Gerila Berkuasa

IX. Gerila Berkuasa

Pada Tahun Baru 1959, Kuba bangun kepada masa depan tanpa Batista. Di Santa Clara, milita-militia tempatan mengawal askar yang telah menyerah diri semasa serangan ke atas keretapi bersenjata tersebut. Masih terdapatnya beberapa penembak sasaran di ibupejabat polis – penyeka terkenal Batista, yang tidak dapat mencari tempat perlindungan di bandar itu – dan beberapa pengawal diktator tersebut yang menguasai hotel pusat. Tetapi selepas tengahari, kubu di bandar itu menyerah diri dan para penduduk membanjiri jalanraya, mengalu-alukan lelaki berjanggut yang bersaragam hijau zaitun (los barbudos). Menjelang pukul enam petang, Santiago di kawasan timur telah tumbang kepada Castro.

Pada 2hb Januari, Camilo dan Che mengetuai kolum mereka dalam perjalanan sepanjang 300 kilometer ke Havana. Sepanjang lebuhraya, mereka dialu-alukan dan diberikan tepukan tangan. Pada ketika ini, pada jalan raya ini, Che Guevara menjadi wira, seorang wakil bermistika bagi perjuangan gerila yang berjaya. Namun, apabila kolum pemberontak memasuki Havana pada hari seterusnya, ia diketuai oleh Camilo Cienfuegos. Che tiba beberapa jam selepas itu dengan sebuah kumpulan kecil dan di bawah perlindungan waktu malam. Namun, Camilo sehingga itu telah berfungsi sebagai timbalan Che – walaupun kejayaannya di Yaguajay, yang berlaku pada masa yang sama dengan penumbangan Santa Clara, sangatlah penting. Dia lebih muda dan, walaupun seorang tokoh popular, pendiriannya tidak dapat dibandingkan dengan wira dari Argentina itu, di mana stamina, keberanian cuai dan kesediaan mengorbankan diri telah menjadikannya sesuatu lagenda.

Arahan bahawa Camilo patut memimpin kolum berjaya diberikan oleh Fidel Castro, yang masih berada di kawasan timur tetapi menguasai strategi keseluruhan. Ia sudah ditunjukkan beberapa kali pada tahun sebelumnya bahawa Che tidak mempersoalkan arahan Castro. Dan ia juga timbul dalam minda Che bahawa dia adalah, akhirnya, seorang pendatang asing tanpa akar di Kuba. Bagi warga Kuba biasa, Che mewakili realiti fizikal perjuangan bersenjata, kualiti-kualiti seorang pejuang, dan bukannya seorang ahli politik.

Terdapatnya lebih daripada itu juga. Fidel lebih dari sekali telah meluahkan keresagannya dengan hubungan yang Che telah membina di pergunungan Escambray dengan pejuang- pejuang Directorio di bawah Faure Chomón dan dengan PSP. Ia sememangnya merupakan pra-syarat bagi kejayaan ketenteraan. Tetapi mata Fidel terpaku pada persoalan kuasa politik. Bagi dia, ia sangatlah penting agar kejayaan itu dikenalpasti dengan Gerakan 26hb Julai, bahawa pertubuhan yang dia mengetuai patut dikenalpasti sebagai kuasa tunggal di Kuba baru. Apabila Fidel tiba di ibu negara, kurang daripada seminggu selepas itu, dia perlulah tiba sebagai ketua Kuba revolusioner tanpa persaingan.

Namun, terdapatnya percanggahan di sini. Profil Gerakan 26hb Julai yang Castro memimpin mencapai tahap tertinggi kerana kejayaan ke atas Batista dilihat sebagai kejayaan ketenteraan. Tetapi Batista jelasnya tidak akan tumbang di bawah pengaruh serangan-serangan gerila sahaja, walaupun perjuangan itu sangatlah berani dan diatur dengan baik. Tuan-tuan diktator itu di Washington telah menarik balik sokongan mereka. Sekatan senjata diamalkan, walaupun Batista dapat menerima senjata dari sumber-sumber lain. Angkatan tentera akhirnya melerai. Ramai di kalangan penduduk menentang dan dijijikkan oleh penindasan dan keganasan rejim tersebut. Dan terdapatnya pertubuhan-pertubuhan politik yang lain di Kuba di mana para penyokong mereka telah memainkan peranan penting pada hari-hari terakhir itu.

Jika Castro menerima ini, penguasaannya sudah pasti akan terjejat – dan sebahagian besar daripada penguasaan itu berasal dari peranan yang telah dimainkan oleh Che, terutamanya pada tahap perjuangan terakhir. Maka Fidel memupuk sikap yang agak bercanggah terhadap Che. Dia bersedia untuk menyemai mitos seorang pemimpin ketenteraan yang berani dan gagah, dan untuk menggalakkan penulisan sejarah perjuangan tersebut sebagai sesuatu Jika Castro menerima ini, penguasaannya sudah pasti akan terjejat – dan sebahagian besar daripada penguasaan itu berasal dari peranan yang telah dimainkan oleh Che, terutamanya pada tahap perjuangan terakhir. Maka Fidel memupuk sikap yang agak bercanggah terhadap Che. Dia bersedia untuk menyemai mitos seorang pemimpin ketenteraan yang berani dan gagah, dan untuk menggalakkan penulisan sejarah perjuangan tersebut sebagai sesuatu

ramai. 77

Che bersetuju tanpa bantahan. Apakah yang ini memberitahu kita mengenai sikapnya? Pertama, bahawa Che sangatlah setia dan menerima peranan bawahannya sebagai seorang pendatang asing yang berjuang di Kuba. Kedua, seperti tulisan-tulisannya menunjukkan, Vhe melihat pertimbangan ketenteraan sebagai keutamaan. Dia yakin bahawa ini pertama sekali merupakan kejayaan bersenjata – dan maka melihat disiplin dan struktur perintah sebagai keutamaan pertubuhan. Itulah mengapa dia menerima pengumuman Castro bahawa Santiago akan menjadi ibu negara sementara dan mengetepikan diri agar Camillo, pemimpin muda yang membesar di Havana, dapat memimpin perarakan kejayaan dan mengambil kuasa di pusat ketenteraan utama di Kolombia sambil Che di hantar ke kubu Cabaña yang kurang penting di Teluk Havana. Penerimaan tanpa bantahan ini merupakan tindakan yang

murah hati dan tidak mengira diri sendiri. 78 Anderson bersetuju bahawa Fidel ingin menyingkirkan Che dari cahaya popular – walaupun dia menawarkan penjelasan tidak kritikal, berkenaan dengan pandangan antarabangsa terhadap Revolusi Kuba. 79

Apabila Che memasuki La Cabaña pada 3hb Januari, dia merujuk kepada askar yang baru sahaja menyerah diri sebagai angkatan ‘neo-kolonialis’ dan menyindir, ‘Anda dapat menunjukkan kami cara berbaris tetapi kami akan menunjukkan anda cara berjuang.’ Tugas utama bagi Che adalah untuk bersedia demi ketibaan Fidel, dan untuk mengatur ‘keadilan revolusioner.’ Sementara itu, Castro sedang bertindak laju untuk membentukkan susunan baru. Kedudukan presiden diberikan kepada seorang ahli politik sederhana, Manual Urrutia. Ia merupakan tindakan yang ditujukan kepada pandangan awam luar negara, tetapi hanyalah petanda palsu. Ahli-ahli kabinet yang lain terdiri sepenuhnya daripada calon-calon Gerakan 26hb Julai. Kepimpinan Directorio, iaitu komrad-komrad seperjuangan Che yang baru, Chomón dan Cubela, menjadi marah. Mereka memasuki Havana dan menduduki istana presiden, sesuatu tindakan yang penting kerana pemimpin dan ahli-ahli militan terbaik mereka dibunuh di sana semasa kegagalan usaha membunuh Batista dua tahun sebelumnya. Ia jatuh kepada Che untuk berbincang dengan mereka dan meyakinkan mereka untuk berpindah ke bangunan yang kurang terkenal.

Rombongan Fidel memasuki Havana pada 9hb Januari 1959. Camilo dan Che mengiringnya dalam jip, walaupun gambar paling terkenal dari hari itu menunjukkan Camilo dengan Che, berdiri dan terlibat dalam perbincangan. Apabila Che muncul, dia kelihatan berfikir dan melihat ke arah yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa mindanya mempetimbangkan tugas penting yang Castro telah memberikannya – untuk mengatur keadilan revolusioner di La Cabaña. Walaupun ia tidak jelas berapa ramai orang dibunuh pada hari-hari pertama itu, ia mungkinlah 55 (70 lagi dibunuh tanpa bicara oleh Raúl di Oriente). Menjelang bulan Mei pada tahun itu, jumlahnya mungkin mencapai 550. Mereka ini merupakan penyeksa, perisik polis, hamba-hamba paling tekun bagi kerajaan polis Batista.

Dalam keghairahan dan keriuhan hari-hari revolusioner pertama di Havana, tidak sesiapa berduka-cita akan kematian mereka. Di jalanraya, orang ramai sudah berbalas dendam,

diiringi oleh lagu dan tarian dan sesuatu jenis keghairahan umum. 80 Sikap kerohanian Che sudah ditunuukkan berkali-kali semasa pemberontakan tersebut, dan dia jelasnya terkejut dengan keghairan dan sifat terbuka bandar itu. Pada masa itu, Havana melambangkan kebebasan dan sifat tidak malu yang dia, seperti kebanyakan askar petaninya yang lain, tidak pernah mengalami. Dia jelasnya merisaukan pengaruhnya pada askar-askarnya, dan oleh kebiasaan mereka untuk menghilangkan diri dalam kedai minuman keras dan rumah diiringi oleh lagu dan tarian dan sesuatu jenis keghairahan umum. 80 Sikap kerohanian Che sudah ditunuukkan berkali-kali semasa pemberontakan tersebut, dan dia jelasnya terkejut dengan keghairan dan sifat terbuka bandar itu. Pada masa itu, Havana melambangkan kebebasan dan sifat tidak malu yang dia, seperti kebanyakan askar petaninya yang lain, tidak pernah mengalami. Dia jelasnya merisaukan pengaruhnya pada askar-askarnya, dan oleh kebiasaan mereka untuk menghilangkan diri dalam kedai minuman keras dan rumah

Gabungan hasrat demi dendam dan keadaan ghairah bukanlah sesuatu yang bercanggah. Sebagaimana orang ramai meraikan kebebasan mereka, maka mereka mengutuk sesiapa yang telah menghadkan dan menyingkirkan kebebasan mereka pada masa yang lalu. Tidak terdapatnya persoalan bahawa mereka yang dibunuh secara umumnya merupakan mereka yang bersalah kerana jenayah terhadap rakyat – ia mungkin juga dikatakan bahawa ini merupakan cara untuk menghadkan keadilan rakyat revolusioner yang lebih rambang dan susah dikawal. Dan walaupun proses tersebut sangatlah laju dan kejam, sekurang-kurangnya selepas hari pertama, ia diamalkan mengikut tatatertib yang sama, dengan peluang membela diri.

Walauapapun, Che tidak melarikan diri dari tanggungjawab yang dia menerima tanpa bantahan. Dia sendiri telah menembak mereka yang melarikan diri dan menyokong hukuman mati bagi para perisiki di kawasan pergunungan. Dalam bingkai tatatertib politik di mana keperluan utama merupakan disiplin dan kesetiaan, ini merupakan amalan tetap. Tetapi perjuangan bersenjata kini telah berakhir, dan pengukuhan kerajaan baru mengutarakan persoalan-persoalan baru. Sambil polisi-polisi bagi pembangunan kebangsaan dan kemerdekaan sekurang-kurangnya diutarakan secara kasar dalam dokumen dan kenyataan lebih awal, isu demokrasi dan kebebasan membebankan pemimpin-pemimpin Kuba yang baru. Ia patut menjadi keutamaan dalam pembinaan sebuah masyarakat baru yang, dalam pandangan ternyata Che – jika belum lagi dalam pandangan Castro – berada pada jalan menuju sosialisme.

Pembatalan hukuman tanpa bicara akhirnya muncul, tetapi sebagai balasan kepada tekanan pendapat awam di luar negara, terutamanya di Amerika Syarikat. Sejak itu, hamba-hamba rejim lama dibicarakan di stadium sukan di bawah undang-undang revolusioner, dan tanggungjawan ini dilepaskan dari tangan Che.

Dia dibebankan oleh benda-benda lain. Pada 9hb Januari, ibubapanya tiba di Havana. Kegembiraan mereka dengan kejayaan anak mereka adalah jelas dari gambar-gambar yang menunjukkan senyuman lebar. Tetapi mereka juga terpaksa menerima peranannya dalam mengamalkan keadilan tegas, dan keghairahannya. Mereka berjumpa dengan teman Che, iaitu Aleida. Pada bulan itu juga, terdapatnya perjumpaan yang kurang selepas apabila Hilda, isteri Che dari Peru, dan anak perempuan mereka berusia tiga tahun, Hildita, juga tiba di Havana untuk menjumpai rumahtangga Che yang baru. Che enggan menghadapi keadaan yang kurang merbahaya secara relatif ini, dan menghantar seorang pembantu untuk menjelaskan keadaan tersebut kepada Hilda!

Pada 12hb Januari, penyakit asma Che menjadi semakin tenat dan dia berpindah ke rumah di tepi laut di Tarará, di mana dia menetap, seringkali di bilik tidur, selama empat bulan. Dia berada hanya 15 batu di luar Havana, tetapi dia berada di pinggir politik awam. Namun, keadaan tersebut agak bercanggah, kerana sambil dia jelasnya dijauhkan dari pembinaan kepimpinan politik, dari pelbagai segi dia merupakan ideolog politik dan salah seorang wakil

utama baginya. 81

Terdapat tiga dimensi kepada hari-hari pertama semasa revolusi itu. Pertama, pengukuhan kuasa baru dalam kerajaan. Kedua, perkembangan polisi-polisi bagi kerajaan baru – kerana realitinya adalah bahawa hanya sedikit pertimbangan strategik telah berlaku pada dua tahun yang lalu. Ketiga, kesan Revolusi Kuba pada Amerika Latin dan dunia secara umumnya.

Kuba revolusioner merupakan sebuah pulau kecil dengan lebih kurang lapan juta penduduk. Ia masih bergantung bagi hampir seluruh pendapatan asingnya pada gula, yang dieksport Kuba revolusioner merupakan sebuah pulau kecil dengan lebih kurang lapan juta penduduk. Ia masih bergantung bagi hampir seluruh pendapatan asingnya pada gula, yang dieksport

Che sangat yakin bahawa AS masih merupakan musuh utama, sebuah kuasa imperialis yang tidak dapat bertindak dengan cara lain. Castro berkongsi pandangan itu, tetapi lebih bersedia mencari penyokong dan penaruh simpati di Amerika Syarikat yang mungkin menghadkan kemampuan Washington untuk bertindak dalam cara konfrontasi. Itulah mengapa Manuel Urruti menjadi presiden Kuba dan bukannya Castro sendiri (sekurang-kurangnya bagi beberapa bulan). Dalam masa beberapa bulan, Castro bakal mengunjungi Amerika Latin dan melawat AS untuk memobilisasikan pendapat awam demi sokongan Kuba. Tetapi menjelang masa itu, keadaan di Kuba juga telah berubah.

Che berada di Tarará bukan sahaja untuk berehat. Dia terlibat dalam diri perbincangan dan persediaan dengan tokoh-tokoh penting dalam kerajaan baru. Tujuan mereka adalah untuk mereka sistem keselamatan kerajaan baru, untuk memperkembangkan polisi-polisi ekonomi, dan untuk membentukkan hubungan di antara Kuba dan Amerika Latin. Perbincangan mereka semakin melibatkan ahli-ahli PSP, yang mula mendirikan pengaruh mereka dengan Castro, dengan galakan Che.

Keselamatan kerajaan Kuba, atau G-2, diatur dengan laju dan diletakkan di bawah kawalan Ramiro Valdés, seorang pejuang berwibawa dari Escambray. 82 Hubungan dengan ahli-ahli revolusioner lain dari Amerika Latin didirikan, dan ramai mengunjungi Kuba untuk memimum atmosfera keghairahan revolusioner. Mungkin paling penting sekali adalah perbincangan mengenai polisi ekonomi Kuba, kerana ia menjadi jelas kepada semua orang bahawa sikap Washington tidak dapat diubah.

Sememangnya, ini merupakan tahun 1959 – masih dalam zaman Perang Dingin. AS telah membangunkan dirinya sebagai sebuah kuasa global dan memunasabahkan campur tangan politik dan ketenteraan di merata dunia dari segi konflik dengan Kesatuan Soviet. Apa-apa usaha mencapai kemerdekaan atau demi pembangunan bebas digambarkan sebagai sebahagian daripada konfrontasi ini – maka campur tangan AS di Lubnan, Iran, Guatemala dan merata lagi. Tetapi meskipun kehadiran ketenteraannya, sokongan Washington bagi pemerintahan diktator di seluruh Amerika Latin menjadi sumber kemarahan dan tentangan. Lawatan ke Amerika Latin oleh Nelson Rockefeller pada tahun 1958 telah mencetuskan demonstrasi dan pemberontakan di mana-mana dia menjejak.

Dengan latarbelakang ini, Revolusi Kuba dan penumbangan Batista diterima dengan kegembiraan berleluasa di Amerika Latin sebagaimana ia diterima di jalanraya Havana. Dari pelbagai segi, Batista merupakan seorang pemerintah diktator biasa – kebanyakan negara Amerika Latin memiliki contoh mereka tersendiri, setiap satu dikekalkan dan disokong oleh AS. Selepas sedekad di mana AS telah menggunakan kuasa ketenteraan dan ekonomi mereka dengan sombong, Kuba mengumumkan bahawa gergasi itu memiliki kaki lemah. Empayar besar itu dapat dihadapi, dan wakil-wakilnya dapat ditumbangkan. Itulah mesej yang mengalir melalui satu generasi pihak anti-imperialis.

Di AS juga, Kuba mencetuskan perdebatan awam mengenai peranan Amerika di dunia. C. Wright Mills, seorang ahli sosiologi dan penentang kuasa Amerika, menghasilkan amarannya

sendiri bagi kerajaan AS, 83 bahawa negara-negara yang dinafikan kebebasan akan berjuang deminya. Pihak lain, seperti Scheer dan Zeitlin, 84 menawarkan amaran yang sama dari perspektif politik yang berbeza. Mereka berkata bahawa tuntutan-tuntutan munasabah demi perkembangan dan kemajuan bukanlah bersifat Komunis sahaja, tetapi jika hasrat manusia yang asas ini dinafikan, maka gerakan-gerakan kebebasan akan bergerak ke kiri dan menjadi Komunis. Suara-suara ini sememangnya diabaikan. Presiden AS, iaitu Eisenhower, merupakan seorang Pejuang Perang Dingin – dan lebih-lebih lagi, timbalan presiden Nixon.

Kepentingan-kepentingan berkuasa, ketenteraan dan ekonomi, yang mengendalikan kerajaan AS memahami pelajaran-pelajaran ini dengan baik – tetapi balasan mereka adalah untuk menggunakan setiap peluang untuk menghancurkan rejim Kuba yang baru. Mungkin terdapat keraguan sementara pada pihak mereka, tetapi CIA dan agensi-agensi Jabatan Dalam Negara sudah mengutuk kerajaan baru ini kerana dedikasinya terhadap tujuan yang melintasi kemerdekaan politik. Dan di pusat pemahaman mereka adalah wajah Che Guevara yang, dari sudut pandangan mereka, lebih bersifat Komunis dari Castro yang licik. Che mungkin mengundur diri untuk berehat, tetapi pandangan mereka adalah bahawa dia masih merupakan kuasa politik penting. Dan mereka mungkin tepat.

Di Tararé, beberapa pihak yang Che telah mengumpul di sekelilingnya di Escambray kini berjumpa sekali lagi untuk membincangkan polisi. Dan pihak Amerika Latin datang untuk membincangkan permulaan revolusi di negara masing-masing. Ia bukanlah hanya perbincangan politik dengan minuman keras serta cerut. Mereka datang untuk berbincang dengan lelaki yang telah menciptakan revolusi – apa yang dia berkata mendukung pengaruh mendalam dan dorongan revolusi yang berjaya. Tidak terdapatnya persoalan mengenai perdebatan di sini – mereka datang untuk belajar.

Pada bulan-bulan pertama pada tahun 1959, Castro sedang membina struktur-struktur kerajaan baru sambil Che sedang membentukkan ideologi dan menulis sejarahnya. Dengan itu, dengan kedudukannya, dia bukan sahaja menggambarkan pengalaman lalu – dia juga mengajukan pengalaman itu sebagai contoh dan arah untuk diikuti. Diambil bersama, Perang Gerila dan tulisannya bertajuk Ingatan Mengenai Perang Revolusioner Kuba merupakan buku panduan politik serta buku ketenteraan. Pengaruhnya bakal menjadi jelas dalam setiap perjuangan revolusioner besar di Amerika Latin pada sepuluh tahun seterusnya. Kesan- kesannya, secara umumnya, bakal membawa padah.

Pemahaman Che akan pengalaman Kuba mencerminkan dan mengukuhkan wawasan politik Castro. Che memulakan Perang Gerila, yang ditulis pada tahun 1960, dengan kenyataan terkenal bahawa Revolusi Kuba ‘menunjukkan dengan jelas kemampuan rakyat untuk membebaskan diri mereka melalui perang gerila dari kerajaan yang menindas mereka.’ He kemudiannya menarik ‘tiga pelajaran asas’ dari Revolusi Kuba:

(1) Kuasa-kuasa popular dapat memenangi perang menentang angkatan tentera. (2) Ia bukanlah sentiasa penting untuk bersabar demi kewujudan keadaan-keadaan demi

revolusi: pemberontakan dapat menciptakan keadaan-keadaan tersebut. (3) Di Amerika yang mundur, kawasan desa adalah kawasan asas bagi perjuangan

bersenjata. 85

Dalam teori ini, ia adalah pihak revolusioner yang menciptakan revolusi – dan sememangnya yang menciptakan keadaan revolusioner. Faktor-faktor utama yang menentukan kejayaan atau kekalahan, dalam pandangan ini, adalah kemahiran berjuang, keberanian, kewiraan.

Diterjemahkan kepada perihal membina kerajaan baru, cara politik ini menganggap bahawa ia akan direka dan dikekalkan oleh keinginan para pemimpin – dan bahawa hubungan di antara kerajaan dan masyarakat akan menjadi hubungan perintah. Sifat perjuangan gerila, dan kepimpinannya oleh Gerakan 26hb Julai di bawah Castro, juga bermakna bahawa pertubuhan-pertubuhan massa atau pertubuhan-pertubuhan pertahanan diri pekerja telah membangun dalam aliran perang revolusioner. Itu merupakan kesan perang yang diamalkan sehingga ketika-ketika terakhir di kawasan yang jauh dari pusat-pusat penduduk dan budaya politik. Penumbangan dasar bandar Gerakan tersebut selepas kegagalan permogokan umum pada tahun 1958 menghancurkan satu-satunya peluang untuk membina gerakan di luar kawasan pergunungan. Penguasaan gerakan kesatuan pekerja oleh pihak Komunis mengecualikan satu lagi arena di mana bentuk-bentuk aktiviti massa mungkin berkembang di samping tindakan-tindakan bersenjata, oleh kerana konflik yang sentiasa wujud di antara

Castro dan Parti Komunis (meskipun usaha untuk berdamai). Kelajuan penumbangan Batista juga merupakan faktor penting.

Maka, satu-satunya kuasa yang bersedia untuk mengambil kuasa merupakan tentera pemberontak sendiri. Jelasnya, inilah keinginan Castro. Tetapi hasilnya adalah bahawa perlibatan demokratik massa tidak memiliki tempat dalam ideologi perang revolusioner ini.

Ia adalah penting untuk menggariskan betapa jauhnya ideologi ini dari tradisi sosialis revolusioner, dan betapa jauhnya ia dari prinsip-prinsip Marxsisme sebagai teori dan amalan revolusi pekerja . Dalam pentafsiran Che mengenai proses revolusioner, terdapatnya satu kesulitan yang asas lagi jelas. Dimanakah rakyat? Dimanakah kelas pekerja, di mana pembebasan mereka adalah inti sosialisme? Marx menulis:

Revolusi diperlukan... bukan sahaja kerana kelas pemerintah tidak dapat ditumbangkan dalam cara lain, tetapi juga kerana hanya dalam revolusi dapat kelas yang menumbangkannya berjaya menghapuskan segala kekotoran zaman dan bersedia untuk membina masyarakat

baru. 86

Konsep ini bahawa revolusi adalah pembebasan sendiri kelas pekerja adalah inti pemikiran Marx. Dari menjadi objek kepentingan pihak lain, majoriti rakyat menjadi penentu kehidupan sendiri dengan mengubah masyarakat melalui tindakan-tindakan mereka sendiri. Ia adalah prinsip asas dalam Marxsisme revolusioner. Namun, teori perang gerila menggantikan idea ini dengan idea baru – bahawa ahli revolusioner akan menciptakan revolusi bagi pihak kelas yang lebih luas.

Namun, hak untuk mewakili kelas ini adalah hak yang dituntut dengan sendiri, berdasarkan ukuran merbahaya dan sentiasa berubah – populariti dan sokongan. 87 Itu sangatlah berbeza daripada hak memimpin yang dimenangi dalam perjuangan seharian, dalam amalan politik, dan yang berakar dalam hubungan organik dan demokratik dengan kelas bagi siapa pihak revolusioner mendakwa diri mereka mewakili. Teori gerila mementingkan pemisahan di antara pihak revolusioner dan para pekerja.