BAHAYANYA TIDAK MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA "DIN" DAN "SYARI'AH"
BAHAYANYA TIDAK MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA "DIN" DAN "SYARI'AH"
Sekarang saya ingin memberitahu kepada anda bahaya yang akan melanda masyarakat Islam kerana ketidakmengertian mereka akan perbezaan antara din dan syari'ah. Di kalangan umat Islam ada beberapa cara dalam mengerjakan solat. Suatu kelompok orang Islam meletakkan tangannya di atas dada, sedang yang lain meletakkan di atas pusat atau perutnya. Sekelompok orang ikut membaca Fatihah ketika menjadi ma'mum di belakang imam, sementara kelompok yang lain tidak. Satu kelompok membaca amin dengan keras, sedang kelompok yang lain dengan suara perlahan. Masing-masing kelompok mengikuti cara masing- masing dengan keyakinan bahawa cara yang dipakai kelompoknya sendiri itulah yang diajarkan Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam, dan untuk memperkuat keyakinannya itu mereka memiliki dalil yang kuat. Kerana itu, semua kelompok adalah tetap merupakan pengikut Nabi Sallallahu'alaihi Wasallam, walaupun cara-cara solat mereka berbeza. Tetapi orang-orang yang tidak baik hatinya, yang menganggap masalah-masalah syari'ah ini sebagai masalah-masalah din sendiri, menyatakan: perbezaan-perbezaan dalam cara-cara beribadat itu sebagai perbezaan- Sekarang saya ingin memberitahu kepada anda bahaya yang akan melanda masyarakat Islam kerana ketidakmengertian mereka akan perbezaan antara din dan syari'ah. Di kalangan umat Islam ada beberapa cara dalam mengerjakan solat. Suatu kelompok orang Islam meletakkan tangannya di atas dada, sedang yang lain meletakkan di atas pusat atau perutnya. Sekelompok orang ikut membaca Fatihah ketika menjadi ma'mum di belakang imam, sementara kelompok yang lain tidak. Satu kelompok membaca amin dengan keras, sedang kelompok yang lain dengan suara perlahan. Masing-masing kelompok mengikuti cara masing- masing dengan keyakinan bahawa cara yang dipakai kelompoknya sendiri itulah yang diajarkan Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam, dan untuk memperkuat keyakinannya itu mereka memiliki dalil yang kuat. Kerana itu, semua kelompok adalah tetap merupakan pengikut Nabi Sallallahu'alaihi Wasallam, walaupun cara-cara solat mereka berbeza. Tetapi orang-orang yang tidak baik hatinya, yang menganggap masalah-masalah syari'ah ini sebagai masalah-masalah din sendiri, menyatakan: perbezaan-perbezaan dalam cara-cara beribadat itu sebagai perbezaan-
Berbagai mazhab yang anda lihat, terdapat di kalangan umat Islam, seperti mazhab Hanafi, Syafi'i, Ahlul Hadith dan sebagainya, semuanya mengakui Al-Qur'an dan Hadith seagai pegangan terakhir dan melaksanakan ajaran-ajaran daripadanya sesuai dengan pemahaman mereka. Mungkin bahawa pemahaman yang dimiliki suatu mazhab adalah betul dan pemahaman yang lain keliru. Saya sendiri adalah penganut salah satu mazhab tersebut dan menganggapnya betul. dan saya juga mengemukakan hujjah dengan mereka yang menentang mazhab saya, untuk menerangkan kepada mereka apa yang saya anggap benar dan membuktikan apa yang saya pandang salah. Tetapi menganggap pendapat orang lain salah adalah berbeza dengan mengkafirkannya. Setiap orang Islam punya hak untuk mengikuti syari'ah menurut pemahamannya sendiri. Apabila sepuluh orang Islam mengikuti sepuluh cara yang berbeda, mereka semuanya adalah tetap orang-orang Islam selama mereka masih percaya pada syari'ah Islam. Mereka tetap merupakan satu ummah dan tidak ada alasan bagi mereka untuk membentuk kelompok yang terpisah-pisah. Tetapi orang-orang yang tidak memahami hal ini lalu memecah belah masyarakat Islam menjadi kelompok-kelompok yang terpisah-pisah kerana soal-soal yang remeh, saling menyerang, saling berpisah solat dan masjid, menghentikan saling kahwin- mengahwini dan saling berhubungan, dan kegiatan kelompok-kelompok yang terdiri dari orang- orang sesama golongannya sendiri, dengan cara sedemikian rupa seolah-olah masing-masing kelompok adalah satu umat yang berdiri sendiri.