SIFAT PERBEZAAN DALAM SYARI'AH

SIFAT PERBEZAAN DALAM SYARI'AH

Untuk memahami perbedaan ini, marilah kita umpamakan ada seorang tuan yang mempunyai banyak pelayan. Seorang pelayan yang tidak mengakui tuannya dengan semestinya, dan tidak menganggap perintahnya layak untuk ditaati, adalah pelayan yang pembangkang dan tidak patut disebut pelayan. Sedangkan mereka yang mengakui tuannya sebagai tuan, merasa berkewajiban menjalankan perintah-perintahnya dan takut untuk membangkang terhadapnya, adalah layak disebut pelayan. Apabila cara-cara melaksanakan tugas yang diberikan oleh tuan mereka itu berbeza satu sama lain, maka hal itu tidaklah mempengaruhi sifat rupa mereka sebagai pelayan. Bila sang tuan menunjukkan satu cara untuk me layaninya kepada seorang pelayan dan menunjukkan cara yang lain kepada pelayan yang lain, maka pelayan yang pertama tidak berhak untuk mengatakan bahawa hanya dia sendirilah pelayan tuannya itu dan pelayan yang kedua itu bukan. Sama halnya, apabila pemahaman seorang pelayan tentang perintah tuannya berbeza dengan pemahaman pelayan yang lain tetapi keduanya melaksanakan perintah itu sebagaimana menurut pemahaman masing-masing, maka kedua pelayan tersebut adalah sama-sama mengabdi pada tuannya dengan pengabdian yang sama. Mungkin yang satu salah dalam memahami maksud perintah itu sedang yang lain dapat memahaminya dengan betul. Tetapi selama keduanya tetap melaksanakan perintah-perintah tersebut, maka tidak seorang pun boleh mengatakan kepada pelayan yang salah faham itu bahawa, ia telah membangkang perintah tuannya dan kerana itu ia dipecat dari jabatannya.

Dari contoh ini anda dapat dengan jelas memahami perbezaan antara din dan syari'ah. Sebelum kedatangan Rasulullah Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam, Allah telah mengirim berbagai syari'ah melalu berbagai Rasul. Kepada seorang Rasul dikirimkan satu macam cara mengabdi kepada Allah, dan kepada Rasul yang lain dikirimkan cara yang lain. Mereka yang mengabdi kepada Allah menurut cara-cara yang diajarkan oleh Rasul-Rasul tersebut adalah orang-orang Islam, walaupun cara-cara pengabdian mereka berbeda satu sama lain. Kemudian pada waktu Rasulullah Muhammad diutus, Allah memerintahkan: "Sekarang seluruh cara-cara pengabdian yang telah lalu, Kami hapuskan. Mulai sekarang siapa saja yang ingin mengabdi kepada Kami haruslah mengikuti cara yang telah Kami ajarkan kepada Rasul Kami yang terakhir". Maka setelah adanya perintah ini, tidak seorang pun yang boleh mengabdi kepada Allah menurut cara-cara yang sudah lalu, kerana bila ia tidak mengikuti cara yang baru dan mengikuti cara yang lama, maka sebenarnya dia tidaklah mentaati perintah Allah, melainkan menuruti kemahuannya sendiri. Kerana itu ia dapat dan memang dengan sendirinya, dipecat dari jabatan sebagai hamba Allah, atau dalam bahasa agama, ia telah menjadi kafir.

SIFAT PERBEZAAN DALAM MAZHAB FIQH Hal yang tersebut di atas menyangkut pengikut Rasul-Rasul sebelum Nabi Muhammad

Sallallahu'alaihi Wasallam. Mengenai pengikut-pengikut RasuluLah Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam sendiri, maka bahagian kedua dari contoh tersebut di atas berlaku bagi mereka. Semua Sallallahu'alaihi Wasallam. Mengenai pengikut-pengikut RasuluLah Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam sendiri, maka bahagian kedua dari contoh tersebut di atas berlaku bagi mereka. Semua

"Barangsiapa dengan semena-mena mengecap seorang Muslim sebagai kafir, maka tuduhannya itu akan berbalik kepada dirinya". Kerana Allah hanya mewajibkan seorang Muslim taat kepada perintah-Nya saja, si penuduh itu berkata: "Tidak, kamu juga harus tunduk pada penafsiran dan penilaianku" (yang bererti: Tuhanmu bukan hanya Tuhan sendiri saja, tetapi aku juga adalah tuhanmu yang kecil). Dan apabila kamu tidak tunduk pada perintahku, maka dengan kehendakku sendiri aku akan memecat dari kedudukanmu sebagai hamba Tuhan, tidak peduli sama ada Tuhan memecatmu atau tidak". Barangsiapa yang sewenang-wenangnya berkata seperti ini, bererti ia telah melibatkan dirinya ke dalam bahaya menjadi seorang kafir, terlepas dari apakah orang yang dikata-katakannya itu berubah dari Muslim menjadi kafir atau tidak.

Saudara-saudara! Saya harap anda semua telah memahami sepenuhnya perbezaan antara din dan syari'ah. Anda

tentunya juga telah mengerti bahawa perbezaan dalam cara mengabdi pada Allah tidak bererti menyimpang dari din, asalkan orang yang mengikuti cara yang tertentu, benar-benar sadar dan yakin bahawa Allah dan Rasul-Nya benar-benar memerintahkan apa yang dikerjakannya itu, dan untuk menguatkan cara yang dilakukannya itu ia memiliki bukti yang sah dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.