Sejarah kemuculan Golongan Putih di Malaysia.

Secara dasarnya, golongan putih yang berlaku pada awal pemilihan umun di Malaysia tidak lagi menjadi sumber penelitian oleh golongan elit politik Islam, kerana menurut sejarah, yang berlaku pemilihan umum pada tahun 1945 adalah rancangan oleh pihak penjajah untuk memberi hak kebebasan rakyat bagi memilih pemimpin, dalam masa yang sama Inggris masih lagi menguasai sepenuhnya tanah Melayu pada saat itu dari sudut undang-undang pemerintahan.

A. Sejarah kemuculan Golongan Putih di Malaysia.

Pada tahun 1953, Partai Persekutuan menuntut agar anggota Majlis Musyawarah Undangan Persekutuan dipilih melalui sistem pemilihan umum bukan oleh pihak Inggris. Ini akan memberikan peluang kepada pimpinan- pimpinan Partai Perserikatan untuk dapat menjadi anggota majlis Musyawarah kerajaan yang merupakan sebuah badan penting dalam penyelengaraan Negara. Disamping itu, Partai Persekutuan juga menuntut pihak Inggris agar pilihan umum pemilihan umum untuk memilih wakil rakyat dan parlemen agar diadakan selambat-lambatnya pada tahun 1954, dan anggota Majlis Musyawarah Undangan Persekutuan yang dipilih melalui pemilihan umum hendaklah berdasarkan suara terbanyak dalam majlis tersebut. 5 Akhirnya dengan persetujuan Inggris, pemilu Majlis Perundangan Persekutuan yang pertama bagi Negara Malaysia secara rasmi dilaksanakan pada 5 Tajuddin Bin Hussen, Malaysia Negara Kita, Kuala Lumpur: Mdc Publisher Sdn Bhd, 2007, cet. I, h, 269-270 tanggal 27 juli 1955. Sehari sebelum yang bersejarah itu, setiap partai politik yang terlibat dalam pemilihan umum akan mengadakan kampanye setelah mengumumkan calon pimpinannya yaitu pada tanggal 15 juli 1955. Dalam pemilihan umum tersebut, kelompok-kelompok Partai perikatan yaitu UMNO, MCA dan MIC telah mengadakan beberapa perundingan untuk membagikan wilayah pemilahan dan jumlah kerusi yang diperbuatkan. Hasilnya, UMNO memenan di 35 wilayah, MCA di 15 wilayah dan MIC di 2 wilayah. Dalam pemilu ini, Partai Perserikatan memenangkannya dengan memperoleh 51 kursi dari 52 kursi yang diperebutkan, sedangkan 1 kursi lagi diraih oleh Partai Islam Se-Malaysia PAS. 6 Sudah dijelaskan sejarah ringkas sistem pemilu di Malaysia. Pada peringkat permulaanya di dalam sistem pemilihan umum di sana, secara dasar golongan putih sudah berlaku kepada mansyarakat Melayu pada saat itu, dalam masa yang sama, hak-hak suara rakyat di dalam memberi kebijakan terhadap sistem demokarasi masih lagi tidak menyeluruh. Pada saat itu apa yang di jelaskan lagi oleh Abdul Rahman di dalam bukunya adalah masyarakat Melayu mempunyai pemikiran atau ideologi yang terpenggaruh, 7 dan terjadilah pinggiran 6 Suruhanjaya Pilihan Raya, 50 Tahun Demokrasi dan Pilihanraya di Malaysia, Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya, 2007, c. I, h. 32 7 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia Sejarah dan Alirannya” Jakarta: Gema Insani Press, 1997, cet. I, h. 17 atau dikecualikan dari memberi hak pemilihan di dalam sistem pemilu, yaitu di sebut dari sudut etimologis adalah apatis atau lebih dikenali golongan putih. 8 Amalan apatis atau golongan putih bermula di kalangan golongan Melayu menurut logman adalah dengan bermula kedatangan penjajah barat yang membawa kemasukkan ramai pekerja asing bukan Islam dari India dan Tanah Besar Cina. Penjajah membuka ladang-ladang dengan mengunakan tenaga buruh dari India dan membuka kawasan perbandaran baru dengan peluang ekonominya lebih banyak dikuasai oleh pekerja dari Cina. 9 Dengan pembentukan bandar-bandar baru itu menyebabkan kebanyakan bandar diduduki oleh bukan Islam khususnya Cina, orang Melayu-Islam tinggal sebagai petani di luar bandar dan masyarakat India tinggal di ladang-ladang. Penjajah membuka peluang pedangan direbut oleh masyarakat Cina. Justeru sifat pedangan bebas itu mengundang amalan monopoli, maka peniaga itu terbiar dengan amalan monopolinya hingga tertutup ruang pedangan bagi orang Melayu dalam semua bidang. Segala hasil pertanian orang Melayu tidak mendapat pasaran meluas dan layanan yang adil, berbeda dengan hasil pertanian orang Cina. Monopoli kaum itu menyebabkan petani Melayu tertindas. Di setiap bandar penjajah membuka persekolahan lengkap yaitu sekolah Inggeris dan peluang pelajaran banyak terbuka kepada penduduk bandar. Sekolah di desa-desa untuk 8 Miriam Budiardjo, Dasar-Dasar Ilmu Poiltik, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama,2008 cet. I, h. 372 9 Logman, Sejarah Malaysia, Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn Bhd,2009, cet. I, h. 55 orang Melayu tidak sempurna. Sekolah-sekolah pondok tidak diberi bantuan dan tidak digalakkan. Menjelang kemerdekaan sekolah yang penting adalah sekolah Inggeris. jumlah guru kebanyakannya Cina. Guru Melayu amat kurang. Ia membuka ruang penindasan terhadap anak-anak Melayu di sekolah Inggeris, kebayakan murid Melayu pinggir tetapi murid-murid Melayu di sekolah bantuan penuh kerajaan seperti Malay College, kebayakan murid Melayu boleh mencapai kejayaan, pinggiran pelajar Melayu itu ada hubungannya dengan penindasan guru-guru bukan Melayu, maka menyebabkan rata-rata orang Melayu ketinggalan dalam bidang pelajaran. Ketinggalan orang Melayu di bidang ekonomi dan pelajaran adalah berpunca dari penindasan monopoli kaum pedagang Cina dan guru-curu Cina, Pelajar India dan nasib orang India dalam ekonomi terus ketinggalan, penindasan atau diskriminasi ini tidak berlaku sebelum kedatangan penjajahan barat, dalam masyarakat Islam sebelum kedatangan barat, semua penduduk diberi layanan adil sesuai dengan ajaran Islam, hingga orang Melayu mengunakan bahasa pasar atau lokal yang susah bagi mudahkan ia difahami oleh Cina dan India semata-mata mahu melicin dan melancarkan komunikasi dan hubungan. Layanan adil terhadap golongan minoriti itu adalah bertolak dari ajaran dan keadilan Islam yang melarang pendindasan. Diskriminasi monopoli dan penindasan atas golongan minoriti adalah zalim dan perbuatan itu berdosa. 10 Sikap dan perbedaan ini terbawa-bawa hingga selepas kemerdekaan. Monopoli ekonomi terus berlaku. Kerajaan gagal mewujudkan sekurang-kurang 30 persen bagi bumiputera ialah kerana peluang pedangan kebanyakananya ditangan kaum Cina, kerajaan Pro Melayu pula memberi lesen atau stafikat dan peluang banyak kepada orang Melayu, tetapi monopoli pedangan ada di tangan orang Cina, maka semua lesen itu terjual kepada orang Cina. Dengan kesimpulan ini, apa yang dijelas oleh Logman di dalam bukunya yaitu sejarah Malaysia, 11 sejarah muncul golongan putih adalah berpunca dari kemasukan orang-orang India dan Cina dari pihak Inggris sekitar pada awal abad ke 18, maka terbentuklah sifat apatis bagi golongan masyarakat Melayu di dalam berpolitikan di Malaysia.

B. Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Golongan Putih Sebelum dan