Peristiwa Tatal dan Menarah Kepala Budak
Peristiwa Tatal dan Menarah Kepala Budak
Alkisah maka tersebu tlah perkataan Betara Majapahit, baginda beranak dengan Puteri Tajitram Syah yang di negeri Belambang Majut itu dua orang lelaki, yang tuanya bernama Raden Inu Merta Wangsa dan yang mudanya bernama Raden Mas Putera Sm. Maka yang tua itudirajakan bagindadiMajapahit, dan yang muda dirajakan di Daha. Setelah itu maka Betara Majapahit pun hilanglah; maka anakanda baginda itulah kerajaan di Majapahit. Terlalu besar kerajaannya pada zaman itu, segala seluruh Jawa semuanya dalam hukumnya, segala raja-raja Nusantara pula, seTerigah takluk kepada baginda. Setelah Betara Majapahit mendengar Singapura negeri besar, rajanya tiada menyembah kepada baginda, kerana bukan orang lain kepada baginda, maka Betara Majapahit pun menyuruh utusan singapura. Bingkisannya sekeping tatal tujuh. Depa panjangnya, ditarah tiada putus; syahadan nipisnya seperti kertas, digulungnya seperti subang; maka utusan baginda itu pun belayarlah. Hatta berapa lamanya
A-58
di jalan maka sampailah ke Singapura. Maka surat Betara Majapahit itu pun disuruh jemput oleh Paduka Seri Pikrama Wira dengan sepertinya diarak. Maka utusan Majapahit itu pun mengadaplah; maka surat itu pun disuruh baginda baca, demikian bunyinya: "Lihatlah oleh paduka mamanda pandainya tukang Jawa menarah. Adakah di singapura orang pandai
menarah yang demikian itu?’ Maka bingkisan itu pun dibuka oleh Paduka Seri Pikrama B-48
Wira, dilihat baginda tatal bergulung seperti subang. Maka baginda pun tersenyum; tahu baginda akan
Maka baginda pun menyuruh memanggil seorang pandai, Cedun Pawang Antan namanya, anak cucu Rangga Rakna, tukang raja Bintan. Setelah ia datang, maka disuruh baginda ambil budak baharu duduk mentimun, disuruh baginda tarah kepalanya di ribaan emaknya. Titah baginda, "Tarah olehmu budak itu, biar habis rambutnya jangan diberi luka; jikalau luka atau garis, engkau aku bunuh." Maka Pawang Antan pun menyembah, lalu ditarahnya dengan beliung kalang, maka kepala budak itu liuk ke kiri, liuk ke kanan, ditarahnya juga tiada berhenti. Maka budak itu pun tidur, rambutnya habis licin; jangankan luka, garis pun tiada.
Maka titah Paduka Seri Pikrama Wira kepada utusan itu, "Pakanira lihatlah pandai orang Singapura, akan kayu ditarah itu, berapa puluh depa panjangnya, dan nafasnya dapat
A-59
ditaruhnya." Maka utusan Majapahit itu pun hairanlah tercengang; maka sembahnya, "Sungguhlah seperti titah duli Paduka Sangulun itu. "
Hatta musim ke Jawa telah adalah, maka Paduka Seri Pikrama Wira pun menyuruhkan Bendahara mengarang surat akan dikirimkan ke Majapahit. Setelah sudah dikarang, maka beliung itu pun dibingkiskan sekali. Maka utusan itu pun bermohonlah, lalu belayar kem bali ke Jawa. Setelah beberapa hari lamanya di jalan sampailah ke Majapahit. Maka utusan itu pun mengadap Betara Majapahit persembahkan surat bingkisan itu. Maka
B-49
surat itu disuruh baginda baca, dan bingkisan itu dibuka, dilihat baginda beliung kalang, dan demikian bunyinya surat itu: "Adapun paduka anakanda menunjukkan tukang Jawa menarah tatal dapat diperbuat subang, tiada hisab kepada paduka ayahanda: akan pandai tukang Singapura, kepala budak baharu tau duduk mentimun ditarahnya di hadapan utusan paduka anakanda dengan beliung kalang itu, iaitulah beliungnya yang paduka ayahanda bingkiskan kepada
Maka Betara Majapahit pun terlalu amat murka, beliung itu dilontarkan baginda kepada utusan baginda itu, Maka titah Betara Majapahit, "Tiada berakal si keparat iki, patut engkau bawa beliung akan penarah kepalaku itu? Bukankah kepalaku hendak ditarah raja Singapura itu?" Maka baginda pun menyuruh berlengkap perahu akan menyerang Singapura, seratus delapan puluh banyaknya jong, lain daripada itu berapa ratus buah ganting, pemangkah, lelanang dan telemba, jongkong terlalu banyak bilangannya, terlalu sesak kelengkapan itu. Maka dititahkan Betara Majapahit seorang penggawanya Demang Wira Raja gelamya; maka be1ayarlah ke1engkapan itu sekaliannya.