BAGAIMANA MEMPEROLEH MANFAAT DARI BIMBINGAN ILAH1?
BAGAIMANA MEMPEROLEH MANFAAT DARI BIMBINGAN ILAH1?
Diperlukan dua hal untuk memperoleh manfaat dari petunjuk yang diberikan Allah. Pertama, percaya sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya yang membawa petunjuk itu.
Ertinya, anda harus betul-betul yakin bahawa petunjuk apa pun yang diberikan oleh Rasulullah berdasarkan Wahyu Ilahi adalah mutlak benar, lepas dari apakah anda memahami kebijaksanaan yang ada di sebalik petunjuk itu atau tidak.
Kedua, setelah mempercayai petunjuk itu, anda harus segera menurutinya; kalau tidak, anda tidak akan memperoleh hasil apa-apa. Misalkan ada seseorang yang mengatakan kepada anda bahawa suatu makanan mengandungi racun yang mematikan, kerana itu jangan dimakan. Lalu anda berkata: "Kamu pasti benar. Makanan itu tentu mengandungi racun dan boleh mematikan". Tetapi setelah mempercayai hal itu anda lalu memakan makanan itu. Tentu saja akibatnya akan sama saja dengan apabila anda memakannya tanpa tahu bahawa makanan itu beracun.
Jadi, apa gunanya anda mempercayai dan mengetahui bahawa makanan itu beracun? Anda akan dapat memperoleh manfaat dari petunjuk Allah apabila anda mematuhi perintah-perintah- Nya setelah anda percaya kepada-Nya. Anda tidak boleh hanya berkata sahaja: "Kami percaya dan membenarkan" terhadap perintah-perintah yang diberikan Allah, anda harus betul-betul melaksanakannya. Demikian pula, anda tidak boleh hanya berjanji di mulut saja bahawa anda tidak akan melakukan hal-hal yang telah dilarang oleh Allah, tapi harus betul-betul menjauhinya. Itulah sebabnya Allah berulang-ulang menegaskan:
∩®⊄∪ ... tΑθß™§9$# (#θãè‹ÏÛr&uρ ©!$# (#θãè‹ÏÛr&uρ
"Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul-Nya ...". (Surah, Al-Ma"idah, Ayat: 92).
∩∈⊆∪ ... 4 (#ρ߉tGôγs? çνθãè‹ÏÜè? βÎ)uρ ...
"... Dan jika kamu taat kepadanya (Rasul), nescaya kamu mendapat petunjuk ...". (Surah, Al-Nur, Ayat: 54).
šχθè=¯=|¡tFtƒ š⎥⎪Ï%©!$# ª!$# ãΝn=÷ètƒ ô‰s% 4 $VÒ÷èt/ Νä3ÅÒ÷èt/ Ï™!%tæß‰x. öΝà6oΨ÷t/ ÉΑθß™§9$# u™!$tãߊ (#θè=yèøgrB ω
íΟŠÏ9r& ë>#x‹tã öΝåκz:ÅÁム÷ρr& îπuΖ÷FÏù öΝåκz:ŠÅÁè? βr& ÿ⎯ÍνÍö∆r& ô⎯tã tβθàÏ9$sƒä† t⎦⎪Ï%©!$# Í‘x‹ósuŠù=sù 4 #]Œ#uθÏ9 öΝä3ΖÏΒ
Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih".(Surah, Al-Nur, Ayat: 63).
ERTI PATUH KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH Saudara-saudara sesama Muslim.
Seruan saya yang berulang-ulang kepada anda, bahawa hanya Allah dan Rasul-Nya sajalah Seruan saya yang berulang-ulang kepada anda, bahawa hanya Allah dan Rasul-Nya sajalah
Anda akan dapat memahami masalah ini bila anda mengingat bahawa Allah sendiri tidaklah mungkin akan datang kepada anda dan menyampaikan perintah-perintah-Nya. Apa pun perintah- perintah yang hendak disampaikan-Nya kepada anda telah disampaikan-Nya melalui Rasul-Nya. Sedangkan Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam sendiri telah pulang ke rahmat-Nya, kira-kira seribu empat ratus tahun yang lalu. Perintah-perintah Allah yang disampaikan kepada beliau tersimpan dalam Al-Qur'an dan perintah-perintah beliau sendiri yang berdasarkan perintah Allah tersimpan dalam Hadith. Tetapi Al-Qur'an dan Hadith bukanlah manusia-manusia yang akan pergi ke mana-mana dan memberikan perintah-perintah. Mereka tidak boleh datang kepada anda dan memberikan perintah untuk melakukan hal-hal tertentu, dan melarang melakukan hal-hal tertentu. Dalam hal ini hanya manusia sajalah yang dapat membantu anda menyesuaikan tingkah laku anda sesuai dengan ajaran-ajaran Al-Qur'an dan Hadith. Kerana itu, apabila anda memang tidak memiliki sendiri Al-Qur'an dan kumpulan-kumpulan Hadith yang bersangkutan dengan masalah kehidupan anda, maka tak ada jalan lain bagi anda selain mengikuti petunjuk-petunjuk dari orang yang tahu akan kedua sumber tersebut. Tetapi anda tidak boleh mengikuti perkataannya secara membuta saja, tetapi mestilah memeriksa apakah perkataannya itu sesuai dengan Al-Qur'an dan Hadith atau tidak. Bila orang tersebut memberi bimbingan kepada anda berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith, maka wajiblah bagi anda untuk mengikutinya. Tetapi bila perkataannya tidak sesuai dengan Al-Qur'an dan Hadith maka anda dilarang untuk mengikutinya.