Memohon Jajahan Sebelum Kembali
Memohon Jajahan Sebelum Kembali
Hatta berapa lamanya Sultan Mansur Syah di Majapahit, maka baginda pun berkira- kira hendak kembali. Maka baginda bermohonlah pada Betara Majapahit hendak membawa Raden Galuh kembali ke Melaka; maka dikabulkanlah oleh Betara. Maka Sultan Mansur Syah pun menyuruhkan orang berlengkap. Setelah sekaliannya hadir, maka baginda pun menitahkan Tun Bijaya Sura minta Inderagiri kepada Betara. Maka Tun Bijaya Sura pun pergilah mengadap Betara Majapahit.
A-156
Maka sembahnya, "Tuanku, paduka anakanda empunya sembah ke bawah duli sampean, andika padukaanakanda hendak memohonkan Inderagiri, tuanku." Maka titah Betara pada segala Orang Besar-besar, "Apa bicara kamu sekalian bahawa anak kita, raja Melaka hendakkan Inderagiri? Berikan atau jangan?" Maka sembah Patih Aria Gajah Mada, "Sebaik- baiknya tuanku anugerahkan kepada paduka anakanda, supaya jangan jadi mufarik lagi kita dengan dia." Maka titah Betara kcpada Tun Bijaya Sura, "Katakan salam kita kepada anak kita, pemberian kitalah akan anak kita; janganlah setara Inderagiri, seluruh Jawa ini lagi anak kita empunyai dia." Maka Tun Bijaya Sura pun bermohonlah kembali. Segala titah Betara Majapahit itu scmuanya dipersembahkannya pada Sultan Mansur Syah. Maka baginda pun terlalu sukacita mendengar titah Betara Majapahit itu, lalu baginda mcnyuruh Hang Jebat memohonkan Jambi dcngan Tungkal. Maka dikumiakan oleh Betara Majapahit. Sembah Tun Bijaya Sura pula, "Siantan tidakkah tuanku pohonkan kepada paduka ayahanda?" Maka titah baginda, "Kami pun lupa berpesan kepada Hang Jebat memohonkan Jambi dengan Tungkal tadi, pergilah Laksamana kita titahkan mohonkan Siantan."
Maka Laksamana pun menyembah lalu pergi mengadap Betara Majapahit. Maka titah Betara, "Hendak ke mana Laksamana baharu-baharuan datang mengadap kita." Maka sembah
B-131
Laksamana, "Tuanku, paduka anakanda mohonkan Siantan; konon tuanku, jikalau duli
A-157
tuanku kumiakan dialap, jikalau tidak akan dikumia pun paduka anakanda alap; kerana paduka anakanda sangat berkehendakkan Siantan." Maka Betara Majapahit pun tersenyum mcndengar sembah Laksamana itu. Titah Baginda, "Hei Laksamana, jikalau sungguh anak kita berkehendakkan Siantan, menarilah Laksamana, kerana kita tiada memandang Laksamana menari, telah termasyhur Laksamana pandai menari ketika sedang pekerjaan anak kita itu."
Maka Laksamana pun menyembah, lalu bangkit menari seperti merak mengigal di dalam talam lakunya. Maka hairanlah Betara dengan sekalian yang mengadap, melihat laku Laksamana menari itu terlebih kelakuannya daripada joget Mangun Asmara. Maka Laksamana pun berhentilah, lalu duduk menyembah Betara. Maka dianugerahi baginda per-
Setelah itu maka Sultan Mansur Syah pun bermohonlah kepada Betara Majapahit bersama-sama isteri baginda. Maka kedua anakanda baginda laki isteri dipeluk dicium baginda, beberapa puluh peti pakaian dan beratus orang dayang-dayang dibekalkan Betara akan anakanda baginda itu. Maka Sultan Mansur Syah pun bermohonlah kepada Betara,
A-158
membawa isteri baginda turun ke perahu, diiringkan segala dayang-dayang, inang pengasuh Raden Galuh. Maka sekaliannya pun belayarlah diiringi segala kelengkapan yang banyak.
Hatta berapa lamanya di jalan maka sampailah ke Pulau Sabut ( ). Maka Bendahara Paduka Raja dan Penghulu Bendahari, serta sekalian Orang Besar-besar keluarlah sekalian mengalu-alukan baginda, dengan membawa segala bunyibunyian dan segala alat
kerajaan. Maka rupa perahu tiada terbilang lagi banyaknya. Setelah bertemulah dengan B-132
Sultan Mansur Syah maka Bendahara, Penghulu Bendahari dan segala Orang Kaya-kaya semuanya menjunjung duli baginda. Maka baginda pun sampailah ke Melaka, lalu berangkat masuk ke istana membawa Raden Galuh Cendera Kirana semayam. [Maka oleh Sultan Mansur Syah akan Raja Merlang Inderagiri dikahwinkan baginda dengan anakanda baginda Puteri Bakal, tiada diberi kembali ke Inderagiri; itulah beranakkan Raja Nara Singa, yang bergelar Sultan Abdul Jalil.] *
Setelah berapa lamanya maka Sultan Mansur Syah pun beranaklah dengan Raden Galuh Cendera Kirana seorang
*[ ] Diturunkan dari Naskhah C.
Hang Tuah Dihukum Bunuh
A-159
Hatta maka sekali persetua, kuda kenaikan Sultan Mansur Syah jatuh ke pelindungan tahi, seorang pun tiada hendak menambatkan tali kepada kuda itu, Setelah dilihat oleh Laksamana Hang Tuah orang yang beratus-ratus itu seorang pun tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang Tuah pun segera terjun ke dalam pelindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda itu. Maka diudar oranglah ke atas. Setelah kuda itu naik, maka Hang Tuah pun naik; tubuh dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampai ke kepalanya, lalu ia pergi mandi berlangir, berbedak. Setelah Sultan Mansur Syah melihat kuda baginda sudah naik itu, maka terlalulah sukacita baginda; beberapa puji baginda akan Hang Tuah, serta dianugerahi persalinan dengan sepertinya,
Syahadan berapa lamanya maka datanglah hujjatu'l balighat akan Hang Tuah; maka ada seorang dayang-dayang raja, orang yang keluar masuk, bukan orang yang tetap di dalam, bermukah dengan Hang Tuah. Maka diketahui oleh Sultan Mansur Syah; baginda pun terlalu
B-133
murka. Hang Tuah disuruh baginda bunuh kepada Seri Nara Diraja. Maka oleh Seri Nara Diraja dibawanya pulang ke rumahnya; fikir dalam hatinya, "Adapun Hang Tuah ini, bukan barang-barang orang; tiadalah dua orang, orang yang di dalam negeri Melaka ini sebagainya pada zaman ini. Jikalau ia ini mati, di mana duli Yang Dipertuan beroleh Hamba seperti Hang Tuah ini? Lagipun belum sampai dosanya patut dibunuh." Sete1ah ia fikir demikian, maka
A-160
kata Seri Nara Diraja pada Hang Tuah, "Mana perintah Orang Kaya sahaya turut." Maka sahut Hang Tuah, "Hanya