BAB KETIGA MASALAH-MASALAH YANG WAJIB DIRENUNGKAN

KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM

Ketika anda membaca kalimah syahadah, La ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah, bererti pada saat itu anda telah mengakui bahawa satu-satunya hukum yang harus anda patuhi adalah Hukum Allah, yang berdaulat atas diri anda hanyalah Allah, pemerintah anda hanyalah Allah, hanya Allahlah yang harus anda patuhi, dan hanya hal-hal yang benar menurut Allah dan

RasulNya sajalah yang benar bagi anda. Ini bererti bahawa begitu anda menjadi seorang Muslim, anda telah mengorbankan kebebasan peribadi anda bagi Allah. Sebagai akibatnya, anda telah kehilangan hak untuk berkata: Pendapat saya adalah demikian, masyarakat melakukannya demikian, ini adalah kebiasaan keluarga saya turun temurun, Pak Anu dan Kyai Anu menasihatkan demikian", dan Iain-lain yang serupa dengan itu. Berhadapan dengan Firman Allah dan Sunnah RasulNya, anda tidak boleh mengajukan alasan-alasan seperti itu. Kewajiban anda sekarang adalah menilai segala sesuatu berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah. Anda mesti menerima apa yang sesuai dengan firman Allah dan Sunnah RasulNya dan menolak apa pun yang bertentangan dengan keduanya, tidak peduli apa kata orang dan apa yang mereka lakukan. Adalah bertentangan bila di satu pihak anda mengatakan bahawa anda adalah seorang Muslim, tetapi di lain pihak anda masih lebih menurutkan pendapat dan selera anda sendiri, atau kebiasaan masyarakat, atau apa yang dikatakan dan dilakukan oleh seseorang atau orang banyak, dan enggan menuruti Al-Qur'an dan Sunnah. Sebagaimana seorang buta tidak boleh mengatakan bahawa ia mempunyai mata, atau seorang yang tidak punya hidung mengatakan bahawa ia mempunyai hidung, maka begitu pula seseorang tidak boleh mengatakan bahawa dirinya adalah seorang Muslim, sedangkan ia tidak mahu menyerahkan seluruh masalah hidupnya kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah dan tidak mahu mengenepikan pemikirannya sendiri, atau adat kebiasaan masyarakat, atau perkataan dan perbuatan orang demi menuruti ajaran Allah dan RasulNya.

Seseorang yang tidak ingin menjadi seorang Muslim, tidak dapat dipaksa untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kemahuannya, ia bebas memeluk agama apa pun yang disukainya dan menyebut dirinya dengan sebutan apa pun yang disukainya. Tetapi seseorang yang menyebut dirinya sebagai seorang Muslim mesti tahu dan mengerti bahawa ia hanya dapat, tetap, menjadi seorang Muslim selama ia berada dalam ikatan Islam. Ikatan Islam itu ialah menerima Firman Allah dan Sunnah RasulNya sebagai landasan kebenaran dan keadilan, dan memandang segala sesuatu yang bertentangan dengannya sebagai kebatilan. Barangsiapa yang tetap tinggal dalam ikatan ini adalah seorang Muslim, dan barangsiapa yang keluar dari ikatan ini bererti ia telah keluar dari Islam. Walaupun setelah itu ia masih menyebut dirinya sebagai seorang Muslim dan mengumumkan kepada orang ramai bahawa ia adalah seorang Muslim, ia hanyalah menipu dirinya sendiri dan orang ramai saja.

∩⊆⊆∪ tβρãÏ≈s3ø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé'sù ª!$# tΑt“Ρr& !$yϑÎ/ Οä3øts† óΟ©9 ⎯tΒuρ …

"... Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al-Ma'idah: Ayat 44).