Bersurupah Berteguh Janji

Bersurupah Berteguh Janji

Maka sembah Demang Lebar Daun, "Sungguh tuanku seperti khabar orang itu; jikalau tuanku berkehendakkan patik itu, patik sembahkan, lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik. Maka titah baginda, "Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu?

B-26

Katakan oleh paman hamba dengar." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau

A-31

ada ampun kumia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi."

Maka titah Seri Teri Buana, "Kabullah hamba akan janji paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman. "Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia." Maka titah Seri Teri Buana, "Hendaklah oleh segala anak cucu Hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala Haru ba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga. "

Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku." Maka titah Seri Teri Buana,

A-32

"Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka baginda pun bersumpah-sumpahanlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, "Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas." Maka sembah Demang Lebar Daun, ''Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan Hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya." Itulah dianugerahkan Allah subhanahu wa taala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada

B-27

segala Hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib seseorang Hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa.

Setelah sudah Demang Lebar Daun berteguh-teguhan waad itu, maka ia menyembah lalu kem bali ke rumahnya, menghiasi anaknya yang bernama Radin Ratna Cendera Puri itu dengan selengkap perhiasan yang keemasan. Setelah sudah, lalu dibawanya masuk ke dalam, dipersembahkannya kepada Seri Teri Buana. Setelah baginda memandang rupa baik paras anak Demang Lebar Daun itu, maka baginda pun hairan serta dengan sukacitanya. Maka titah baginda, "Sepenuh kasih pamanlah, Hamba terima. "Maka sembah Demang Lebar Daun, "Barang Daulat tuanku bertambah-tambah." Seraya ia bermohon kembali.

Setelah hari malam, Seri Teri Buana pun beradulah dengan Raden Ratna Cendera Puri. Setelah han siang, dengan anugerah Allah Taala dilihat baginda akan isterinya suatu pun tiada merbahayanya; dipandang baginda bertambah amat pula indah sifat parasnya, kerana

A-33

asal Demang Lebar Daun itu daripada Raja Sulan juga. Maka baginda pun terlalu sukacita, seraya baginda menyuruh memanggil Demang Lebar Daun; maka Demang Lebar Daun pun datang mengadap serta duduk menyembah. Maka titah Seri Teri Buana, "Paman, adalah anak paman suatu pun tiada merbahayanya. "Maka dipandang oleh Demang Lebar Daun, sungguh suatu pun tiada cacatnya anak-

B-28

Seri Teri Buana, Dipertuan Teritera hamba Me1ayu;" seraya menyembah lalu kembali mengampungkan segala pegawai dan rakyat sekalian memulai berjaga-jaga, mengahwinkan Seri Teri Buana dengan anaknya; membuat panca persada tujuh belas pangkat serta dengan alat perhiasannya, terIaIu indah perbuatannya. Betala tukangnya.

Maka terlalulah ramai orang berjaga-jaga itu, empat puluh hari empat puluh Malam dengan segala bunyi-bunyian, beratus kerbau, lembu, biri-biri, itik, ayam, angsa yang disembelih orang akan makanan segala orang yang bekerja itu; kepala kerbau menjadi tungku, kerak nasi menjadi busut dan air didih menjadi anak sungai. Setelah genap empat puluh hari empat puluh malam, maka Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri pun dihiasi oranglah dengan segala pakaian yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam yang gemerlapan. Akan Seri Teri Buana pun mengenakan mahkota baginda yang amat gilang-gemilang, cahaya manikamnya gemerlapan memberi hairan yang melihat dia; maka baginda naiklah ke atas perarakan emas berpermata di bawah payung empat terkembang. Maka diarak oranglah tujuh kali berkeliling negeri Palembang itu dengan serba bunyi-

A-34

bunyian, lalu ke istana; maka baginda pun dikahwinkan dengan Raden Ratna Cendera Puri. Maka rupa baginda dua laki isteri itu seperti matahari berkembar dengan bulan dipandang.

Setelah sampai tiga hari, maka dimandi-mandikan oleh Demang Lebar Daun, diarak pula ke panca persada dengan sepertinya, betapa adat raja yang besar-besar mandi, demikianlah dikerjakan oleh Demang Lebar Daun. Setelah selesailah daripada itu maka Seri Teri Buana pun kararlah kerajaan di dalam negeri Palembang, amat berkasih-kasihan dua laki isteri; menjadi makmurlah negeri Palembang Darul Salam seIama baginda naik kerajaan itu,

Sebermula pada suatu hari, hanyut buih dari hulu terlalu besar, maka dilihat orang dalam buih itu ada seorang budak perempuan, terlalu baik rupanya. Maka dipersembahkan oranglah kepada Seri Teri Buana, maka disuruh baginda ambil; maka dinamai baginda akan budak itu Puteri Tanjung Buih, diangkat baginda anak terlalulah baginda dua laki isteri akan Puteri Tanjung Buih itu.

Membunuh Ular Sakti Mona

Alkisah maka tersebutlah Sang Si Perba kerajaan di Minangkabau itu; pada suatu hari

B-29

berhimpun segala Orang Besar-besar dan orang tua-tua, yang memegang anak negeri kepada Patih Suatang. Maka kata mereka itu, "Adapun raja kita ini dikatakan anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, pancar Sulaiman 'alaihi s-salam; mari kita cuba dahulu jikalau dapat baginda membunuh ular 'Sakti Mona' yang membinasakan perhumaan kita itu. Jika dapat bagindamembunuh dia, kararlah baginda kita pertuan, dan jika tiada dapat, baiklah tuan hamba juga jadi raja kami." Maka Patih Suatang pun pergilah mengadap Sang Si Perba

A-35

bersama-sama dengan sekalian mereka itu. Maka sembah Patih Suatang, "Terlalulah bahagia kami sekalian merajakan tuanku di tanah Minangkabau ini; tetapi tuanku, ada seekor ular besar membinasakan perhumaan kami itu. Jikalau ada derma kumia tuanku, kami minta bunuhkan ular itu, kerana kami tiada dapat membunuh dia; berapa 'pun kami tetak dan kami tikam, tiada juga ia luka, jangankan matinya. Itulah kami minta bunuhkan kepada tuanku." Maka titah Sang Si Perba, "Baiklah, kamu tunjukkanlah aku tempatnya." Maka dibawa oranglah baginda kepada tempat ular itu.

Maka ada seorang hulubalang baginda, Permasku Mambang namanya, maka ia dititahkan oleh Sang Si Perba membunuh ular itu. Maka curik Si Mandang Kini itu dikumiakan baginda kepadanya. Maka titah baginda, "Pergilah engkau bunuh ular itu dengan curikku ini, matilah olehnya." Maka ia pun pergilah bersama-sama mereka itu kepada temp at ular itu, Setelah ular itu mencium bau manusia, maka ular itu pun keluarlah hingga kepalanya dari dalam rongganya. Dilihatnya ular Sakti Mona itu berlingkar seperti busut yang besar rupanya. Setelah ular itu melihat Permasku Mambang, ia pun menggerakkan dirinya, maka diparang oleh Permasku Mambang, penggal tiga lalu mati. Maka Permasku Mambang pun kembalilah bersama-sama dengan sekalian mereka itu, mcngadap Sang Si Perba, persembahkan ular itu sudah mati, tetapi curik Si Mandang Kini sumbing seratus sembilan

B-30

puluh. Maka Sang Si Perba pun terlalu sukacita, beberapa puji baginda akan Permasku

A-36

Mambang serta dianugerahi baginda persalinan dengan sepertinya. Maka kerajaanlah baginda dalam Minangkabau, kararlah dengan Seritosa datang kepada anak cucu baginda,

Sebermula maka tersebutlah perkataan Tajitram Syah rosak di Laut Selbu, terdarupar ke pantai dengan beberapa orang lasykar baginda. Hatta sampai kepada sebuah kuala sungai bernama Belambang Majut, dahulunya sebuah negeri; Belambang Majutlah nama negeri itu, rajanya bernama Demang Kebayunan; dan ada anaknya seorang perempuan, terlalu baik rupanya bernama Raden Suwata Caratu, pancar Demang Lebar Daun juga. Pada masa itu Demang Kebayunan hilir bermain ke kuala dengan segala hulubalang, berjalan di pasir. Maka Demang Kebayunan pun bertemulah dengan Tajitram Syah duduk di bawah pohon ru, dihadap oleh lasykamya.

Maka tanya Demang Kebayunan, "Dari mana tuan Hamba datang yang serupa ini? Apa sebabnya maka duduk di sini?" Maka sahut Tajitram Syah, "Adalah Hamba ini orang rosak, kena taufan!" Maka diceriterakannyalah daripada mulanya sampai ia rosak itu, habis diceriterakannya. Setelah Demang Kabayunan mendengar baginda itu anak raja besar, maka dibawanya kembali ke negerinya, didudukkan dengan anaknya yang bernama Raden Seridari itu. Maka beranaklah ia empat orang, dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Seorang Ratna Dewi namanya, dan yang seorang lagi namanya Seri Dewi; yang lelaki itu yang seorang bernama Maniaka, dan seorang Nila Kama.

Syahadan tatkala telah termasyhurlah raja turun ke Bukit Si Guntang itu daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, maka kata sahibul hikayat, datanglah suruhan raja China meminang. Maka didengamya Tajitram Syah itulah raja benua Keling, daripada anak

A-37

cucu Iskandar Zul-Karnain ada di negeri Belambang Majut. Maka suruhan raja China itu pun. datanglah ke negeri itu meminang. Maka oleh Tajitram Syah diberikannya anakanda baginda yang bernama Seri Dewi itu, kerana ia yang tua,. ke benua China; dan seorang dipinang raja benua Jawa, Ratu Majapahit, diberikan baginda anakanda baginda yang bernama Ratna Dewi itu. Maka titah baginda "Berhubunglah benua China dan benua Jawa dengan benua Keling."

Hatta, maka terdengarlah ke benua Keling Tajitram Syah rosak, ada duduk di dalam

B-31

tanah Andalas, sebelah Laut Selbu; maka segala menteri baginda dalam Canda Kani datanglah