Bukan Perkahwinan Mahupun Penceraian

XIII. Bukan Perkahwinan Mahupun Penceraian

Pemisahan perjalanan mereka hanya berlaku setahun selepas itu, tetapi keputusan itu diambil pada akhir tahun 1963. 124 Perhatian Che semakin diberikan kepada Afrika, dan dalam ucapannya pada bulan September, dia berucap dengan panjang mengenai keadaan di sana. Dia telah mengunjungi Maghribi pada bulan Julai dan telah memulakan persahabatan dengan Ben Bella, iaitu presiden negara itu dan pemimpin perjuangan kemerdekaan di sana. Mereka bersetuju bahawa peristiwa-peristiwa di Kongo meletakkan negara itu di hati benua Afrika. Pembunuhan Patrice Lumumba pada tahun 1961 telah menghapuskan salah seorang pemimpin paling berwibawa dalam proses kemerdekaan Afrika, tetapi pada tahun 1963, perjuangan itu bakal meletus sekali lagi, di bawah kepimpinan salah seorang timbalan Lumumba.

Di Amerika Latin, pertubuhan gerila Argentina yang Che menyokong dan mengatur dari Kuba kini didirikan di daerah Salta, dan sedang bersiap-sedia bagi permulaan kempen-nya pada awal tahun 1964. Ia adalah jelas bahawa Che ingin mengetuai kumpulan tersebut – dua daripada rakan seperjuangannya sudah berada dengan Masetti. Dalam minda Che, tanahairnya merupakan kunci, dan terdapatnya sebuah rangkaian pertubuhan-pertubuhan di sana yang dapat menjadi kuasa penting jika ia disatukan di belakangnya. Bolivia dan Venezuela juga diberikan kepentingan dalam minda Che, walaupun Parti Komunis Venezuela jelasnya menentang apa-apa operasi bersenjata di negara itu, dan malah pihak Bolivia hanya memberikan pengesahan rasmi bagi strategi umum Che. 125

Inilah isu-isu yang menarik Che kembali kepada perjuangan. Kemarahannya dan sikapnya yang semakin tegas terhadap mereka yang berada di sekelilingnya merupakan tanda-tanda kekecewaannya. Walaupun dia mempunyai keluarga yang disayangi, perasaan peranan bersejarah Che jelasnya tidak dapat dicapai dari sebalik meja.

Terdapatnya faktor-faktor lain yang mendorongnya. Populariti-nya yang semakin merosot di kalangan pihak Komunis yang karib dengan Fidel dan dengan pihak Soviet, merupakan satu faktor. Hanya beberapa bulan sebelum itu, dia telah menikmati kekuasaan dalam Revolusi Kuba yang hanya ditandingi oleh Fidel. Kini, ia kelihatan seolah-olah Fidel sedang bergerak dalam arah bertentangannya dengannya, mungkin juga melihatnya sebagai pesaing.

Terdapatnya unsur-unsur tingkahlaku Fidel yang tidak dapat diterima oleh Che. Dari satu segi, Che merupakan seseorang yang percaya secara dogmatik dalam prinsip-prinsip dan kepercayaan tulus. Bertentangan dengan itu, Fidel merupakan seorang ahli politik, seorang pragmatis yang membuat keputusan berdasarkan keadaan di sekelilingnya, dan yang mengubah keputusannya apabila keadaan berubah. Sambil menikmati sanjungan hadirin Rusia, misalnya, Fidel juga sedang menjelajahi jalan-jalan komunikasi dengan Amerika Syarikat. Dan usaha ini menikmati sedikit kejayaan, sebelum pembunuhan Kennedy mengakhiri perbincangan-perbincangan tersebut. Che mempunyai pengetahuan mengenai perbincangan-perbincangan ini dan menentangnya sepenuh hati. Sejak permulaan revolusi, dia memperdebatkan bahawa imperialisme merupakan musuh dan bahawa ia tidak akan berubah – hanya kekalahan imperialis dapat membuka jalan kepada revolusi. Dalam kepercayaan ini, Che tidak pernah berdolak-dalik.

Namun, menjelang akhir tahun itu, Fidel mula berucap secara awam mengenai pengembalian kepada perjuangan bersenjata di benua Amerika Latin. Che tidak memercayai apa yang dia melihat sebagai retorik yang direka untuk memikat hati AS dan Kesatuan Soviet. Sememangnya, persetujuan-persetujuan baru dengan Rusia menandakan kepadanya, dengan tepat, bahawa ikatan-ikatan itu sedang menjadi lebih ketat. Ini sememangnya bukanlah menakjubkan. Apa yang kelihatan seperti perdebatan-perdebatan teknikal mengenai ekonomi pada separuh kedua tahun 1963 sebenarnya merupakan perdebatan politik. Kontroversi perasang moral/materialis sebenarnya melibatan persoalan jika ekonomi Namun, menjelang akhir tahun itu, Fidel mula berucap secara awam mengenai pengembalian kepada perjuangan bersenjata di benua Amerika Latin. Che tidak memercayai apa yang dia melihat sebagai retorik yang direka untuk memikat hati AS dan Kesatuan Soviet. Sememangnya, persetujuan-persetujuan baru dengan Rusia menandakan kepadanya, dengan tepat, bahawa ikatan-ikatan itu sedang menjadi lebih ketat. Ini sememangnya bukanlah menakjubkan. Apa yang kelihatan seperti perdebatan-perdebatan teknikal mengenai ekonomi pada separuh kedua tahun 1963 sebenarnya merupakan perdebatan politik. Kontroversi perasang moral/materialis sebenarnya melibatan persoalan jika ekonomi

Kebanyakan rakan sekerja Che berdebat dengannya apabila keputusannya untuk meninggalkan kerajaan diketahui pada awal tahun 1964, mendesaknya untuk berjuang demi polisi-polisi perindustrian yang dia telah menyokong. Tetapi Che enggan menukar keputusannya. Sejauh berkenaan dengannya, Perjanjian Gula Kuba-Soviet pada tahun 1964 hanya mengesahkan apa yang dia sudah menyedari. Ekonomi Kuba sekali lagi akan bergantung pada pengeluaran gula, dengan segala pergantungan pada pasaran luaran yang akan mengikuti. Pengasasan sebuah Jabatan Pengeluaran Gula, pada bulan Julai, yang jatuh di luar kawalannya merupakan bukti terakhir, jika bukti masih diperlukan. 127

Che sedang menyediakan pemulangannya kepada pangkuan perjuangan gerila. Beberapa penulis telah mencadangkan bahawa ini merupakan hasil keresahannya, bergabung dengan perasaan bahawa usahanya di Kuba sudah selesai. Ini sebenarnya adalah pentafsiran romantik, yang sebenarnya tersilap. Che merupakan seorang revolusioner, yang setia kepada projek kebebasan. Ia adalah mustahil untuk mengetepikan fakta bahawa bintangnya telah menjadi semakin pudar, bahawa kekuasaannya dalam revolusi menjadi semakin lemah setiap hari. Dia telah menjelaskan kritikan-kritikannya mengenai pihak Komunis di Moskow dan Amerika Latin, dan kini mereka mengetepikannya secara sistematik.

Ini bukanlah sama dengan mengatakan bahawa Che tidak mempunyai keinginan untuk kembali kepada perjuangan bersenjata. Tetapi sebab-sebab bagi pengembaliannya adalah lebih rumit,,dan paling sekali, bersifat politik. Namun, rancangannya tidak mengikuti aliran yang dijangka. Tentera Gerila Rakyat di Argentina, yang dia ingin memimpin, dihapuskan dan majoriti daripada keahliannya dibunuh sebelum ia dapat mengikut apa-apa tindakan. Menjelang akhir bulan Mac 1964, ia tidak lagi wujud.

Buat masa itu, Argentina bukanlah kemungkinan besar. Kongo telah timbul dalam pemikiran Che selama beberapa bulan dan kini diberikan kepentingan yang lebih mendalam. Kedudukan Che dalam Revolusi Kuba dan dalam kerajaan Kuba yang baru semakin kehilangan kepentingan. Dia lebih terlibat dalam persediaan bagi fasa seterusnya dalam kehidupannya. Pada bulan Mac, dia mengetuai rombongan Kuba ke mesyuarat PBB mengenai perdagangan dan pembangunan di Geneva. Sambutan ghairah yang dia menerima apabila dia berucap merupakan bukti kedudukan dan populariti-nya di luar negara. Ia mungkin menandakan ketika apabila peranan dan kedudukan Che mula dibahagikan daripada hubungannya dengan Kuba. Ucapannya di mesyuarat itu agak pendek dan bersifat anti-imperialis – ia seolah-olah merupakan pendahuluan bagi ucapannya yang lebih terkenal kepada PBB di New York pada akhir tahun itu. Dan sambil dia disokong oleh beberapa pihak, dia juga diberikan sambutan dingin oleh ramai ahli rombongan Eropah Timur dan Amerika Latin.

Dia mengambil beberapa hari untuk mengunjungi Maghribi sekali lagi, dan untuk mengkaji keadaan Afrika dan Ben Bella. Apa yang dia diberitahu mengesahkan kepercayaannya bahawa Kongo merupakan medan penting dalam perjuangan sedunia menentang imperialisme. Ini jelasnya sudah dipertimbangkannya apabila dia kembali ke Kuba pada bulan April. Tetapi dia masih bertanggungjawab bagi kementerian perindustrian. Keresahannya semasa mesyuarat dan perbincangan menjadi semakin mendalam. Semasa satu mesyuarat, dia mengeluarkan siri barangan baru – sebuah patung, zip yang tidak berfungsi, permainan yang mudah pecah – dan membuangkannya pada meja untuk menunjukkan masalah dengan industri muda Kuba. Jentera-jentera Eropah Timur sangatlah kasar dan biasa, dan tugas-tugas dilakukan dengan kurang pasti.

Che juga kelihatan bersedia untuk mengulas, sekurang-kurangnya secara peribadi, mengenai isu-isu lain. Dia menotakan pengukuhan kuasa dalam birokrasi pemerintah yang baru.

Dalam temuramah dengan seorang wartawan Meksiko, dia membincangkan peranan kesatuan-kesatuan pekerja sebagai ‘tali perintah’ dari kerajaan – kebebasan mereka adalah palsu. 128 Dia terus memperdebatkan persoalan-persoalan besar mengenai bentuk dan sifat sebuah ekonomi sosialis, tetapi bagi rakan-rakan sekerjanya, dia kelihatan semakin bosan dan resah, berjauhan dengan isu-isu seharian yang lebih penting.

Pada bulan November, Che kembali ke sambutan ulangtahun di Moskow. Ia merupakan lawatan diplomatik sepenuhnya. Dalam perbincangan tidak rasmi dengan para pelajar Kuba di Havana, dia menggambarkan lawatannya, tetapi sekali lagi membentangkan kritikannya mengenai negara-negara Komunis Eropah Timur. Desakan mereka untuk membenarkan hukum-hukum pasaran menentukan bentuk ekonomi telah menghadkan pembangunan mereka, dia berkata, dan melemahkan mereka dalam persaingan dengan negara-negara kapitalis di Barat. Ia merupakan antara sumbangannya yang terakhir kepada perdebatan yang telah melibatkannya selama lebih dua tahun, dan di mana dia dikalahkan.

Kehadirannya semasa Majlis Umum PBB di New York pada 9hb Disember dari satu segi merupakan tindakan terakhirnya sebagai seorang warga Kuba dan tindakan pertamanya seagai seorang ahli revolusioner antarabangsa. Ucapannya semasa mesyuarat tersebut sangatlah tegas. Dia mengutuk imperialisme dengan istilah-istilah paling kuat dan membuat ulasan kritikan mengenai blok Komunis, walaupun secara tersirat. Sebahagian besar daripada ucapannya mempertimbangkan Kongo, yang mencadangkan kepada ramai pengulas bahawa dia sedang mencari arah baru. Dia seolah-olah mengakui ini dalam rancangan khas televisyen, Face the Nation, di mana dia ditemuramah oleh tiga wartawan. Ia didedahkan beberapa tahun selepas itu bahawa dia juga berjumpa dengan seorang senator Amerika dan kemudiannya dengan calon presiden, Eugene McCarthy, dan mengesahkan sokongan Havana bagi gerakan-gerakan revolusioner di Amerika Latin. 129

Pada bulan Januari, Che kembali ke Maghribi. Di sana, dalam temuramah dengan baldu penulis anti-imperialis yang terkenal, Frantz Fanon, Guevara berkata, ‘Afrika adalah di antara medan atau adalah medan pertempuran paling penting pada hari ini... Terdapatnya kemungkinan besar bagi kehjayaan di Afrika, oleh kerana pergolakan yang sedia ada, tetapi terdapatnya juga kebahayaan besar.’ 130 Dia mengunjungi China selama beberapa hari pada awal bulan Februari sebelum mengunjungi beberapa negara Afrika untuk menjumpai apa yang dia menamakan sebagai (dalam Bahasa Inggeris) ‘pejuang kemerdekaan’ di benua itu. Karya peribadi mengenai perjumpaan-perjumpaan itu, diterbitkan 30 tahun selepas kematiannya, menunjukkan bahawa Che agak risak dengan gaya kehidupan dan kekurangan persediaan mereka. 131

Pada 25hb Februari, Che menyampaikan ucapan terkenal dan berkontroversi di Algiers semasa mesyuarat perpaduan Dunia Ketiga. Ia merupakan kritikan paling jelas dan mendalam mengenai Kesatuan Soviet yang dia telah menyampaikan sehingga itu. Dia berkata bahawa kegagalan untuk menyokong gerakan-gerakan kebebasan telah menjadikan Rusia ‘sekutu imperialisme,’ dan dia menuntut agar negara-negara ‘sosialis’ memberikan bantuan materialis bagi pejuang-pejuang kemerdekaan di Vietnam dan Kongo. Pihak Rusia sangatlah marah. Adakah Fidel bersetuju dengan Che? Ia masih diperdebatkan pada hari ini. Tetapi Fidel berada di lapangan terbang untuk menjemput Che apabila dia kembali pada pertengahan bulan Mac. Mereka berbincang secara peribadi selama beberapa jam dan tanpa rakaman. Kemungkinan besar Fidel gembira bahawa Che telah mencabar pihak Rusia tanpa melibatkan dirinya. Pada masa yang sama, ia menjamin bahawa Che tidak lagi akan memegang kedudukan dalam kerajaan Kuba yang terus bekerjasama dengan pihak yang dia telah mengutuk.

Apabila Che kembali ke Kuba, dia sudah meletak jawatannya. Ia telah dicadangkan bahawa dia kemudiannya didesak untuk berhijrah ke Kongo, walaupun Amerika Latin merupakan fokus pemikiran strategik Che. Sebenarnya, terdapatnya hanya beberapa petanda baik di Amerika Latin pada masa itu, dan Che sendiri telah meletakkan Kongo di hati perjuangan Apabila Che kembali ke Kuba, dia sudah meletak jawatannya. Ia telah dicadangkan bahawa dia kemudiannya didesak untuk berhijrah ke Kongo, walaupun Amerika Latin merupakan fokus pemikiran strategik Che. Sebenarnya, terdapatnya hanya beberapa petanda baik di Amerika Latin pada masa itu, dan Che sendiri telah meletakkan Kongo di hati perjuangan

Karangan Che yang paling terkenal, ‘Manusia dan Sosialisme di Kuba,’ diterbitkan dalam majalah radikal di Uruguay, iaitu Marcha, pada bulan Mac 1965, dan hanya selepas itu di Kuba, dalam malah tentera Verde Olivo. Dari satu segi, ia merumuskan perdebatan dan pertikaian pada empat tahun sebelumnya. Mengapakah dia sangat mementingkan persoalan kesedaran baru? Ia jelasnya bukanlah kerana sebab-sebab ekonomi, atau kerana orang yang setia adalah pengeluar yang lebih cekap – walaupun perdebatan-perdebatan mengenai perangsang moral mencerminkan apa yang dia melihat sebagai keperluan untuk mengubah ekonomi Kuba dengan pesat. Ia menusuk hati idea-idea politik Che, kerana ia menekan faktor subjektif sebelum faktor objektif, usaha keinginan yang dapat mengatasi keadaan- keadaan materialis yang susah. Ini merupakan konsep utama dalam Perang Gerila, dan dinyatakan dengan lebih jelas dalam karangannya yang terakhir, ‘Perang Gerila: Sesuatu Cara.’ Ia bertentangan dengan tradisi revolusioner yang menyedari hubungan dialektik di antara individu dan keadaan-keadaan yang Marx telah merumuskan dalam hukum terkenal: ‘Manusia menciptakan sejarah, tetapi bukannya di bawah keadaan-keadaan yang dipilih sendiri.’ Che mengabaikan bahagian kedua daripada pendapat Marx dan hanya menekan wawasan hubungan-hubungan sosial yang baru lagi berbeza:

Manusia di bawah sosialisme, meskipun keseragaman luaran, adalah lebih lengkap; meskipun kekurangan jentera sesuai pada mulanya, peluang-peluangnya untuk meluahkan diri dan untuk menjadikan dirinya terasa dalam organisma sosial adalah jauh lebih besar. 132

Bagi Che, masyarakat baru dilahirkan akibat perubahan semangat, maka kritikan tegas terhadap dogmatisme dalam seni:

Ini bukanlah persoalan berapa banyak daging mungkin dimakan oleh seseorang, mahupun persoalan berapa kali setahun seseorang dapat bercuti di pantai... Apa yang sebenarnya terlibat adalah bahawa individu merasai dirinya lebih lengkap, dengan kekayaan dalam yang lebih tinggi dan tanggungjawab yang lebih penting. 133

Bagi Marx, kemungkinan perubahan sosial bangkit dari perkembangan kuasa-kuasa produktif yang bercanggah, di bawah kapitalisme, dengan hubungan-hubungan sosial pada mana perkembangan itu bergantung. Kemampuan lebih tinggi bagi pengeluaran kekayaan bersama dengan ketidak-samarataan di antara mereka yang memiliki dan mereka mereka yang menghasilkan kekayaan – itulah sifat utama kapitalisme. Ia juga adalah sebab mengapa kapitalisme menghasilkan perjuangan kelas. Namun, hasil perjuangan itu bukanlah sesuatu yang tidak dapat dielakkan – kejayaan kelas pekerja akan bergantung pada pengaturannya, kepimpinannya, dan idea-idea yang mendorong perjuangannya ke hadapan. Namun, perkara penting adalah bahawa revolusi dibina oleh seluruh kelas pekerja, yang mengamalkan kuasa sebagai sebuah kelas.

Ketidak-sabaran Che, tekanannya pada kesedaran dan keyakinan ahli-ahli revolusioner, bangkit dari kepercayaan, seperti yang dia berkata berkali-kali, bahawa perubahan tidak perlu menunggu pembinaan pertubuhan itu tetapi dapat muncul selepasnya. Ia adalah ahli- ahli revolusioner, dan bukannya kelas pekerja, yang merupakan pelakon-pelakon utama dalam konsep revolusi Che.

Che menulis rencana ini sambil dia bertolak ke Kongo. Dia juga meninggalkan karya yang lebih pendek – surat selamat tinggal kepada Fidel. Tetapi ini hanya diterbitkan enam bulan selepas itu. Dia kini telah meninggalkan Kuba. Walaupun dia dijangka mengikuti perjuangan di Argentina, ia adalah Kongo yang mengalu-alukannya. Sebahagiannya, ini disebabkan oleh Che menulis rencana ini sambil dia bertolak ke Kongo. Dia juga meninggalkan karya yang lebih pendek – surat selamat tinggal kepada Fidel. Tetapi ini hanya diterbitkan enam bulan selepas itu. Dia kini telah meninggalkan Kuba. Walaupun dia dijangka mengikuti perjuangan di Argentina, ia adalah Kongo yang mengalu-alukannya. Sebahagiannya, ini disebabkan oleh

Kebangkitan semula perjuangan di Kongo pada tahun sebelumnya mencadangkan kepadanya bahawa medan ketiga sudah beroperasi. Che merupakan sebahagian daripada kumpulan hadapan kecil. Dalam masa setahun, lebih kurang 100 warga Kuba bakal berpindah ke sana. Che telah mengunjungi Afrika hanya dua bulan sebelum itu. Kunjungannya ke China pada awal bulan Februari kemungkinan besar dibuat untuk mentafsir sikap kerajaan China terhadap perjuangan di Kongo. Kini dia melalui beberapa negara ke Dar es Salaam di Tanzania, di mana presiden negara itu, Julius Nyerere, merupakan seorang penyokong Kuba tanpa persoalan. Che sudah meluahkan keresahannya mengenai beberapa pemimpin perjuangan di Afrika – dia mendapati mereka tidak bersedia, keliru dan malas. Kini beberapa pemimpin utama dalam perjuangan Kongo tidak muncul untuk menjemput kumpulan Kuba atau pemimpin mereka, ‘Ramon,’ (nama samaran Che). Mereka berada di Kaherah untuk membincangkan perdebatan dan pertikaian dalaman.

Pada 24hb April, Che melintasi Tasik Tanganyika dari pelabuhan Kigame di Tanzania dan berdiri buat kali pertama pada tanah Kongo. Apa yang dia menjumpai, bertentangan dengan jangkaannya, merupakan sebuah kumpulan berbahagi dan tidak berdisiplin yang sangat membencikan pemimpim-pemimpin yang hidup dengan mewah berjauhan dari medan pertempuran. 134

Che sangatlah terkejut. Dia juga tidak dapat berkomunikasi dengan para pejuang dengan baik, walaupun seorang penerjemah berbahasa Perancis telah datang dengannya. Anderson melaporkan kerisauannya dengan pengaruh fikiran ajaib di kawasan itu. 135 Lebih penting lagi, pihak Kuba tidak menyelidik kawasan itu dengan cukup baik. Latihan hutan mereka, misalnya, tidak menyediakan mereka bagi ngarai, jalan genting dan cenuram di kawasan pergunungan ini.

Kepentingan Kongo dari segi geografi dan politik tidak dapat dipertikaikan. Tetapi keadaan di negara yang luas itu sangatlah rumit. Kawasan Katanga yang kaya dengan sumber mineral berpisah di bawah Moise Tshombe pada pertengahan tahun 1964, dengan galakan Barat. Tshombe telah mengatur sebuah kuasa ketenteraan di bawah kolonel Britain Mike Hoare dan yang sedang menyerang pihak pemberontak secara teratur dan dengan bekalan baik. Ia adalah jelas bahawa penyokong-penyokongnya di Britain, Belgium dan Amerika Utara melihat Katanga yang ‘merdeka’ ini sebagai jambatan dari mana kawalan ke atas seluruh Kongo dapat dicapai.

Menjelang pertengahan tahun itu, ia merupakan pemberontak nasionalis sayap kiri yang menguasai majoriti kawasan luas tersebut. Namun, mereka tidak bersatu-padu. Beberapa kumpulan bersenjata yang berlainan berjuang demi kuasa, meskipun kesetiaan rasmi mereka kepada Majlis Kemerdekaaan Kebangsaan. Keadaan itu dirumitkan lagi oleh sokongan yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan berlainan oleh China dan Rusia, di mana pembahagian dunia Komunis kini dihasilkan semula di setiap negara di mana terdapatnya pertubuhan Komunis.

Campur tangan Barat pada tahun 1964, dan serangan menentang pihak pemberontak oleh tentera Hoare, mengubah imbangan kuasa. Pertempuran secara langsung yang pertama di antara Hoare dan kuasa-kuasa Majlis Kemerdekaan berlaku di sebuah empangan hidroelektik yang penting di Bendera pada bulan Jun, tidak lama selepas ketibaan kumpulan Kuba. Ia merupakan kekalahan besar dan kumpulan Hoare merupakan kumpulan yang berjaya. Diari Guevara merekodkan kehampaannya. Tetapi dia juga mendedahkan Campur tangan Barat pada tahun 1964, dan serangan menentang pihak pemberontak oleh tentera Hoare, mengubah imbangan kuasa. Pertempuran secara langsung yang pertama di antara Hoare dan kuasa-kuasa Majlis Kemerdekaan berlaku di sebuah empangan hidroelektik yang penting di Bendera pada bulan Jun, tidak lama selepas ketibaan kumpulan Kuba. Ia merupakan kekalahan besar dan kumpulan Hoare merupakan kumpulan yang berjaya. Diari Guevara merekodkan kehampaannya. Tetapi dia juga mendedahkan

Sebenarnya, apabila kumpulan Guevara tiba di Kongo, keadaan di sana telah berubah secara mendadak berbanding dengan setahun sebelumnya. Pembahagian dalaman telah menjadi semakin tenat. Pemimpin yang paling diharapkan oleh Guevara, Laurent Kabila, dibuktikan kurang mampu daripada yang dibayangkan. Lebih-lebih lagi, Che dan ramai orang yang mengikutinya dijangkiti penyakit malaria – dan asma Guevara menjadi serius.

Kerajaan pusat di Kongo, bagi pihaknya, ingin berunding dengan Tshombe. Kemudian pada bulan Jun yang sama – bulan pertama di mana kumpulan Kuba terlibat dalam pertempuran aktif – Ben Bella, sekutu utama Kuba di kawasan itu, ditumbangkan di Maghribi. Guevara menulis dalam diarinya yang merumuskan bulan itu, ‘Sifat tidak tersusun adalah menyeluruh.’ Askar Tshombe dan bantuan Baray kepada kerajaan pusat di Leopoldville (kini Kisangani), digabungkan dengan sifat tidak tersusun dan tidak bersedia tentera pemberontak semakin menghancurkan kuasa-kuasa pemberontakan.

Pada bulan Oktober, presiden Kongo, Kasavubu, menggantikan Tshombe. Dia kemudiannya menghadiri perjumpaan kerajaan-kerajaan Afrika untuk mengumumkan pengakhiran kebebasan Katanga dan pengunduruan askar-askar berkulit putih. Sebagai ganti, dia meminta para hadirin untuk menamatkan sokongan mereka bagi pihak pemberontak. Pada 20hb November 1965, Guevara dan para pejuang Kuba kembali ke Tanzania.

Ekspedisi ke Kongo merupakan malapetaka. Kata-kata pemimpin Mesir, iaitu Nasser, kepada Gievara pada awal tahun itu semestinya menghantuinya. Nasser telah memberi amaran kepada Che, ‘Seorang lagi Tarzan, seorang berkulit putih di antara mereka yang berkulit hitam, memimpin dan mengawal mereka... Ia tidak dapat dilakukan.’ 136

Mengapakah Che memilih Kongo? Beberapa pihak telah mencadangkan bahawa dia melihatnya sebagai peluang latihan bagi pejuang-pejuang gerila Kuba pada masa depan. Che sendiri berkata, ‘Saya akan pergi ke Kongo kerana ia adalah tempat paling panas [penting] di dunia pada masa ini... Saya percaya bagawa kami dapat melukai pihak imperialis di hati kepentingan mereka di Katanga.’ 137 Itu mungkin benar setahun sebelum itu, tetapi apabila Che tiba di sana, imperialisme telah mengatur balasannya dan sedang melaksanakan rancangannya dengan kejam. Pihak pemberontak Kongo tidak dilatih, berbahagi dan tidak berdisiplin. Mungkin Che percaya bahawa reputasi dan kedudukannya dapat menyatukan kuasa-kuasa pemberontak, atau bahawa pengetahuan ketenteraannya dapat mengatasi kelemahan mereka. Jika ya, ia merupakan sikap naif atau angkuh. Walauapapun, peristiwa itu merupakan bukti bahawa prinsip-prinsip umum tidak mencukupi – keadaan-keadaan khusus sesuatu perjuangan membentukkan sifatnya.

Ia adalah benar bahawa ekspedisi Che disokong oleh Fidel. Sebahagian daripada in disokong oleh maklumat salah yang Castro menerima mengenai realiti keadaan di Kongo. Ia adalah benar bahawa Kuba terlibat secara aktif di Afrika sejak itu, dan terutamanya di Angola dan Afrika Timur pada tahun 1970-an. Tetapi menjelang masa itu, peranan Kuba terikat dengan kepentingan-kepentingan Soviet di kawasan itu. Ini sangatlah benar di Ethiopia, di mana askar Kuba berjuang dalam pemberontakan Somalia demi pertahanan sebuah rejim zalim lagi ganas yang bersekutu dengan pihak Soviet. Ia mungkin adalah benar bahawa pertimbangan yang serupa mempunyai pengaruh pada keputusan untuk menghantar pasukan Kuba ke Kongo.

Enam bulan selepas perjalanannya dari Kuba, pada bulan Oktober 1965, Fidel menerbitkan surat selamat tinggal Che, di mana dia mengumumkan letakan jawatannya dan perlepasan kewarganegaraan Kuba:

Saya membawa ke medan pertempuran baru kepercayaan yang anda telah menyemai dalam diri saya, semangat revolusioner rakyat saya, perasaan memenuhi tugas yang paling suci: untuk berjuang menentang imperialisme walau di mana seseorang berada... Saya hanya akan berkata bahawa saya membebaskan Kuba daripada apa-apa tanggungjawab kecuali itu yang muncul dari contoh saya. 138

Ia merupakan sanjungan tinggi kepada Fidel. Ia juga merupakan dokumen yang melepaskan Fidel atau kerajaan Kuba daripada apa-apa tanggungjawab bagi apa yang mungkin berlaku di Afrika. Tetapi persoalannya masih bangkit – mengapakah Fidel mengumumkan surat itu pada masa tertentu? Ia menyebabkan kesusahan besar bagi Che di kalangan komrad-komrad Kuba, bagi siapa ia dianggap sebagai penganiayaan. Ia juga menjadikannya mustahil bagi Che untuk kembali ke Kuba kecuali secara sulit dan berahsia.

Che menetap seketika di Dar es Salaam sebelum berpindah ke Prague. Ia adalah di sana, dalam perbincangan dengan komrad-komrad dari Kuba, yang dia mengambil keputusan untuk membawa perjuangan ke Bolivia. Terdapatnya perdebatan akan sebab mengapa dia memilih Bolivia. 139 Tetapi ia disetujui bahawa dua belas minggu itu di ibu negara Czekoslovakia merupakan hari-hari paling gelap dalam kehidupan Che. Dia tidak sihat, dan keadaannya menjadi semakin tenat akibat ubat batuk Rusia yang usang. Dia juga bersendirian. Aleida mengunjunginya, tetapi hubungan mereka sudah mencapai tahap susah sebelum dia bertolak ke Kongo. Dia diserbu dengan nasihat dan tekanan, tetapi masa depannya belum ditentukan.