Bertapak Semula di Bumi Semenanjung

Bertapak Semula di Bumi Semenanjung

Hatta beberapa lamanya di laut, maka sampailah ke Pahang, .lalu sekaliannya masuk alangan, berlabuh di hulu Tanjung Teja. Maka kedengaranlah kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah, anak Sultan mangkat di Kampar datang itu; maka baginda pun hilirlah mengalu-alukan, Raja Ahmad dan segala Orang Kaya-kaya Pahang dan Bendahara tinggal menghiasi negeri. Setelah bertemu, maka Sultan Pahang pun berpeluk bercium dengan Sultan Alau'd-Din, dengan seribu kemuliaan dan kebesaran dipermulia oleh Sultan Pahang akan Sultan Alau'd-Din; maka Raja Ahmad pun diisyaratkan oleh Sultan Pahang, disuruh menyembah Sultan Alau'd-Din. Maka Raja Ahmad pun khidmat menyembah Sultan Alau'd-Din; maka segera didakap baginda, kerana Sultan Alau'd-Din mendengar khabar akan hal Raja Ahmad itu:

Setelah itu maka Sultan Alau'd-Din pun mudiklah dibawa oleh Sultan Pahang mudik ke negeri, diiringkan segala menteri hulubalang rakyat sekalian. Maka rupa sungai Pahang itu tiadalah bersela lagi rupa perahu; setelah datang ke negeri, maka segala orang Pahang pun hairanlah melihat kelengkapan Sultan Alau'd-Din itu terlalu banyak, fikimya, "Jika baginda

B-297

hendak mengalahkan Pahang ini, dengan sekarang pun alah." Setelah itu maka Sultan Pahang memberi Sultan Alau'd-Din sebuah istana, dan Bendahara dengan segala Orang Besar-besar

A-389

itu semuanya diberi rumah, Maka Sultan Alau'd-Din pun berangkatlah duduk di istana itu, diiringkan Bendahara dan segala menteri hulubalang baginda, naik masing-masing dengan rumahnya, dikumiai oleh Sultan Pahang.

289

Hatta Sultan Alau'd-Din pun berkehendak akan anak Sultan Mansur Syah, Raja Kesuma Dewi itu, maka Sultan Pahang pun kabullah; lalu baginda memulai pekerjaan, Sultan Alau'dDin akan dikahwinkan dengan anakanda baginda itu, berjagajaga antara kedua pihak; pihak Sultan Alau'd-Din, Bendahara yang memerintahkan. Maka terlalu ramai perkahwinan itu, dengan segala bunyi-bunyian, tepuk tari, minum makan; beberapa ratus kerbau yang disembelih orang akan lauk makan orang bekerja itu, lain daripada itik ayam, tiada terbilang lagi banyaknya Setelah genap dua puluh hari dua puluh malam, pada ketika yang baik, maka Sultan Alau'd-Din dan Raja Kesuma Dewi pun dihiasi orang dengan pakaian kerajaan yang bertatahkan ratna mutu manikam. Maka Sultan Alau'd-Din pun diarak oranglah bergajah dengan selengkap alat kerajaan, 'azamat bunyi bahana bunyi-bunyian sabur 'azamat. Setelah datang ke balairung, Sultan Pahang Sendiri menyambut tangan anakanda baginda Sultan Alau'd-Din, didudukkan di atas ciu antelas badar sila, Maka tampillah kadi menikahkan baginda; setelah sudah nikah, maka dipimpin Sultan Pahang masuk ke dalam istana, didudukkan di kanan anakanda baginda, Raja Kesuma Dewi. Setelah sudah bersuap-suapan, maka Sultan Alau'd-Din pun memimpin tangan isteri baginda masuk ke dalam pelaminan bersuka-sukaan; maka Sultan Pahang pun keluarlah ke balairung memberi orang makan, yang tertib hulubalang Melaka dengan hulubalang Pahang itu tiada berubah peraturan duduknya Setelah sudah makan, sekaliannya bermohonlah pada Sultan Pahang, masing-masing kembali ke rumahnya. Maka Sultan Alau'd-Din dua laki isteri pun terlalu amat berkasih-kasihan.

Setelah berapa lama antaranya, maka Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah pun bermohonlah kepada ayahanda baginda, Sultan Pahang, hendak membawa isteri baginda ke Johor; maka kabullah Sultan Pahang. Maka Sultan Alau'd-Din memberitahu Bendahara, baginda hendak keluar itu; maka Bendahara memberitahu Laksamana, dan segala Orang Besar-besar berhadir perahu, maka sekaliannya berlengkaplah. Setelah mustaid, maka Sultan Alau'd-Din dua laki isteri pun bermohonlah kepada ayahanda baginda, Sultan Pahang; maka kedua anakanda baginda dipeluk dicium baginda, dan Raja Puspa Dewi pun berpeluk bercium dengan adinda baginda

290

A-390

B-298

Raja Kesuma Dewi, bertangis-tangisan. Setelah itu maka Sultan Alau'd-Din pun berangkatlah turun ke perahu, membawa isteri baginda; setelah itu maka-Sultan Alau'd-Din pun hilirlah, diiringkan menteri hulubalang sekalian rakyat baginda. Raja Ahmad dan Bendahara dengan segala Orang Kaya-kaya Pahang, disuruhkan Sultan Mansur Syah hantar anakanda baginda ke kuala. Setelah datang ke Pasir Kandang, berlabuhlah sekaliannya. Setelah itu, maka Raja Ahmad dan Bendahara serta Orang Kaya-kaya Pahang sekaliannya menjunjung duli baginda; maka Raja Ahmad dipeluk, didakap Sultan Alau'd-Din, dianugerahi persalin sekaliannya, dan

A-391

baginda berkirim takzim kepada Sultan Pahang. Maka Raja Ahmad dengan segala Orang Besar-besar Pahang pun bermohonlah kepada baginda, lalu sekaliannya kembali.

Setelah keesokan harinya, dari pagi-pagi hari, maka Sultan Alau'd-Din pun keluarlah dengan sekalian kelengkapan baginda, lalu sekaliannya belayar; Laksamana Hang Nadim akan kepala kelengkapan, perahunya dendang, panjang tiga belas; dua sehaluan meriamnya, dan rentakanya sepuluh sebelah, tahan-turut dua; dan pengapitnya Seri Bija Diraja, cucu kepada Seri Bija Diraja Datuk Bongkok, perahunya jong, panjang sebelas; dua juga meriamnya sehaluan, rentakanya delapan sebelah, tahan-turut dua. Adapun kepada masa itu bedil yang lepas tatkala Kopak alah, meriam dua puluh, dan rentaka tiga ratus; Nara Busana, Batin Cedan, yang berlepas dia. Sebab itulah diletakkan adat oleh paduka Marhum yang mangkat di Kampar, Sultan Mahmud Syah, telah dianugerahkan pihak Cedan itu; barang siapa suku rakyat yang mengirupang, anaknya tiada boleh dibahagikan, semuanya bahagian

B-299

Cedan belaka.