Menyebarkan Revolusi
X. Menyebarkan Revolusi
Dalam perbincangan dengan pihak revolusioner Amerika Latin, ia merupakan nilai-nilai dan cara-cara ini yang diajukan – dan siapakah yang berani menentang mereka yang baru sahaja memenangi revolusi? Mereka membanjiri Havana dan tempat berehat Che.
Siapakah ahli-ahli revolusioner muda ini? Latarbelakang mereka, dalam kebanyakan kes, bukanlah sangat berbeza dari latarbelakang Che atau Castro – mereka berasal secara umumnya dari kelas menengah dan dipenuhi dengan kebencian terhadap imperialisme. Mereka secara umumnya merupakan pihak nasionalis bagi siapa kemerdekaan kebangsaan dan penentuan sendiri merupakan isu paling penting. Sebahagian besar daripada mereka tidak berasal dari tradisi Komunis. Parti-parti Komunis di Amerika Latin sudah terbenam dalam kesatuan-kesatuan pekerja dan sudah lama mengabaikan strategi revolusioner, lalu menyemai pendekatan beransur-ansur kepada perubahan sosial. Apabila Che mendesak bahawa pihak revolusioner tidak perly bersabar demi kewujudan objektif bagi revolusi, dia merujuk secara kasar kepada parti-parti Komunis. Bagi dia, dan generasi ahli-ahli nasionalis revolusioner muda, ia kelihatan seolah-olah pihak Komunis telah mengetepikan harapan perubahan radikal kecuali pada tahap retorik yang paling abstrak.
Oleh kerana itu, mereka yang mengunjungi Kuba dengan tujuan mencari cara dan strategi sangatlah bersimpati dengan pandangan-pandangan Che. Pada bulan Jun 1959, ekspedisi yang diketuai oleh seorang veteran Sierra Maestra tiba di Republik Dominika denbgan tujuan mendirikan sebuah unit gerila. Dalam masa beberapa jam, 230 orang sudah meninggal dunia,
dibunuh oleh askar di bawah arahan diktator Trujillo. 88 Rancangan untuk mencapai operasi serupa di Haiti beberapa minggu selepas itu ditunda. Pada bulan November, di Paraguay, sebuah kumpulan seramai 80 orang melintasi sempadan Argentina dengan rancangan untuk menubuhkan tentera gerila untuk menentang pemerintahan diktator Stroessner di sana. Hanya sepuluh orang berjaya menyelamatkan diri dari serangan yang menunggu mereka apabila mereka menjejak pada tanah Paraguay. Pada awal tahun itu, Roberto Romero, yang Che telah menemui empat tahun sebelum itu, mengetuai ekspedisi ke Nikaragua yang juga
menemui kegagalan. 89
Ini bukanlah satu-satunya tugas Che di luar mata awam. Laporan perisik AS dari awal tahun 1959 mencadangkan bahawa dia sebenarnya merupakan pemikir politik utama di belakang pentas. Jelasnya dia telah mengumpulkan beberapa pakar di sekelilingnya – beberapa daripada mereka telah berpindah ke Escambray semasa kempen Las Villas – untuk membincangkan isu-isu polisi bagi rejim baru. Beberapa daripada mereka berasal dari Parti Komunis, yang mungkin menjelaskan kerahsiaan mesyuarat-mesyuarat dan perbincangan- perbincangan ini. Castro sendiri menjadi risau bahawa, jika berita mesyuarat-meryuarat sulit ini dilepaskan, AS akan menggunakannya untuk memunasabahkan untuk menyerang Kuba.
Namun, ia tidak dapat dinafikan bahawa Che terlibat secara penting dalam tiga projek besar pada bulan-bulan pertama ini. Yang pertama adalah perubahan tentera pemberontak menjadi kuasa berterusan untuk mempertahankan kerajaan baru. Pertahanan itu juga melibatkan penciptaan aparatus keselamatan, yang jatuh di bawah naungan Che. Projek kedua adalah dalam bidang ekonomi, dan paling sekali melibatkan persediaan undang- undang reformasi pertanian berdasarkan idea-idea yang Che telah mengutarakan setahun sebelum itu. Projek ketiga adalah berkenaan dengan arah politik bagi revolusi. Di sini, Che (dan Raúl Castro) jelasnya percaya bahawa Gerakan 26hb Julai dan pihak Komunis patut bekerjasama dengan lebih rapat. Fidel jauh lebih berwaspada, terutamanya berkenaan dengan pengumuman berita ini. Keraguan jangka masa panjang Castro terhadap PSP masih wujud, walaupun dia masih berjumpa dan berbincang dengan Carlos Rafael Rodríguez, seorang pemimpin PSP, sepanjang tahun sebelumnya. Walauapapun, pendekatan ini sangatlah berhati-hati dan cermat, walaupun Che menyokong perbincangan yang lebih mendalam.
Dari segi ini, perdebatan-perdebatan politik lebih memberikan tumpuan kepada bidang- bidang lain – terutamanya persoalan reformasi pertanian. Di sebuah ekonomi pertanian yang berdasarkan satu tanaman utama, ini sememangnya menjadi isu utama – kerana ia menumpukan perhatian pada persoalan diversifikasi, pertumbuhan dan modenisasi pada masa yang sama.
Pengalaman mutakhir memberikan dua contoh yang mungkin diikuti. Yang satu akan melibatkan pembubaran ladang-ladang besar, terutamanya yang dimiliki oleh syarikat asing, dan pengagihan tanah sebagai ladang-ladang kecil. Ini akan menciptakan kelas petani-petani kecil di mana permilikan mereka, agar dapat digunakan, akan menjadi cukup besar agar membolehkan mereka untuk mengupah pekerja untuk mengerjakan tanah. Para petani akan menjadi, secara asasnya, pihak kapitalis kecil dengan sikap konservatif terhadap sebuah sistem kapitalis di mana mereka jelasnya menerima kebaikan. Selepas Revolusi Kuba, AS mula mengajukan reformasi pertanian jenis konservatif ini melalui Persekutuan Demi Kemajuan – ia diamalkan, misalnya, di Chile pada tahun 1964, walaupun tanpa kejayaan besar.
Alternatifnya mungkin digambarkan sebagai reformasi revolusioner, di mana ladang-ladang besar akan ‘dikolektivisasikan’ – dikerjakan sebagai projek-projek sosial kolektif. Kebaikan penyusunan semula jenis ini adalah bahawa ia akan memberikan pendapatan dari lebihan pertanian yang kerajaan, sebagai penguasa tertinggi tanah, dapat menggunakan – untuk dilaburkan dalam pertumbuhan perindustrian, misalnya. Namun, para petani secara bersejarah telah menentang reformasi jenis ini kerana, secara asasnya, ia menghapuskan dasar materialis bagi kewujudan mereka.
Che jelasnya lebih menyokong alternatif kedua. Apabila undang-undang revolusioner pertama diluluskan di pergunungan Escambray pada tahun 1958, sesuatu perdebatan yang Che jelasnya tidak memenangi sudah berlaku. Isu ini kini bangkit semula. Apakah tujuan reformasi tanah? Adakah ia bertujuan merampas ladang-ladang besar, biarpun dimiliki asing atau oleh warga Kuba, dan mengagihkannya di kalangan petani-petani kecil, lalu memberikan setiap satu ladang kecil? Atau adakah tujuannya untuk mengubah milikan ini menjadi ladang koperatif dan kolektif yang dapat disesuaikan untuk menghasilkan tanaman melainkan gula?
Di sebaliknya ini terdapatnya persoalan lebih besar yang Guevara, lebih daripada sesiapa yang lain dalam kepimpinan Kuba, percaya adalah kunci kepada masa depan revolusi tersebut. Bagaimanakan sebuah ekonomi kecil, yang bergantung bagi lebih 80 peratus daripada pendapatan eksport pada satu tanaman – gula – dapat melepaskan diri dari pergantungan ini? Satu jawapan adalah melalui diversifikasi ekonomi – yang satu lagi adalah melalui pembangunan perindustrian.
Terdapat komponen lain dalam wawasan strategik ini – alam antarabangsa yang lebih terbuka dan bersimpati dengan revolusi. Semua ini berhubung secara rapat. 90 Hasil daripadanya, Che melihat dirinya sebagai terlibat dalam pembinaan masyarakat sosialis di Kuba dan penyebaran revolusi di luar sempadan pulau tersebut.
Dia percaya bahawa kejayaan akan dicapai di luar Kuba melalui pengeksportan perang gerila. Ia sememangnya merupakan satu-satunya pengalaman politik yang dapat dirujuk kepada oleh Guevara – dia tidak mempunyai pengetahuan mahupun pemahaman politik mengenai cara kaum pekerja dapat menciptakan revolusi bagi diri mereka sendiri. Che
menggambarkan tentera baru sebagai ‘barisan hadapan rakyat Kuba.’ 91 Ini merupakan deklarasi jelas bahawa angkatan tentera akan memainkan peranan politik utama, yang sebenarnya – dalam tradisi sosialis revolusioner – diberikan kepada parti revolusioner yang terbenam dalam pertubuhan kolektif para pekerja. Tetapi Che melihat pertubuhan- menggambarkan tentera baru sebagai ‘barisan hadapan rakyat Kuba.’ 91 Ini merupakan deklarasi jelas bahawa angkatan tentera akan memainkan peranan politik utama, yang sebenarnya – dalam tradisi sosialis revolusioner – diberikan kepada parti revolusioner yang terbenam dalam pertubuhan kolektif para pekerja. Tetapi Che melihat pertubuhan-
Undang-Undang Reformasi Petanian yang pertama diluluskan pada 7hb Mei. Ia mencontohi ucapan yang Che membuat mengenai isu ini sebulan sebelum itu. Pengagihan semula tanah kepada petani-petani kecil dan pekerja-pekerja petanian bermula pada hujung bulan itu. Pada bulan Januari 1960, kerajaan mengumumkan rancangan menasionalisasikan latifundia (ladang-ladang besar yang dimiliki secara swasta), biarpun dimiliki asing atau oleh warga Kuba. Lebih penting lagi, Fidel mengumumkan bahawa ia akan diubah menjadi ladang- ladang kolektif atau koperatif dan bukannya ladang-ladang swasta kecil. Ini merupakan jenis reformasi pertanian yang Che menyokong di pergunungan Escambray dan yang Fidel menentang pada masa itu. Ia bakal dilihat sebagai cabaran kepada AS dan sahabat-sahabat AS di Kuba.
Mengapakan ini sangat penting? Penciptaan sebuah kelas petani individu kecil akan menandakan bahawa Kuba sedang bergerak menuju sistem kapitalis moden di mana cara- cara pengeluaran dmiliki secara swasta. Peralihan menuju ladang-ladang koperatif dan kolektif terbenam dalam idea harta sosial – bahawa sumber-sumber masyarakat dimiliki oleh semua orang dan patut digunakan demi kebaikan semua orang. Sebenarnya, kerajaan kini menjadi tuan tanah besar.
Nasionalisasi syarikat-syarikat telefon dan elektik yang dimiliki oleh AS sebulan sebelum itu sudah ditafsir oleh sektor-sektor perisikan AS sebagai bukti bahawa rejim baru itu bersifat Komunis. Dan ia adalah Che yang mereka melihat sebagai pihak yang bertanggungjawab. Ini menjelaskan mengapa Castro menerima jemputan dinginan apabila dia mengunjungi Washington pada bulan yang sama. Presiden Eisenhower mengelakkan perjumpaan itu dengan mengambil percutian golf, lalu meninggalkan timbalan presiden Richard Nixon, seorang yang bersifat anti-Komunis, untuk menangani Fidel. Laporan Nixon mengenai perjumpaan itu berkata bahawa Kuba merupakan negara Komunis dan patut dihapuskan dengan laju. Fidel, dalam tangan sebelah, menggunakan lawatan itu untuk mempersembahkan dirinya sebagai seorang nasionalis, dan untuk menunjukkan bahawa Kuba baru tidak mencabar keselamatan tuan lamanya.
Dari AS, Castro mengunjungi Brazil dan Venezuela untuk mendirikan hubungan diplomatik rapat dengan presiden negara-negara itu yang dia melihat (akhirnya dengan salah) sebagai sekutu berpotensi. Dalam kunjungan sementara yang terkenal di Houston, Fidel berjumpa dengan Che dan Raúl. Tidak terdapatnya rekod mengenai perbincangan mereka, tetapi kemungkinan besar dua ahli radikal itu risau bahawa Fidel terlalu merapati kerajaan AS. Dia telah mengumumkan tanpa bicara bahawa hukuman bunuh akan dibatalkan, meskipun fakta bahawa masih terdapatnya beberapa kes makhamah yang belum selesai. Raúl dan Che menentang apa yang mereka melihat sebagai penyerahan diri kepada pendapat awam AS.
Pada 2hb Jun 1959, Che berkahwin dengan Aleida di rumah salah seorang sahabat dan rakan kerjanya yang paling karib, Alberto Castellanos. 92 Ia berlaku 12 hari sebelum harijadinya yang ke-31.
Pengumuman, tiga hari selepas perkahwinannya, bahawa Che akan dihantar pada misi diplomatik ke beberapa negara – dia bakal meninggalkan Kuba selama tiga bulan – mengejutkan ramai orang:
Adakah ini sebahagian daripada permainan sekatan dan imbangan biasa Fidel?Adakah Che marah dengan kesederhanaan proses revolusioner seperti yang dicadangkan oleh beberapa
orang yang mengenalinya? 93
Dalam satu tangan, ia sesuai sepenuhnya dengan pencarian sekutu dan hubungan ekonomi di merata dunia. Dalam tangan sebelah, ia menyingkirkan buat sementara lelaki di mana Dalam satu tangan, ia sesuai sepenuhnya dengan pencarian sekutu dan hubungan ekonomi di merata dunia. Dalam tangan sebelah, ia menyingkirkan buat sementara lelaki di mana
Perjalanan Che bermula pada 12hb Jun. Aleida tidak mengikutinya, meskipun desakan sahabat-sahabatnya untuk ‘mengambil pekuang ini dan berbulan madu.’ Keputusan Che untuk bertolak seorang diri adalah satu lagi contoh ketegasannya, keinginannya agar tidak kelihatan seperti mempunyai tujuan melainkan penyebaran revolusi. Tidak terdapatnya keraguan bahawa rakyat Kuba menyedari fakta ini, dan tertarik. Bagi Che, lawatan tersebut merupakan pengalaman bercanggah, kadang-kala menghampakan, kadang-kala mengghairahkan, sambil dia melawat Mesir, Indonesia, Jepun dan Yugoslavia. Tetapi surat- suratnya kembali kepada tema kesunyian dan ‘perasaan misi’ yang mendorongnya.
Guevara telah menjadi seorang insan yang menyedari takdir bersejarah, kepentingannya pada pentas dunia. 94 Namun, dia tidak pernah digambarkan oleh mereka yang menjumpai Che sebagai seorang yang sombong – tidak sabar dengan protokol, ghairah, tegas, mungkin, tetapi tidak menjauhkan diri. Rundingan sulit dengan Kesatuan Soviet untuk pembelian gula Kuba mungkin merupakan unsur paling penting semasa lawatan ini. Oleh kerana tuduhan yang semakin nyaring dari AS, rundingan ini dirahsiakan. Begitu juga dengan ketibaan wakil Soviet rasmi yang pertama di Kuba pada awal bulan Oktober. Adakah ini merupakan tanda bahawa Fidel sedang bergerak ke kiri? Ia adalah susah untuk berkata jika ini hanyalah satu lagi tindakan imbangan oleh Castro – mencari pasaran baru sambil tidak menawarkan kesetiaan yang lebih luas.
Apabila Che kembali, Institut Reformasi Pertanian sedang berfungsi di bawah naungan Fidel. Tanggungjawab baru – sebagai ketua jabatan perindustrian – menunggu Che. Dari segi politik, ia seiras dengan perkembangan yang lain, yang mengukuhkan penguasaan Castro ke atas kerajaan.
Jawatan baru itu, dari satu segi, sangatlah logikal – Che sentiasa berkata bahawa ia adalah penting untuk memperkembangkan dasar perindustrian dengan laju. Dia percaya bahawa ia merupakan syarat bagi kehidupan kerajaan baru. Kilang-kilang Kuba sedang merosot akibat kekurangan jentera dan penutupan pasaran luaran. Pelaburan sangatlah rendah, sambil kebocoran kelas majikan Kuba bermula. Didorong oleh AS, bagi siapa pelarian kelas majikan merupakan senjata propaganda penting, dan diancam oleh keasukan kerajaan ke dalam ekonomi, kelas-kelas perdagangan dan profesional lama mula mengatur penghijrahan mereka. Ia adalah penting bahawa, apabila Che mengambil-alih jabatannya, bangunan bagi jabatan tersebut belum siap dibina, pejabat-pejabatnya masih belum dipenuhi dan peralatannya masih berkurangan. Sekali lagi, Che kelihatan sebagai timbalan Fidel.
Terdapatnya perkembangan di tempat-tempat lain juga. Pada bulan Julai, Presiden Urrutia dan sekutu-sekutunya meletakn jawatan sebagai bantahan terhadap arah kiri polisi kerajaan. Selepas penolakan palsu, Fidel membenarkan dirinya dilantik sebagau presiden, sambil dia ‘menyerah’ kepada keinginan rakyat semasa perarakan Havana yang meraikan 26hb Julai. Lebih serius lagi, Huber Matos – seorang komrad lama, seorang komander gerila penting dan salah seorang yang Che telah menggambarkan sebagai ‘anti-Komunis lama’ – juga mengumumkan letakan jawatannya. Fidel mendesak agar dia dihadapkan dengan makhamah di bawah tuduhan pengkhianatan, dan para pemimpin revolusi berdebat jika dia patut dihukum bunuh. Raúl mendesak bahawa apa-apa tentangan terhadap kerajaan dalam iklim mutakhir adalah pengkhianatan dan patut dihukum seiras dengan tuduhan itu. Yang lain pula enggan berubah pendapat dan berkata bahawa pembantahan bukanlah sama dengan pengkhianatan. Che kelihatan kurang pasti, walaupun akhirnya dia bergerak dari pengajuan hukuman bunuh kepada penerimaan hukuman penjara 30 tahun yang dikenakan pada Matos.
Walaupun dia sudah sangat sibuk, pada hujung bulan November, Guevara dinamakan sebagai presiden Bank Nasional Kuba. Ini pertama sekali merupakan lantikan politik – pengarah-pengarah sebelumnya lebih mementingkan perdagangan dan bermusuh dengan Fidel. Lebih-lebih lagi, bank tersebut mungkin sekali terlibat dalam pelarian warga Kuba dan sumber-sumber ke Miami, sambil pelarian itu belayar secara beramai-ramai melintasi Selat Florida sepanjang 90 batu.
Terdapatnya cerita mitos yang berkata bahawa Fidel pernah bertanya jika terdapatnya ahli- ahli ekonomi dalam bilik dan Che mengangkat tangannya – dia kemudiannya berkata bahawa dia salah mendengar, berpendapat bahawa Fidel mencari ahli ‘Komunis.’ Realitinya adalah bahawa Fidel tidak mempunyai pilihan. Kumpulan sekutu-sekutu yang dipercayai dalam kepimpinan kerajaan baru sangatlah kecil. Camilo sudah meninggal dunia dan Raúl kini mengatur jabatan pertahanan. Che bukanlah seorang ahli ekonomi, walaupun dia telah membaca dan mengkaji ekonomi dan matematik. Tetapi dia dapat diharapkan untuk mendirikan kawalan politik ke atas ekonomi melalui Bank Nasional. Itulah tugas sebenarnya. Dan ia mewakili gerakan jelas dalam arah ekonomi berpusat dan terancang, walaupun ini belum lagi dikatakan secara terbuka. Apabila ia diumumkan, Che tidak bersetuju mengenai cara sebuah ekonomi sosialis patut diatur. Tetapi itu berlaku kemudiannya.
Bursa saham di New York menjadi gementar dengan berita lantikan Che, dan lebih ramai pelabur mula menarik wang mereka dari Kuba. Mereka melihat arah baru dalam polisi Kuba, walaupun ia tidak bersifat sistematik mahupun teratur seperti yang mereka membayangkan. Menjelang akhir tahun pertama selepas revolusi, sisa-sisa rejim lama telah dibersihkan dari angkatan tentera, polis, pertubuhan-pertubuhan ekonomi dan organ-organ kerajaan. Fidel mengetuai kerajaan dan Institut Reformasi Pertanian, Che mengetuai peralatan keselamatan dan Bank Nasional, dan Raúl mengetuai angkatan tentera. AS semakin memupuk polis tegas terhadap Kuba, yang menggabungkan serangan ekonomi dengan perjanjian keselamatan serantau untuk memulaukan Kuba. Ia bergerak dengan laju untuk melemahkan talun-talun politik akibat Revolusi Kuba di Amerika Latin. Dokumen-dokumen yang berkitar dalam bulatan-bulatan kerajaan AS berkali-kali mengutarakan peranan penting Che sebagai bukti arah yang diambil oleh proses itu.
Lawatan timbalan presiden Soviet, Mikoyan, ke Kuba pada bulan Februaru 1960 merupakan katalis. Dari segi awam, dia berada di sana untuk membuka pameran perindustrian Soviet, tetapi terdapatnya juga agenda lain. Oleh kerana sekatan ekonomi tidak rasmi yang sudah berkuat-kuasa, Rusia dilihat sebagai pasaran berpotensi bagi gula Kuba dan sebagai pembekal barangan pengguna. Hubungan itu bukanlah bersifat kewangan, ia bersifat politik. Kumpulan penasihat ekonomi Che berasal dari seluruh Amerika Latin, dan setiap satu merupakan ahli Komunis. Itu bermakna bahawa mereka berkongsi pandangan pembangunan ekonomi berdasarkan konsep perancangan yang diamalkan di blok Soviet. Mereka mencadangkan penggunaan pendapatan dari penjualan gula untuk membiayai pembangunan perindustrian, untuk mengalihkan sumber-sumber dari penggunaan kepada pengeluaran. Ini akan diatur dalam cara yang sangat berpusat, dengan menggunakan ukuran tegas bagi keuntungan. Namun, tindakan pertama Che lebih bersifat politik – dia menghadkan simpanan matawang. Ini merupakan permulaan jelas sebelum membawa segala perdagangan asing di bawah kawalan Bank Nasional, walaupun itu hanya diumumkan setahun selepas itu.
Reaksi Washington dapat dijangka. Senjata paling penting Amerika Syarikat adalah pergantungan Kuba pada AS untuk membeli gula – iaitu sumber matawang asing paling besar bagi Kuba. Washington kini mengancam untuk memotong kuota gula (jumlah yang ia membeli) oleh kerana nasionalisasi ladang-ladang besar. Ia juga mula menyenjatakan kumpulan-kumpulan pelarian Kuba yang bersedia untuk menyerang.
Pada bulan Mac 1960, menuntut agar kilang-kilang pemprosesan minyang yang dimiliki oleh AS memproseskan bekalan minyak Rusia yang mula tiba di Kuba. Apabila syarikat-syarikat Pada bulan Mac 1960, menuntut agar kilang-kilang pemprosesan minyang yang dimiliki oleh AS memproseskan bekalan minyak Rusia yang mula tiba di Kuba. Apabila syarikat-syarikat
Serangan-serangan dari tapak-tapak di AS kini berlaku dengan lebih kerap, dan Castro diyakinkan bahawa pertahanan pulau itu merupakan keutamaan penting. Namun, lawatan untuk membeli senjata tidak berbuah. Misalnya, Britain enggan menjual senjata kepada pelanggan baru ini. Jelasnya Washington mempengaruhi keputusan beberapa negara, dan hanya Belgium dan Itali ingin membekalkan Kuba dengan senjata. Keperluan sebuah strategi pertahanan menjadi lebih penting apabila bekalan senjata pertama dari Belgium meletup di pelabuhan Havana, membunuh 100 orang. Ia jelasnya merupakan kegiatan sabotaj. Maka pada bulan Mei 1960, Kuba dan Kesatuan Soviet menandatangani perjanjian persenjataan.
Aliran peristiwa-peristiwa menjadi semakin laju. Havana telah berubah:
Bandar yang setahun sebelum itu menjadi taman permainan Amerika dengan kelab-kelab belayar mewah, pantai-pantai peribadi, kasino dan rumah pelacuran – dan kawasan-kawasan kulit putih sahaja – semakin melesap. Roda-roda perjudian masih berputar di hotel-hotel
besar, tetapi kebanyakan pelacur tidak berada di jalanraya. 95
Hubungan dengan AS hampir diputuskan. Pihak di sekeliling Eisenhower, seperti Richard Nixon dan CIA, semakin mengajukan tindakan secara langsung terhadap Kuba kerana ia kini dilihat sebagai pangkalan blok Soviet. Pejuang-pejuang anti-Soviet kini dilatih di AS, terutamnya di Miami di mana warga Kuba bersejarah digandakan oleh tambahan pelarian yang semakin ramai, hampir kesemuanya ahli-ahli profesional atau pedagang, serta hamba- hamba rejim lama yang telah mewakili kepentingan-kepentingan AS di pulau itu.
Pada bulan Julai, ancaman untuk memotong kuota gula Kuba dicapai oleh undi di Kongres AS. Kerajaan Kuba membalas dengan rancangan nasionalisasi baru terhadap harta AS. Pada masa yang sama, beberapa ahli gerila sekali lagi menduduki pergunungan Escambray, termasuk beberapa komrad lama Che. Namun, kini mereka berjuang menentang revolusi. Pemberontakan itu tidak berlanjutan – tetapi keadaan itu menjadi semakin tenat. Pihak pembangkang politik dan akhbar-akhbar mereka ditindas menjelang pertengahan tahun 1960. Di AS, Kuba mula mengambil peranan penting dalam kempen presiden di mana John
F. Kennedy memalukan calon bersaingnya, Richard Nixon, kerana gagal bertindak menentang Kuba dan berjanji bahawa dia akan mengambil tindakan tegas apabila dia memasuki Rumah Putih.
Perang kata-kata dan pertikaman lidah ini seringkali menyembunyikan kepentingan- kepentingan benar di hati perdebatan tersebut. Kerajaan AS menghadapi cabaran terhadap penguasaannya dan haknya yang sehingga itu tidak tercabar untuk menguasai urusan dunia dengan gabungan kuasa ekonomi dan ketenteraan. Gula Kuba bukanlah penting, tetapi
tentangan Kuba tidak dapat diterima. 96
Di Kuba sendiri, perubahan politik yang benar sedang berlaku, dan Che semakin berada di pusatnya. Dalam kesatuan-kesatuan pekerja, misalnya, pertempuran sudah berlaku selama lebih setahun. Selepas revolusi, CTC, iaitu kongres pekerja Kuba, telah jatuh di bawah kawalan sekumpulan ahli Gerakan 26hb Julai di sekeliling David Salvador. Seperti kebanyakan orang dari generasinya, dia sangatlah bermusuh dengan pihak Komunis Kuba. Namun, menjelang akhir tahun 1959, Castro sendiri menjadi semakin risau dengan pengaruh kumpulan itu, yang dia melihat sebagai sesuatu yang bersifat konservatif. Menjelang akhir Di Kuba sendiri, perubahan politik yang benar sedang berlaku, dan Che semakin berada di pusatnya. Dalam kesatuan-kesatuan pekerja, misalnya, pertempuran sudah berlaku selama lebih setahun. Selepas revolusi, CTC, iaitu kongres pekerja Kuba, telah jatuh di bawah kawalan sekumpulan ahli Gerakan 26hb Julai di sekeliling David Salvador. Seperti kebanyakan orang dari generasinya, dia sangatlah bermusuh dengan pihak Komunis Kuba. Namun, menjelang akhir tahun 1959, Castro sendiri menjadi semakin risau dengan pengaruh kumpulan itu, yang dia melihat sebagai sesuatu yang bersifat konservatif. Menjelang akhir