Fungsi Parlemen PARLEMEN MENURUT PERLEMBAGAAN

3. Orang yang telah memegang jabatan di dalam pentadbiran dan perkhidmatan umum, termasuk hakim-hakim pengadilan, ahli-ahli SPR 18 . 4. Mana-mana orang yang memegang jabatan yang dianggap oleh Perlembagaan Persekutuan bahwa jabatannya itu sebagai jabatan bergaji tetap dan tidak layak untuk menjadi ahli Parlemen. 5. Seseorang yang mempunyai rekod kesalahan dan telah dibicarakan di pengadilan, serta telah dihukum penjara sekurang-kurangnya satu tahun dan denda tidak kurang dari RM2000.00. 6. Seseorang yang dengan sengaja dan rela mendapat taraf warganegara di mana-mana negara di luar Persekutuan. 19 Bagi Dewan Negara, seseorang itu haruslah sekurang-kurangnya berusia 21 tahun dan bagi Dewan Negara pula berusia sekurang-kurangnya 30 tahun untuk dianggap layak menjadi ahli. 20

C. Fungsi Parlemen

Sebagaimana fungsi kebanyakan Parlemen di dunia, Parlemen Malaysia juga bertindak sebagai badan pembuat dan penggubal undang-undang. Ini jelas 18 SPR adalah kependekan dari Suruhanjaya Pilihan Raya, satu badan yang mengatur ketentuan bagi pemilu di Malaysia, setaraf dengan Komisi Pemilihan Umum bagi Republik Indonesia. 19 Team Penyusun ILB, Malaysia Kita, Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan, Selangor: International Law Book Service, 2005, cet. 6, h. 204. 20 Tun Mohd. Salleh Abas, Prinsip Perlembagaan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2006, cet. 3, h. 74. sebagaimana yang diatur di dalam Perlembagaan Persekutuan bab 4 pasal 44: “Kuasa Perundangan Persekutuan terletak pada Parlimen… 21 ”. Dari segi sejarah, kuasa membuat undang-undang sememangnya ada pada tangan raja. Parlemen hanyalah sebagai badan penasehat raja sahaja. Tetapi dengan perubahan zaman, kuasa mutlak yang dipunyai oleh raja dalam membuat undang-undang telah beransur-ansur berkurangan sedikit demi sedikit, sehingga pada akhirnya wewenang raja yang tinggal hanyalah setakat memberi persetujuan kepada undang-undang yang telah diluluskan oleh dua dewan Parlemen, yaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 22 Menurut sejarah Malaysia, pada zaman Kerajaan Melayu Kuno, kuasa membuat undang-undang memang terletak pada tangan raja secara mutlak. Kemudiannya semasa zaman pra-kemerdekaan Malaysia, pihak Inggris mencoba untuk memisahkan kuasa pemerintahan dari tangan raja-raja dengan membuat undang-undang yang mengatur batasan wewenang dan kuasa raja sehingga raja tidak bisa mencampuri urusan pemerintahan negara Malaysia. Salah satu daripada wewenang raja yang telah dibatasi oleh pihak Inggris adalah hak untuk membuat undang-undang. Pihak Inggris memberikan syarat untuk ia melepaskan negara Malaysia dari kuasa taklukannya, bahwa setelah merdeka, Malaysia harus menggunakan undang-undang berbasiskan undang-undang Inggris dan menerima 21 Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, Perlembagaan Persekutuan, International Law Book Sevices, Selangor, 2007, h. 29. 22 Tun Mohd. Salleh Abas, Prinsip Perlembagaan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2006, cet. 3, h. 82. Perlembagaan Persekutuan sebagai konstitusi negara. Karena Malaysia terpaksa menggunakan Perlembagaan Persekutuan sebagai konstitusi, dan karena konstitusi ini mengatur bahwa kuasa memebuat undang-undang terletak pada tangan badan yang akan dibentuk dan diberi nama Parlemen, maka Inggris telah berhasil membatasi wewenang raja-raja dalam membuat undang-undang. Parlemen juga harus mengadakan persidangan setiap enam bulan sekali untuk membincangkan hal-hal kepentingan umum, dan hal ini penting untuk menjaga kepentingan rakyat. 23 Berkenaan fungsi Parlemen Malaysia sebagai pembuat undang-undang, hal itu dengan cara Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan satu undang- undang yang kemudiannya dipersetujukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Seterusnya undang-undang tersebut akan disahkan pula oleh pengadilan. Undang-undang baru boleh dimulakan di mana-mana dewan, tetapi undang-undang yang terkait dengan kewangan hendaklah dimulai di Dewan Rakyat, karena Dewan Rakyat lebih berkuasa dalam hal kewangan ketimbang Dewan Negara. Undang-undang yang dibuat oleh Parlemen, jika bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, boleh digugat di pengadilan melainkan jika undang-undang darurat. 24 Akan tetapi secara realitasnya, wewenang membuat undang-undang lebih dominan pada Dewan Rakyat karena undang-undang yang akan dibentuk akan 23 Ibid, h. 78. 24 Pasal 43 Perlembagaan Persekutuan. dibincangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Menurut Pasal 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara hanya berkuasa untuk menangguhkan pembuatan undang-undang itu sahaja. Ia tidak mempunyai kuasa untuk menolak undang- undang yang telah dipersetujukan di Dewan Rakyat, juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang perubahan terhadap undang-undang tersebut. 25

D. Hak Dan Wewenang Parlemen