PATUH KEPADA SELAIN ALLAH ADALAH PENYELEWENGAN
PATUH KEPADA SELAIN ALLAH ADALAH PENYELEWENGAN
Sekarang marilah kita lihat mengapa manusia telah tersesat dalam kegelapan dengan mematuhi benda-benda selain Allah, dan mengapa bahawa cahaya kebenaran hanya dapat diperoleh dengan jalan patuh kepada Allah.
Anda tahu bahawa hidup anda terikat oleh beribu mata rantai hubungan. Hubungan anda yang pertama adalah dengan jasad anda sendiri. Tangan, kaki, mata, telinga, lidah, otak, hati, perut, semuanya diberikan Allah untuk melayani kepentinganmu. Anda mesti memutuskan bagaimana caranya mengerjakan mereka. Dengan apa anda harus mengisi perut anda, dan dengan apa tidak. Pekerjaan apa yang boleh dikerjakan oleh tangan dan apa yang tidak. Jalan mana yang harus ditempuh oleh kaki dan jalan mana yang tidak boleh dijalani. Bentuk pekerjaan apa yang boleh dikerjakan oleh mata dan telinga dan jenis pekerjaan apa yang tidak boleh. Untuk perbicaraan yang bagaimana lidah harus dipakai. Fikiran macam mana yang harus difikirkan oleh otak. Semua ini harus anda pertimbangkan. Anda boleh memanfaatkan pelayan-pelayanmu itu untuk mengerjakan pekerjaan yang baik ataupun yang buruk. Mereka boleh mengangkat darjat anda menjadi orang yang mulia dan luhur, tetapi mereka juga boleh memerosokkan anda ke jurang kehinaan yang lebih rendah daripada binatang.
Selanjutnya anda mempunyai ikatan dengan anggota keluarga anda. Anda punya ayah, ibu, saudara lelaki, saudara perempuan, anak, isteri, dan kerabat-kerabat lain dengan siapa anda mesti berurusan terus-menerus. Dalam hal ini, anda harus memutuskan bagaimana anda harus berbuat terhadap orang-orang ini. Apa hak anda terhadap mereka dan apa hak mereka terhadapmu? Kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan anda di dunia ini dan di akhirat nanti tergantung pada tingkahl aku anda yang benar terhadap mereka. Apabila tingkah laku anda salah, dunia akan menjadi neraka bagi anda, dan tidak hanya di dunia ini saja, tapi juga di akhirat nanti, anda harus mempertanggungjawabkannya kepada Allah.
Seterusnya anda juga mempunyai hubungan dengan beribu manusia di dunia ini. Sebahagian dari mereka adalah tetangga anda, sebahagian adalah teman-teman dan sahabat anda, dan sebahagian lagi mungkin musuh-musuh anda. Juga banyak antara mereka yang memberikan layanan kepada anda. Kepada sebahagian dari mereka anda harus memberi sesuatu, dan dari yang lainnya anda harus mengambil sesuatu. Seseorang yang mempercayai anda akan mempercayakan sesuatu pekerjaan kepada anda, sedangkan apabila anda percaya seseorang, anda juga akan mempercayakan suatu pekerjaan kepadanya. Kedudukan anda berada lebih tinggi dari sebahagian orang, dan sebahagian lagi lebih tinggi kedudukannya dari anda. Pendeknya, anda, tidak dapat tidak, mesti terus-menerus berurusan dengan begitu banyak orang yang tidak mampu anda hitung. Dan kebahagiaan anda, kehormatan dan nama baik anda di dunia ini, semuanya tergantung pada kemampuan anda untuk mempertahankan hubungan-hubungan ini atas dasar Seterusnya anda juga mempunyai hubungan dengan beribu manusia di dunia ini. Sebahagian dari mereka adalah tetangga anda, sebahagian adalah teman-teman dan sahabat anda, dan sebahagian lagi mungkin musuh-musuh anda. Juga banyak antara mereka yang memberikan layanan kepada anda. Kepada sebahagian dari mereka anda harus memberi sesuatu, dan dari yang lainnya anda harus mengambil sesuatu. Seseorang yang mempercayai anda akan mempercayakan sesuatu pekerjaan kepada anda, sedangkan apabila anda percaya seseorang, anda juga akan mempercayakan suatu pekerjaan kepadanya. Kedudukan anda berada lebih tinggi dari sebahagian orang, dan sebahagian lagi lebih tinggi kedudukannya dari anda. Pendeknya, anda, tidak dapat tidak, mesti terus-menerus berurusan dengan begitu banyak orang yang tidak mampu anda hitung. Dan kebahagiaan anda, kehormatan dan nama baik anda di dunia ini, semuanya tergantung pada kemampuan anda untuk mempertahankan hubungan-hubungan ini atas dasar
Sekarang anda harus mengingat bahawa untuk memelihara hubungan yang benar — antara anda dengan tubuh anda sendiri, dengan anggota-anggota keluarga anda, dan dengan orang-orang lain — anda memerlukan petunjuk pengetahuan pada setiap langkah. Anda harus tahu apa yang benar dan apa yang tidak benar dalam setiap tindakan? Apa yang asli dan apa yang palsu, mana yang adil dan mana yang zalim? Siapa yang mempunyai hak atas diri anda dan seberapa banyak haknya, apa hak anda atas orang lain dan sejauh mana. Di manakah keuntungan dan kerugian yang sebenarnya?. Bila anda berusaha mencari pengetahuan tentang semua hal ini dalam diri anda sendiri, anda tidak akan mendapatkannya kerana diri manusia (nafs) sendiri adalah jahil. Apalagi yang dipunyai nafsu itu selain dorongan-dorongan keinginan jasmani? Nafsu anda akan menyuruh minum minuman keras, melacur dan mencari wang dengan cara tidak sah, kerana hal- hal itu adalah menyenangkan bagi nafsu. Nafsu akan menggoda anda untuk merampas hak-hak orang lain dan menahan hak mereka, kerana perbuatan seperti itu adalah menguntungkan bagi diri anda. Nafsu akan mengajak anda memperalat dan mencegah anda untuk memberikan bantuan kepada orang lain, kerana dengan cara ini hidup anda akan enak sekali. Apabila anda menyerahkan diri kepada nafsu yang jahil dan menyeleweng itu, tentu ia akan menyeret anda menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri, menjadi orang yang berakhlak buruk dan rosak, hidup anda akan hancur di dunia dan di akhirat nanti.
Hal kedua yang mungkin terjadi dari mengikuti nafsu anda sendiri, adalah anda mempercayakan diri pada manusia-manusia seperti anda sendiri, dan menyerahkan diri anda kepada kekuasaan mereka dan membiarkan mereka menyeret anda ke mana saja mereka kehendaki. Bahaya yang mungkin terjadi dalam situasi seperti ini adalah munculnya orang-orang egois yang akan mempermainkan anda, atau munculnya orang-orang jahil — yang dia sendiri sudah sesat — yang akan menyesatkan anda. Atau seorang yang zalim mungkin akan memperalat anda — menggunakan anda — untuk melakukan kezaliman terhadap orang lain. Pendeknya, dengan mempercayakan diri pada orang Iain, anda tidak akan mendapatkan petunjuk pengetahuan yang dapat membimbing anda untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah, dan anda tidak akan dapat menempuh jalan yang benar dalam hidup di dunia ini.