Hasrat Sultan Pahang Tercapai

Hasrat Sultan Pahang Tercapai

Adapun akan Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa pun hilirlah, lalu belayar kembali. Berapa hari lamanya di laut, maka datanglah ke Pahang, Ialu mudik ke negeri. Setelah sampai maka

dipersembahkan orang pada Sultan Pahang, "Patik itu Seri Akar Raja dengan kedua buah B-304

perahunya telah datang."

Maka Sultan Pahang pun keluar ke balairung dihadap segala Orang Besar-besar; maka surat dari Johor itu disuruh baginda jemput seperti istiadatnya yang sediakala. Maka dijemput oranglah surat itu, diarak di atas gajah dengan gendang, serunai, nafiri, nagara, lalu ke dalam, terkepil gajah di balai; maka surat itu disambut oleh bentara, ceper diletakkan di atas kerikal dipersembahkannya kepada Sultan Pahang. Setelah diberikan pada yang membaca dia, serta menyampai tetarupan, demikian bunyinya:

"Salamu'llahi bitta'zim 'aladdawam; fi'l-laili wal-ayyam, daripada paduka anakanda Seri Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah, yang di atas takhta kerajaan dalam negeri Johor Daru'l- Izam, datang kepada paduka ayahanda, Paduka Sultan Mansur Syah yang empunya takhta

kerajaan dalam negeri Pahang Daru'l-Salam, wa al haqani almukarram walhamam almuh- A-398

taram malja' kaffata al Umamu zillu'llahi fil 'alam, kemudian takrif zihinun yang arif akan surat yang mubarak, daripada paduka ayahanda dibawa oleh patik itu Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa, serta tuhfat yang musyrifat itu telah wasillah, paduka anakanda sambut dengan takzim dan takrim. Pada tatkala dibaca, maka terdengar kepada paduka anakanda akan kehendak paduka ayahanda, akan membawa paduka cucunda Raja Omar itu; maka terlalulah amat kesukaan dan keredaan paduka anakanda, serta muafakatal wazir al kabir, jikalau ittifak paduka ayahanda, jangan kiranya diperlain yang seperti kehendak paduka ayahanda itu. Akan Peringgi telah berdendam akan negeri paduka anakanda, maka tiadalah paduka anakanda berpanjangan kalam. Burhan al mahabbat daripada paduka anakanda antelas Gujerati dua kayu, kara Iskandar dua pucuk, umpama bunga yang kena zohor matahari juga adanya." Setelah Sultan Pahang mendengar bunyi surat paduka anakanda baginda, Sultan Johor itu, maka mengucap syukurlah baginda ke hadrat Tuhan sa'i al azim, serta dengan sukacita baginda.

Setelah itu maka Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa pun naiklah menjunjung duli, lalu mengadap. Maka titah Sultan Pahang, "Apa pekerjaan anak kita Sultan Alau'd-Din?" Maka sembah Seri Akar Raja, "Baiki negeri tuanku, paduka anakanda itu Yang Dipertuan Johor; tiada khali Laksamana melepaskan kelengkapan, pair ke Melaka. Selama patik di Johor, empat kali Laksamana persembahkan lanca Peringgi dengan orangnya, dilanggar oleh panglima rakyat Raja Negara, batin Singapura, dan panglima rakyat Setia Raja, batin Kelang; sekarang pun melara pada segenap jalan. Kawal paduka anakanda Yang Dipertuan Johor, bertemu dengan patik di Penyusuk, enam buah, datang dekat minta tembakau ke perahu patik. Ngeri pula patik melihat kelakuannya, naik keenam orangnya panglima itu; memohonkan ampun, menyembah patik minta emas, hanya katanya, 'hendak membeli perangsang', maka patik beri seem as. Katanya, "Bagaimana Orang Kaya memberi emas hanya seem as ini? Kerana sahaya semuanya enam buah, bukanlah enam emas Orang Kaya beri sahaya? Jika tidak diberi, tidak sahaya semua lepaskan, meskipun datang ke Pahang sahaya iku tkan. Tiada kuasa lagi patik, tuanku, patik berilah, lalu ia turun pergi," Maka segala Orang Kaya-kaya yang mengadap itu pun semuanya tertawa mendengar khabar Seri Akar Raja itu; Sultan Pahang pun tertawa, suka mendengar dia. Seketika duduk baginda pun berangkat masuk diiringkan penjawat, membawa bingkis dari Sultan Johor itu,

Hatta baginda berbicaralah akan membawa cunda baginda, Raja Omar ke Johor; maka baginda pun berlengkap membawa alat dan pakaian Raja Omar. Setelah wasillah sekaliannya, maka Sultan Pahang pun berangkatlah membawa cunda baginda, Raja Omar, ke Johor, diiringkan segala Orang Kaya-kaya Pahang; dan Bendahara dengan segala menteri tinggal menunggui negeri. Berapa hari di jalan maka sampailah ke Kuala Johor maka dipersembahkan orang kepada Sultan Alau'd-Din, mengatakan "Sultan Pahang datang," Maka baginda menyuruh alu-alukan kepada Seri Nara Diraja dan Temenggung Seri Wak Raja, bertemu di Tanjung Surat. Maka Seri Nara Diraja dan Temenggung Seri Wak Raja pun naiklah ke kenaikan Sultan Pahang, mengadap menjunjung duli baginda, persembahkan: "Takzim paduka anakanda, tuanku

297

A-399

B-306

B-305

A-400

dipersilakan, paduka anakanda telah menanti di Kesali. Maka Sultan Pahang terlalu sukacita, serta menyegerakan dayung kenaikan baginda itu; setelah Hampir Kesali, Sultan Alau'd-Din pun hilirlah diiringkan segala hulu balang, akan Bendahara tinggal. Setelah bertemu, maka Sultan Alau'd-Din pun naik ke kenaikan ayahanda, Sultan Pahang; maka Sultan Pahang pun segera berdiri menyambut tangan paduka anakanda baginda, Sultan Alau'd-Din, dibawa naik semayam, lalu berpeluk bercium. Maka Raja Omar pun menyembah ayahanda baginda, Sultan Johor; maka dipeluk dicium baginda akan anakanda baginda itu.

Hatta sampailah ke negeri, lalu rapat ke jambatan; maka Sultan Alau'd-Din pun berangkatlah naik membawa ayahanda baginda dan anakanda Raja Omar, diiringkan segala Orang Besar-besar dan hulubalang Johor dan Pahang. Setelah sampai ke balairung, maka Sultan Alau'd-Din lalu ke istana sekali, membawa Sultan Pahang dan Raja Omar, masuk ke dalam istana; setelah datang ke dalam istana, maka Sultan Alau'd-Din pun semayam di atas peterana, satu seorang dengan ayahanda baginda, Sultan Pahang. Maka Raja Kesuma Dewi dengan anakanda baginda, Raja Muzaffar pun datang menyembah ayahanda baginda, Sultan Pahang; maka keduanya dipeluk dicium baginda, seraya ditangisi baginda, kerana Sultan Pahang terlalu sangat rindu baginda akan anakanda baginda, Raja Kesuma Dewi itu; dan Raja Muzaffar pun berjabat tangan dengan Raja Omar. Setelah itu maka nasi santapan diangkat oranglah ke hadapan Sultan kedua, dan anak raja kedua; maka Sultan Alau'd-Din pun santaplah dengan ayahanda baginda, Sultan Pahang, dan Raja Muzaffar santap dua orang

dengan Raja Omar; setelah itu, lalu santap sirih dan memakai bau-bauan. Maka hidangan B-307 Bendahara dan segala Orang Besar-besar, hulubalang, cateria, sida-sida, bentara dikeluarkan A-401

oranglah ke balairung; maka Bendahara makanlah seorangnya, dan yang lain daripada itu makanlah, masing-masing beraturlah seperti yang telah teradat antara hulubalang Pahang dengan hulubalang Johor; setelah sudah makan, maka makan sirih dan memakai bau-bauan.

Maka titah Sultan Pahang kepada anakanda baginda Raja Kesuma Dewi, "Tuan, mana cucu ayahanda yang perempuan, ayahanda hendak bertemu dengan dia." Maka sembah anak-

Maka Raja Fatimah datanglah disuruh bondanya jemput, maka titah ayahanda baginda, "Tuan, sembahlah ninda, Sultan Pahang ini; bukankah ninda anakku, ayah kepada banda tuan?" Maka Raja Fatimah pun datang tunduk menyembah ninda baginda. Maka oleh Sultan Pahang dipeluk dicium baginda akan cunda baginda itu, seraya baginda menghurai bingkis dari dalam sapu tangan; maka dikeluarkan rantai emas berpermata, perbuatan Manila, delapan belas belit, dan subang saga merkah berjentera, dan cincin permata pudi panca warna gemerlap jari sekaliannya; baginda Sendiri mengenakan dia kepada cunda baginda itu,

A-402

Setelah itu maka Sultan Alau'd-Din pun memberi ayahanda Sultan Pahang, sebuah istana. Maka Sultan Pahang pun keluar dari istana anakanda baginda itu, berangkat kepada istana yang diberi Sultan Alau'd-Din itu, disuruh hantar kepada Bendahara dan Orang Kaya- kaya, diiringkan segala pegawai Pahang. Setelah sampai maka Sultan Pahang pun semayam

B-308

di balairung, dihadap Bendahara dan segala Orang Besar-besar; setelah itu maka Bendahara dan segala yang menghantar itu, bermohonlah kepada Sultan Pahang, masing-masing pulang ke rumahnya. Maka Sultan Pahang menitahkan orang menyuruh mengerahkan segala dayang- dayang perwara dari kenaikan itu, pindah sekaliannya ke istana, Maka baginda pun masuk ke dalam istana itu, dilihat baginda telah mustaid dengan alat perhiasannya. Maka dayang- dayang perwara baginda datanglah mengikutkan gundik baginda yang dibawa empat orang itu, bertandu keempatnya; maka semayamlah Sultan Pahang di istana itu bersama-sama cunda baginda, Raja Omar.