Nikah Dalam Sunyi
Nikah Dalam Sunyi
Pada suatu hari Sultan Muzaffar Syah bermain-main ke rumah Seri Nara Diraja, maka baginda terpandang pada bonda Raja Mangsur; maka berahilah baginda, seperti orang yang kena guna-guna. Maka Sultan Muzaffar Syah pun bertanya kepada Seri Nara Diraja, maka oleh Seri Nara Diraja dipersembahkannya perihal bonda Raja Mangsur itu, maka baginda kembalilah dengan berahinya. Selang tiga hari, tiada tertanggungbaginda lagi; maka baginda berangkat pula kepada Seri Nara Diraja, .makadikatakan bagindalah seperti hasrat hati baginda itu.
Maka sembah Seri Nara Diraja, "Barang suatu bicara, Bendahara tuanku beritahu." Maka titah baginda, "Panggillah Bendahara ke mari;" maka Bendahara pun datanglah, dilihat Bendahara Sultan Muzaffar Syah; muka baginda seperti orang sakit, pucat-pucat berseri. Maka Bendahara pun duduk menyembah baginda; oleh Seri Nara Diraja, segala rahsia Sultan
B-314
Muzaffar Syah dikatakannya kepada Bendahara, dan akan peri mulanya bonda Raja Mangsur itu pun dikhabarkannya. Maka sembah Bendahara, "Jikalau demikian baiklah tuanku nikahi." Maka titah Sultan Muzaffar Syah, 'Jikalau dalam sunyi maulah hamba, kalau hamba ditampak Raja Omar, dia bencikan isterinya itu, dengan perbuatan hamba, itulah yang hamba malukan. "
A-410
Maka fikir Bendahara, "Benar titah duli Yang Dipertuan ini." Maka Bendahara pun menyuruh memanggil kadi; maka kadi pun datang. Maka oleh Bendahara perihal baginda semuanya dikatakan kepada kadi, "Dapatkah sah nikahnya yang sunyi itu, dengan berdua ini akan saksinya?" Maka kata kadi, "Boleh; tetapi tanya dahulu idahnya perempuan itu." Maka kata Seri Nara Diraja, "Sudah hamba tanyakan, telah tiga bulan ia tiada bersama-sama dengan Raja Omar; ketiga bulannya dengan halnya juga." Setelah kadi mendengar demikian itu, Sultan Muzaffar Syah pun dinikahkannyalah dengan bonda Raja Mangsur. Setelah itu maka Bendahara dan kadi pun kembalilah.
Maka Sultan Muzaffar Syah pun beradulah dengan bonda Raja Mangsur, diperbuatkan peraduan oleh Seri Nara Diraja; sampai Terigah malam baginda kembali ke istana. Demikianlah berselang-selang malam baginda mengelakkan ketaraan. Kira-kira sebulan lamanya baginda nikah dengan bonda Raja Mangsur itu, maka zuriat Sultan Muzaffar Syah pun jatuhlah kepada bonda Raja Mangsur; maka diberinya tahu akan dirinya hamil. Setelah baginda mendengar bonda Raja Mangsur hamil itu, baginda memberitahu Bendahara dan Seri Nara Diraja. Maka sernbah Bendahara, "Untung patik semualah itu," maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Jikalau ada tolong Bendahara dan Seri Nara Diraja, lindungkanlah rahsia hamba ini, kerana hamba malu akan Raja Omar; nyatalah dengan hajat hamba, sebab emak Raja Mangsur dibuang oleh Raja Omar;
A-411
maka sempuma." Maka sembah Seri Nara Diraja, "Insya-Allah Taala bicara patiklah melindungkan rahsia duli Yang Dipertuan itu."
Maka Seri Nara Diraja pun pergi ke istana Raja Omar, didapatinya baginda duduk dua laki isteri, dihadap penjawat dua tiga orang. Maka Seri Nara Diraja pun duduk menyembah baginda dua laki isteri. Maka titah Raja Fatimah, "Apa pekerjaan nenek baru-baru ini
B-315
datang?" Seraya disuruh baginda makan sirih. Maka sembah Seri Nara Diraja, "Patik hendak persembahkan hal bonda Raja Mangsur, paduka kakanda suruh taruh kepada patik; patik adalah ketakutan menaruh patik itu, kerana ia hamil." Setelah didengar oleh Raja Omar, fikimya, "Benarlah anakku," kerana baginda tiada membilang lama baginda yang tiada bersama-sama dengan dia itu. Maka titah Raja Omar, "Jikalau ia hamil sekalipun, apatah Orang Kaya takut menaruh dia, kerana Orang Kaya orang tua kepadanya?" Maka kata Seri Nara Diraja, "Benar itu tuanku, tetapi adalah kurang majlisnya didengar orang." Maka titah Raja Fatimah, "Nenek Hamzah, hantarkanlah kepada hamba; raja sudah tiada berkenan, biar hamba memeliharakan dia."
Setelah itu maka Seri Nara Diraja pun kembali ke rumahnya, maka bonda Raja Mangsur pun disuruh hantar bertandu masuk ke dalam. Maka oleh Raja Fatimah, disuruh baginda peliharakan kepada inang baginda. Maka Raja Fatimah hamil itu genaplah bulannya; baginda beranak lelaki. Maka dikerjakan oranglah seperti istiadat anak raja-raja barujadi, demikianlah diperbuat orang; maka dinamai oleh Sultan Muzaffar Syah, Raja Abdul Jalil.
A-412