Istiadat Perkahwinan Diraja Johor-Pahang

Istiadat Perkahwinan Diraja Johor-Pahang

Maka Sultan Alau'd-Din sehari-hari menyuruh menghantari hidangan berjenis-jenis daripada santapan, serta baginda menyuruh berhadir kelengkapan akan bekerja itu. Selang berapa

pekerjaan itu; aneka pennainan dipermain orang, dan beberapa ratus kerbau, lembu dan A-403

kambing disembelih orang; itik, ayam, angsa jangan dikata lagi; akan lauk makanan orang yang bekerja, berjaga-jaga itu.

Setelah genaplah empat puluh hari empat puluh malam berjaga-jaga itu, kepada keesokan harinya, maka Raja Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan yang bertatahkan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan orang ke atas gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di buntut; maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dandengan segala bunyi-bunyian, gendang, serunai, nafiri, nagara, madeli, terlalu azamat bunyinya, bercampur dengan bunyi bedil pegawai istinggar, seperti kacang direndang; diarak lalu ke dalam, maka gajah pun terkepillah di astaka balai. Maka Sultan Alau'd-Din Sendiri menyambut tangan anakanda baginda, Raja Omar, sebelah kanan dan Bendahara sebelah kiri, dipimpin ke seri balai, didudukkan di atas ciu yang keemasan; maka tampillah kadi menikahkan baginda.

Setelah sudah nikah,lalu dipimpin Sultan Alau'd-Din dan Sultan Pahang masuk ke B-309

dalam, didudukkan di kanan Raja Fatimah,maka nasi adap-adap yang berperhiasan emas ber- permata itu pun diangkat oranglah ke hadapan baginda kedua; maka datanglah isteri raja-raja yang tua-tua menyuapi baginda kedua. Setelah sudah bersuapan, maka Raja Omar pun me- mimpin tangan isteri baginda naik ke pelaminan, maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah, maka duduklah Raja Omar dan Raja Fatimah bersuka-sukaan. Maka Sultan Alau'd- Din dan Sultan Pahang pun keluarlah semayam di penghadapan, duduk di atas peterana, satu seorang, menitahkan bentara menyuruh orang makan, Maka Temenggung Seri Wak Raja pun berdirilah di naga naga menyuruhkan bentara mengatur orang makan itu, di-

A-404

Maka Sultan Pahang setelah baginda santap, bermohonlah kepada anakanda baginda,

B-310

Sultan Alau'd-Din, kembali ke istana baginda Sendiri. Setelah selesailah daripada mengahwinkan Raja Omar, beberapa puluh hari antaranya, maka Sultan Pahang pun bermohonlah kepada anakanda baginda, hendak kembali ke Pahang. Maka Sultan Alau'd-Din pun menyuruh berhadir perbekalan dan persalinan akan ayahanda baginda, Sultan Mansur Syah dan segala pegawai-pegawai. Setelah mustaid maka Sultan Mansur Syah pun

A-405

mengerahkan segala pegawai Pahang turun ke perahu bersiap, kenaikan baginda disuruh sediakan. Maka Sultan Pahang pun masuk mendapatkan anakanda baginda, Sultan Alau'd- Din diiringkan segala Orang Besar-besar Pahang; didapati baginda Sultan Alau'd-Din sedang dihadap orang di balairung dalam; Bendahara pun ada. Setelah Sultan Alau'd-Din melihat ayahanda baginda Sultan Pahang datang itu, maka baginda pun turun dari atas peterana berdiri memberi hormat, maka Sultan Pahang dibawa baginda masuk ke dalam istana, semayam satu seorang peterana, dihadap anakanda baginda, dan cunda baginda ketiga pun ada. Seketika duduk berkata-kata, maka persantapan pun diangkat oranglah ke hadapan baginda kedua, maka Sultan Alau'd-Din

Maka titah baginda Sultan Pahang kepada anakanda baginda, Sultan Alau'd-Din, "Ayahanda sekarang hendak bermohonlah kepada Sultan, kerana negeri Pahang sangat sunyi, adapun akan hal anakanda Raja Omar ini, dahulu Allah dan Rasul-Nya, kemudian kepada Sultanlah ayahanda serahkan daripada memelihara akan dia; kerana ia budak bebal. Sultanlah akan menegur mengajari dia, jangan segan Sultan memurkai anakanda itu. Demikian kepada cunda tuan, Raja Fatimah, sahaja petaruh nindalah kepada tuan; jika ada khilaf bebalnya, jangan tuan gusari, dihalus-halusi banyak-banyak taksir tuan, jangan tuan cerca nama ninda."

B-311

Maka titah Sultan Alau'd-Din, "Lain-lain pula titah ayahanda, masakan lain ayahanda

A-406

dengan anakanda ini dengan Raja Omar, ayahanda serahkanlah kepada Allah subha nahu wa taala ada memelihara cunda itu." Setelah itu maka Sultan Pahang dipersalini seberhana oleh Sultan Alau'd-Din dengan pakaian kerajaan. Maka anakanda Raja Kesuma Dewi dan cunda baginda ketiga datang menyembah baginda Sultan Pahang, maka dipeluk dicium baginda akan anakanda dan cunda ketiga itu; dan Raja Omar ditinggali baginda emas belanja urai empat kati, dinar enam ratus, hamba lelaki perempuan dua ratus. Setelah itu maka Sultan Pahang pun keluarlah bersama-sama Sultan Alau'd-Din di balairung; maka segala Orang Kaya-kaya Pahang bermohonlah kepada baginda Sultan Alau'd-Din, kedua baginda berpeluk bercium, lalu baginda turun berangkat. Maka Sultan Alau'd-Din menitahkan Bendahara dan Seri Nara Diraja dengan segala Orang Kaya-kaya itu, menghantar Sultan Pahang di kenaikan baginda. Maka Bendahara pun duduk mengadap Sultan Pahang berkata-kata. Maka titah Sultan Pahang kepada Bendahara, "Datuk, adapun akan cucu hamba, Raja Omar, dahulu Allah dan Rasul-Nya, kemudian Sultan Johor dengan Datuklah pengharapan hamba, dengan segala Orang Besar-besar dalam negeri Johor ini, kerana ia anak piatu yatim dengan seorang dirinya."

Maka sembah Bendahara dan Seri Nara Diraja, "Kepada Allah Subha nahu wa taala tuanku serahkan paduka cunda itu, masakan patik sekalian lainkan dengan paduka cunda kedua itu," maka terlalulah sukacita Sultan Pahang mendengar

A-407

Kaya-kaya yang berserta menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli baginda. Setelah sekaliannya kembali, maka Sultan Pahang pun hilirlah diiringkan segala pegawai Pahang; setelah lepas kuala, lalu baginda belayar sekaliannya kembali. Hatta berapa hari di laut, maka sampailah ke Pahang, lalu mudik ke negeri; dialu-alukan Bendahara dan Orang Besar-besar

B-312

Pahang, mengiringkan baginda berangkat ke istana. Setelah baginda semayam di istana kembalilah masing-masing ke rumahnya.