Hak Dan Wewenang Parlemen

dibincangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Menurut Pasal 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara hanya berkuasa untuk menangguhkan pembuatan undang-undang itu sahaja. Ia tidak mempunyai kuasa untuk menolak undang- undang yang telah dipersetujukan di Dewan Rakyat, juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang perubahan terhadap undang-undang tersebut. 25

D. Hak Dan Wewenang Parlemen

Setiap badan tertinggi sesuatu negara seperti Parlemen mesti mempunyai hak-hak keutamaan untuk membolehkan badan tersebut menjalankan tugasnya dengan sempurna. Begitu juga dengan Parlemen Malaysia, ia mempunyai hak keutamaan yang tersendiri dan hak tersebut menjadi sebagian dari undang-undang Malaysia. 26 Sebagian dari hak-hak keutamaan Parlemen Malaysia adalah: 1. Hak untuk menentukan bahwa seseorang ahlinya telah hilang kelayakan untuk memegang jabatan di dalam dewan. 2. Hak membuat aturan untuk menjaga ketertiban perjalanan gerak kerjanya. 3. Hak untuk menghalang seseorang yang bukan ahlinya daripada menghadiri persidangan dewan dan menangkap sesiapa yang dianggap membuat kekacauan di dalam dewan. 25 Tun Mohd. Salleh Abas, Prinsip Perlembagaan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2006, cet. 3, h. 94. 26 Akta Parlemen 1911-1. 4. Hak mendenda seseorang ahlinya atau yang bukan ahlinya jika melakukan sesuatu kesalahan terhadap dewan. 5. Hak mengeluarkan surat perintah untuk menangkap seseorang yang melakukan kesalahan terhadapnya dan membolehkan petugas yang menjalankan tugas penangkapan tersebut untuk memasuki rumah kediaman orang yang hendak ditangkap itu. 6. Hak mengeluarkan gugatan untuk memanggil sesiapa sebagai saksi di dalam persidangan dewan. 7. Hak untuk memaksa saksi bercakap benar dan melepaskan saksi dari menjawab pertanyaan yang diajukan. 8. Hak untuk menentukan bahwa sesuatu perbicaraan di dalam dewan sah ataupun tidak, dengan keputusan ini tidak bisa digugat di mana-mana pengadilan. 27 Parlemen Malaysia juga mempunyai beberapa keistimewaan sebagaimana yang diatur di dalam Pasal 63 Perlembagaan Persekutuan, yaitu: 1. Keabsahan mana-mana keputusan yang diambil semasa persidangan Parlemen tidak boleh dipersoalkan dan digugat dalam mana-mana pengadilan. 2. Sesiapapun tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana pengadilan karena apa-apa jua tutur katanya di dalam persidangan Parlemen. 28 Ini 27 Tun Mohd. Salleh Abas, Prinsip Perlembagaan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2006, cet. 3, h. 95-96. bermarti seseorang anggota Parlemen atau bukan anggota Parlemen yang dipanggil untuk memberi keterangan di dalam persidangan Parlemen sebagai saksi, berhak untuk berbicara dengan bebas. Akan tetapi kebebasan ini bukan berarti bahwa seseorang bisa bercakap semaunya tanpa menghiraukan sensitiviti dewan. Yang Dipertua Dewan yang juga sebagai pengerusi persidangan dewan berhak mengawal segala kata-kata dan percakapan di dalam dewan untuk memelihara ketenteraman. 29 28 Pasal 632 Perlembagaan Persekutuan. 29 Ahmad Mohamed Ibrahim dan Ahilemah Joned, Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1986, cet. 2, h. 171. 60

BAB IV TINJAUAN KETATANEGARAAN ISLAM TERHADAP PARLEMEN