Majapahit pun barang yang lepas datanglah mengadap Betara Majapahit persembahkan alah B-50

Majapahit pun barang yang lepas datanglah mengadap Betara Majapahit persembahkan alah B-50

peperangannya.

Sete1ah selesailah daripada itu, maka Paduka Seri Pikrama Wira pun mengahwinkan anakanda baginda, Raja Muda, dengan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar, terlalu sangat berkasih-kasihan. Setelah datanglah kepada peredaran dunia, maka Paduka Seri Pikrama Wira pun mangkatlah, maka anakanda baginda, Raja Muda, kerajaan menggantikan kerajaan ayahanda baginda di atas kerajaan itu, berge1ar Rakna Wikrama. Adapun Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar pula sudah hilang, anaknya pula jadi Bendahara bergelar Tun Perpatih Tulus.

Badang Beroleh Gagah

Maka tersebutlah perkataan seorang perempuan duduk ber-

A-61

satu sungai. Pagi-pagi dijenguknya lukahnya itu, dilihatnya hampa, suatu pun tiada isinya; tetapi sisik ikan dan tulangnya ada di tepi sungai itu banyak; Sentiasa hari demikian juga. Maka tuannya bersungut katanya, "Si Badang ini, orang pergi menebas menebang, dia leka dengan sebab mengatakan menahan lukah, seekor ikan pun tiada kupandang, sahaja engkau suka duduk sama-sama dengan aku laku rupanya." Maka Badang pun diam disunguti oleh tuannya; di dalam hatinya berkata, "Jikalau belum kudapat yang makan ikan dalam lukah itu, belum puas hatiku."

Ada pada suatu hari diintainya dari sebalik banir kayu, maka dipandangnya datang hantu terlalu besar-panjang, tubuhnya merah seperti api, matanya bagai matahari terbit,

B-51

rambutnya seperti raga dan janggutnya datang pada pusatnya. Maka oleh Badang diambilnya parang dan kapaknya, serta diberaniberanikan dirinya, lalu diterpanya menangkap janggut hantu itu, serta katanya, "Engkau inilah makan ikanku dalam lukahku; sekali ini engkau matilah olehku."

Maka hantu itu pun terkejut serta dengan takutnya mendengar kata Badang itu, gementar-gementar; hendak berlepas dirinya tiada dapat. Maka kata hantu itu, "Jangan aku engkau bunuh, apa kehendakmu aku beri." Maka fikir Badang, "Jika aku hendakkan kaya, jikalau aku mati, tuan aku boleh akan dia. Jika aku hendakkan ilmu halimun, dapat tiada aku mati dibunuh orang; dan jikalau hendak menjadi Orang Besar-besar, bukan asal aku. Jika demikian baik aku menuntut minta kuat dan gagah, supaya aku kuat mengerjakan tuanku."

A-62

Setelah ia fikir, maka kata Badang pada hantu itu, "Berilah aku kuat dan gagah, segala kayu dan. batu yang besar-besar itu dapat aku bantun dengan umbi akamya dengan sebelah tanganku juga. "

Maka kata hantu itu, "Baiklah, jikalau engkau hendakkan gagah seperti maksud itu makanlah muntahku." Maka kata Badang, "Baiklah, muntahlah engkau supaya aku makan;" maka hantu itu pun muntahlah terlalu banyak. Maka oleh Badang dimakannya muntah hantu itu habis semuanya, dan janggut hantu itu dipegangnya juga Setelah itu oleh Badang

Maka dipandang tuannya Badang lagi tidur, belum pergi menebas; maka ia inarah serta membangunkan Badang, katanya, "Hei Badang, mengapa engkau tiada mendengar kataku lagi? Begini han belum juga bekerja." Maka sahut Badang, "Sudah habis tanah itu tebas tebangnya sahaya kerjakan." Maka kata tuannya, "Sebanyak-banyaknya lagi kupandang

B-52

kelmarin; masa mana engkau kerjakan? Sahaja sangat ia hendak menang." Maka sahut Badang, "Marilah datuk lihat, jika tiada percaya akan sahaya!" Maka tuannya pun pergilah dengan Badang; sefelah sampai dipandang oleh tuannya tanah itu terlalu luas, disangkanya tebasan orang lain. Katanya kepada Badang, "Tebasan siapa engkau bawa aku ini?" Maka kata Badang, "Inilah datuk tebasan kita." Maka dikhabarkannyalah perihal dirinya itu. Maka tuannya pun hairanlah serta dengan sukacitanya bertambahlah kasihnya akan hambanya itu;

A-63

menjadi kayalah ia, dengan berkat gagah hambanya Badang itu, menjadi dua tiga puluh Hambanya, maka dipanggil "Orang Kaya Sayung"; Badang pun dimerdehakakannya.

Sebermula kedengaranlah ke Singapura, maka oleh Seri Rakna Wikrama disuruh baginda panggil, maka Badang pun datang mengadap; maka dilihat baik akhlaknya; dijadikan baginda "sandim sani". Berapa lamanya Badang menjadi Hamba ke bawah duli baginda, maka ada pada suatu hari Seri Rakna Wikrama santap hendak berulam buah kuras. Dipersembahkan orang, di Sayung ada sedahan kuras berbuah. Maka dititahkan baginda Badang pergi seorang dirinya; perahunya pilang panjang delapan, galahnya batang kerupas sepemeluk besamya. Digalah mudek tujuh kali, digalahnya sampai ke terusan Tambiuh, galahnya pun patah, terhunjam di sana, datang sekarang pun ada lagi; yang sekeratnya digalahkannya riga kali sampai di hilir Tanjung Putus, di sana dibuangkan-

B-53

Singapura dengan pilang itu, pulang serta dengan tebu, pisang, ubi keladi dan buah kuras dipersembahkannya kepada Seri Rakna Wikrama, dan pilangnya itu ada di hulu Temasek itu sekarang.

Syahadan pada suatu masa raja membuat sebuah pilang panjang lima belas, di hadapan istana. Setelah sudah, maka disuruh sorong oleh baginda kepada mereka empat lima

A-64

ratus orang tiada tersorong, maka dititahkan baginda kepada Badang. Maka disorong oleh Badang sama seorang, melancar lalu ke seberang. Maka oleh baginda Badang dijadikan hulu- balang.