Perjalanan Terakhir
XIV. Perjalanan Terakhir
Keputusan terakhir mungkin sekali diambil bersama oleh Fidel dan Manuel Piñeiro, iaitu ketua perkhidmatan keselamatan Kuba. Che sendiri ingin kembali ke Argentina, tetapi sekutu-sekutunya sudah meninggal dunia atau berada dalam penjara. Kumpulan gerila Venezuela sudah didirikan, tetapi dibelenggu oleh pertikaian dalaman dan, oleh kerana sebab-sebab rumit, menentang kehadiran Che. Kumpulan gerila Peru telah mengalami kekalahan besar.
Perbincangan di Prague akhirnya berpusat pada Bolivia, di mana pihak gerila di bawah Masetti telah berkumpul dalam persediaan bagi tindakan mereka pada tahun 1964. Kecewa selepas Kongo, dan merasai dirinya terpulau dan diketepikan akibat penerbitan surat selamat tinggalnya, pengesahan strategi gerila semestinya berada di pusat minda Che. Dari segi itu, Bolivia merupakan tapak pelancaran bagi pembinaan semula foko gerila di Argentina utara. Untuk mengaturnya dari sebuah rumah pangsa di pusat Prague sememangnya tidak masuk akal. Tetapi Che enggan kembali ke Havana, dan ia memerlukan perjumpaan dengan Ramiro Valdés, seorang komrad lama dan salah seorang pegawai paling penting di Kuba, untuk meyakinkannya untuk kembali ke ibu bandar Kuba secara sulit dan mula mengatur kuasa gerila dari sana.
Ernesto Che Guevara kembali ke Kuba pada pertengahan bulan Julai 1966. Tidak terdapatnya majlis-majlis jemputan. Sebaliknya, dia kembali ke ladang terpencil untuk memulakan latihan kumpulan Bolivia. Beberapa daripada mereka merupakan warga Kuba, beberapa lagi merupakan pelajar Bolivia. Dia diiringi ke merata-rata oleh Piñeiro, yang kini telah menjadi salah seorang sekutu Fidel yang paling karib.
Jika ekspedisi ke Kuba menerima sokongan peribadi Castro masih belum dijelaskan. Che telah kembali ke Kuba tanpa semangat, tetapi menerima bahawa Kuba merupakan tapak persediaan yang lebih baik daripada Eropah Timur. Fidel mendakwa kemudian bahawa Che tidak sabar – bermakna bahawa persediannya tergesa-gesa dan tidak lengkap. 140 Meskipun itu, Che kekal di sana sehingga bulan November sambil pengikut-pengikutnya membuat persediaan bagi ketibaannya.
Adakah ia merupakan usaha yang kurang baik? Mengapakah Che menginginkan perjuangan gerila di Bolivia dimulakan dengan secepat mungkin? Adakah ia kerana dia merasai keperluan untuk memunasabahkan wawasannya selepas malapetaka di Kongo – atau kerana dia masih merasai bahawa ketika bersejarah itu masih membolehkan perjuangan menentang imperialisme? Ia tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua unsur ini wujud. Dia mungkin juga dipengaruhi oleh nada ucapan-ucapan terbaru Fidel, yang sekali lagi membentangkan panji-panji revolusi Amerika Latin meskipun kutukan Moskow. Fidel sedang bersedia bagi Mesyuarat Tricontinental pada bulan Januari 1967 dan sedang mengarahkan ucapan- ucapannya kepada para pejuang kemerdekaan di Dunia Ketiga. Ia mungkin juga merupakan cara untuk membuka ruang kecil bagi kebebasan dari Rusia dan China. Dari segi retrospek, ia adalah jelas bahawa ini tidak mewakili apa-apa perubahan arah yang serius pada pihak Castro. Jika apa-apa, ia merupakan peralihan taktik, sesuatu penyesuaian pragmatik yang menyifatkan Fidel. Sambil dia memberikan sokongan materialis kepada projek Che, dia tidak memberikannya sokongan awam. Namun, dari sudut pandangan Che, ini menawarkan peluang memunasabahkan strateginya. Dia akhirnya merupakan seorang revolusioner terkenal yang hanya 18 bulan selepas itu menikmati sokongan padu di mana jua.
Jika terdapatnya pilihan lain, Che mungkin mempertimbangkan bahawa Bolivia bukanlah tempat paling baik untuk melancarkan serangan gerila umum di Amerika Latin. 141 Beberapa bulan sebelum itu, Peru kelihatan seperti tapak pelancaran yang lebih sesuai, tetapi menjelang akhir tahun 1966, para pemimpin pertubuhan-pertubuhan gerila yang utama di Peru sudah meninggal dunia dan para penyokong mereka bersurai. Mungkin Bolivia terpaku Jika terdapatnya pilihan lain, Che mungkin mempertimbangkan bahawa Bolivia bukanlah tempat paling baik untuk melancarkan serangan gerila umum di Amerika Latin. 141 Beberapa bulan sebelum itu, Peru kelihatan seperti tapak pelancaran yang lebih sesuai, tetapi menjelang akhir tahun 1966, para pemimpin pertubuhan-pertubuhan gerila yang utama di Peru sudah meninggal dunia dan para penyokong mereka bersurai. Mungkin Bolivia terpaku
Fidel kemudiannya mendakwa bahawa Bolivia merupakan cadangannya sendiri. Tetapi Che telah berkahwin dengan strategi gerila – dan kegagalannya di Argentina, Peru dan Guatemala seolah-olah mengukuhkan kepercayaannya dan bukannya mempersoalkan kepercayaan itu. Dari satu segi, Bolivia mungkin kelihatan seperti tempat yang baik bagi pembinaan gerakan revolusioner. Pada tahun 1952, revolusi yang dipimpin dan dilaksanakan oleh sebuah gerakan yang dipimpin oleh kelas pekerja telah mengutarakan kerajaan nasionalis sayap kiri di bawah Gerakan Revolusioner Kebangsaan (MNR) yang dipimpin oleh Víctor Paz Estenssoro. Ia menasionalisasikan peraih eksport utama di negara itu – lombong-lombong timah. Bagi sebab-sebab yang agak rumit, titik tertinggi dalam perjuangan popular ini diikuti oleh siri kompromi dan penganiayaan. Menjelang awal tahun 1960-an, kesatuan pelombong dan federasi kesatuan pekerja kebangsaan (COB) sekali lagi terlibat dalam perjuangan menentang kerajaan.
Pada tahun 1964, Paz Estenssoro – yang sekali lagi menjadi presiden – ditumbangkan oleh rampasan kuasa ketenteraan yang diketuai oleh seorang pegawai tentera udara, René Barrientos. Dua tahun selepas itu, Barrientos menjadi presiden. Keadaan itu sangat rumit. Bolivia adalah sebuah negara yang dibahagikan oleh geografi. Pergunungan Andes Tinggi dan dataran pergunungan altiplano yang luas adalah sumber kekayaan mineral Bolivia dan rumah kepada masyarakat-masyarakat peribumi berbahasa Aymara, yang telah bekerja sebagai pelombon selama beberapa abad. Tetapi di kawasan timur terdapatnya lembah- lembah subur dan kawasan perhutanan rimba di sekitar Cochabamba dan Camiri, iaitu pusat pengeluaran minyak.
Sejarah perjuangan massa di Bolivia dilahirkan oleh masyarakat-masyarakat perlombongan. Selepas rampasan kuasanya pada tahun 1964, Barrientos memusatkan perhatian kuasa-kuasa penindasan pada para pemimpin kelas pekerja ini. Setahun penindasan kejam diikuti oleh pengukuhan kuasanya dan penindasan pertubuhan-pertubuhan pekerja. Tetapi Barrientos menikmati sokongan popular di kawasan timur di negara itu, kerana dia berjanji untuk meneruskan (walaupun secara terpilih) reformasi pertanian dari tiga atau empat tahun yang lalu, yang telah memberikan 200,000 petani bidang tanah tersendiri. Ini bukanlah para petani miskin yang Guevara mungkin berkata membentukkan tulang belakang tentera gerila. Sebaliknya, sikap mereka adalah agak konservatif dan mereka meragui aktiviti revolusioner, terutama sekali jika ia diamalkan oleh golongan asing. Namun, ia adalah di kawasan inilah yang Che memilih untuk mengasaskan foko gerila yang pertama, di Ñancahuazú – berjauhan dari hati tradisi revolusioner megah Bolivia.
Para petani tidak mungkin menyokong para gerila itu. Kuasa revolusioner utama di negara itu berakar di kawasan yang berlainan dan pada masa itu pertubuhan-pertubuhan mereka berada dalam keadaan kucar-kacir. Lebih-lebih lagi, kawasan itu sangatlah berbeza daripada lokasi sesuai yang Che mencadangkan dalam Perang Gerila. Dan di tempat-tempat lain di Amerika Latin, strategi itu telah mengalami kekalahan. Keadaan-keadaan objektif tidak membantu.
Namun, semasa Mesyuarat Tricontinental di Havana pada bulan Januari tahun itu, Fidel seolah-olah mengutarakan semula perspektif revolusi Amerika Latin, menjauhkan dirinya dari rancangan beransur-ansur yang menyifatkan parti-parti Komunis di rantau tersebut. Dan setiausaha Parti Komunis Bolivia, Mario Monje, telah mengunjungi Havana dan menjanjikan sokongannya bagi perjuangan bersenjata. Sokongan itu akhirnya tidak menjelma, dan merupakan salah satu sebab utama bagi kegagalan pihak gerila Che. Tetapi penganiayaan Monje tidak patut mengejutkan sesiapa yang mengenali keadaan politik di Bolivia pada masa itu.
Parti Komunis Bolivia telah dibahagikan seperti kesemua parti Komunis yang lain selepas pertikaian Rusia-China. Mereka yang menyokong pendirian China (Maoisme) mengkritik polisi kehidupan damai Soviet dengan dunia Barat dan menyokong idea perjuangan bersenjata di kawasan desa. Parti Maois yang utama di Bolivia, iaitu PCML, diasaskan pada tahun 1965. Pemimpinnya, Oscar Zamora, mengunjungi Kuba pada tahun seterusnya dan menawarkan sokongan logistik kepada Che. Ini mungkin sekali menjadi penting, kerana kritikan mereka terhadap kerjasama Parti Komunis dengan kerajaan nasionalis telah memenangi sokongan beberapa pemimpin kesatuan pekerja, dan terutama sekali, beberapa pelombong penting. Tetapi sambil Castro bersedia untuk berjumpa dengan Zamora di Havana, dia berunding secara eksklusif dengan Monje dan pihak Komunis Bolivia. Tawaran sokongan bagi perjuangan bersenjata oleh Monje, yang bertentangan dengan polisi Komunis di rantau itu, mesti dilihat sebagai usaha untuk melemahkan Zamora dan bukannya sebagai perubahan arah yang benar.
Mesyuarat Tricontinenal telah mendengar mesej dari Che. Ia merupakan deklarasi awam Che yang terakhir dan mungkin yang paling terkenal. Ia bermula dengan petikan terkenal dari José Martí, iaitu pemimpin gerakan kemerdekaan Kuba pada abad ke-19 dan pensyair Kuba abad ke-19 yang termasyhur:
Sekarang adalah ketika relau, dan hanya cahaya patut dilihat. 142
Tetapi laungan yang bertalun di merata dunia, sambil imperialisme AS mendalamkan perangnya menentang Vietnam dan menyokong balasan-balasan zalim terhadap gerakan- gerakan kemerdekaan di merata dunia, merupakan seruan Che untuk ‘menciptakan satu, dua, tiga, banyak Vietnam.’ Mungkin, akhirnya, itulah naluri di sebalik projek Che di Bolivia – untuk menciptakan medan anti-imperialis yang pertama. Dia kini menjelaskan bahawa sambil kapitalisme wujud, perjuangan tidak dapat berakhir dan dia menawarkan ‘kehidupan kami, pengorbanan kami’ sebagai ilham bagi perjuangan yang akan datang. Namun, ia adalah susah untuk percaya bahawa dia menjangka pengorbanan yang bakal menjelma.
15hb Oktober 1966 ditetapkan sebagai tarikh bertolak Che dan pasukannya. Seorang pemerhati melaporkan perbincangan terakhir di antara Che dan Fidel, walaupun dia hanya dapat melihat apa yang berlaku dari jauh:
Castro seorang bertutur, sambil Che kelihatan muram dan berdiam diri; Castro bersifat ghairah, Che pula sunyi. Akhirnya, Fidel melalui segala masalah, biarpun tersirat dan bergantung, dalam ekspedisi Bolivia. Dia menekan kekurangan komunikasi, keresahan Monje, kelemahan pertubuhan Inti dan Coco Peredo. Dia ingin mengubah pendapat Guevara, atau sekurang-kurangnya meyakinkannya untuk menangguhkan ekspedisi tersebut... Gaya badan Fidel mendedahkan keresahannya dengan kedegilan Che. Mereka melabuhkan punggung selepas beberapa lama, sambil berdiam diri. Kemudian Fidel bangun dan meninggalkannya. Che dipenuhi dengan perasaan tidak sabar, buat kali terakhir dalam kehidupannya. 143
Che tidak sabar kerana dia menyedari bahawa projek yang mudah rapuh itu mula terbongkar. Sahabatnya di La Paz, iaitu pengikut Che sepanjang Hayat bernama Harry ‘Pombo’ Villegas, sudah mengutarakan kerisauannya mengenai operasi itu pada hujung bulan Septenber. 144 Begitu juga dengan Régis Debray, seorang mahasiswa dari Sorbonne di
Paris, di mana karyanya bertajuk Revolusi Dalam Revolusi 145 telah mengumumkan idea-idea Che bagi pembaca global. Debray digemari oleh Fidel. Bagi sebab-sebab yang, sekurang- kurangnya bagi saya, sukar difahami, Debray disuruh mengkaji keadaan umum di Bolivia dan menasihati Che. Sebenarnya, Debray tidak menyukai foko Bolivia, walaupun dia merupakan seorang penyokong teori tersebut, dan ini mungkin juga menjelaskan mengapa Fidel tidak menyokong projek itu sepenuh hati. Tetapi Che tetap degil.
Mesej-mesej Pombo mencadangkan bahawa terdapatnya perselisihan faham dengan Monje dan pihak Komunis Bolivia. Pombo dan Debray telah berhubung dengan pihak Maois di Mesej-mesej Pombo mencadangkan bahawa terdapatnya perselisihan faham dengan Monje dan pihak Komunis Bolivia. Pombo dan Debray telah berhubung dengan pihak Maois di
Daripada tiga tapak gerila yang berpotensi, Che memilih kampung Ñancahuazú:
Ia adalah lebih susah untuk mencari di seluruh Bolivia sesuatu kawasan yang kurang sesuai bagi perjuangan perang gerila, terutamanya mengikut cara foko... Kawasan itu terdiri daripada rantai pergunungan, sistem sungai rumit dan gaung dalam; ia menawarkan tempat sembunyi yang baik tetapi sudah untuk dilintasi dan tidak memiliki perimeter yang dapat dikawal... [Ia] tidak dihuni oleh ramai orang dan para petani yang menetap di sana memiliki tanah dalam kuantiti yang mencukupi, bersifat parokial dalam padangan... dan tidak pernah menunjukkan apa-apa perasaan tidak puas hati yang mendalam atau keinginan untuk mengikyti politik radikal. 146
Satu-satunya penjelasan bagi pilihan itu adalah bahawa tempat itu paling rapat dengan sempadan Argentina dan Che sebenarnya tidak mementingkan keadaan di Bolivia. Namun, dari perspektif politik yang lain, Bolivia patut menjadi lokus perjuangan yang utama. Ia memiliki tradisi perjuangan kelas pekerja yang lama dan berani, ia memiliki tahap keahlian dalam kesatuan pekerja yang tinggi dan tradisi-tradisi revolusioner yang berakar dalam. Hati tradisi itu terletak di kawasan pergunungan, di sekeliling kawasan perlombongan dan bandar La Paz. Ini bukanlah masa yang paling sesuai bagi serangan besar, tetapi ia merupakan masa baik bagi pembinaan semula pertubuhan politik dengan sabar, terutama sekali dengan kekuasaan moral Che di sebaliknya. Namun, Guevara terikat dengan idea perang gerila, dan tidak melihat kelas pekerja sebagai pelakon utama dalam wawasan revolusi-nya.
Che tiba di Bolivia pada hujung bulan Oktober, melintasi sempadan dari Brazil. Di Ñancahuazú, persediaan sudah dimulakan. Pada bulan Disember, Mario Monje tiba, diiringi oleh Tania (Tamara Bunke), penerjemah Jerman Timur yang telah berjumpa dengan Che semasa kunjungannya ke Eropah pada tahun 1960.
Diari Che merekodkan perjumpaan itu pada 31hb Disember, dan ia mendedahkan tujuan sebenar Monje. Monje ingin meletak jawatan dalam parti untuk mengambil-alih kepimpinan pihak gerila. Dia juga mendesak bahawa dia patut mengendalikan hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan politik yang lain di Amerika Latin. Pada isu ini, Che tidak berubah pendapat:
Saya tidak akan menerima tawaran kedua-nya walauapapun. Saya merupakan pemimpin ketenteraan dan tidak terdapatnya apa-apa lagi untuk dibincangkan mengenai itu. Perbincangan tergendala pada isu ini dan sejak itu kami hanya berputar dalam bulatan. 147
Hubungan di antara Parti Komunis Bolivia dan kumpulan gerila Che berakhir pada malam itu. Monje disingkirkan dalam mata kepimpinan partinya sendiri – ia tidak jelas sejauh mana dia berucap bagi mereka pada mulanya – dan sambil ia terus menyokong Che dari segi teori, ia menghalang apa-apa usaha oleh ahli-ahli parti untuk membantunya. Pihak Maois, bagi pihak mereka, meluahkan pelbagai retorik tetapi tidak mencapai apa-apa. Sebuah kumpulan pelombong yang kecil akhirnya tiba, tetapi mereka merupakan sebuah kumpulan kecil di bawah Moisés Guevara, seorang bekas pemimpin pelombong. Ia adalah jelas bahawa rekrut- rekrut Bolivia yang dijanjikan tidak akan menjelma. Bekalan pula berkurangan dan beberapa daripada ahli kumpulan itu berada di kem bagi sebab-sebab yang kurang pasti. Petanda- petandanya kurang baik.
Pada bulan Januari, Che mengatur pihak gerila tersebut menjadi tiga kumpulan bagi latihan ketenteraan. Empat orang ditinggalkan, sambil yang lain bertolak pada ekspedisi latihan. Ia sepatutnya berlangsung selama beberapa hari. Sebaliknya, enam minggu berlalu sebelum Pada bulan Januari, Che mengatur pihak gerila tersebut menjadi tiga kumpulan bagi latihan ketenteraan. Empat orang ditinggalkan, sambil yang lain bertolak pada ekspedisi latihan. Ia sepatutnya berlangsung selama beberapa hari. Sebaliknya, enam minggu berlalu sebelum
Aktiviti di kampung itu telah menarik perhatian para petani tempatan. Ketibaan dan perjalanan yang pesat seperti itu sudah pasti menarik perhatian. Angkatan tentera telah diberitahu mengenai kehadiran itu dan telah menyerang dua hari sebelumnya. Mereka menjumpai diari salah seorang warga Kuba dan lukisan ahli-ahli kumpulan yang lain, termasuk Che. Pada 23hb Mac, pihak gerila dan angkatan tentera berjumpa dalam pertempuran buat kali pertama. Tujuh askar dibunuh dan kumpulan perisik yang lain ditahan. Tetapi dalam masa lebih kurang seminggu, kem tersebut diserbu dan pihak gerila terpaksa bergerak.
Foko tersebut belum bersedia untuk memulakan operasi – mereka tidak sempat membawa bekalan mereka, dan latihan mereka tidak memadai. Sejak itu, 40 ahli gerila tersebut terpaksa melarikan diri daripada kuasa ketenteraan yang berjumlah 1,500 orang. Sebelum melarikan diri dari kem, dua pelawat baru telah tiba – pelukis dari Argentina, Ciro Bustos, dan Régis Debray. Ia menjadi jelas bahawa mereka terpaksa dihantar keluar dari kawasan itu, dan ini memaksa Cha untuk membahagikan pasukan kecilnya menjadi dua. Satu kumpulan akan bergerak ke selatan dan membawa dua pelawat itu ke tempat selamat – sebenarnya, mereka ditahan sesudah mereka meninggalkan pasukan itu. Penahanan Debray bakal menjadi berita antarabangsa dan mengarahkan cahaya awam pada pihak gerila itu. Bandar Camiri memenerima beberapa pelawat yang tidak dijangka pada hari-hari selepas itu, termasuk penerbit Feltrinelli (dari Itali) dan François Maspéro (dari Perancis), dan seorang ahli Trotskyis penting, Tariq Ali (dari Britain).
Di kawasan yang susah itu, para gerila kini tidak terpisah dan tidak berhubung dengan dunia luar. Che menulis dalam diarinya bagi bulan April:
Kami kini terpulau sepenuhnya. Beberapa komrad tidak sihat, dan ini telah memaksa kami untuk membahagikan kumpulan kami, yang telah melemahkannya; dasar petani gagal berkembang, walaupun penindasan sekurang-kurangnya akan memaksa kebanyakan mereka duduk di atas pagar. Sokongan mereka akan datang kemudian. Belum ada sesiapa yang menyertai kami dan di samping dua kematian, kami telah kehilangan Loro, yang tidak dilihat selepas tindakan Taperillas. 148
Menjelang bulan Jun, penyakit asma Che, berseta dengan kekurangan bekalan ubat dan makanan, bermakna bahawa dia hanya dapat berpindah dari tempat ke tempat pada belakang keldai. Namun, sambil pihak gerila itu bersembunyi dari angkatan tentera, para pelombong sekali lagi mengambil tempat mereka di hati politik Bolivia. Pada bulan April, sebuah gerakan baru bermula, diikuti oleh demonstrasi-demonstrasi di seluruh kawasan Andes. Pada malam 23-24hb Jun, semasa perayaan San Juan (St. John), angkatan tentera membunuh para pelombong dan keluarga mereka yang telah berkumpul untuk mesyuarat di kem perlombongan Llallagua. Perasaan terkejut dan marah menggenggam seluruh negara. Tiga puluh ribu orang menghadiri pengebumian para pelombongan yang dibunuh itu, meskipun pendudukan kawasan itu oleh angkatan tentera, dan para pelombong melancarkan permogokan umum yang berlangsung selama dua minggu.
Beberapa hari selepas itu, para gerila itu meluluskan ‘Utusan Nombor 5 Kepada Para Pelombong Bolivia.’ 149 Ia adalah dokumen luarbiasa – bersifat sombong dari pelbagai segi, tidak realistik dan mendedahkan betapa jauhnya idea-idea Che berada dari pembebasan sendiri kelas pekerja:
Kami kini sedang berpulih selepas kekalahan yang disebabkan oleh pengulangan kesilapan taktik oleh kelas pekerja. Kami sedang menyediakan negara ini dengan sabar bagi revolusi sosial mendalam yang akan mengubah sistem dari atas ke bawah. 150
Ini berasal dari sebuah kumpulan terpulau dan letih yang tidak melebihi 20 orang. Tidak lama selepas itu, hanya merekalah yang masih hidup. Pada bulan Ogos, kumpulan kedua, yang dipimpin oleh seorang warga Kuba bernama Joaquín, diserang dan kesemua mereka dibunuh, walaupun Che tidak menyedarinya apabila dia melintasi kawasan yang sama beberapa jam selepas itu. Pada bulan September, hanya 17 gerila masih hidup dan mereka terbahagi menjadi beberapa kumpulan.
Pada 8hb Oktober, Che ditangkap oleh angkatan tentera. Dilumpuhkan oleh asma dan tanpa perubatan yang diperlukan, Che diangkat melalui gaungan Quebrada del Yuro pada belakang seorang pelombong muda. Dua puluh empat jam selepas itu, dia sudah meninggal dunai, dibunuh di kampung La Higuera oleh angkatan tentera Bolivia di bawah arahan penasihat-penasihat tentera AS. Hanya lima orang gerila berjaya menyelamatkan diri – tiga warga Kuba, termasuk Pombo, yang melarikan diri ke Chile, dan dua warga Bolivia.
Kekalahan operasi gerila Che dan kelemahan utama dalam strategi Che – serta teori Debray mengenai perang gerila revolusioner dalam Revolusi Dalam Revolusi berasal dari apa yang mungkin dikatakan sesuatu sifat barisan hadapan ketenteraan. Dengan menyingkirkan revolusi popular kepada bentuk perang gerila khas, strategi Che dan tulisan-tulisan awal Debray terlalu mementingkan aspek-aspek ketenteraan dalam memulakan perjuangan revolusioner menentang sebuah rejim tidak adil. Dan mereka tidak menekan dimensi politik dalam usaha mengatur dasar sokongan popular yang diperlukan bagi kejayaan perjuangan revolusioner. 151
Bolivia menunjukkan dengan jelas kesan-kesan pemisahan aspek ketenteraan dan politik, pemisahan ahli-ahli revolusioner dari kelas pekerja. Di Muzium Revolusi di Havana, sebuah bilik khas disediakan untuk merayakan pengalaman Guevara di Bolivia. Ia digambarkan sebagai pengalaman yang berwira, berani dan gagah. Namun, ia tidak menghormati warisan Che untuk menadikan kebenaran ngeri bahawa ini merupakan kegagalan dasyhat dan menyedihkan akibat desakan Che bahawa keingingan seorang revolusioner dapat mengatasi keadaan-keadan objektif dan menggantikan gerakan sebuah kelas dengan keingingan seorang individu. Hujung jalan ini membawa sifat syahid, bukannya revolusi sosial.