Wasiat Sultan Muzaffar Syah
Wasiat Sultan Muzaffar Syah
Maka Sultan Muzaffar Syah pun geringlah terlalu sangat; maka Bendahara, dan Seri Nara Diraja, dan Temenggung Seri Wak Raja pun masuklah mengadap baginda, dan segala Orang Besar-besar semuanya berlengkap di balairung dalam. Maka titah Sultan Muzaffar Syah kepada Bendahara dan Seri Nara Diraja, dan Temenggung Seri Wak Raja, "Adapun barang tahu akan hal sakit Hamba ini aj all ah , melainkan akhiratlah hamba hadapi. Adapun jikalau hamba dikehendaki Allah Taala, anakanda Raja Abdul Jalillah ganti Hamba akan kerajaan."
B-316
Adapun kepada masa Sultan Muzaffar Syah bertitah itu, di hadapan Raja Omar dua laki isteri. Setelah itu maka Sultan Muzaffar Syah pun berlakulah, kembali ke rahmat Allah Taala Kalu inna li'llahi wa inna ilaihi raji'un.
Maka dikerjakan oranglah dengan istiadatnya ditanamkan di Bukit Seluyud, itulah disebut orang 'Marhum di Seluyud'. Maka oleh Bendaharadengan segala Orang Besar-besar, Raja Abdul J alillah dirajakan seperti wasiat Sultan Muzaffar itu, dipangku oleh Bendahara. Menjadi menaruh iri hatilah Raja Fatimah akan Bendahara; suami baginda, Raja Omar tiada memangku anakanda baginda, Raja Abdul Jalil. Tatkala Raja Abdul Jalil duduk di atas
A-414
peterana, Bendaharalah meriba baginda, selaku-laku Bendaharalah raja. Akan Raja Fatimah tiadalah selenggarakan anakanda baginda Raja Abdul Jalil itu lagi, akan Raja Abdul Jalil bergelar Sultan Abdul Jalil Syah.
Hatta Sultan Abdul Jalil Syah pun cepatlah berlari-lari, tahulah baginda pada baik dan jahat, berkata-kata pun cerdiklah, dan duduk di atas peterana dihadap orang pun bolehlah; maka tiada Bendahara meriba baginda lagi. Dan akan Raja Abdullah pun tahulah berjalan, maka terlalulah kasih Sultan Abdul Jalil akan baginda itu; mulanya Raja Mangsur baginda kasih, setelah Raja Abdullah sudah tahu berjalan itu, Raja Abdullahlah baginda sangat kasih, tiada bercerai barang sehari, santap pun sama-sama berdua. Maka terlalulah sukacita Bendahara dan Seri Nara Diraja akan Raja Abdullah dikasihi Sultan Abdul Jalil itu; hanya kepada had Bendahara juga yang tahu akan rahsia itu, kepada yang lain seorang pun tiada tahu.
Wasiat Sultan Abdul Jalil Diketepikan
Hatta sampailah umur Sultan Abdul Jalil sembilan tahun, se-
B-317
Fatimah dua laki isteri barulah mendapatkan anakanda baginda itu dengan masyghulnya, siang malam tiada kern bali; maka titah Sultan Abdul Jalil kepada ayahanda bonda baginda dan kepada Bendahara dengan segala Orang Besar-besar itu, titah baginda, "Jikalau beta mati, akan kerajaan beta ini kepada Raja Abdullahlah beta berikan." Maka titah bonda baginda,
A-414
"Ayah tuan bukan ada? Mengapa maka tuan am an atkan kerajaan tuan kepada adik tuan?" Maka sahut Sultan Abdul Jalil, "Di mana bonda boleh berkata begitu? Akan beta dengan ayahanda ini. Bukankah beta anaknya? Mengapa maka oleh ayah yang mangkat itu, kerajaannya diberikannya kepada beta? Demikian lagi beta pun sahaja amanat beta, kerajaan beta Raja Abdullah yang empunya dia." Setelah sudah Sultan Abdul Jalil bertitah itu, maka baginda pun berlakulah kembali ke rahmat Allah Taala kalu inna li'llahi wa inna ilaihi raji'un, maka ditanamkan oranglah kepada makam ayahanda baginda, Sultan Muzaffar Syah, dengan sepenuh istiadat raja-raja dikerjakan orang.
Maka seperti amanat Sultan Abdul Jalil Syah itu, hendak dirajakan Bendaharalah akan Raja Abdullah; maka Raja Fatimah pun murkalah akan Bendahara, sebab suami baginda Raja Omar tiada mau dirajakan. Maka titah baginda pada Bendahara, "Siapa yang hendak menerima Raja Omar akan jadi suami beta? Bukankah Bendahara menyuruh ayah beta menerima dia? Tiada ghalat lagi Bendahara dengan segala Orang Besar-besar menyembah. Sekarang bagaimana pula perintah Bendahara mungkir? Anaknya pula yang hendak dirajakan. Akan Abdul Jalil benarlah; dengan amanat abang Muzaffar Syah. Akan pesan Abdul Jalil hendak Bendahara turutkan juga? Biarlah beta keluar dari negeri ini bersama- sama Raja Omar barang ke mana, jangan seorang juga selenggarakan beta."
Maka Bendahara pun tiadalah terkata lagi, mendengar titah Raja Fatimah demikian
A-415
itu; Fikirlah Bendahara akan hal itu dalam hatinya, "Jikalau kugagahi merajakan Raja Abdullah ini, selaku-laku akulah hendak menjadi raja, kerana baginda lagi budak." Maka Bendahara pun bermohonlah kepada baginda dua laki isteri, kembali duduk di balainya, menyuruh
B-318
berkampunglah mengadap Bendahara. Kepada masa itu Laksamana Hang Nadim pun ada di Johor; mendengar Sultan Abdul Jalil mangkat, ia mudik. Setelah berkampunglah sekalian Orang Besar-besar itu, maka kata Bendahara, "Apa bicara Orang Kaya-kaya sekalian, akan Raja Fatimah tiadalah kabul akan Raja Abdullah dirajakan, yang seperti amanat kakanda baginda itu." Maka segala titah Raja Fatimah itu semuanya dikatakan Bendahara kepada segala Orang Besar-besar itu. Maka kata Laksamana, "Mengapatah datuk maka begitu? Yang mana sembah datuk ke bawah duli Paduka Marhum itulah yang sempuma datuk kerjakan, jangan nama baginda dan nama tuanku tercedera disebut dalam alam ini." Maka segala wazir, menteri, Orang Besar-besar hulubalang sekalian muafakatlah dengan kata Laksamana itu. Maka Bendahara pun kabullah; maka Raja Omar pun ditabalkan Bendaharalah. Sekalian wazir, menteri, Orang Besar-besar, sida-sida bentara sekalian berdiri mengadap, Setelah baginda nobat, gelar baginda di atas takhta kerajaan Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah.