Tindakan-Tindakan Yang Diambil
XI. Tindakan-Tindakan Yang Diambil
Pada 10hb Julai 1960, Fidel tidak sihat dan Che mengambil tempatnya semasa perarakan dengan Khrushchev, ketua Rusia Soviet. Ucapan Che penuh dengan keyakinan dan kejayaan. Kerajaan revolusioner, dia berkata, kini menikmati keselamatan kuasa ketenteraan kedua besar di dunia. Ia bukanlah menakjubkan bahawa dia mengatakan ini. Malah sebelum revolusi tersebut, dia semakin menggambarkan dirinya sebagai seorang Komunis dalam bentuk Soviet, dan majoriti orang di sekelilingnya – sebelum dan selepas penumbangan Batista – merupakan ahli Komunis.
Tetapi ia adalah sangat jelas bahawa pemahaman Che mengenai makna menjadi seorang Komunis sangatlah berbeza dari pandangan klasik Marx mengenai revolusi sosialis sebagai ketika apabila kelas pekerja merampas kuasa demi dirinya sendiri. Buku Che, Perang Gerila, yang diterbitkan pada bulan April 1960, berkata bahawa pelakon-pelakon revolusi merupakan pihak revolusioner, yang berdiri di atas golongan majoriti dan bertindak bagi pihak mereka. Apabila berkuasa, ia merupakan kerajaan revolusioner yang mengambil peranan ini. Kunci kepada kejayaan merupakan pertumbuhan dan diversikasi ekonomi, dan kejelasan pemerintahan. Kerajaan revolusioner hanyalah satu lagi penjelmaan tentera gerila.
Apa yang tersingkir dari gambar ini adalah demokrasi, kawalan dari bawah dan kepimpinan yang bertanggungjawab secara langsung kepada majoriti yang ia mewakili. Namun, ini bukanlah sesuatu isu bagi Che atau Fidel, yang pada Hari Pekerja melaungkan ungkapan baru, ‘Ya kepada revolusi, tidak kepada pilihanraya.’
Bagi Che, isu-isu utama merupakan ‘pengorbanan dan dedikasi.’ 97 Ketegangan dengan Amerika Syarikat mendalam setiap hari, dan apa-apa rundingan yang Fidel mungkin mempertimbangkan kini dilupakan. Che sentiasa menekan permusuhannya terhadap imperialisme, dan keyakinannya bahawa ia tidak akan membenarkan revolusi tersebut untuk membangun. Washington sudah menyokong tentangan bersenjata terhadap rejim baru itu dan ingin menggunakan kuasa ekonominya untuk melemahkan Kuba revolusioner. Bertentangan dengan ini, tulisan dan ucapan Che pada masa itu mengutarakan rayuan kepada Kesatuan Soviet demi sokongan dan bekalan (terutama sekali bagi minyak) dan sebagai pasaran bagi gula Kuba.
Pada tahap ini, Che juga melihat ekonomi Soviet sebagai contoh untuk diikuti, oleh kerana ia telah mengamalkan kolektivisasi pertanian laju diikuti oleh perindustrian yang juga laju. Kini kita menyedari bahawa pertumbuhan itu dicapai dengan harga tinggi bagi berjuta-juta pekerja Rusia, dan dengan pengenaan ekonomi perintah di mana kerajaan mengatur
pengeksploitasian tenaga pekerja di bawah keadaan zalim. 98 Tetapi Che mungkin tidak melihat sejarah zalim ini – meskipun ucapan tahun 1956 oleh Khrushchev yang mula membuka topeng pemerintahan Stalin. Kerisauan terbesar Che adalah perkembangan perindustrian yang dapat meringankan pergantungan Kuba pada gula dengan membangunkan sektor-sektor ekonomi yang lain, dan mendorong pengeluaran bahan-bahan mentah dan jentera yang diperlukan untuk mengekalkan pengeluaran itu.
Ulangtahun serangan 1953 pada berek Moncada, iaitu 26hb Julai, seringkali menjadi ketika bagi pengumuman perubahan penting dalam arah politik Kuba. Pada tahun 1960, nada dan kandungan ucapan panjang Fidel Castro agak bermusuh dan mencabar. Buat kali pertama, Fidel memberikan amaran kepada Amerika Latin bahawa di mana terdapatnya ketidak- adilan dan penindasan, contoh Kuba akan menjadi melahirkan tentangan dan perjuangan revolusioner. Ucapan itu sememangnya ditujukan kepada AS sebagaimana dengan Amerika Latin. Ia menandakan amalan yang semakin tegas terhadap pihak imperialis, tetapi ia juga memberikan tanda bagi apa yang berlaku di Kuba sendiri.
Paling sekali, ia merupakan tanda paling jelas mengenai pengaruh politik dan peribadi Che pada revolusi tersebut. Ini diluahkan dalam beberapa cara: pertama sekali, dalam sifat anti- imperialisme yang semakin tegas; kedua, dalam perkembangan hubungan dengan Kesatuan Soviet dan pihak Komunis Kuba; ketiga, dalam polisi ekonomi yang semakin menekan diversifikasi yang menjauhkan diri dari gula; dan keempat, dalam polisi-polisi dalaman kerajaan Kuba yang semakin menekan unsur-unsur ketenteraan seperti disiplin, pengorbanan dan kepatuhan.
Apabila Castro mengunjungi New York untuk menyampaikan ucapan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Jun, sikap sangatlah berbeza daripada setahun sebelumnya. Ucapannya selama tiga jam merupakan ucapan paling panjang dalam rekod (walaupun bukannya ucapan Castro yang paling panjang) dan mencabar Washington. Di New York, rombongan Kuba memenangi kejayaan hubungan awam yang besar dengan enggan menetap di Hotel Waldorf Astoria (yang terlalu mahal dan sudah pastinya diperisik) dan berpindah ke sebuah rumah penginapan di Harlem. Jika itu menjadikan rombongan Kuba sangat pipular di kalangan kaum pekerja, ia tidak memenangi mereka sahabat baru dalam pentadbiran AS. Dalam tangan sebelah, kedua-dua calon dalam pilihanraya presiden AS (Nixon dan Kennedy) sudah mengumumkan keinginan mereka untuk ‘melakukan sesuatu berkenaan dengan Kuba.’
Di Kuba sendiri terdapatnya tanda-tanda jelas mengenai kawalan kerajaan yang semakin ketat. Penubuhan apa yang bakal menjadi Majlis-Majlis Demi Pertahanan Revolusi (CDR) pada hujung bulan September memberikan mesej yang sangat jelas. Pada permukaannya, ia merupakan balasan terhadap tentangan dalaman, sabotaj dan peningkatan dalam jumlah kumpulan-kumpulan pembangkang bersenjata. Tetapi pada masa yang sama, ia merupakan bentuk kawalam kerajaan secara langsung yang jelas dan teratur. Sememangnya, seperti kebanyakan pertubuhan lain yang diasaskan di bawah kepimpinan Gerakan 26hb Julai, ia merupakan cara untuk memastikan yang keputusan yang diambil oleh kerajaan diamalkan dengan sempurna. Tidak terdapatnya aspek bahawa komunikasi tersebut akan berfungsi dalam arah bertentangan, tidak terdapatnya aspek bahawa majlis-majlis ini akan mewakili akar-umbi masyarakat. Perubahan-perubahan yang sama telah berlaku dalam gerakan kesatuan pekerja, misalnya, di mana kongres kesatuan pekerja baru (CTC) berucap bagi pihak kerajaan kepada pekerja, dan bukannya dalam arah bertentangan. Federasi Perempuan Kuba (FMC) berfungsi dalam cara yang sama. Kesemuanya merupakan alat kerajaan.
Dalam atmosfera tegang pada masa itu – dengan ketibaan bekalan senjata Rusia yang pertama, pemenjaraan pemberontak-pemberontak bersenjata, pemotongan hubungan ekonomi dan politik dengan Washington berserta dengan ancaman yang semakin meningkat dan semakin jelas – perdebatan bahawa ini merupakan zaman darurat apabila peraturan- peraturan biasa tidak dapat diamalkan mungkin mempengaruhi ramai orang. Namun, kesan- kesan jangka masa panjang merupakan penerimaan, atau sekurang-kurang penaklukan kepada, idea bahawa demokrasi dan tanggungjawab merupakan kemewahan yang tidak dapat dibiayai oleh revolusi yang kian diserang. Lebih 40 tahun selepas itu, ia merupakan perdebatan yang masih digunakan oleh kerajaan Kuba dan penyokong-penyokongnya di luar negara.
Ia adalah Che yang berkata bahawa kesetiaan kepada revolusi merupakan isu utama, dan bahawa kegagalan untuk mengikuti tuntutan-tuntutannya merupakan kesalahan yang patut dihukum. Ia adalah Che yang mengasaskan kem buruh berkontroversi di Guanacahabibes di mana ‘mereka yang melakukan kesalahan terhadap moral-moral revolusioner’ dihantar
untuk dipulihkn melalui kerja susah. 99
Akhbar-akhbar pembangkang ditutup, dan majalah-majalan pra-revolusioner dipaksa bergulung tikar. Penutupan majalah budaya Lunes de Revolución pada awal tahun itu, misalnya, berlaku akibat filem pendek bertajuk PM yang dibuat oleh beberapa orang yang terlibat dengan Lunes, yang menunjukkan kehidupan hedonistik di Havana. Ia tidak dapat Akhbar-akhbar pembangkang ditutup, dan majalah-majalan pra-revolusioner dipaksa bergulung tikar. Penutupan majalah budaya Lunes de Revolución pada awal tahun itu, misalnya, berlaku akibat filem pendek bertajuk PM yang dibuat oleh beberapa orang yang terlibat dengan Lunes, yang menunjukkan kehidupan hedonistik di Havana. Ia tidak dapat
Di Amerika Latin, Revolusi Kuba masih menikmati kekuasaan besar berkenaan dengan pengaturan perjuangan – perang gerila masih merupakan contoh yang diikuti oleh sebuah generasi baru. Che memperdebatkan bahawa pihak revolusioner merampas kuasa terlebih dahulu, dan kemudiannya mencipta revolusi. Kerajaan memerintah, dan akar-umbi mengamalkan arahan-arahan tersebut.
Pada masa yan sama, Che kini menggunakan sesuatu konsep yang bakal menjadi penting dalam pemikirannya, iaitu konsep ‘insan baru’ (el hombre nuevo). Ia sudah diutarakan dalam ucapannya pada bulan Jun 1960, ‘Mengenai Pengorbanan dan Dedikasi,’ di mana dia berkata bahawa para pekerja perlu menerima pengorbanan pada masa mutakhir sebagai ganti bagi masa depan di mana taraf kehidupan mereka akan meningkat. Che berkata pada masa itu, dan akan mengutarakan dengan lebih berkuasa selepas itu, bahawa kerisauan dengan kebaikan-kebaikan materialis merupakan sesuatu penjelmaan budaya kapitalis, dan bahawa dalam masyarakat baru, perkhidmatan kepada masyarakat dan perasaan menyumbang kepada revolusi adalah hadiah yang mencukupi. Ini meluahkan diri dalam hari-hari bekerja sukarela, apabila orang ramai memberikan masa mereka dengan percuma. Dengan aliran masa, pekerjaan sukarela ini menjadi hari-hari bekerja tanpa gaji, dan meletuskan perasaan tidak puas hati yang semakin bertumbuh walaupun agak terpendam.
Ia merupakan perdebatan yang agak menarik, melainkan bahawa janji-janji tersebut ditawarkan lebih dengan berharap daripada dengan pasti. Dalam pada itu, bagi kebanyakan pekerja, ia kelihatan seolah-olah mereka disuruh mengorbankan kepentingan mereka demi masa depan yang terpencil dan tidak pasti. Walauapapun, realitinya adalah bahawa Kuba tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan masa depan ekonominya sendiri, terutamanya apabila ia bergantung pada kepentingan ekonomi yang lebih berkuasa (Rusia) yang menguasai sumber-sumbernya dan harga barangan. Dari segi itu, keadaannya bukanlah sangat berbeza dari zaman sebelum 1959, apabila Kuba bergantung kepada AS untuk membeli gulanya dan menjual barangan pengguna yang diperlukan. Revolusi tidak bermakna bahawa barangan yang majoriti orang tidak memiliki kini dapat diperolehi. Sebaliknya, ia bermakna bahawa ia kurang dapat diperolehi berbanding dengan dahulu.
Tetapi terdapatnya kebaikan-kebaikan penting. Kempen membaca pada tahun 1960 membawa taraf buta huruf ke tahap yang paling rendah di Amerika Latin, 101 dan perkhidmatan kesihatan pada tahun-tahun awal itu memenangi Kuba sesuatu reputasi bagi perkhidmatan kesihatan asas. Ini merupakan kemajuan-kemajuan sosial yang membawa kebaikan bagi semua orang. Tetapi terdapatnya juga masalah. Akumulasi kekayaan untuk membiayai pengeluaran dan sektor-sektor ekonomi yang baru mengalihkan sumber-sumber dari perkhidmatan sosial. Konsep kesedaran baru Che merupakan jawapan kepada masalah itu.
Pada mulanya, balasan penduduk Kuba sangatlah positif. Namun, terdapatnya sesuatu unsur yang tidak muncul dalam perdebatan Che. Perlibatan dapat menjadi matlamat tersendiri, selagi ia benar-benar berlaku. Namun, kepelbagaian deklarasi kesetiaan para pemimpin kepada mereka yang dipimpin bukanlah ganti bagi demokrasi pekerja tulin di mana ia merupakan pertubuhan-pertubuhan popular yang membuat keputusan dan kerajaan yang mengamalkannya.
Sambil perubahan-perubahan ini berlaku, Che dihantar pada lawatan rasmi ke Moskow. Lawatannya berlaku pada masa yang sama dengan mesyuarat penting bagi parti-parti Komunis sedunia – sesuatu mesyuarat yang membawa ke permukaan ketegangan di antara Sambil perubahan-perubahan ini berlaku, Che dihantar pada lawatan rasmi ke Moskow. Lawatannya berlaku pada masa yang sama dengan mesyuarat penting bagi parti-parti Komunis sedunia – sesuatu mesyuarat yang membawa ke permukaan ketegangan di antara
Meskipun simpati-simpati Marxsis-nya, Guevara masih tidak menyedari kehidupan sulit keluarga Komunis. Pemahamannya mengenai USSR agak berpuisi. Dia telah membawa beberapa karya mengharukan oleh penulis-penulis yang Stalin menggambarkan sebagai ‘jurutera jiwa,’ dan menonton filem-filem memakrifatkan yang menyanjung nilai-nilai ‘wira positif’... Dia menerima segala-galanya yang dia ditunjuk atau dijanjikan. 103
Dari sudut pandangan Che, lawatan itu merupakan kejayaan besar. Dia diterima dengan berhormat dan diberikan kedudukan penting di sisi apa yang dia menamakan ‘negara paling berkuasa di dunia.’ Eropah Timur yang dia melihat sememangnya merupakan bahagian yang dia ingin melihat. Che tidak mempunyai pengalaman kehidupan politik atau gerakan sosialis. Pembacaannya pada dua tahun sebelumnya agak rambang dan secara umumnya berkenaan dengan urusan-urusan teknikal dan falsafah. Pendek kata, dia bersifat naif (lurus).
Perkara yang aneh adalah bahawa kementahannya merupakan penarikan dari satu segi – terutamanya apabila digabungkan dengan kejujuran dan kemampuannya untuk berusaha. Namun, ia bermakna bahawa dia dapat ditipu oleh hasrat Rusia. Dan apabila dia membuat lawatan sepuluh hari ke China dan Korea, dia dapat berkata selepas itu bahawa dia tidak melihat kemiskinan di China, meskipun kebinasaan meluas yang disebabkan oleh Lompatan Besar Ke Hadapan – iaitu usaha China untuk melompat dari kemunduran ekonomi ke kemodenan perindustrian dalam masa beberapa tahun. Serupa dengan itu, dia tidak melihat apa-apa di Rusia atau di Eropah Timur untuk merisaukannya. 104
Pandangan-pandangan Che tidak dipengaruhi oleh lawatannya. Sememangnya, ia menjana harapan yang dia meluahkan dalam temuramah televisyen pertamanya tidak lama selepas dia kembali. 105 Sikap Kuba pada ragyb 1961 jelasnya dikukuhkan oleh kepercayaan bahawa pihak Soviet akan mempertahankan mereka walau apa. Sebenarnya, kerisauan utama Rusia adalah untuk mengekalkan Kuba di luar sfera pengaruh China. Namun, walaupun Che dikagumkan oleh dunia Komunis, ia merisaukan dia bahawa barangan Soviet tidak berkualiti seperti barangan Amerika Utara yang biasa digunakan oleh rakyat Kuba. Dia membincangkan isu-isu ini semasa temuramah televisyen-nya. Pada masa yang sama, dia dikagumkan oleh China – dan terutama sekali oleh idea-idea Lompatan Besar Ke Hadapan.
Pada 17hb April 1961, sebuah pasukan serangan seramai 1,500 tiba di pantai yang dikenali sebagai Playa Girón atau Teluk Babi, di perairan tenggara Kuba. Dinafikan secara rasmi oleh kerajaan AS, ia jelasnya dibenarkan oleh pentadbiran Kennedy yang baru dan diatur melalui CIA. 106 Ketegangan telah meningkat selama beberapa minggu, sambil pulau tersebut dimasuki oleh pelbagai kumpulan dan sambil tindakan sabotaj berlaku dengan lebih kerap. Meskipun pengumpulan 35,000 orang di Havana oleh pihak polis dan hampir tiga kali jumlah itu di seluruh Kuba, di mana beberapa dihukum bunuh tanpa bicara, sebuah kedai besar di Havana diletupkan seminggu sebelum serangan tersebut. Pada 15hb April, dua kapal udara yang kelihatan seperti kapal Tentera Udara Kuba mengebom Santiago dan Havana, di mana tujuh orang terbunuh. 107 Dalam ucapannya yang marah semasa pengebumian pada hari seterusnya, Castro menggambarkan revolusi tersebut sebagai revolusi ‘sosialis’ buat kali pertama.
Serangan bersenjata itu tidak berjaya. Militia Kuba bertindak dengan laju dan berani, dan lapan kapal terbang menangani pengebom B-26 yang berkuasa tetapi besar. Dalam masa tiga hari, ia telah berakhir, dan Castro serta Che dapat mengumumkan ‘kekalahan pertama bagi imperialisme di kawasan Amerika.’ 108 Bagi Kennedy, dalam atmosfera konfrontasi Perang Dingin, Kuba hanyalah anak buah Rusia – dan ini merupakan pertempuran yang dimenangi Serangan bersenjata itu tidak berjaya. Militia Kuba bertindak dengan laju dan berani, dan lapan kapal terbang menangani pengebom B-26 yang berkuasa tetapi besar. Dalam masa tiga hari, ia telah berakhir, dan Castro serta Che dapat mengumumkan ‘kekalahan pertama bagi imperialisme di kawasan Amerika.’ 108 Bagi Kennedy, dalam atmosfera konfrontasi Perang Dingin, Kuba hanyalah anak buah Rusia – dan ini merupakan pertempuran yang dimenangi
Reaksi Kennedy adalah untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan. Kajian Che mengenai Playa Girón adalah untuk melihatnya sebagai pengesahan strategi perang gerila – reaksi Kennedy juga agak serupa. Di mana Che menuntut pembinaan tentera-tentera gerila, Kennedy mengarahkan perkembangan kuasa-kuasa dan strategi kontra-revolusioner. Satu hasil dari masa itu merupakan ‘pasukan pencegah laju,’ atau Beret Hijau. Mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Amerika di Punta del Este, Uruguay, pada bulan Ogos pada permukaannya adalag berkenaan dengan isu-isu ekonomi. Tetapi arus bawahan dapat dirasai. Rancangan bantuan baru merupakan satu lagi komponen dalam strategi kontra- revolusioner, yang menawarkan jalan menuju pembangunan yang tidak mengikuti (dan menentang) revolusi.
Guevara merupakan wakil Kuba di mesyuarat itu, dan fakta ini menggembirakan pengambil gambar yang mungkin dijangka mengambil gambar baju kelabu selama seminggu. Dalam ucapannya pada 8hb Ogos, Che menyerang AS, dan menuntut keadilan ekonomi dan kemerdekaan bagi negara-negara Amerika Latin. Dalam realiti, keganasan serangannya dilemahkan sedikit oleh pengakuannya, juga dalam ucapan itu, bahawa Kuba ingin hidup bersama dengan ‘keluarga Amerika secara menyeluruh.’ Tidak lama selepas itu, dia berjumpa secara sulit dengan wakil AS, Richard Goodwin. Rekod-rekod perjumpaan itu tidak didedahkan selama beberapa dekad – tetapi ia menunjukkan yang Che agak terbuka mengenai masalah-masalah ekonomi Kuba dan mencadangkan sesuatu ‘kedamaian’ untuk membenarkan Kuba menangani masalah-masalah penting. Sebagai ganti, Che mencadangkang yang Kuba mungkin tidak akan membekalkan perjuangan bersenjata di Amerika Latin atau membentukkan persekutuan rasmi dengan pihak Soviet.
Laporan Goodwin kepada tuan-tuannya menunjukkan bahawa dia mentafsir perbincangan itu sebagai tanda kelemahan. Bagaimana pula dengan Che? Kemungkinan besar dia melihat Kuba dari kedudukan kekuatan sementara selepas Playa Girón. Kennedy, seperti yang dapat dijangka, melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan tekanan pada Kuba, yang kini mengalami kesusahan ekonomi yang serius, dan mendesak kerajaan-kerajaan Amerika Latin untuk menghancurkan segala hubungan dengan Kuba. Gergasi semakin menggerakkan ototnya.
Ia kini kelihatan ironik untuk mempertimbangkan kenyataan Che bahawa menjelang tahun 1962, Kuba akan berada pada perjalanan menuju rancangan perindustrian dan perubahan ekonomi, sesuatu hadiah bagi pengorbanan dan kemurahan hati rakyat Kuba selepas menangguhkan kebaikan materialis dalam kehidupan mereka dan berjuang demi pertahanan revolusi. Kempen ketenteraan menentang Kuba berterusan dan krisis ekonomi menjadi semakin tenat. Menjelang bulan Mac 1962, kad-kad catuan makanan muncul di Kuba:
Walaupun Che mahupun Fidel enggan mengakui fakta tersebut, permulaan catuan makanan menandakan penamatan ilusi mereka untuk membina Kuba sebagai sebuah kerajaan sosialis yang serba ada, bebas daripada pergantungan luar. Berkenaan dengan ilusi Che bahawa perpaduan global di antara negara-negara sosialis dapat membawa penumbangan kapitalisme, ia bakal dihancurkan. 109
Che mengambil-alih Kementerian Industri baru pada bulan Februari 1962. Catuan makanan bermula sebulan selepas itu. Ia sangatlah menyifatkan Che, dan menjelaskan popularitinya, bahawa dia menolak gaji kementerian yang lebih tinggi dan mendesak agar dia dan semua orang dalam kementeriannya menerima hanya gaji biasa. Pada masa yang sama, terdapatnya sesuatu kecemasan dalam ucapan dan tulisannya, dan sesuatu perasaan hampa. Sekatan AS semakin mengelilingi. Bahagian-bahagian ganti bagi jentera AS yang menggerakkan industri Kuba kini semakin berkurangan dan tidak dapat diganti, walaupun rakyat Kuba sudah Che mengambil-alih Kementerian Industri baru pada bulan Februari 1962. Catuan makanan bermula sebulan selepas itu. Ia sangatlah menyifatkan Che, dan menjelaskan popularitinya, bahawa dia menolak gaji kementerian yang lebih tinggi dan mendesak agar dia dan semua orang dalam kementeriannya menerima hanya gaji biasa. Pada masa yang sama, terdapatnya sesuatu kecemasan dalam ucapan dan tulisannya, dan sesuatu perasaan hampa. Sekatan AS semakin mengelilingi. Bahagian-bahagian ganti bagi jentera AS yang menggerakkan industri Kuba kini semakin berkurangan dan tidak dapat diganti, walaupun rakyat Kuba sudah
Terdapatnya juga masaah manusia. Menjelang masa itu, 500,000 warga Kuba telah melarikan diri ke AS. Gusano (cacing) ini, seperti yang mereka dipanggil, sebenarnya mewakili sebahagian besar daripada pedagang dan ahli-ahli profesional Kuba – peguam, doktor, ahli- ahli teknik, jurutera. Che melaporkan bahawa dia hanya mempunyai dua ahli geologi dalam jabatannya, tetapi memerlukan 2,000. Lebih kurang dua ratus sukarelawan dari Eropah Timur tidak mencukupi untuk memenuhi jurang ini. 110 Malah jika mereka ingin melakukannya, blok Soviet tidak dapat membekalkan barangan ganti atau jentera baru yang mencukupi dalam jangka masa pendek atau sederhana, dan apa yang diberikan tidak berkualiti tinggi. 111 Kemudian terdapatnya kekurangan bahan-bahan mentah.
Bagi Che, keperluan melepaskan diri dari pergantungan pada gula dan demi diversifikasi ekonomi menjadi semakin genting. Namun, di antara tahun 1961 dan 1963, pengeluaran gula merosot, sebahagiannya kerana keadaan-keadaan luaran dan sebahagian lagi kerana kebanyakan mereka yang menikmati kebaikan reformasi tanah dahulunya memotong tebu dan kini mereka enggan melakukannya. Che sedang berhadapan dengan batasan pembangunan di satu negara – dan dengan percanggahan-percanggahan contoh Soviet.
Di pejabatnya pada tingkat kesembilan di bangunan INRA (Institut Reformasi Pertanian) di Dataran Revolusi, Che menunjukkan kualiti-kualitinya yang paling positif dan negatif. Dia sangat setia kepada revolusi, dan bersedia memberikan nyawa-nya kepada revolusi sebelum kehidupan peribadi (seperti yang difahami oleh isterinya, Aleida). Tetapi dia juga membawa ke dalam setiap usahanya contoh perintah yang dia telah memperkembangkan dalam tentera pemberontak. Hasil daripadanya, dia membina sebuah birokrasi yang besar dan berpusat dengan dirinya di hati. Dia merungut bahawa kerajaan baru beroperasi dalam cara rambang dan tidak tentu, kreatif tetapi tidak tersusun dan anarkik. Penyelesaiannya adalah untuk membawa segala-galanya di bawah kawalan kementeriannya dengan dirinya sebagai kekuasaan tertinggi. Dia digalakkan dalam usaha ini oleh penasihat-penasihatnya, di mana ramai daripada mereka merupakan ahli-ahli Komunis dari Amerika Latin.
Menjelang akhir tahun 1961, masalah-masalah yang dihadapi oleh revolusi yang diserang masih belum diselesaikan, dan sistem birokratik masih dijangkiti kesusahan dan masalah- masalah yang Che mengutarakan. Dia jelasnya menjadi semakin kecewa, dan tidak bersabar dengan komrad-komradnya dari Kuba. Jika Teluk Babi tetah menghasilkan optimisme politik dalam Che dan Castro, realiti materialis memberikan sumber bagi kerisauan. Balasan Che adalah untuk mengulangi tuntutan demi pengorbanan dan dedikasi, tekanannya pada penafian keinginan diri. Ia seolah-olah keadaan materialis dapat diatasi oleh keinginan rakyat, seolah-olah kesedaran mencukupi sebagai ganti bagi ketidak-hadiran sumber-sumber materialis. Dia jelasnya tidak menyedari, atau mungkin tidak mengakui, kos sosial dan manusia yang membinasakan akibat pembangunan pesat di Rusia dan China – apatah lagi sumber-sumber semulajadi yang negara-negara tersebut memiliki yang Kuba kekurangan.
Ketidak-sabaran Che dengan realiti materialis berada di hati teori politiknya. Jika ahli-ahli revolusioner dapat menggantikan rakyat dalam penciptaan revolusi, kerajaan revolusioner dapat mengatasi masalah-masalah materialis yang ia menghadapi, dia berkata. Tetapi sebahagian daripada proses mengatasi masalah tersebut, bagi Che, juga melibatkan perubahan alam politik di mana Kuba wujud. Jika Washington menggunakan setiap peluang untuk memulaukan revolusi tersebut dari segi politik dan ekonomi, maka revolusi mesti membalas serangan itu dengan serangannya sendiri. Menjelang awal tahun 1962, Che sekali lagi menggalakkan pembinaan gerakan-gerakan gerila di merata Amerika Latin.
Di Kuba sendiri, Che semakin menyuarakan keraguan dengan penguasaan menjalar pihak Komunis Kuba dan persekutuan dengan Gerakan 26hb Julai yang diluahkan dalam Di Kuba sendiri, Che semakin menyuarakan keraguan dengan penguasaan menjalar pihak Komunis Kuba dan persekutuan dengan Gerakan 26hb Julai yang diluahkan dalam