Tun Seri Lanang Jadi Bendahara

Tun Seri Lanang Jadi Bendahara

Hatta maka Bendahara Paduka Raja pun kembalilah ke rahmat Allah Taala, dari negeri yang fana ke negeri yang baqa, maka ditanamkan oranglah dengan istiadat Bendahara mati; lima hari Sultan Ala Jalla Abdul JaIil Syah tiada baginda nobat, bercintakan akan Bendahara.

A-416

Setelah sampai lima hari, maka Tun Seri Lananglah dijadikan Bendahara, diarak sebagaimana adat menjadikan Bendahara kepada zaman dahulukala, demikianlah dianugerahkan baginda, maka digelar Bendahara Paduka Raja; pada hari itu juga Bendahara Paduka Raja persembah nobat, maka Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah, terlalu baginda sangat kasih akan Bendahara Paduka Raja itu.

Hatta maka Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah pun pindahlah dari Seluyud,

B-319

membuat negeri di Tanah Putih, maka dinamai Batu Sawar; datang Peringgi menyerang, tiada alah; banyak kelengkapan Peringgi Teriggelam, lalu ia undur, kembali ke Melaka. Sekira-kira dua tahun baginda di Tanah Putih, maka terlalu banyak orang sakit dan mati, kerana Tanah Putih itu sangat keras jembalangnya. Maka Sultan Ala J alIa Abdul

Jalil Ri'ayat Syah pun pindahlah dari Tanah Putih, membuat negeri di hulu sungai Damar, dalam sungai Batu Sawar itu juga. Setelah mustaid negeri itu, sudah dengan kota paritnya, maka semayamlah baginda itu. Maka berbuat tempat makam berdewal bata akan akibat baginda, maka dinamai baginda negeri itu makam Tauhid; kararlah baginda semayam di sana. Maka baginda beranak pula dengan gundik baginda tiga orang lelaki; Raja Hassan seorang namanya, Raja Hussain seorang namanya; Raja Mahmud seorang namanya. Maka Raja Hassan dirajakan di Siak, dan Raja Hussain dirajakan di Kelantan, dan Raja Mahmud dirajakan di Kampar. Anakanda baginda Raja Mangsur dua bersaudara dengan Raja Abdullah

A-417

bersama-sama baginda, kerana anak raja dua bersaudara itu sangat berkasih-kasihan, tiada dapat bercerai.

Adapun diceriterakan oleh yang empunya ceritera, dua kali Peringgi datang menyerang negeri Makam Tauhid itu, tiada alah; Peringgi banyak mati naik merangsang, ke laut dibunuh orang.

Bermula Laksamana Hang Nadim pun telah hilang, peranakan orang besar Cempa pula dijadikan Laksamana, dan cicit Laksamana Hang Nadim bernama Tun Isap digelar Maharaja Diraja, ayah Tun Muhammad dan Tun Kuri. Hatta Bendahara Paduka Raja beranak empat orang, tiga orang anak gahara, seorang anak gundik; yang tua bergelar Seri Maharaja, yang Terigah bergelar Paduka Raja, yang muda bergelar Paduka Maharaja; anak gundik bernama Tun Rambu.

Hatta berapa lamanya datanglah peredaran dunia, maka Raja Fatimah pun mangkatlah, dimakamkan di Seluyud, kerana amanat baginda minta dimakamkan bersama- sama kakanda baginda, Sultan Muzaffar Syah. Kemudian dari itu ada selang setahun, maka Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah pun mangkatlah. Maka diperintahkan oleh Bendahara Paduka Raja seperti adat, ditanamkan di makam yang diperbuat baginda itu; itulah yang disebut orang Marhum mangkat di Batu. Maka oleh Bendahara hendak dirajakan Raja

B-320

Abdullah, dengan keredaraan Raja Mangsur. Maka Raja Abdullah tiada mau, kakanda baginda Raja Mangsur juga disuruh baginda rajakan. Maka oleh Bendahara Paduka Raja ditabalkanlah Raja Mangsur menggantikan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Tiada baginda

hadir dengan kipas dihadap segala A-418 biduanda, san tap minuman dengan segala A-418

hulubalang yang muda-muda.

Setelah dilihat oleh Bendahara, maka perintah kerajaan itu diserahkan kepada Raja Abdullah; selaku Raja Abdullahlah kerajaan, dipangku .oleh Bendahara. Tetapi Raja Abdullah beristana di seberang Pangkalan Rama, maka disebut orang Raja Seberang. Beberapa kali Peringgi dan Aceh menyerang negeri Makam Tauhid itu tiada alah.

Hatta beberapa lamanya, maka Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah hendak pindah, minta dibuatkan negeri di hulu Kuala Sungai Riun, Pasir Raja namanya. Maka sembah adinda baginda Raja Abdullah dengan Bendahara Paduka Raja, 'Jangan duli Yang Dipertuan meninggalkan negeri paduka ayahanda ini, bertuah sangat negeri ini," Maka tiadalah didengar baginda sembah adinda baginda dan Bendahara itu, minta diperbuatkan juga negeri di Pasir Raja; maka dikerjakan oranglah, segala rakyat menebas Pasir Raja itu. Setelah sudah, maka diperbuatkan oleh segala Orang Besar-besar negeri berkota kayu kulim, Sungai Riun dijadikan parit; setelah mustaid dengan istana, balairung luar dalam dan penanggahan, balai gendang, masjid, maka Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah pun pindahlah, diiringkan adinda baginda dan Bendahara, segala menteri hulubalang isi negeri sekalian. Maka semayamlah baginda di negeri Pasir Raja itu, dalam perintah paduka adinda baginda Raja Abdullah, dipangku Bendahara Paduka Raja pada zaman itu.

Inilah yang dapat oleh pacal yang daif dibaca dalam hikayat ayahanda itu rahlmu'llah, datuk yang hilang di Tanjung Batu, kepada masa Johor alah

diserang Jambi, pacal datuk dikumia ayahanda itu membaca Hikayat Melayu oleh baginda terjali dari Bukit Si Guntang, turun ke Palembang, dari Palembang lalu ke Bintan, dari Bintan ke Singapura; alah Singapura oleh J awa, lalu ke Melaka; alah Melaka oleh Peringgi, balik ke Bintan, dari Bintan lalulah ke Johor; had itulah

Kuri anak Encik Amat Utat, Gelarnya Maharajalela,

yang menyurat ini.

Hijrah seribu dua ratus dua puluh tiga tahun, kepada tahun Ra.