebahagian daripada kerajaan.

129 Dokumen-dokumen ini hanya dilepaskan pada tahun 1994 dan dibincangkan oleh Castañeda, muka surat 274.

130 Taibo, muka surat 512.

131 Lihat Anderson, muka surat 621.

132 Che Guevara, Man and Socialism in Cuba (New York: Terbitan Pathfiner, 1978), muka surat

133 Man and Socialism in Cuba, muka surat 20.

134 Diari Afrika Che diterbitkan sebagai Che Guevara, The African Dream (London: Harvill Panther, 2000).

Anderson, muka surat 641. Oleh kerana pengaruh santería di Kubai, aitu idea-idea ajaib dan keagamaan yang berasal dari Afrika, ia adalah aneh bahawa dia bertindak dengan begitu dramatik.

136 Richard Gott, dalam pengenalannya kepada The African Dream, muka surat xxiii.

137 Gott, muka surat xxiii.

138 Barrio dan Jenkins, muka surat 314-316.

139 Lihat Anderson, muka surat 680-682.

140 Kalfon, muka surat 474.

141 Bagi kajian terbaik mengenai sejarah mutakhir Bolivia, lihat James Dunkerley, Rebellion in the Veins: Political Struggle in Bolivia 1952-1982 (London: Verso, 1984).

142 Istilah ‘La hora de los hornos’ (‘Ketika relau’) timbul sekali lagi sebagai tajuk filem baik yang dibuat oleh tentangan Perónis terhadap pemerintahan diktator ketenteraan yang baru

di Argentina, yang bermula dengan rampasan kuasa Onganía pada tahun 1966. Pemerintahan ketenteraan kekal sehingga tahun 1973 dan kembali sekali lagi dengan sangat zalim di antara tahun 1976 dan 1983, apabila 30,000 orang ‘dihilangkan’ dalam usaha mengejar ‘tamadun Kristian dan kedamaian sosial.’

143 Castañeda, muka surat 344-345. Abang-adik Peredo, kedua-duanya ahli Komunis, merupakan kunci kepada seluruh projek tersebut. Namun, pentafsiran Fidel mungkin adalah

tepat.

144 Lihat mesej Pombo bagi 24hb September dan 28hb September dalam Pombo Villegas, A Man of Che Guerrilla 1966-1968 (New York: Terbitan Pathfinder, 1997), muka surat 109-111.

145 Régis Debray, Revolution in the Revolution (Harmondsworth: Penguin, 1969).

146 James Dunkerley, muka surat 140.

147

El Diario del Che en Bolivia (Havana, 1968), muka surat 46-47. Diari ini telah diterbitkan beberapa kali sejak itu – tetapi ini adalah versi paling lengkap. Tarikhnya sememangnya tidak berubah dari edisi ke edisi.

148 Diario del Che, muka surat 171.

149 Dihasilkan semula dalam Villegas, muak surat 204-206.

150 Villegas, muka surat 205.

151 Richard L. Harris, Death of a Revolutionary: Che Guevara’s Last Mission (New York/London: Norton, 2000), muka surat 252.

152 Saya pasti yang mereka yang telah berkumpul di dataran Universiti Essex untuk mengingati kematian Che tidaklah bersendirian. Kami bukanlah satu-satunya golongan

pelajar revolusioner yang menghiasi dinding kami dengan potret Che sambil kami bersedia untuk berdemonstrasi menentang perang AS di Vietnam.

153 François Maspero, ‘Pengenalan,’ Janette Habel, Ruptures à Cuba (Paris: La Breche, 1989), muka surat 23.

154 Saya telah memperkembang kajian yang lebih umum mengenai Revolusi Kuba dalam karya lain. Lihat ‘Can Castro Survive?’ dalam International Socialism, Jilid 56 (Musim Luruh

1992), muka surat 83. Lihat juga Habel.

155 Susan Eckstein, Back From the Future (New Jersey: Princeton, 1994), muka surat 62.