Betara, "Naiklah." Maka oleh Tun Bijaya Sura dipohonkannya sapu tangan Sultan Mansur B-128
Betara, "Naiklah." Maka oleh Tun Bijaya Sura dipohonkannya sapu tangan Sultan Mansur B-128
Syah yang berdaun budikan emas bertatah intan dengan pudi itu, baunya pun amat harum, lalu dibawanya naik setara dengan Betara Majapahit; serta ia menyembah, lalu ia berpegang kepada tiang, Hampir dengan Seri Betara itu, lalu ia berkeliling berpusing. Maka sapu tangan itu diayunnya, habis tersapu pada muka penjawat Betara Majapahit dan kepada muka Betara pun berangin-angin, Hampir akan tersapu juga.
Demi dilihat oleh segala hulubalang Jawa kelakuan Tun Bijaya Sura itu, semuanya marah katanya, "Candala budak-budak ratu Me1aka ini tambung laku tanpa kedep, muka an- dika Paduka Betara dipapasi, tidak umpama sedikit, main cara mana si keparat ini." Maka Tun Bijaya Sura pun berhentilah seraya menyembah lalu turun. Maka titah Betara sambil tersenyum, ''Jangan kamu marah, sudah dengan kehendakku menyuruh ia bermain." Maka Tun Bijaya Sura pun dianugerahi oleh baginda persalinan dengan selengkapnya, Dalam hati baginda, "Sangat cerdiknya Tun Bijaya Sura ini, bagaimanapun tipunya hendak membalaskan tuannya juga, orang Me1aka ini. Barang mainnya tiada dapat diturun oleh orang negeri lain, barang sebagainya lebih juga ia."
Maka Betara Majapahit menyuruh memanggil seorang kepetangan yang terlebih tahu lagi pantas daripada yang lain. Maka titah Betara, "Dapatkah engkau menyendal keris Tun Bijaya Sura itu?" Maka sembah kepetangan itu, "Apa daya kula menyendal dia, kerana Me1ayu. ini memakai keris di hadapan, jika berkeris di be1akang seperti orang Jawa, dapat kula Seridal." Maka titah Betara "Baiklah aku memberi dia berkeris di belakang." Sete1ah keesokan hari, maka Betara Majapahit pun ke1uar dihadap oleh segala raja-raja, menteri hulubalang; dan Sultan Mansur Syah pun ada mengadap. Maka titah Betara Majapahit, "Tahukah Tun Bijaya Sura memakai cara Jawa?" Maka sembah Tun Bijaya Sura, "Jikalau dikumiai Paduka Betara, tak tahu pun kula pakai juga." Maka dikumiai Betara Majapahit persalinan. Maka Tun Bijaya Sura pun memakai cara Jawa, berkeris di belakang, Sete1ah ia memakai, lalu ia menyembah dan turun me1ihat orang menyabung terlalu ramai; bunyi sorak orang terlalu gemuruh, seperti tagar sampai ke langit, Dalam pada sabur itu, maka oleh kepetangan itu diambilnya keris Tun Bijaya Sura, dapat matanya sahaja, lalu dipersembahkan kepada Betara Majapahit. Maka Tun Bijaya Sura pun menoleh ke belakang, dilihatnya kerisnya tiada. Maka katanya, "Eh, keSeridalan aku oleh Jawa keparat ini." Maka lalu ia segera naik menyamar; didekatinya orang yang membawa puan Betara Majapahit itu. Maka disembamya mata keris orang itu, dimasukkannya ke dalam sarung kerisnya, lalu ia turun.
Maka orang menyabung itu pun berhentilah. Maka Betara
126
A-154
B-129
A-153
pun duduklah di penghadapan dihadap orang banyak. Keris Tun Bijaya Sura itu ditindih Betara di bawah pahanya. Maka titah Betara, "Tun Bijaya Sura, mari sini!" Maka Tun Bijaya Sura pun segera datang, duduk di bawah Betara. Maka oleh Betara diambilnya keris Tun Bijaya Sura itu, ditunjukkan baginda pada Tun Bijaya Sura; titah Betara, "Tun Bijaya Sura, kita mendapat keris terlalu baik, adakah Tun Bijaya memandang keris seperti keris ini?" Maka Tun Bijaya Sura, dikenalnya kerisnya; maka oleh Tun Bijaya Sura, dihunusnya mata keris itu dari sarungnya, maka sembahnya, "Mana baik dengan keris patik ini?" Maka dilihat oleh Betara keris itu, dikenal baginda, kerana adat raja-raja] awa akan orang yang membawa puannya itu diberinya memakai keris yang baik, keris kerajaan lengkap dengan alatnya. Maka
A-155
Betara pun bertanya pada orang membawa puan itu, "Mana kerismu?" Maka dilihatnya kerisnya tinggal sarungnya sahaja. Sembahnya, "Ke mana keris patik? Tinggal sarungnya juga!" Maka Betara pun tersenyum, maka titah baginda, "Terlalu cerdik sekali Tun Bijaya Sura ini, tiada tersemu oleh kita." Maka kcris Tun Bijaya Sura itu dikembalikan Betara, dan akan keris baginda itu dianugerahkan sekali pada Tun Bijaya Sura.
Syahadan orang berjaga-jaga itu pun genaplah empat puluh hari empat puluh malam. Setelah datanglah kepada ketika yang baik, maka Sultan Mansur Syah pun kahwinlah dengan Raden Galuh Cendera Kirana, disuruh Betara nikahkan, setelah sudah nikah, lalu masuk ke dalam pelaminan. Maka baginda kedua laki isteri pun terlalulah amat berkasih-kasihan.
B-130
Adapun Betara Majapahit sangat kasih akan Sultan Mansur Syah, sehari-hari dibawa baginda semayam dan santap bersama-sama.