Surat Meminang Dari Pahang
Surat Meminang Dari Pahang
Setelah datang ke balairung, disambut oleh bentara, diletakkannya di ceper; ceper itu di atas kerikal dipersembahkannya; setelah diberikan kepada khatib dengan tetarupan, lalu dibaca oleh khatib demikian bunyinya: "Salam Allah bi'l ta'azim, daripada paduka ayahanda Sultan Mansur Syah, yang empunya kerajaan dalam negeri Pahang, Daru'l-Salam, datang ke hadrat paduka anakanda Seri Sultan Alau'd-Din Syah, zilu'llah fi'l-alam, yang di atas takhta kerajaan dalam negeri Johor, Daru'l-Izam; kemudian dari itu barang maklum paduka anakanda, bahawa paduka ayahanda menyuruhkan patik itu, Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa, mengadap paduka anakanda; jikalau ada tulus ikhlas serta inayat dan sepakat paduka anakanda, paduka ayahanda minta diperhamba akan paduka anakanda Raja Omar, dengan muafakat mangkubumi wazirlah yang empunya tadbir dalam negeri Johor, Daru'l-
Izam; kiranya umpama paduka anakanda, marhum paduka ayahanda juga adanya. Maka tiadalah paduka ayahanda bertaawil kalam, dalilu 'l-hayat daripada paduka ayahanda, karang kerabu emas perbuatan Siam sebutir, dan kain Teriun Petani ragi Jawa panca diragam bukit di titi gunung serapah dua helai, umpama setangkai bunga juga adanya. Syahadan akan patik itu Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa, tatkala sudah selesai daripada mengadap paduka anakanda, paduka ayahanda minta disegerakan kembalinya."
Maka Sultan Alau'd-Din pun terlalu suka mcndengar bunyi surat Sultan Pahang itu; A-395
maka bingkis pun dibawa oranglah masuk ke dalam, dan Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa pun disuruh bentara menjunjung duli; setelah .selesai, lalu duduk mengadap, tunduk kepalanya seperti aturan yang telah lalu itu juga. Maka titah Sultan Alau'd-Din, "Apa khabar
ayahanda Sultan Pahang?" Maka sembah Seri Akar Raja, "Khabar baik, tuanku, paduka B-302
ayahanda baharu beroleh putera seorang lelaki, dan Raja Ahmad tiga bulan sudah pergi ke Kelantan, dipinta oleh segala pegawai Kelantan; kerana Raja Kelantan sudah hilang." Maka titah baginda, "Saudara kita bonda Raja Omar bagaimana?" Maka sembah Seri Akar Raja, "Paduka kakanda tiada pergi. tuanku, kerana perjanjian Raja Ahmad, dicuba setahun dahulu." Setelah sudah berkata-kata, maka Sultan Alau'd-Din pun berangkat masuk ke dalam istana; maka segala yang mengadap itu pun kembalilah masing-masing ke rumahnya dan Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa pun turunlah ke perahunya.
Maka Sultan Alau'd-Din pun menyuruh memanggil Bendahara, maka Bendahara pun masuk mengadap ke dalam. Maka titah Sultan Alau'd-Din, "Sekarang bagaimana kepada Bendahara, anak kita dipinta oleh Sultan Pahang, hendak didudukkannya dengan cundanya, Raja Omar, anak Raja Ahmad dengan anak Sultan Pahang; jika kata Bendahara terima, kita terima; kerana kita tiada mau melalui kata Bendahara." Maka sembah Bendahara, "Terimalah tuanku; akan Raja Ahmad itu anak Raja Muhammad, akan Raja Muhammad itu ayahnya Raja Kelantan, bondanya anak. Raja Terengganu; ayah Raja Muhammad itu cucu Raja Iskandar Syah, bangsa daripada Raja Chulan; dan akan bonda Raja Ahmad itu peraturan sau-
A-396
dara dua pupu kepada paduka ayahanda Sultan Pahang; maka bagaimana Yang Dipertuan tiada rnau menerima paduka anakanda Raja Omar itu?" Maka titah Sultan Alau'd-Din, ''Jikalau ada ghalatnya kepada Bendahara, kerana kita tiada tahu; kerana tiang kerajaan anak cucu baginda yang dari Bukit Si Guntang, dari Singapura datang ke Melaka, hingga sampai kepada masa kita ini, tiada lain daripada itu; salasilah Bendahara juga. Sebab itulah maka kita
B-303
bertanya kepada Bendahara; sudah kabul kepada Bendahara menyembah Raja Omar akan ganti kerajaan kita, kita terimalah. Maka sembah Bendahara, "Terimalah tuanku, tiadalah patik sekalian menaruh ghalat bertuankan paduka anakanda itu."
Setelah keesokan harinya, maka Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa pun masuk mengadap; didapatinya Sultan Alau'd-Din sedang dihadap Orang Besar-besar, Maka Seri Akar Raja dan Seri Nara Wang sa pun duduk mengadap, seraya menyembah baginda. Maka titah Sultan Alau'd-Din, "Seri Akar Raja, esoklah pulang, kita lagi menyurat." Maka sembah Seri Akar Raja, "Baiklah tuanku, mana titah duli Yang Dipertuan, patik junjung." Setelah itu baginda pun berangkat masuk ke istana; segala yang mengadap itu, baginda suruh tahani, kerana Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa hendak dianugerahi ayapan. Maka hidangan pun dikeluarkan oranglah ke hadapan segala Orang Kaya-kaya; maka sekaliannya pun makanlah, masingmasing pada peraturannya, Setelah sudah, maka hidangan itu diambiloranglah, maka datanglah sirih ayapan dan bau-bauan; setelah ayapan sirih dan memakai bau-bauan, masing-masing pulanglahke tempatnya.
Setelah keesokan harinya, maka Sultan Alau'd-Din pun keluar semayam dihadap oleh segala Orang Kaya-kaya, sida-sida, bentara, biduanda, Hamba raja sekalian, maka Seri Akar
A-397